Showing posts with label kedai makan. Show all posts
Showing posts with label kedai makan. Show all posts

13 October 2013

THE TONGGEK

salam sejahtera..

pernah makan mee tonggek?
hihi....
selama ni ingatkan orang Kedah ja panggil mee tonggek.rupanya kat Perak pun ada.
jumpa kedai/gerai ni kat medan selera Bagan Serai kemarin.
takleh nak rasa sebab gerai tak buka....dapat baca menu sajalah.



04 July 2013

LAYAN KEINDAHAN ALAM

salam....
baca Sinar Harian hari ni....waaaa......!!!...banyaknya kedai makan kena tutup sementara sebab tahap kebersihan tak memuaskan.ada plk yg letak alat2 memasak dalam bekas yg ada najis tikus...adoyai......
kat depan nampak meriah dgn pelanggan..kat belakang kenapa jadi macam tu?
wahai tokey2 restoran & semua kedai makan..janganlah nak kaut untung semata2..fikirkan juga keselamatan pelanggan..
nak makan kat luar pun kena pilih2 tempat juga....

lunch tadi kami bertiga (umie,abah & nabila the bambam) lepak kat kedai Tupah...lama tak makan kat sini...tetiba ja kedai ni terkeluar dari senarai...hari ni jengah kembali.
SU suka ayam percik kat kedai ni...kuahnya mmg sedap.
umie & nabila jenis makan segala...so tak ada menu pilihan.makan ja asalkan kenyang.lagipun lauk2nya semua ada 'rasa'.
sekarang musim hujan...maka air kat sungai belakang kedai ni mengalir laju...air pun banyak (dalam)....kebetulan masa kami sampai meja belakang kosong....best dapat makan sambil dengar bunyi air menderu laju...
tengoklah gaya budak menghayati suasana ni...
gendang gendut tali kecapi....
kenyang perut senang hati....

kedai ni terletak berhampiran simpang untuk ke Air Terjun Bukit Tupah...buka waktu makan tengah hari.harga memang sgt2 berpatutan.
kami makan tadi...
nasi putih 2,ayam percik 1,ikan goreng 1, sayur, sirap & teh o ais......RM7.80 shj.

28 March 2013

CANDLE LITE DINNER

salam...

oleh kerana hanya kami bertiga di rumah,mood memasak pun dah hilang.dah la cuaca panas teramat...membahang.duduk diam pun berpeluh..masak apatah lagi.

makanya malam tadi sehabis kerja walaupun penat gagahkan juga dinner kat luar (late dinner)..plannya nak ke kedai lain tapi dekat nak sampai baru en SU ni call kawan dia,tuan kedai tu.rupanya orang tu tengah bercuti..hehe...padan muka kita kannn....meronda plk cari kedai lain.

at last lepak ja kat satu gerai tepi jalan utama ni.belum pernah singgah walu dah banyak kali lalu situ.suasana mmg ok sebab tepi jalan...berangin.

elok ja makanan nabila sampai...tup tup....gelap gelita....
ingatkan short circuit ka hapa...rupanya black out terus...satu kawasan gelap...depa takdak lampu back up plk tu.cuma dapat cahaya samar sebab bulan tengah penuh.SU guna lampu handphone ja.tukang masak pun sama.
muka nabila dah saspen...maka umie dia yang malas nak layan kalau dia buat hal terus ambil kunci kereta & nyalakan lampu kereta...terang la juga.cuma umie dia plk saspen kot2 ada org masuk & bawa kereta terus hilang.silau lampu tu menyebabkan badan kereta tak jelas.kalau ada org buka pintu kereta pun kita tak nampak.tapi tawakal ja demi budak kecik sorang ni.
enjoy plk dia makan dalam gelap2 tu.
bila budak kedai ni bawa makanan saya minta lilin sekali...rupanya depa takdak lilin...baru nak pi beli.sabar ja lah.dah separuh makan baru dapat lilin.
dah ada lilin budak kecik ni plk sibuk nak tiup...hishh....
sib baik makanan ok (tak tip top sgt...just ok).

budak kecik habis makan dulu...nampak 2 mangkuk oren tu? dua2 dia punya...makan moi sup semangkuk tak cukup.mana la tak bulat.

walau bagaimanapun...it was an experience to us..tak pernah lg bergelap kat kedai makan.
no heart feeling sebab bukan silap sapa2 pun...benda nak jadi.cuma habis makan takleh nak lepak...nyamuk hurung kaki.

