Showing posts with label aktiviti kemasyarakatan. Show all posts
Showing posts with label aktiviti kemasyarakatan. Show all posts

21 March 2014

BERSAMA ANAK-ANAK NUR HIDAYAH

salam buat semua..

#doabuat MH370....moga segera ditemui.....

Sabtu bertemu Sabtu...
ini adalah kisah yang berlaku pada hari Sabtu yang lepas (15.3.14).

setelah sekian lama berehat dari aktiviti,pada Sabtu baru-baru ini buat kali pertama untuk tahun 2014 NARC bersama-sama dengan Team Promosi Sinar Harian Utara mengadakan aktiviti amal bersama anak-anak yatim.
kali ini lokasi yang dipilih adalah PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN NUR HIDAYAH,KUPANG,BALING KEDAH yang menempatkan lebih kurang 23 orang anak-anak yatim/miskin perempuan.
pihak pengurusan pertubuhan ini turut menjemput anak-anak dari Rumah At Taqwa (lelaki) yang terletak berhampiran.

program kali ini mendapat sokongan dan tajaan dari pelbagai individu & syarikat seperti Stesyen Minyak Shell Sungai Lalang, Sg Petani (NKM Teguh Enterprise),Chef Mohd Zamri Sahari, Pasaraya Econsave Bandar Puteri Jaya Sg Petani dan orang perseorangan.
Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Ria turut memberi kerjasama dengan menghantar sekumpulan pelajar tingkatan 2 serta guru-guru pengiring yang hadir dengan sebuah bas.

Program kali ini berbeza sedikit kerana pihak kami secara bergotong-royong memasak untuk makan tengah hari bersama-sama anak-anak tersebut.bahan-bahan memasak adalah hasil sumbangan semua pihak yang disebutkan di atas manakala chef masakan nasi & lauk pauk adalah dari team NARC.

Pengisian program adalah gotong royong membersihkan kawasan tempat tinggal anak-anak ini,kelas pengenalan jahitan manik dan sulaman reben,makan tengah hari bersama-sama,persembahan anak-anak penghuni Nur Hidayah serta sesi penyerahan sumbangan.

Menjadi sejarah pada hari tersebut kerana sebaik majlis persembahan bermula hujan turun dengan agak lebat setelah hampir 3 bulan kita mengalami cuaca panas terik.hujan mula reda sebaik majlis selesai sekitar jam 4 petang.

Alhamdulillah...majlis berjalan lancar,makanan semua sedap-sedap belaka & anak-anak semuanya gembira.

moga program kali ini menjadi penggerak untuk program-program seterusnya.







persembahan nasyid dari anak-anak NUR HIDAYAH




sebahagian daripada kek sumbangan CHEF ZAMRI yang sangat sedap






budak kecik yang terlena keletihan dalam perjalanan balik
selepas bertungkus lumus membantu dari malam sebelum program bermula.



01 December 2013

DIA BUAT APA TU?

salam sejahtera...

apa budak kecik ni buat????

 sedia......
*
*
*
oooo....tak jadi....pusing ambik posisi lain....
 sedia.......

 lariiiii!!!!!!.....
langkah kon kuning....
pusing balik...

 langkah kon merah....
"yeayyyy!!!!gollll!!!"....kata dia...
bila kakak2 dgn abang2 tu bersorak dia lagi syok...berapa round ntah dia pusing..

dah penat baru ajak geng main sekali.
"buat giniiii..."
ikut ja syuhada...nanti cikgu marah.

ni masa aktiviti hari Sabtu dengan student UITM...tengah boring tunggu next event.budak2 ni manalah reti nak diam.nampak ja ruang kosong,dia pun layan syok sendiri.kakak2 dgn abang2 sorak plk tu...lagilah dia suka.


14 June 2012

KEKALUTAN MELANDA

salam..
lenguh2 satu badan ni...
terlewat pagi ni tapi nak juga mop lantai rumah...at the end...mop ruang depan saja.dapur malam nanti plk.
bukannya rajin sgt pun.sebab tu jadi macam ni...kerja last minute.
kisahnya...
esok,lusa & tulat (jumaat,sabtu & ahad) Sinar Harian Utara ada program kat area sini.makanya geng NARC pun dijemput sama.oleh kerana program dekat2 sini saja maka seperti biasa rumah kami akan jadi tempat persinggahan teman2 NARC yg dok jauh2 sikit...daripada nak ulang alik meletihkan badan & menghabiskan minyak kereta lebih baiklah tidur saja kat rumah kami...
lagipun mmg itulah salah satu tujuan beli rumah ni..ada extra bilik utk kawan2 & saudara mara menumpang tidur (makan...solat etc).

dah tuan rumahnya jenis tak berapa rajin nak mop lantai (sebab sat saja lepas mop ada budak kecik & budak besar buat kotor balik),bila ada orang nak mai barulah kelam kabut.tak pa...malam ni kerah si nurul buat sama...mmm...baju2 pun tak lipat lagi.abahnya?...kemas bilik..budak kecik?..duduk diam2 (macam la boleh sangat)..
esok malam tetamu akan masuk..tak tau berapa orang..tak kisahlah.lagi ramai lagi meriah..

***saya mmg jenis buat kerja last minute...dari dulu2 lagi***
 (SABTU ada kenduri jugak...hadiah tak balut lagi...sighhhh)