Showing posts with label KFC. Show all posts
Showing posts with label KFC. Show all posts

08 February 2013

MAKAN AYAM

salam Jumaat buat semua...

sebagai pencinta makanan,saya suka mencuba benda2 baru...apa saja asalkan halal.
maka lebih seminggu yang lepas kami menerjah lagi ke KFC utk menyempurnakan hajat.hajat sayalah kan...nak rasa GOLDEN WRAP CHICKEN.
sampai ja kat kaunter tengok dah ada kat rak...macam besar la plk portion tu...harga pun boleh tahan jugak...(ingatkan bawah RM10).
tapi dah berhajat namanya....beli saja.


saya tak tengok iklan ni kat tv ...ingatkan pembalutnya dibuat dari tepung (roti)..bila nak buka....eh..kertas laaa...

isinya...boleh tahan.
rasa masam2 sikit tapi diimbangkan dengan rasa manis jagung.cendawan pun sedap juga...balanced taste.cuma agak pedas sikit....(saya jenis tak tahan pedas).mula2 makan tak rasa sangat tapi bila dah sampai penghujung tu pedas makin menyengat...pedas lada memang begitulah.ayamnya tak la jenis yang garing tu...isi lembut saja.maka utk orang yg suka makan ayam garing2 memang tak kena la dengan resepi ni.

saya ada baca review yg mengatakan saiz ayamnya kecil.tapi kat KFC yang kami pergi ni saiznya agak besar...reasonable size.

di SP ni sahaja ada 8 outlet KFC dengan 2 outlet dibuka 24 jam iaitu satu di tengah pekan & satu lagi di Taman Puteri Jaya.kami suka yang di Taman Puteri Jaya sebab kawasannya lapang (satu bangunan dia yg punya).tempat makan pun luas dan ada mainan utk budak kecik bambam melepak.cuma bab nak balik ja payah sikit.kena tunggu dia puas main..

nak main pun kena baca doa tau!!!


25 October 2010

SERUPA TAPI TAK SAMA

salam...
sapa suka KFC???
sapa pernah makan RFC???

masa mula2 buka kat SP dulu RFC sangat2 famous.kalau nak beli mmg kena timing betul2.selalu ja line panjang.lenguh kaki berbaris.silap2 haribulan sampai kat kaunter ayam dah habis...mmg hangin ler..sekarang kat SP saja dah ada 2.satu kat lagenda,satu lg kat laguna.ikut setting kat laguna lagi selesa esp tempat budak2 main.orang pun dah tak pack macam dulu lagi.takyah baris panjang2.
saya nak cerita ttg rasa ayam goreng sebenarnya.masa mula2 buka mmg rasa ayam ok saja...tapi bila dah lama ni resepi dah berubah.bukan niat hati nak kondem tp mmg utk pencinta makanan mcm family saya ni,rasa tu dah tak sebest dulu.dah takdak rasa @ tasteless.malah pernah dapat ayam yg tak betul2 masak juga.saya pernah makan kat branch alor setar...yg tu lagilah out.
maka sekarang ni kami beralih la semula ke kedai 'tok wan'....terpaksalah kan.

saya harap pihak pengurusan RFC dapat mengupgradekan balik rasa ayam tu & pastikan semua outlet punya resepi yg standard...

pic from google