beberapa hari lepas saya terbaca berita yg menyebut bahawa mulai tahun ini kementerian pengajian tinggi membekukan pengambilan pelajar kursus perubatan.mulanya saya ingat sekadar membekukan sebarang permohonan dari mana2 IPT utk membuka kursus perubatan.rupanya, membekukan pengambilan pelajar selama 5 tahun bermula tahun ini.alasannya,bilangan graduan perubatan sekarang adalah berlebihan.selain drp itu pihak kementerian mahu menjaga kualiti graduan perubatan dgn menghadkan bilangan pelajar yg ada.khabarnya juga,dengan bilangan pelajar yg ramai,terdapat masalah kekurangan hospital untuk melatih pelajar.
pada satu pihak,ada kebenaran & lojiknya tindakan ini terutama sekali dalam memastikan penghasilan doktor2 yang berkualiti (cuma...apakah kualiti yg dinilai itu?).saya rasa semua orang sedar bahawa bukan 100% pelajar perubatan itu mengambil kursus perubatan atas kehendak sendiri.ada yang mengambilnya semata2 kerana desakan ibu bapa.memandangkan pelajar2 ini adalah golongan genius dalam akademik maka tidak sukar untuk mereka diterima ke kursus perubatan.tetapi adakah mereka ini akan menjadi doktor yang berkualiti?
sebenarnya saya tidak begitu bersetuju dgn pembekuan selama 5 tahun ini kerana ianya seolah2 menutup peluang pelajar2 yang betul2 berminat untuk menjadi seorang doktor.andai dari keluarga berada ianya tidaklah menjadi masalah kerana mereka boleh melanjutkan pelajaran di luar negara.tapi bagaimana dgn anak2 yang kurang mampu?
sekiranya dalam setahun ada 100 orang yg genuinely ingin menjadi doktor,maka untuk tempoh 5 tahun kita kehilangan 500 bakal doktor dedikasi....kerugian yang besar pada pandangan saya.
adalah lebih baik andainya dikurangkan pengambilan setiap tahun.lakukan juga screening yang lebih baik.mana2 pelajar yg berminat untuk mengambil bidang perubatan perlu didedahkan dgn situasi kehidupan sebenar sbg pelajar & doktor terutamanya semasa menjadi doktor siswazah.jangan sekadar mengambil kira kelulusan akademik & temuduga selama 10 atau 15 minit (temuduga saya dulu sangatlah simple) untuk memilih pelajar.ibu bapa juga perlu diberi penerangan tentang kerjaya ini.ianya bukan kerjaya untuk mencari glamor.bukan juga kerjaya untuk mengumpul harta....
kita boleh mencapai nisbah doktor:pesakit seperti yg dikehendaki iaitu 1:400 tetapi bolehkah kita mencapai nisbah doktor berkualiti dgn pesakit seperti angka itu?
bagaimana pula dengan bilangan pakar?andai peratusan doktor2 yang ada melencong keluar semasa di peringkat MO adalah tinggi,maka jelas sekali bilangan pakar berkurangan.kenapa MO tidak menyambung belajar untuk menjadi pakar?semestinya kerana tidak berminat.sebab itu pemilihan pelajar itu sangat penting.
kesimpulannya...adalah lebih wajar mengurangkan jumlah dengan memilih yang betul2 bersesuaian daripada terus menutup peluang kepada semua orang (walaupun untuk sementara).
saya punya teman2 yg bekerja di hospital yang merungut bahawa HO yang ada sekarang tidak lagi seperti zaman dahulu.ramai yg malas & mengambil mudah dalam hal kerja.
begitu juga dengan jururawat pelatih....ramai yang malas bekerja/belajar.
kerajaan juga perlu melihat kepada kualiti jururawat sekarang..terlalu banyak nursing school.adakah produk mereka ini juga berkualiti?...saya pernah melihat jururawat pelatih melarikan diri bila melihat pengajarnya datang sebab ingin mengelak dari ditanya & disuruh melakukan prosedur...dia bernasib baik kerana saya bukan bekerja di situ....
5 comments:
Kak tie setuju dengan Ieda.
Tak adillah bila mereka tidak diberi peluang ini. Kasihan bagi mereka yang benar2 layak dan minat, tapi tak mampu untuk belajar di luar negara. Tak masuk akal langsung, bila peluang ditutup selama 5 tahun.
sgt tidak adil bg mereka yg betol2 minat n layak utk jadi doc kalo mereka tutup pengambilan ne..
agree ngan akk nya statement..skrang ne makin ramai doc n nurse baru yg kurang kualitinya....
government had to do sumthing...
Sekarang memang byk kolej yg menawarkan kursus kejururawatan & perubatan...tumbuh mcm cendawan lepas hujan tp adakah ia mencapai kualiti yg sepatutnya?
Natijahnya, sedari awal lagi Kerajaan tak boleh fikir ke akan berlaku lambakan doctor (dgn membenarkan dan meluluskan pembukaan private U yang melambak macam cendawan lepas hujan)??
Ya, saya salahkan sistem kita dalam hal ini. Langkah freezing 5 tahun ni menganiaya pelajar yg genuine nak buat medic.
salam. sepatutnya private uni tu semua tidak dibenarkan run program perubatan. sebab doktor2 yg bakal dihasilkan berkemungkinan besar tidak mencapai kualiti yang benar2 layak untuk menjadi seorang doktor berdedikasi. yelah, sebab money is all they (the private univs owners) think. not qualifications (academically & personality). kak, i agree with you that admission should be less rather than straight away halting it. heehee :)
Post a Comment