pertengahan April dah pun. menghampiri Ramadhan 2019. moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus melakukan amal ibadat di bumi Allah ini.
yang akan berniaga, moga perniagaan kita juga boleh mendatangkan pahala buat bekalan di sana nanti.
kami....
insyaAllah akan memasuki satu bidang perniagaan baru. simple saja bisnesnya tapi mengharapkan pulangan yang baik untuk masa depan anak. perniagaan ini kami cuba usahakan untuk anak dara yang dah berada di awal 20an. memandangkan tanggungjawabnya nanti akan lebih memerlukan dia berada di rumah (demi Nabila), maka kami cuba usahakan bidang ini. kebetulan bangunan kedai pun dah ada. cuma perlu diusahakan saja.
apa jenis perniagaannya?...akan dihebahkan nanti. insyaAllah.
hujung minggu baru-baru ni kami menjengah ke selatan Perak untuk mengambil barang-barang keperluan perniagaan ini. masih berselerak, belum kemas sepenuhnya lagi.
alang-alang ke sana, seperti biasa akan ambil kesempatan untuk jalan-jalan & check in hotel untuk Nabila. Nabila ni lama-lama sekali akan minta balik kampung. Kampung dia ialah check in hotel, mandi kolam, jalan-jalan. mana dia belajar kampung style gini tak tau la plk.
kami check in di WADI IMAN GUESTHOUSE berhampiran I City.
apartment satu bilik dengan 2 katil queen dan dilengkapi kemudahan asas termasuk microwave oven. penting tau benda ni sebab family ni kan kuat makan. bangun pagi bolehla panaskan apa yg patut untuk sarapan. selesa kediamannya, bagus tuan empunyanya....mesra dan berbudi bahasa. insyaAllah bila ke Shah Alam akan tinggal di sini lagi. tapi untuk jangka pendeklah. saya tak boleh lama-lama kat rumah tanpa tanah ni.....rasa resah gelisah macam terkurung.
PEMANDANGAN DARI BALKONI |
malam tu bawa Nabila dan kakaknya jalan-jalan kat ICity. dah pernah bawa Nabila ke situ tapi masa tu dia kecil lagi. rasanya dia pun tak ingat. kali ni macam-macam tempat dia nak masuk tapi tak dibenarkan oleh ibubapanya....hihi...poket kena tengok jugakla.
masa lepak-lepak kat fountain, tiba-tiba air tu keluar dengan bermacam lagu & irama. maka seronokla dia menari-nari kat situ. kebetulan ada sorang lagi budak perempuan lebih kurang 5 tahun usianya turut sama menari. apalagi, berjoget sakanla depa berdua. dah ada geng katakan.
GENG JOGET (YANG KECIK TU) |
pada saya, tak ada banyak beza pun dengan masa pergi dulu tu. boleh la setakat nak isi masa lapang.
Snowalk tak masuk pun. tengok dari tepi rasa macam tak berbaloi harganya. meronda-ronda kat luar sajalah. makan, minum, naik train atas tu....(gayat la plk). ambil gambar....itulah saja aktiviti kami.
dengan hujan rintik-rintik, sekitar jam 11 malam dah masuk bilik semula.
BALIK KAMPUNG..... |
rasanya Nabila puas hati juga untuk aktiviti balik kampung dia kali ni.
walaupun tak ada mandi kolam, dia tak merungut. Umie dia dah bagitau awal-awal sebelum pergi, tak ada berenang. jalan-jalan saja & dia kata ok. alhamdulillah...makin besar & makin memahami.
kadang-kadang risau juga. takut kita tidak memenuhi kehendak & harapan dia. maklumlah, dia tak begitu pandai nak meluahkan rasa. nak cerita banyak-banyak pun dia tak boleh. kita yang kena pandai baca isi hati & gerak laku dia. satu cabaran untuk ibubapa anak-anak istimewa ini yang cuba kami pikul dengan sebaiknya.
ok...lepas ni kita start niaga benda baru....its all about fun food.
1 comment:
Thanks nice post. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pictame.
Post a Comment