Showing posts with label lumut. Show all posts
Showing posts with label lumut. Show all posts

08 February 2011

BERMALAM DI VENICE

salam
kenapa singgah kat Lumut lepas balik dari jalan2 kat selatan?
sebabnya...
kami dari NARC & FRIENDS dijemput untuk menjadi pengiring merangkap ahli keluarga kepada pengantin perempuan yg juga adik ipar kepada ahli NARC dari Lumut
iaitu ummi & che mat.
keluarga pengantin perempuan tak dapat hadir sebab jarak yg jauh (indonesia).

malam tu kami tidur kat hotel Venice ni..kelas kan nama dia...

alhamdulillah masa bangun pagi tu dah tak demam walaupun badan still letih.
dah siap2 semua kami terus ke rumah pengantin utk sarapan.ada nasi lemak,karipap & donut yg sedap sgt.sekitar pukul 12 member2 yg lain sampai....
terus berkumpul depan hotel Venice utk ambik pengantin.
bersedia utk bergerak
pengantin yg diraikan...Rusydi & Intan
hotel ni & rumah pengantin sebenarnya bertemu dapur ja.tapi utk nampak meriah kami angkut pengantin naik kereta siap dgn motor escort & bunyi2 siren lagi.
mewah
aiskrim pun ada tapi utk meja VIP ja (kamilah tu)
lauk pengantin kena serbu dek idlan..hafiz..(belakang tu husna adik hafiz)
dan haris
dan disambung oleh abg ngah & abg long
'keluarga' pengantin perempuan 
'abang2' pengantin perempuan
kiri sekali adalah tuan rumah (abang ipar rusydi)
ni kesnya adalah paksaan makan kek.
masa pengantin potong kek yusri jerit kat SU.."zam..satgi hang suap kat aku plk"
haa...ni lah jadinya..


makanan banyak sangat...memang kenyang la.tp SU tak kenyang sb dia tak suka nasi briyani. petang tu lepas check in kat homestay kami keluar ramai2 pi lepak kat tepi laut pekan Lumut.

budak kecik tgh marah kat abah sb dokong dia.
dah biar jalan sendiri dia hala ke lain...terpaksalah angkat juga.takut nanti terjun laut.

kat sini dah selamat.
tengah tiru budak2 tu tiup belon buih sabun.

minum2 kat situ.sat order yg tu, sat order yg ni sampai budak waiter tu pening kepala.tu belum order makan lagi.

sebahagian dari kami.
SU kelaparan.

malam,balik makan kat rumah pengantin semula.
nabila dah lelap dari dalam kereta.tengah lawan bebel dgn abahnya tetiba senyap ja.rupanya terlentok dah pun.
pilot2 buat meeting & discussion pasal trip bulan 3 nanti.ibu2 biasalah...nyembang2 saja..
malam tu tinggal 4 family ja kat homestay.yg lain balik rumah sb ada urusan masing2.

ni homestay tempat kami lepak ramai2.
sgt selesa.ruang tamu luas.
ada 5 bilik tidur...3 di tingkat atas,2 di bawah.yg kat atas semua ada aircond & attached bathroom.
dapur ada dua...dry & wet kitchen.
siap ada washing machine & peralatan dapur semua lengkap.
WIFI pun ada.
saya balik pada Ahad pagi sb kena kerja.sampai rumah pk 11 pagi..terus masuk ofis..ngantuk & letih jangan ceritalah.sampai hari ni dok rasa lagi.
tapi overall memang bestlah cuti kali ni.