salam sejahtera...
"budi baik pasti dikenang jua"
malam tadi temankan suami pick up barang tempahan pelanggannya di sebelah utara sana. selesai ambil barang kami singgah makan di uptown tepi stadium Darul Aman. memang sejak kebelakangan ni nasi lemak di uptown ni menjadi pilihan kami sekeluarga. nabila pun kalau nak makan nasi lemak, dia ajak ke "nasi lemak jauuuuhh"... selalu singgah sampai tuan kedai pun dah kenal.
istimewanya nasi lemak ni (nasi minyak rasanya) ialah pada ayam goreng yang garing dan sambal kosong yang sedap secukup rasa. tak pernah ambil lauk lain pun sebenarnya...hihi...insyaAllah episod akan datang akan cuba lauk lain pula.
malam tadi lepas makan 4 beranak (3 set nasi & ayam goreng, satu nasi dan telur rebus serta sebungkus papadom) saya ke kaunter untuk bayaran. selepas dikira & dihitung, tuan kedai bagi diskaun rm2. ini bukan kali pertama dapat diskaun. terimakasih puan tokey yang cantik manis.....moga makin banyak dan makin berkat rezeki yang kalian perolehi.
selesai di situ, kami singgah pula di gerai yang jual air. ini kegemaran saya sebenarnya...ketagihan teh tarik ais.
sekali lagi dilimpahkan rezeki. untuk nabila sebenarnya. tuan punya gerai sedekahkan pula kerepek cheese sebalang untuk nabila. walaupun ditolak tapi bersungguh mereka suami isteri ingin memberi. jadi tak sampai hati menghampakan niat baik orang, kami terima dengan besar hati.
sebenarnya, banyak kali orang bersedekah untuk anak syurga kami ini. walaupun kadang kala nabila terlupa berkata terima kasih (kadang dia tersipu malu), kami sentiasa berbesar hati. berterimakasih, bersyukur dengan sedekah yang dihulurkan. moga Allah mengembalikan pahala niat suci mereka dengan kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan. moga di Sana nanti, Nabila akan berpeluang membantu insan-insan yang pernah menghulurkan sedekah untuknya.
kami juga menumpang rahmat dari insan terpilih ini.
No comments:
Post a Comment