Showing posts with label lumbar puncture. Show all posts
Showing posts with label lumbar puncture. Show all posts

15 December 2010

JANGAN TAKUT LUMBAR PUNCTURE

salam.
beberapa hari lepas baca kisah AISYA kat blog NOINA.tadi masuk blog Aisya....keadaannya makin baik.moga Aisya cepat sembuh.cuma tak pasti apa keputusan dari lumbar puncture (LP).tak sabar tunggu ibu Aisya update.moga khabar yang baik2 saja utk Aisya yg sweet tu.

saya nak sembang sikit bab Lumbar Puncture (LP) @ ambil air tulang belakang sb selalu jumpa kes yg waris tak benarkan doktor buat LP kepada pesakit.masa kat hospital dulu mmg saya angin (dulu mmg saya dr yg garang...heheh) kalau dapat kes macam ni sb rasa frust sgt bila tak boleh nak proceed dgn rawatan.
punca waris tak benarkan doktor buat LP hanyalah satu...takut pesakit lumpuh.perkara ni sebenarnya tak berlaku.kalau ada pun yg lumpuh ianya berpunca dari penyakit asal org tersebut.kenapa begitu?sebabnya semasa LP bahagian yg disuntik adalah bahagian yg tiada saraf tunjang (spinal cord).
saraf tunjang berakhir di peringkat L1 (L=lumbar).manakala LP pula dibuat diantara L3/L4 atau kebanyakannya di L4/L5.di bhg ini hanya ada saraf2 ekor yg kecil & akan tertolak ke tepi semasa LP dilakukan.hanya kecederaan pada saraf tunjang @ spinal cord yg boleh membawa kepada lumpuh.

kenapa penting sgt LP ni?
macam kita ambil darah utk tgk keadaan buah pinggang,hati,jangkitan dlm darah dsb,kita perlu ambil air tulang belakang utk melihat status pada sistem saraf atau jangkitan di otak.air ini (cerebro spinal fluid) adalah cecair yg mempunyai kaitan secara terus dgn keadaan dlm kepala kita.fungsinya ialah melindungi otak dari gegaran,membawa zat kepada otak & membawa bahan buangan ke sistem aliran darah.sebarang jangkitan atau kerosakan dalam kepala kita boleh dilihat dgn mengkaji perubahan yg berlaku pd cecair ni.

bagi bayi kdg2 ia adalah procedure yg 'life saving' sb bayi sgt mudah kena meningitis & tanda2 meningitis bg bayi adalah sgt tidak tipikal.kdg2 sekadar nampak lemah.demam sikit2 ja.tambah plk bg bayi sebarang jangkitan sgt mudah merebak.bila buat LP kita dapat diagnosis yg tepat.rawatan pun boleh bagi dgn cepat & tepat.bg kes2 yg waris tak benarkan LP doktor terpaksa guna pengalaman yg lepas & melihat tanda2 lain yg tak spesifik.rawatan pun masuk kategori...'we try'...yg sedihnya sebarang jangkitan/kerosakan pada otak @ selaput otak kalau tak dirawat dgn sempurna boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada pesakit....lumpuh,terencat akal,sawan berulang dsb....sgt mengecewakan bukan saja kpd keluarga tetapi kpd doktor jugak.

pernah dengar perkataan 'bius separuh @ spinal' masa operation?utk procedure ni saya tak pernah jumpa rejection.pelik tak?sebenarnya ia adalah procedure yg sama dgn LP.bezanya utk bius separuh doktor masukkan ubat,utk LP doktor ambil sedikit cecair CSF.

kepada sesiapa yg ahli keluarganya disarankan oleh doktor utk buat LP jgnlah risau.benarkan saja.mmg ada keadaan2 tertentu yg kita tak boleh buat LP.tapi doktor mmg dah tau kes mana yg perlu sgt utk proceed.procedurenya simple saja.cuma kdg2 doktor yg first time buat tu ambik masa sikitlah.tapi doktor senior sentiasa mengawasi.(kalau doktor baru tak boleh buat bila masa dia nak belajar..betoi dak?).
saya pernah buat sekali pada baby yg kecik sgt...masa tu HO lg..mmg susah sb takdak pengalaman.mmg fail lah...so MO buatkan.baby ok.
sekali lagi saya buat pada pesakit dewasa...buat sorang2.nurse assist.sekejap saja...sukses..alhamdulillah.patient ni pun ok juga.

jom tgk gambar sikit..
saya ambik dari google.

saraf ekor = cauda equina

jarum disuntik jauh ke bawah berbanding kedudukan spinal cord/saraf tunjang


cecair cerebro spinal (CSF) @ air tulang belakang yg melindungi otak/sistem saraf pusat

CSF/air tulang belakang dibiarkan menitik ke dalam botol sampling
(note: doktor tak sedut dgn syringe macam ambil darah)

kedudukan bayi masa presedur
(ada yg baringkan baby/pesakit secara mengiring)