Showing posts with label makanan tradisional. Show all posts
Showing posts with label makanan tradisional. Show all posts

14 July 2013

SIRA PISANG

salam buat semua....
dah Ramadhan ke 5 hari ni...
selamat meneruskan perjalanan ibadah...

yang nyata....
dah blur buka puasa tak tau nak makan apa...semalam beli kuih ja...lepas isyak dah kelaparan...padan mukaku (nabila kata.."u..u..ka)...maka masa sahur makan nasi bertambah2.


kenal ini apa?
ini adalah sira pisang..
saya pun tak tau mulanya.SU beli untuk anak bujang dia...katanya aiman suka makan.arwah tokwannya selalu beli masa dia kecik2 dulu....selera orang lama budak bujang sorang ni.

rasa sira ni memang manis...letak ketul ais sekali...hmmm..sedap jugak.kata SU kena guna pisang nangka baru best.entahlah....saya tak pernah makan apatah lg nak buat. saya rasa gitu2 ja lah....tak daya nak makan banyak2...manis.semangkuk ni habis ke bujang sorang tu ja.masa aiman makan ni budak debab dah lena...kalau dia belum tidur mesti dia tumpang sekaki.



14 May 2013

NYAM...NYAM...

salam...

sarapan hari ini..

pulut kukus dengan nyioq & ikan tamban kering....sedap.
sebungkus rm1.50 shj...kenyang.....alhamdulillah.

baru2 ni makan masa sarapan satu family...nurul tanya.."sedap dak umie?"
soalan yg sangat subjektif tambah2 lagi nak jawab kat org yg payah makan macam dia...
kat umie ni mmg sedap la sebab dah mmg suka.kalau tak suka tak sedap  jadinya.

kita orang kampung kannn....kecik2 dulu dah terbiasa sarapan benda2 macam ni.sekali sekala teringin nak makan lagi.nak buat tak berapa nak rajin sebab selera kita ja pun...baik beli.alhamdulillah masih ada orang yg menjualnya.

sarapan tak sihat sebenarnya tapi layankan saja....bukan selalu pun.


10 May 2013

SARAPAN HARI INI

salam...
melayan nafsu di hari Jumaat.


home made nasi lemak.
sarapan membawa ke makan tengah hari.


04 May 2012

JOM POPIA

salam..

untuk penggemar popia.
dah ambil satu sebab tu rupa yg tepi tu gelebeh sikit.

popia basah..
4 biji RM2...
inti simple ja...taugeh & cucur garing yg dihancurkan.
kuah mmg best.

first time makan sebab gerai ni terletak bukan dilaluan biasa kami.
gerai kecil di tepi jalan berhampiran pintu masuk Kem Lapangan Terbang Sg Layar.

10 July 2011

MAMAM MAMAN

salam.
malam tadi tengok buletin utama ada cerita tentang jeruk maman.
pernah dengar tak?
tapi tak sempat nak tengok cerita sampai habis...si budak kecik pi tutup tv.
teringat masa kat kampung dulu...selalu gak makan jeruk maman.kena dengan nasi panas,ikan pekasam,gulai ikan darat...pergghhhh...

dulu2 rumah saya tepi bendang.ada batas bendang yang dilebarkan kat belakang rumah tu.kat atas batas nilah tumbuh segala pokok yang boleh dimakan.yang bapa saya tanam pun ada.
kembali ke jeruk maman..
senang ja nak buat.
ambil pokok maman..potong pendek2.boleh guna semua bahagian yang lembut.
rendam dalam air masak...campur sikit nasi,garam &gula (kalau nak).
biar berapa hari pun takpa (dalam bekas bertutup).
bila daun tu dah lembut & rasa masam,kira dah boleh makan la tu.
saya makan gitu ja macam buat ulam.
ada yang campur bawang & cili.

gambar yg saya google ja.
 pokok maman & jeruk maman
boleh mamam...hihi
teringat pulak pokok milang..tapi saya google tak jumpa.
pokok ni kecik ja..batang warna merah..daun hijau kecik bujur.
batang senang dipatahkan...sedap buat kerabu.

