06 January 2011

URI BAWAH

salam..
harap2 dia ikut nasihat...demi kebaikan dia juga.
dia kena admit esok sebab uri kat bawah (placenta praevia type 3)
.....kandungan dah 30 minggu.
tapi anak umur 2 thn start demam plk.
maka dia jadi serba salah.

tengok kat report scan drp hosp...buat 3.1.11.
pt request admit 7.1.11...
kalau dia tak pi esok..pastu bleeding kat rumah....confirm la depa marah bila sampai hospital.
kesian la juga dgn situasi dia sekarang tapi kena admit jugakla besok.
bahaya...boleh bleeding anytime.
sapa penah handle bleeding placenta praevia for em LSCS
taulah betapa kalutnya situasi tu.
maka kat sinilah peranan en suami....sila jadi isteri sekejap....jaga anak2.urus anak2 & rumahtangga...demi isteri & anak kamu jugak yg kat dalam kandungan tu.
kena admit sampai bersalin.

sapa kata senang nak jadi suami????jangan ingat seronok ja.
siapa 'dia' ni..?
patient saya tadi (mak patient actually sb yg mai ambik ubat anak dia yg demam tu).

7 comments:

munna said...

teringat kan adik yg kena uri ke bawah masa pregnant anak yg sulung...dia bleeding kat rumah... kecoh satu rumah masa tu panik...

irma said...

apa sebab uri ke bawah ni?disebabkan faktor keturunan ada jugak ke?

Bicara hati ibu aisya said...

Masa awal pregnant doc bgtau uri saya juga ke bawah tp alhamdulillah beberapa bulan kemudian naik balik.masa kat wad dulu ada sorang kakak ni placenta privea type 3 duduk kat wad 2 bulan ++ sebelum bersalin.wad tu dah jadi cam rumah dia dah.hihihi..
Moga 'patient' akak tu g hospital hari nih.

SURIA AMANDA said...

kesiannya....setuju..patutnya suami amik peranan..

ieda said...

juelee..
done.
pi krabi ek?kami segroup nak ke sana bln 3 nanti..tp rasanya hotel mahal kot sb peak season.

munna..
bleeding boleh jadi teruk macam air paip...doktor pun suspen.

irma..
takde sebab yg specific.

ibu aisya..
kalau sebelum 28 minggu mmg kita tak risau sgt kecuali uri tu tutup habis pintu rahim.sebabnya bila kandungan makin besar bahagian bawah rahim (lower segmant) akan memanjang so kalau peringkat awal tu uri hampir dgn pintu rahim,bila bhg bawah memanjang secara automatic uri akan menjauhi pintu rahim.

ieda said...

lisa..
hopefully lisa takde apa2 masalah.

A.I said...

BETOL 3x
x salah kalau somi amik tugas isteri. mmg kene kerjasama la kan. time nk buat dulu pon bersama, so..kene tlg sesama jugak la..
mintak2 la dia admit...leh doc monitor dia kt spital..