Berita muka depan Harian Metro hari ini.
Berapa kerap kita tengok pemandu2 van atau bas sekolah turun memegang tangan murid-murid semasa menurunkan mereka dari kenderaan dan kemudian membantu anak-anak ini melintas jalan (jika perlu)? Saya pernah melihat tetapi amat jarang sekali berlaku. Kebanyakannya hanya berhenti membiarkan murid-murid turun dan terus bergerak selepas pintu di tutup. Pintu pun ditutup oleh murid sendiri. Akibatnya adalah seperti yang dialami anak ini. Bagi anak yang hanya berusia 3 tahun seperti Muhammad Haziq Aqasha ini memang amat tidak wajar sekali dibiarkan keluar @ turun sendiri dari van sekolah. Perlu ada orang dewasa yang mengawasi dari jarak dekat. Memegang tangan,menutup pintu dan menghantar ke penjaganya. Bagaimana kita mengawasi anak-anak kita ketika keluar dari kereta,begitu jugalah situasinya apabila anak-anak ini keluar dari van atau bas sekolah.
Saya pernah mendapat satu kes di mana seorang murid sekolah rendah terjatuh dari van sekolah. Kakinya luka teru akibat digeles tayar van tersebut. Dari satu aspek memanglah kesilapan murid itu sendiri kerana bergurau dengan kawannya semasa hendak turun dari van tersebut menyebabkan dia terjatuh. Tapi dari satu sudut yang lain,perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku andai pemandu lebih prihatin iaitu dengan turun mengawasi anak-anak ini semasa menurunkan mereka. Memang remeh dan memenatkan tapi ia adalah tanggungjawab kita sebagai orang dewasa yang diamanahkan untuk membawa anak-anak ini oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka membayar untuk perkhidmatan tersebut maka sewajarnyalah pemandu-pemandu ini memberi yang terbaik.