salam.
selingan.....
petikan berita dari Utusan Online
Pesakit mental meningkat 15.6% tahun lalu – Tiong Lai
18/01/2011 4:49pm
PUTRAJAYA 18 Jan. – Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan.
“Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009,” kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini hari ini.
Beliau berkata, peningkatan angka itu dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan terus meningkat pada kadar 15 peratus menjelang 2020.
“Menjelang 2020 juga, salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung iskemia,” katanya.
Melihat pada perkembangan itu, Tiong Lai berkata, kementerian berkenaan akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di Sekolah sepanjang tahun ini. – Bernama
salah satu cara nak hilangkan stress...............
jalan2 @ bercuti dgn family & kawan2 macam NARC & friends ..hehe
seriously....saya rasa hidup kita sekarang ni banyak sgt tekanan esp dari segi kewangan.ia bersangkut paut dari satu aspek kepada yg lain.andai tak bijak menangani tekanan pasti akan menghadapi masalah.anak2 sekolah pun dah banyak tekanan dalam aspek pembelajaran sampai takde masa nak bermain.kalau buat kajian pasti akan dapat melihat patern peningkatan masalah mental di kalangan remaja.
1 comment:
rasanya aku ni pon tergolong dlm pesakit mental tu kak..haih..
Post a Comment