*****lokasi kedai ni adalah di Sg Pasir...tepi sebelah kiri jalan utama @ highway dari Sg Layar menghala ke Giant Sg Petani ..tak jauh dah dgn giant...menu utama adalah sup & gear box.supnya sedap (tumpang sup nabila) tapi saya makan yg goreng2 sebab tu rasa ok2 ja.

11 June 2012

SELERA MATA

salam...

belek-belek folder gambar terjumpa gambar gelas seksi ni.

best jugak kalau ada gelas macam ni...guna kat kedai makan.
berselera orang minum.


24 March 2011

LOKASI BARU

salam.
baru dapat lokasi makan yang baru.
nun di Alor Setar.
milik senior sekolah menengah dulu.
restoran dalam taman (garden).

tak sabar nak jengah tapi kena tunggu next weekend.
minggu ni busy sikit.
nanti saya dah terjah & rasa2 barulah boleh promo kat sini.
(promosi bergambar baru best esp bab makanan)

25 January 2011

KOEY TEOW KERANG BEST....

salam..
jalan2 blog kak ina tadi nampak resepi char kuey teow..menyelerakan.bila tgk gambar kuey teow ni teringat plk kisah kuey teow kerang masa saya kerja gomen dulu.masa tu kat Kulim.satu hari tu masa ronda2 dgn member ternampak org jual kuey teow kerang kat tepi jalan dalam kawasan taman perumahan (taman Selasih).muda lg org yg jual tu.dia letak gerai simple ja tapi ada banyak meja.bila dah banyak meja tu faham2 ja lah kan..mesti ramai customer.so kami pun lepak kat situ.
simple sesangat cara dia masak.ada taugeh,kerang,kucai & cabai hidup.atas meja ada cabai melaka jeruk (my fren's feveret).sekali masak utk satu pinggan ja.main campak2.cepat plk tu.bila makan..mak aih!!!sedapnya.terus ketagih.jadi pelanggan tetap.kedai tu buka lepas asar.memang bestlah makan kat situ.dahla makanan sedap..meja open air plk tu.kuey teow kerang panas2 kena dgn sirap...perghhh...

dan yg paling bestnya situlah tempat kami cari makanan utk balas bekas org..biasalah dok kuarters.kdg2 nurse..kdg2 sister bg makanan.maka kami pun i cari kuey teow tu.masuk dlm bekas depa...& kawan saya akan cakap.."kak,makanlah kuey teow ni.sedap tau.saya masak"..sambil gelak2...antara percaya dgn tidak...depa percaya jg kawan saya yg masak..hehe..dah lama tu baru bgtau.."kami beli..."

lebih kurang ginilah rupanya
gambar dr google yg telah di'crop'kan
kepunyaan blog YANAKITCHEN
banyak resepi kat situ
silalah lawati

tapi org tu berniaga tak lama.mungkin sebab undang2 bandaran kot.kami pun tak tau ke mana dia pindah.
sampai sekarang tak jumpa lagi kuey teow kerang yg best mcm tu.

13 January 2011

JAMU SELERA

salam.
lunch break tadi keluar dgn SU.memula ingat naik motor ja tapi tgk kat cuaca panas terik terus kensel...kereta lebih baik.pergi renew lesen memandu...lesen both of us expired hujung bulan ni.pi buat awai sikit sb takut sangkut...al maklum saman berderet...bukan saya..SU tu hah.

buat kat post office ja..mmg rezeki la.org tak ramai.biasanya kat PO tgh ekan SP ni mmg padat.dapat plk kerani kaunter yg happy go lucky...seronok berurusan.buat semua sekali jalan.ASB,lesen & cek saman.hehe..sib baik dua2 lesen lepas.SU cek saman..fuh!!  dapat diskaun.tinggal RM500+ ja...bolehla settlekan dgn kadar segera....sebelum hujung bulan Februari kan?nanti black listed lagila susah.saya punya separuh dari tu.

