Showing posts with label buah kayu. Show all posts
Showing posts with label buah kayu. Show all posts

15 July 2011

NAK MAKAN KENA JENTIK

salam.

musim buah belum habis lagi...tengah meriah dengan cempedak,durian ,rambutan & manggis.
malam tadi nampak buah ni pulak muncul...bergayutan kat gerai-gerai tepi jalan.
masa masuk kerja petang ni nampak kat gerai depan klinik pun jual jugak.
ni lah buah yang baru bermusim...BUAH JENTIK
nak buka kena jentik kulit dia...sila percaya..hahaha....
kalau picit pun boleh terbuka gak.


isi dia oren gini....comey2 ja.
(gambar ni google ja)


ingat nak beli untuk nurul...sekali g tanya RM6 utk seikat seciput tu...amboi...mahainya!!!
nantilah dulu...biar dah banyak nanti mesti turun harga.kat tepi jalan kat Singkir murah sikit kot.buah ni kalau kena yang manis sedaplah...
kena yang masam....mmm....orang kedah kata "masam piang".

tengah google tadi jumpa gambar ni...
jambu merah...sedap.

saya lebih suka yang ni drp jambu batu biasa tu.jenis merah ni lembut & manis walaupun biji lebih banyak berbanding jambu batu yg putih tu.lama dah tak jumpa buah ni.

****JOM MAKAN BUAH JENTIK...JANGAN BELA JENTIK-JENTIK****

23 June 2011

MUSIM BUAH KAYU

salam.
my first manggis for this year
dari pokok sendiri kat kampung.
last weekend balik kampung hantar my sis.manggis yg bersepah kat keliling rumah baru nak start masak.dapatla 4 biji lepas bersusah payah langut kait dengan galah ni.
dulu2 selamba ja panjat pokok2 ni.bonjol2 kat batang pokok tu pun senang2 ja pijak 
(ala2 rock climbing).
tapi time2 umur macam la ni dgn berat badan yang tak pernah nak turun...dah tak berani nak menapak ke atas pokok tu.kait kot bawah ja.yang tinggi2 suruh org lain panjatkan.tapi bukan senang nak cari org panjat pokok ni.bebudak zaman la
'al malas'...tak adventerous langsung.

ni cempedak jiran sebelah.
rambutan tu jiran depan rumah yang punya.

kat rumah saya ada manggis ja.pokok durian kecik lagi.
nak makan kena beli.kalau rambutan tu tak yah beli...minta ja kat jiran2.
dusun arwah nenek/tok wan ada macam2 pokok buah tapi dah diturun temurunkan & dapat kat cousin....tak beranila nak suka suki pi ambik makan.

tapi nak bandingkan dengan yang dibeli tu,lagi sedap kalau dapat makan yang fresh dari dusun.

p/s:  next week kena balik lagi...misi cari buah.
"BUAH KAYU" ialah istilah yang digunakan oleh orang utara yang merujuk kepada buah-buahan tempatan.