salam buat semua....
dari raya sampai hari Malaysia....hehehe...panjang sungguh bercuti blogging.mohon kemaafan kepada yg datang ke sini kerana lama tak update...
malam tadi baru terperasan dah sebulan tak meulis di sini.
kisah hujung minggu kami...
13 september 2014 (sabtu) suami menguruskan event "Konvoi Kibar Jalur Gemilang" disertai oleh jabatan kerajaan seperti JPJ dan JKJR.peserta adalah daripada group motosikal SYM utara (kawan2 dia jugaklah).
program bermula pagi Sabtu tapi suami ke tempat bermula pada hari Jumaat...kebetulan ada bilik extra maka Jumaat malam saya bawa anak dara berdua ke sana.anak teruna dah ikut abahnya awal lagi...jadi tukang angkat barang.
Jumaat malam lepas kerja baru bertolak....drive dalam hujan lebat...risau juga sebab mata ni bukannya ok sangat...silau bila drive malam tambah plk dalam hujan.tapi mengenangkan anak dara kecik dah excited maka cekalkan hati drive sajalah....alhamdulillah hujan separuh jalan saja.Bermalam di TH Hotel & Convention Centre Alor Setar...di hadapan airport.bilik yang kami dapat ni ada 4 katil...sesuai untuk saudara mara yang ramai yang nak hantar ahli keluarga ke Mekah.
lompat baby lompat....
makan nasi tomato dengan telur dadar ja...tapi siap tambah.
kakaknya koko crunch la.
dah lama juga tak tidur kat hotel...budak kecik jadi lupa daratan sat..
pagi esoknya lepas konvoi bergerak,kami sarapan bertiga.....sahaja.....rasa lain la plk...selalu kalau makan gini mesti berlima.lepas check out balik rumah kat kampung...lepak situ sampai petang sementara tunggu suami selesai konvoi.
lebih kurang pukul 6 petang suami datang rumah angkut pula ke Danok..saja nak bawa budak2 tengok lampu & mandi kolam.dulu bawa pi I-City Shah Alam...sekarang pi I-City Danok plk...dekat la sikit.bolehla nak bagi budak kecik ni 'meroyan' walau tak sehebat Shah Alam punya.memang dia 'meroyan' pun...dalam mengantuk2 lepas dinner,bila masuk situ dia punya tahap kecergasan jadi luar biasa.kawasan taklah luas sangat tapi best juga layan lampu & figures yang depa buat tu.tak ada mainan macam kat Malaysia.just ada basikal untuk yang teringin nak ronda kayuh ramai-ramai.
ada budak kecik yang berlari masuk dalam taman
kami bermalam kat hotel di belakang tu
KPK Resort & Hotel
nak masuk kena bayar rm10 sekepala...budak kecik free.masa mula-mula buka dulu kupon rm10 tu boleh guna untuk beli barang kat dalam kawasan taman tu tapi sekarang nak beli kena bayar duit lain plk...so...takyah belilah.kita jalan-jalan & duduk-duduk saja.
balik bilik dah tengah malam (jalan kaki saja dari hotel ke taman tu).budak kecik boleh segar mata semula....jenuh jugaklah nak bagi dia lena.
pagi esoknya bangun tidur terus pi terjun kolam...bahagia budak kecik ni.
main air macam orang yang dah pandai berenang...
best kolam kat sini.luas.ada mainan plk kat tepi...boleh slide terus ke dalam kolam..si kecik ni pun berani ja slide.cuma cuaca hari tu agak panas...maka hangitlah sikit muka budak kecik tu.
sangat confident ini budak kicikkk...
abah bawa ke tempat dewasa
terjun baby...terjunnn....
settle mandi baru check out & keluar makan & beli barang.kemudian terus balik.tapi jalan plk jem & hujan pun lebat.singgah kampung ambil kereta saya & motor suami (kami bawa dua kereta sebab satu guna untuk angkut barang konvoi).suami balik rumah ride dalam hujan dgn memper sorang lagi...
saya drive dengan dua anak dara & kakak....kalut- ja bergerak sebab nak elak drive waktu malam.tu pun sampai rumah pukul 8 mlm.highway banyak kenderaan...bergerak pun slow sajalah.
apapun...alhamdulillah semua selamat.
konvoi selamat...makan angin selamat...
duit pun "selamat'...hehehe
gaya photographer in the making
dalam telefon tu kena check selalu...main snap ja dia ni.