Showing posts with label kemiskinan tegar. Show all posts
Showing posts with label kemiskinan tegar. Show all posts

28 July 2013

RAMADHAN & SYAWAL MEREKA

salam buat semua..
sibuk dengan persiapan raya?
pekan SP dah asyik jem saja...tak boleh nak keluar waktu petang.dengan cuaca panasnya nak mengadap jalan yang sesak...say NO sajalah.

cerita hujung minggu..
program Sinar Kasih Ramadhan 2013 berjalan lancar di awal pagi Sabtu.majlis bermula sekitar jam 11.30 malam hari Jumaat dan berakhir sekitar jam 5.00 pagi hari Sabtu.
tidur sekejap selepas subuh.selepas zohor bersambung pula dengan jemputan majlis berbuka puasa bersama YB Kuala Nerang....jemputan atas nama NARC.

pada tahun 2012,program Sinar Kasih Ramadhan menemukan kami dengan keluarga daif yang tinggal di dalam pondok di kawasan hutan....baca DI SINI.
tahun 2013 ini pula menemukan kami dengan keluarga daif yang tinggal di tepi jalan utama tetapi menjadi terpinggir....puncanya?wallahualam.

dengan 9 orang anak,seorang daripadanya telah berkahwin menjadikan penghuni rumah kecil ini kini seramai 10 orang (8 anak dan kedua ibubapa mereka).
rumah ini adalah rumah sewa.


ketika kami tiba (sekitar jam 3 pagi) mereka bergelimpangan tidur diatas toto nipis...si abang dan seorang kakak (yang masih kecil) sekadar tidur beralaskan simen.
si abang bangun tetapi yang bertiga ini terus nyenyak tanpa menyedari kehadiran kami.yang paling kecil berusia 3 tahun...juga nyenyak di atas tilam usang tanpa alas...

melihat kedaifan ini YB Datok terus mengarahkan pembantunya untuk menguruskan penempatan keluarga ini di rumah KEDA secepat mungkin serta menghantar bantuan tilam/toto/selimut dengan kadar segera.

untuk team Sinar & NARC....lawatan ulangan akan dibuat selepas bulan puasa untuk melihat keperluan bantuan seterusnya.
dalam program sahur ini kami tidak dapat berbual lama kerana ada 12 destinasi yang perlu dituju sebelum kami berhenti untuk bersahur beramai-ramai.

diharapkan Ramadhan & Syawal 2013 ini boleh membawa perubahan  yang positif kepada keluarga ini.....insyaAllah.

****cerita penuh Sinar Kasih Ramadhan akan menyusul kemudian.


17 August 2012

SEDANG KITA BERGEMBIRA.....

salam...


dalam kita membuat persiapan menjelang Syawal,ingatlah ada segelintir saudara seagama kita yang masih bertarung melawan kemiskinan tegar.
andai ada rezeki berlebihan berkongsilah dengan mereka.


lanjutan dari entry Sinar Kasih Ramadhan..

gambar ini saya ambil dari FB Datok Mohd Tajuddin..

sekali imbas pasti anda menyangka ini adalah pondok atau dangau dalam dusun...betul tak?
hakikatnya...inilah istana buat seorang bapa & anak lelakinya yang berusia 12 tahun...tempat mereka berlindung dari panas matahari & sejuk embun malam saban hari.menurut teman yang berkunjung,rumah tersebut bergoyang semasa dia melangkah naik......
lihat saja struktur tiangnya.
anaknya akan menduduki UPSR tidak lama lagi....sekarang hadir ke sekolah dengan hanya berjalan kaki.

pada malam ziarah tersebut saya tidak masuk ke kawasan rumah ini kerana ianya terletak agak jauh ke dalam & kenderaan konvoi tidak dapat masuk.tambahan pula jalannya yg berbatu2 hanya sesuai untuk pacuan 4 roda atau kenderaan ringan seperti motosikal.hanya beberapa teman termasuk jurukamera mengiringi YB melawat penghuni rumah ini.kami yg lain menunggu di tepi jalan utama.memandangkan jurukamera NARC (baby) telah menyertai team tersebut maka saya rasa tidak perlu lagi saya ke situ.

seketika selepas mereka bergerak ke rumah tersebut seorang teman menghubungi SU menyatakan keadaan rumah tersebut sangat berbeza berbanding rumah2 yg kami singgahi sebelumnya.maka baby diarahkan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin untuk tindakan selanjutnya...(gambar dari kamera baby ada dlm laptop SU...tak sempat nak copy).

insyaAllah dalam masa terdekat akan ada kunjungan susulan dari NARC.