settle kat situ terus g bayar duit rumah.then SU buat kerja dia sat.dah pusing nak balik tetiba dia teringat kat goreng pisang feveret dia plk dah.kalau mai SP time tgh hari mesti nak beli ni dulu.gerai goreng pisang ni kat taman apa ntah...lalu kot Taman Patani Jaya.gerai kecik ja tepi jalan.dia jual goreng pisang time lunch.kalau pi lepas pk 4 ptg mmg dah habis.
sedap goreng pisang org ni...(nak panggil kakak pun takleh..muda lg).tak berminyak.tepung pun garing & rapuh elok ja.sapa dah start mesti repeat punyalah.beli RM2..makan slow2 sebab nak balik ambik gambar.kamera tak bawa.
kerak yg banyak..rangup.

kat tempat lain semua tak leh lawan kesedapan goreng pisang ni.cemana dia adun tepung wallahualam.tukang jual pun cantik manis,ramah mesra ja.

06 January 2011

GELORA DALAMAN...

salam.
malam td makan kat luar (macam selalu).
SU & anak2 nak makan chicken chop.saya ikut ja.so kami ke sebuah kedai ni.tak jauh dgn rumah.dah pernah beberapa kali ke situ.
SU & nurul makan c/chop.along nasi goreng ayam.saya fish & chips.nabila...kentang goreng.
family faizal pun join sekali tp depa minum ja sb dah kena nasi kandar subaidah sebelum tu.
my dish...nampak ok kan?
tapi ikan dah tak fresh.taklah busuk tp tak sedap.

c/chop pun terlebih masin sikit.
apasal ntah malam td jd gitu...selalu ok ja.

balik rumah SU tak sedap perut tp taklah berlarutan.pg dah ok.
tapi hari ni perut saya plk yg lain macam ja..
masuk klinik terus cari benda ni.

telan satu peket...minum air sikit...baru ok.
HEXBIO ialah probiotic untuk menstabilkan semula imbangan organisma dalam usus kita.

budak2 semua ok ja...alhamdulillah.
tengah melangut cari kakak & ija (anak faizal)
...main aci sembunyi
bebai..tak jumpa cari kakak.
kakak pun sembunyi tak agak2 dah..jauh sgt.
budak kentang..aaammmmm!!!!

so sesapa yg nak makan kat kedai ni hati2 lah  sikit..
kedai ni terletak betul2 depan flet polis sg layar SP.

04 October 2010

KEREPEK UNTUK RAYA HAJI...

salam.....
cuba tengok gambar ni..
nampak best kan makanan dia....
rangup ja...

tapi cuba perati betoi-betoi.....
take a close look..kata omputih..
nak try??
*
*
*


masa kecik2 dulu saya pernah makan ni...belalang kunyit.
belalang ni besar & warna kuning.
yg ni dr google

saya dgn sepupu sepapat 3,4 org tangkap belalang ni.pastu cucuk kat lidi.
kemudian layur kat api...bagi garing2 sikit.
sedap ooooo......tak caya try la...

tapi la ni dah takmo makan benda2 ni...
lain macam ja rasa tekak ni.

(semua gambar makanan eksotik kat atas diambil oleh hbbby masa meronda kat haatyai)

29 August 2010

JALAN & MAKAN

salam..
sudah hari ke 19 ramadhan.pastinya ramai yg sibuk buat kuih raya kan...shopping complex pun tambah meriah dgn org2 yg nak beli persiapan raya ni.saya tak suka shopping time2 macam ni tp terpaksa jg keluar sekali sekala.
tahun ni majlis berbuka puasa pun tak sesibuk tahun lepas.27/8 ada satu majlis untuk x-mrsm kulim northern region tp tak dapat attend sebab husband ada majlis berbuka bersama ahli kelab SYM pada hari yg sama.ikutkan mmg dia bagi jer saya join tp sapa nak jaga si kenit tu?nak bawa sekali????ampun!!!...tak kuasa den.
31/8 ada majlis membuat bubur lambuk & berbuka puasa di Kepala Batas PP bersama warga emas & pada 2/9 plk majlis berbuka puasa & shopping raya (sumbangan TESCO) bersama anak2 yatim Wadi Sakinah.dua2 program ni adalah anjuran Sinar Harian dgn kerjasama NARC.kemudian pd 4/9 majlis berbuka bersama ahli NARC & keluarga.....yg ni tak formal.lepas tu?????...open house raya la plk kan...saya tak buatlah...insyaAllah tahun2 akan datang..pernah buat sekali dulu...letih giler...

