Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts

16 January 2012

CUTI & KUIH

salam..
Ahad 15.1.2012.....cuti umum sempena hari keputeraan Sultan Kedah...makanya minggu ni saya cuti dua hari....alhamdulillah.
hari Sabtu selesaikan hal2 dalam rumah (tapi tak juga boleh selesai 100%) dan hari Ahad mengadap kebun yg baru nak bermula.

hari Ahad ada pasar malam kat sini.dah lama samgat tak jejak sebab kerja.maka hari ni lepas maghrib saja2 menjenguk.si Nurul nak makan peniram @ telinga keling.saya tak suka sangat kuih  ni.tapi nurul dgn nabila mmg pulun.beli rm2.00....20 biji yg kecik2 tu...tak dan sampai rumah lagi dah selesai depa kerjakan.
saya suka DANGAI...tapi tak beli pun sb perut dah kenyang.dangai ni kena makan panas2.dah sejuk tak sedap.dulu2 mak saya pandai buat tapi masa tu saya tak suka makan.sekarang ni bila mak dah tak dak baru suka nak makan....maka kenalah beli.nak buat sendiri???hmmm...sorry...kurang rajin & tak pandai pun walaupun kalau tengok caranya macam senang teramat.lagipun kat sini senang nak dapt..tak yah susah2kan diri nak buat sendiri yang hasilnya belum tentu sedap...beli kat pasar malam confirm best punya.
sapa yg tak kenal dangai....ni lah rupanya.kuih yg dibuat dgn campuran tepung pulut,kelapa muda parut & gula....masuk dalam acuan & bakar.
gambar google jer...
dari blog INI
sapa2 nak resepi dangai boleh jengah blog dapurmina  ni.




DANGAI tak sama dengan DANGAU yer...dangau takleh makan...dangau ialah pondok kecik kat kebun atau tepi sawah....


07 September 2010

BAU LEMANG DAHHHH....

salam...
esok dah tengok anak bulan syawal...sekejap jer dah nak habis puasa.masa keluar ambil nurul dari sekolah tadi (kelas tambahan) nampak ada orang dah start jual lemang.saya suka makan lemang...tak kisah la dgn sambal/serunding ataupun gulai.ketupat pulut pun suka juga dengan syarat takde kacang dalam ketupat tu.
kat sg petani ada satu tempat org jual lemang.tepi jalan area sg lalang.mmg tiap2 tahun ada & nampak meriah tapi saya tak pernah beli lg.biasanya beli drp jiran.tahun ni jiran tu pun tak buat so tak tau nak beli kat mana.mungkin kat sg lalang tu.bukan senang nak dapat lemang yang sedap.kadang2 keras...kadang2 kurang lemak.yg paling tak best bila orang buat lemang guna beras pulut yang dah dimasak dulu.lepas tu sumbat pulut tu dalam buluh & bakar buat syarat.buluh nampak hangit tapi isi kat dalam lembik...sakit hati betul bila dapat macam ni.harap2 org yg nak jual lemang tu buatla betul2.kalau malas jangan jual.tak baik ambil duit orang cara macam tu.

pic from google
nak buat sendiri???ampun...malas wei...ketupat pun dah tak rajin inikan pulak lemang.
ingat lg masa form 5 dulu.buat jamuan raya kat sekolah (my batch mmg terkenal dgn acara makan2 ni).order lemang.rendang tok buat sendiri ramai2...gotong royong.memasing bukan tau resepi pun.makanya bebudak perak telefonlah mak masing2 tanya resepi.bantai jer buat...sedap pulak.masa makan malam tu mmg ada banyak makanan.first round bangun ambil serba sikit penuhkan pinggan.bila bangun sekali lagi nak tambah lemang....liciiiinnnn.....frust giler.ramai jg yg kecewa sb first round ambik sikit...sedap betul lemang tu campur plk dgn rendang amatur yg meletup...huh...memory..

so...sapa pandai buat lemang???

26 July 2010

KUIH LOPES 2 KUPANG

salam..
perut lapar tapi tak tau nak sarapan apa...
belek2 kat kedai tepi ofis ni..nampak la kuih ni.
dah lama tak makan..so beli jelah.
SEKEPING 2 KUPANG @ 20 sen..murahkan..

along & nurul panggil kuih ni kuih kicap
walaupun dalam resepi tak pakai kicap langsung..
kuih lopes.
buat dengan beras pulut..
kuah air gula merah....
nak resepi???
sila google sendiri sb saya pun tak pandai buat..hehehe


01 July 2010

'UBAT' KENCING MANIS...hehehe

salam..
pernah makan kuih ni?
mak sedara saya bagi pagi kemarin.
kuih peneram.

manis giler..
saya tak tau buat macam mana.tapi mak sedara saya mmg expert.
masa saya g rumah dia,dia tgh buat peneram ni utk kenduri anak sepupu saya (cucu mak sedara sorang lg).
dah ada banyak2 tu dia offer kat saya..org nak bagi kannn...ambik jelah.
saya taklah gemar sgt sb bila makan lekat kat gigi.
tapi kakak saya mmg suka.
nabila pun suka...uhhh..budak kecik ni..
asal benda boleh makan semua dia balun.

untuk orang yg kencing manis...SILA JANGAN MAKAN!!!!