salam.
tengok BERSAMAMU last nite?
saya tengok sekejap2 ja.
ia tentang anak2 KIWANIS.
seronok tengok gelagat depa esp yg menari MJ tu.
terus terbayangkan budak bambam menari & menyanyi.
anak2 ni sgt cepat meniru & sgt minat dgn muzik kan?
masa hari jualan PDK baru2 ni ada sorg anak DS lelaki yg suka menari.
pantang dengar muzik rancak mesti dia buka langkah & ikut rentak plk tu.
the best part was.....dia suka jaga my bambam.nampak ja nabila main hujan cepat2 dia pi ambik ajak duduk bawah khemah.nabila pun elok ja ikut cakap 'abang' dia ni.
abang nabila tgh buat free show
our special GIFT FROM ALLAH
berbalik ke cerita malam tadi.
ada seorang ibu yang cerita kesedihan dia masa mula2 dapat tahu anak dia DS.mmg dia tak boleh terima pada peringkat awal tapi berubah menyayangi anaknya bila dah dapat moral support dari org keliling.
saya rasa most parents macam tu.yg penting ialah sokongan suami,ahli keluarga & kawan2 utk hadapi masa2 mencabar menerima & membesarkan anak2 istimewa ni.memang tak mudah.tapi alhamdulillah..anak2 DS adalah anak2 yg happy selalu...ceria & menceriakan org di sekelilingnya.sekali sekala mood hangin tu biasalah..
yg normal pun kdg2 hangin dia lagi teruk...betul tak?
saya suka tengok aktiviti KIWANIS ni tapi tak pernah join.
sini yg paling dekat kat Alor Setar.mmg susah la nak ulang alik ke sana..clash dgn kerja.kalau ada kat SP kan best.
sini pun ramai anak2 DS yg saya yakin tak pernah join apa2 aktiviti KIWANIS ni.
