Showing posts with label gentle birth. Show all posts
Showing posts with label gentle birth. Show all posts

26 December 2013

KELAHIRAN DI RUMAH...SUSULAN.

salam buat semua...

susulan entry sebelum ini ttg kelahiran di rumah...
saya bawakan ulasan dari blog seorang ustaz....pandangan beliau dari sudut agama.

antara tulisannya:


......Namun pada zaman hari ini risiko tersebut sudah tidak wujud lagi atas faktor teknologi, perkembangan ilmu perubatan dan sebagainya. Maka menolak kebaikan teknologi dan menjerumuskan diri kepada bahaya dan risiko kematian akibat bersalin dirumah tanpa ilmu yang mencukupi dan kemudahan perubatan adalah Haram serta termasuk perbuatan derhaka kepada Allah dan kufur kepada nikmat-Nya..... 

 .....Perbuatan beranak dirumah pada hari ini adalah harus dengan syarat memiliki pengetahuan asas yang penting bagi mengelakkan risiko bahaya, mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Tetapi sebaik-baiknya ialah menghantar isteri atau ibu mengandung ke hospital kerana hal ini bertepatan dengan Firman Allah SWT; 

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Bertanyalah kepada ahli ilmu jika engkau tidak tahu." [An-Nahl: 43].....]



sila ke blog beliau di LINK INI untuk bacaan sepenuhnya.

24 December 2013

PROSES KELAHIRAN SEMULAJADI

salam sejahtera buat semua...


buka FB sekarang banyak yang berbicara tentang 'gentle birth' yang telah berakhir dengan episod duka iaitu kematian ibu pertengahan bulan ini.pelbagai penulisan dikeluarkan..pelbagai komen ditulis & seperti biasa...ada perkataan enak dibaca & tak kurang juga perkataan menaikkan darah yg membaca.

saya baru tahu/sedar adanya AMANI & 'doula'.....istilah2 baru dalam hidup saya yang sebenarnya telah lama wujud dan mula mendapat perhatian ibu2 hamil.


gentle birth/natural birth ini mempromosikan kelahiran secara semulajadi...tanpa sebarang prosedur bidang perubatan moden...ibu akan ditemani oleh doula/pembantu sepanjang proses kelahiran...ada yang bersalin di hospital & ada juga di rumah.

"boleh google untuk maklumat lebih lengkap tentang amalan ini."


memang proses kelahiran adalah proses semulajadi...macam manapun bayi akan lahir juga.namun kita mesti sedar bahawa setiap proses kelahiran tidak sama.komplikasi boleh berlaku di mana-mana peringkat kelahiran hatta selepas uri dikeluarkan sekalipun.mengenalpasti komplikasi dengan cepat dan tepat memerlukan ilmu & latihan yang mencukupi.proses kelahiran bukanlah seperti situasi "wait & see".



biarpun sepanjang kehamilan ibu berada di tag putih (risiko rendah),proses kelahiran boleh membawa ibu ke zon merah dengan sekelip mata.malah pada setiap kehamilan & kelahiran kita berhadapan dengan dua nyawa (@ lebih untuk kandungan kembar) yang perlu diberi perhatian teliti.bukan nyawa ibu sahaja yang diambil kira tetapi juga nyawa bayi yang dinantikan kehadirannya oleh seisi keluarga.



kelas2 persediaan untuk ibu-ibu hamil menghadapi proses kelahiran memang wajar diperkembangkan kerana ramai yang tidak begitu faham & resah saat kesakitan datang.namun apabila ibu2 memilih untuk bersalin di rumah TANPA kehadiran golongan yang profesional/terlatih dari segi perubatan tentang proses kelahiran itu sendiri,ia meletakkan situasi ibu & bayi dalam bahaya.apatah lagi jika akses ke hospital terdekat mengambil masa yang panjang akibat jarak atau kesesakan jalanraya.


saya tidak menentang program AMANI ini secara total cuma untuk pengendali @ peneman proses kelahiran tersebut silalah dapatkan ilmu yang sepatutnya.ilmu yang mencukupi & diiktiraf...bukan sekadar teori & pengalaman.pastikan juga ibu2 bersalin di pusat2 bersalin diiktiraf atau di hospital....sekalipun ingin bersalin di rumah dapatkan nasihat dan pandangan doktor terlebih dahulu.pastikan ada golongan profesional perubatan di sisi di saat kelahiran.

ibu2 juga perlu bersikap terbuka & rasional.selidik dahulu perkhidmatan yang dihamparkan di hadapan mata.

sememangnya ajal maut di tentukan ALLAH namun kita diberikan akal fikiran untuk berfikir dan membuat pilihan bijak...tidak sekadar berserah kepada takdir.


ALFATIHAH kepada arwah....

biarlah kejadian ini menjadi iktibar kepada semua pihak.
semoga ada penambahbaikan dalam setiap apa yang kita lakukan.