hari ni kita tgk cerita pd jumaat 27/8..en hbby kan ada majlis berbuka maka saya sorg2 angkut budak2 ke Giant lepas magrib sb dah kehabisan pampers & susu nabila.bulan puasa ni laju plk susu budak ni.nampak kuih raya NORAINI'S kat Giant...beli almond london.saya suka biskut raya Noraini ni..mmg sedap.then beli apa yg patut...mostly food.hbby balik dr buka puasa terus jumpa kt sini.

kemudian bergerak ke tengah pekan..konon nak ke bazar raya depan Kamdar.

sekali bila ke situ...alahai...no parking.!!..so ke road walk depan BANK RAKYAT jelah.
first time ke sini.banyak jg gerai tapi kebanyakannya baju.

dapatlah beli kemeja utk along..POLO tp ciplaklah kan...
tak kuasa nak beli yg ori..bukan pandai jaga pun.nabila berdukung saja awalnya
sb abahnya kata takyah bg kasut..
nanti susah nak kontrol.tapi bila sampai satu gerai kasut ni
mak bapak dia plk yg excited nak beli utk budak kecik ni.

apalagi..masuk ja kasut...ngam2 size plk tu,pecut jelah..suka tak suka mmg kena beli.hilang lenguh mendukung tp dapat plk lenguh kaki dok hambat dia.

mujur jg kat satu tempat tu ada macam stage so dia dok naik turun kat situ ja.sekali sekala menjelajah gerai org.pastu tegur semua tuan2 kedai tu...macamla org faham apa yg dia cakap.sempat juga beli sandal utk along satu sb yg lama dah rosak sikit.
untuk nurul ja yg tak jumpa lg.
dah penat berjalan terus bergerak balik tp tak terus ke rumah.singgah HUSSEIN NASI KANDAR plk...isi perut & basahkan tekak.padat betul kedai nasi kandar malam2 ni.macam lepas gian plk org2 ni makan.tp tak semualah...ada gak yg lepak2 minum ja.saya dapat tahu dari sumber yg boleh dipercayai bahawa tokey kedai ni sgt suka menderma / bersedekah.bagus kan?sb tu rezeki dia murah.murtabak bulan puasa kat sini sedap sangat...tebal & penuh isi.sebiji boleh makan satu family.

apa kami makan kat sini?

along...semestinya nasi.

nurul...kuey teow tanpa sayur..makan separuh ja...abah yg kena habiskan.

abah & nabila...roti canai.tp nabila buat main ja.bila umie ambik makan punyalah dia marah...
umie...minum ja & habiskan roti nabila.

lepas tu baru balik rumah...sampai dekat2 pk 12 mlm.

24 August 2010

JUMPA KAWAN BLOGGER

salam..
dalam masa setahun berblogging ni saya baru berpeluang berjumpa 2 org blogger.first ialah PNUT & yg ke dua ialah KAUTHAR.dulu jumpa pnut sb pnut nak bg cupcakes.....sedap ooo...thanx again.malam td jumpa kauthar sb nak bagi cheese tart yg kauthar order drp saya.sedap tak?confirm sedap kan?

sepatutnya keluar lepas isyak & terus jumpa kauthar then baru ke kulim utk urusan en hbby.tapi plan berubah sebab kawan en hbby tu nak keluar pukul 10pm.maka terpaksalah kami berkejar lebih awal.lepas maghrib terus keluar.pergi kulim dulu settlekan kerja en hbby.lepas tu baru ke kubang semang jumpa kauthar.nabila tidur sepanjang jalan dari SP.sampai kubang semang baru terjaga....laloq jer.
actually saya sekeluarga mmg dah selalu ke kawasan kbg semang ni sb ada kawan kat situ.malam td pun dia datang jengah sekejap...sempat juga bawa balik nabila ke rumahnya.tp dia takleh sambung sembang sb ada kawan lain plk dok tunggu nak jumpa.so kami lepaklah kat restoran cikgu ni dgn family kauthar...(signboard restoran ni kecik jer...awal2 tu tak perasan pun).first time jumpa tp rasa mcm dah kenal lama.kauthar & suaminya mmg peramah.si kecik atif tu lagilah pot pet....syok sembang dgn dia.tanyalah apa pun semua dia jawab....keletah sungguh.the best part was bila dia cakap...

