assalamualaikum...
selamat petang...
cuti sekolah dah berlalu...
macam sekejap saja masa berlalu.
sempena cuti sekolah baru-baru ni, kami sekeluarga beserta dengan 2 keluarga sahabat lagi telah meluangkan masa (dan duit) membawa anak-anak bercuti ke Pulau Perhentian.
kunjungan pertama untuk kami semua kecuali suami saya yang telah pernah menjejakkan kaki ke pulau besar.
kali ini kami telah ke pulau kecil.
dua hari satu malam di sana merupakan kenangan yang sangat indah. melihat keindahan alam laut ciptaan Allah yang bersih dan belum tercemar.
anak-anak pun seronok sangat bermain air laut dan "bersnorkeling" meneroka keindahan bumi Allah.
sebagai mukadimah, saya lampirkan sedikit keindahan yang ada di Pulau Perhentian buat tatapan sahabat yang membaca coretan ini.
KEINDAHAN ALAM DARI PUNCAK HENTIAN TITIWANGSA YANG TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN |
LANGIT SENJA DARI BILIK SEWAAN DI BESUT |
PEMANDANGAN LAUT YANG MENYAMBUT KEDATANGAN PELANCONG KE PULAU PERHENTIAN KECIL |
AIR YANG JERNIH |
SALAH SATU HENTIAN KETIKA ROUND ISLAND IKAN BERWARNA WARNI |
SEINDAH PANDANGAN MATA |
KETENANGAN DI LAUTAN |
SUASANA JETI DI AWAL PAGI |
DARI KEDAI MAKAN BERHAMPIRAN JETI...PAGI NAN DAMAI |
****nantikan cerita penuh...