antara punca doktor hangin dalam wad.
(ini pendapat & pandangan peribadi saya drp pengalaman saya bekerja setakat ini)
1. doktor muda @ baru graduate (org muda banyak angin)
2. memang sifat semulajadi jenis orang mudah marah
3. tekanan dari boss
4. terlalu banyak beban kerja
5. teman sekerja yang tak bekerjasama
6. provokasi dari keluarga pesakit
7. pesakit yang cerewet
8. nurse yang tak competent
9. supporting unit yang bermasalah (lab,xray,jabatan rekod dsb)
10. doktor tak minat dgn kerja (kes parents suruh jadi doktor)
ada sapa2 nak tambah?...daddy ziyad? drsinga? dr sarah?
saya garang tak?
hehehehehe......masa HO mmg garang la..sb apa ntah?
basically...saya mmg jenis yg garang..cepat ja naik angin.tapi dah lama2 kerja ni dah ok la..tak berangin sgt dah pun.tapi kadang2 'ter'garang jugak.
dalam banyak2 punca tu saya rasa team work sangat2 penting esp bila kerja kat hospital yg sibuk.sesama doktor dalam satu unit memang tak boleh nak berkira tenaga terutamanya doktor pelatih.banyak kerja nak buat.kadang2 kerja attendant pun doktor kena buat jugak sebab satu wad ada sorg ja attendant dlm satu2 masa.kalau nak trace lab result dgn cepat kenalah bergerak sendiri ke lab.dah sampai lab pandai2lah geledah sendiri.xray film @ report pun macam tu jugak.kalau nak tunggu attendant buat semua mmg kena sembur dgn specialist la jawabnya.bila sendiri dah kena tentulah hangin menjelma.sebab tu kawan2 kena bantu.seorang turun kutip semua result utk satu wad.tak kiralah patient sapa pun.
provokasi keluarga pesakit pun satu hal jugak.biasanya pesakit taklah buat masalah sgt.tapi keluarga yg jauh2 (sedara sepupu sepapat) yg suka buat kecoh.
permulaan ayat yg membangkitkan hangin doktor ialah...
"apa ni doktor?mana boleh buat macam ni!!!"
buatla mukadimah yg sedap didengar sikit....contohnya
"doktor,boleh tak cerita kat saya apa masalah pesakit ni?saya ni sedara dia"
pastu kalau tak setuju dgn rawatan doktor tu,cakapla..
"kalau tak buat macam yg doktor cadangkan tu,ada cara lain tak?"
nanti kamu akan dapat a very good explaination...percayalah.
pihak pesakit plk.....
yg selalu buat doktor (esp saya) naik darah ialah bila pesakit minta balik sedangkan dia mmg tak boleh nak didischargekan lagi..kita faham ada masalah di rumah pesakit terutamanya bila pesakit perempuan.biasanya masalah utama ialah anak2 yg ditinggalkan.
tapi percayalah...tak dak doktor yang suka2 nak simpan pesakit dalam wad.kalau satu wad ada 2,3 org patient lagilah doktor suka (nurse pun sama) .tapi kadang kita nampak pesakit tu macam sihat.walhal dia sebenarnya belum stabil.contohnya kes darah tinggi,kencing manis,sakit jantung dsb.kalau ibu2 mengandung pun sama..(yg ni lagilah...sepuluh kali risau nak bagi balik).saya tak tau ttg doktor lain.tapi kalau saya terpaksa bagi juga AOR (at own risk)discharge kat patient2 yg pregnant mmg saya tak senang duduk selagi tak jumpa dia semula masa temujanji (biasanya paling lama seminggu lepas tu).sentiasa berdoa supaya tak jadi benda2 tak elok sepanjang dia kat rumah...
physical stress...mental pun stress...mana tak senang hangin...
nurse yang tak competent..
doktor suruh buat lain dia pi buat benda lain...
saya pernah alami....berasap kepala dibuatnya.mmg marah tahap maksimum. masa tu jangan sapa tambah hal lglah..memang kena punya.
nurse pun sebahagian drp team kita juga.dapat yg tip top memang aman damai satu wad.
doktor yg terpaksa jadi doktor sebab parents suruh...
yg ni tak ramai sebenarnya sebab kebanyakan yg tak minat ni dah dropped out masa study.tapi kalau tak minat memang tak boleh buat kerja ni...sgt memerlukan kesabaran.
walau bagaimanapun tak dinafikan ada juga yang hangin tak bertempat.kalau jumpa kes2 macam tu report saja kat pengarah hospital.
panjangnya cerita kali ni...