atif : mama...atif nak tawen.
saya: bila?
atif : esok
saya : dengan sapa?
atif : ....... ada nama girl dia sebut..lupa plk saya nama tu
mama : sapa tu?
atif : girlfriend atif
saya : baju kawen dah buat?
atif : dah
saya : warna apa?
atif : tuning (kuning)
saya : pelamin dah siap?
atif : dah
saya : pelamin warna apa?
atif : tuning

hehehehe....yg bestnya dia senyum ja sepanjang sembang tu..amboi..tak padan dgn kecik dah nak kawen nooo...tapi bila kena cium dgn nabila, malu plk atif.nabila mmg tak malu...suka cium2 org ni.
harap2 masa kecik ni sajalah kannnn....
seronok sembang...sampai pk 12 tgh malam baru bergerak balik.tapi tak terus ke rumah.en hbby dah teringin nasi kandar so kami ke kedai bawah pokok...(exact location tak pasti tp area bagan).nabila yg mengantuk2 tu boleh plk makan nasi.banyak plk tu.dok suap dia makan sampai pk 1.30 pg baru settle.kira sahur teruslah ni.sampai rumah pk 2 am+.
di kulim...sedapnya tidoq..
family kauthar...nabila mmg suka nempek kat org.
khusyuk tgk video kat handphone...
lenguh kauthar??
bakal pengantin yang keletah..
kedai bawah pokok
tak cukup tau nasi tu...nabila tambah lagi.
simple kan?..tapi nasi dia mmg power..
makan sudah...duit raya pun dah dapat...happylah budak kecik ni..

terimakasih kauthar sb bg duit raya awal kat nabila.
insyaAllah raya nanti kita jumpa lagi.....nak tengok 'pengantin baru'...hehehe

22 August 2010

ROJAK SINGKIR

salam..
back to work..plan hari sabtu...ada yg menjadi & ada yg tak menjadi.
yg menjadi adalah potong rambut & masak utk berbuka.lawatan ke rumah baby baru tu tak menjadi sebab ada aktiviti lain.

sebelum cerita sabtu kita cerita ttg hari jumaat malam sabtu dulu.
jumaat berbuka kat rumah saja...malamnya hbby ajak kawan2nya makan rojak singkir...2nd visit utk hbby.last week dah pi dgn kawan2 motor..kali ni kawan2 kereta plk.elok lepas berbuka ja hujan turun..rasa mcm nak cancel tp hbby suruh tengok dulu..alhamdulillah lepas isyak hujan berhenti.makanya 3 family ini dapatlah bersantai di gerai rojak.dekat ja dgn rumah saya.kami tiba mmg peak hours..(lepas tarawikh)...kereta berderet kat tepi jalan..meriah.macam ada kenduri.meja pun full..takleh lepak2...makan then kena balik sb ramai tunggu giliran nak duduk.
jom layan gambar.

kiri kanan jalan penuh...macam kenduri.
tempat masak/bayar
potong buah kat sini ja..
bakul rotan tu tempat dia isi buah sebelum dipotong.
dari depan...simple sesangat
tengok kat belakang tu...padat
org tunggu giliran nak duduk...
mesti berangin tengok kami sembang macam takmau balik...hahaha
koay teow sup
bihun sup..
char koay teow...dah habis baru teringat nak snap..
menu utama.....mmg the best...
meeting sebelum bersurai...bincang agenda hari sabtu
(nabila suka sgt didukung dek uncle faizal tu..sampai takmo lepas)

kos makan utk 3 family ni ialah rm45..lupa nak tanya harga per plate tp saya agak2 macam ni...rojak rm1 - rm1.50,bihun/koay teow sup rm3.00 & char koay teow rm3.50 (aggaran berdasarkan jumlah yg dimakan dgn kos kena bayar tu...termasuk minum).

kedai ni buka sepanjang bulan puasa saja...dari buka puasa sampai subuh (habis sahur).lagi 11 bulan tak buka...tak pasti plk tokey ni buat apa dlm 11 bulan tu.
sesiapa kat utara ni jangan lupa mai makan rojak singkir..(org kedah kata singkiaq)....
rugi kalau tak rasa.
(sup2 dia pun ok juga).