18 April 2011

RAJA BUAH

salam hari Isnin.
selamat kembali ke ofis.
kat sini cuaca mendung & mata pun jadi mendung tiba2.
mana mata tak mendung....sarapan pulut lemak dgn durian.
dah banyak hari mengidam nak makan pulut durian.beras pulut yg SU beli kat Siam pun dah lama terletak dlm almari.malam tadi habis kerja terus ke pasar malam.semangat cari durian.tapi alahai.....ellleekkk...takdak buah pun.yang ada org jual pulut durian siap dimasak.tu pun durian dia dah tak berapa elok.

dari pasar malam terus ja ke rumah pengasuh nabila..ambik budak bambam tu.keluar ke pekan.SU ajak lalu ikut Bedong.sampai situ pasar malam pun dah habis.so jalan terus ja.dekat2 nak sampai simpang lampu isyarat ternampak satu lori tengah turunkan durian kat tepi jalan.ada orang tunggu dgn raga durian kat situ...teruslah U turn kat traffic light & singgah beli kat situ.
katanya durian dari Pahang..tak kisahla kan...janji durian.
sekilo RM7...ambik 3 biji = RM24.
balik rumah lepas bg budak bambam tidur baru buka durian tu.
wallaaaa...


kami berdua habiskan 4 pangsa (bukan 4 biji tau) pd jam 12 malam.
mujur tengah malam tu hujan.

hari ni buat pulut kukus then campur santan makan dgn durian tu.
sebab tu mengantuk...banyak kanji.mata jadi berat.
yg tgh berdiet...jamu mata dahla noooo....

05 January 2011

PEKNGA SEMPOI

salam..
ini adalah peknga malam tadi.

tapi tak berapa menepati citarasa macam buat dulu2 sebab kelapa yg diguna malam tadi tu bukan yg diparut.tapi yang dikorek dgn pengorek yg org jual air kelapa guna.dia tolong korekkan.so isi tu jadi tebal.lagi elok kalau guna kelapa parut @ yg dikukur.tapi mesti kelapa mudalah.yg tua tak sedap..tawar.

sungguh enak dimakan begitu sajaaaa......
my feveret.
umbut nyoq pun sedap...penah makan????
dalam kekurangan tu pun habis juga 10 keping.biasanya saya makan gitu ja tapi SU dgn anak2 makan dgn susu pekat.saya pun join sekali...sedapppp...nabila pun habiskan sekeping.

senang ja nak buat peknga ni(cara sayalah..cara org 'RAJIN')
campurkan ja kelapa tu dgn tepung gandum.
pastu masukkan gula (agak2lah nak manis cemana),sedikit garam agak2 setengah sudu kecik ja sb takmo masin.
tambah air...gaul sebati.biar adunan tu cair sikit.senang nak sapu kat kuali.

ada bubble sb campur dgn gula

pastu..tempekkan kat belanga @ kuali@ non stick pan.
saya guna belanga leper ni..sapu minyak masak sikit.

saiz ikut suka selera masing2..
nak cepat siap buatla besar2.
balik2kan..ikutlah nak masak sikit2 ka..garing ka...sesuka hati.

untuk lempeng pisang tu pun sama juga.
saya guna
3 biji pisang berangan (pisang ni besar) yg dilecek halus.kalau malas nak lecek boleh blend.
tepung gandum.
gula.
garam.
air.
adun sekali.adunan mesti lebih cair drp adunan utk cekodok.
**gula & garam adjust sendiri..adunan ni manis.garam tu utk bg rasa lemak2 gitu ja.
**untuk tepung plk...saya pakai letak ja.ada dlm 2 cawan kecik kot.saya suka kurangkan tepung kalau nak buat lempeng pisang @ cekodok sb nak bagi lebih rasa pisang tu.takder pakai soda2 bagai.
nak masak?...macam buat penkek ja.tempek dalam belanga jugak.tapi sapulah minyak masak sikt takut melekat2.saya guna acuan yg biasanya org guna utk buat telur mata kerbau tu.sb tu dapat saiz comel & bulat elok ja.

p/s...saya masak apa pun mmg tak ikut resepi..main hentam ja.sb tu kdg2 ok..
kdg2 KO..hehehe


04 January 2011

MAKAN MALAM-MALAM

salam.
malam2 tayang makanan.sebab apa?sebab ni adalah supper kami.
last week buat lempeang pisang (@lempeng)..
guna pisang berangan.
nabila makan pisang ni 3 biji..clear sekali jalan ja..ish..ish..ish..

pastu lempeang pisang ni nabila makan 2 biji..
mana tak bambam..

balik satg nak buat peknga.
tau dak apa itu peknga?
(pnut takyah jawab....kalau tak tau jgn balik kedah..hahaha).
'peknga' singkatan utk 'tempek belanga'.
esoklah cerita....

13 November 2010

MENGIDAM

salam..
raya haji dah tak berapa hari lagi...
ada sesapa buat qurban?tahniah kepada anda.
saya tak buat tahun ni..insyaAllah akan datang.
tahun ni langsung tak rasa nak celebrate pun..bebudak pun tak sebut pasal raya.
tapi saya tetiba teringat benda ni
*
*
*
*
gambar google jer..
nak makan tapi tak rajin nak buat.
harap2 mak sedara kat kampung buat..boleh gak merasa.

mak saya pandai buat jenis ni..dia kata ketupat betina.bulat2.debab2.tapi la ni dia dah tak boleh buat...uzur sangat dah.semuanya dah jadi kenangan...