30 November 2010

MOHON BANTUAN BUAT SI KECIL INI

salam..
pernah dengar nama DJEPOI?
mesti pernah kan?dia pun blogger yg famous jg.
sekarang ni beliau dlm kesempitan.anak kecil beliau sedang sakit & akan menjalani rawatan/pembedahan di India awal bln December ini.
untuk maklumat lanjut sila baca di blog ACU & HAZREY.

sama2 kita membantu anak comel ini....BABY AFIQ yang mengidap sakit jantung.
sikit pun takpa asalkan ikhlas.

salurkan sumbangan anda ke sini
MAYBANK:: 162311772012
NAMA:: SAIFUL ANUAR BIN ABDUL RANI
NO HP:: 013-2078787

CEPATNYA!!!!

salam..
cepat betul budak2 membesar kan..
tengok bambam ni..
oct 2008
poyo ja..hehe.
muka budget budak pendiam
oct 2009
dah mula mengganas
sept 2010
muka eksen...konon2 dah matured la tu.
luv  u baby bambam..
u'll always be a baby in my heart

TERLEPAS PELUANG..!!

salam..
2,3 hari ni asyik layan FB tgk gambar2 member yg attend reunion pd 27/11/10 baru2 ni.patutnya saya pun join sekali.tapi nak buat cemana kan...ada hal2 keluarga yg nak kena settle dulu.takleh tangguh2 sb kena follow schedule.al maklum cuti sabtu ja.segala aktiviti nak sumbat ke situ.

mmg terkilan tak dapat join.tp takpalah...join yg 2012 plk.insyaAllah.moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
jom tgk sikit gambar yg ada.copy ja dr FB member...konfirm tak marah...kata adik beradik kannn...

the guys...standby nak main straw ni..
the girls @ mums
ada yg tak ingat nama...muka berubah.

gen2 offsprings.
main bowling buah nyoq.
yg besaq belah kiri tu tukang urus games...wanman.my classmate.
baru perasan...ada ibu terselit celah budak2 ni.

tahniah kepada committee..drp girls reunion terus berubah jd whole batch.

29 November 2010

MAKAN NASI LEMAK

salam..
chicken pox nabila dah mula mengering.measle dah clear.alhamdulillah.
kalau org lain kena quarantin,nabila pun kena juga.tapi 3 hari ja.lepas tu dah mula keluar.kesian tgk terperap dlm rumah.hari sabtu balik kampung.bukan main lagi main dgn anak member...hopefuly tak berjangkit la kat anak teruna tu.

malam tadi bawa keluar makan kat nasi lemak cinta sayang.our feveret port kalau nak berjimat.hujan lebat la plk.mujur masa sampai dah renyai2.tapi nabila tetap kena pakai baju tutup habis.dia pun tk kisah walaupun tak pernah pakai mcm tu.actually ni mini TTS kawan2 NARC...4 family yg datang.sorg lagi datang solo.
lepak2..sembang2 sampai habis semua customer lain balik.budak2 jga kedai tu pun dah berasap gamaknya tgk kami yg tak reti2 nak bergerak.awal plk depa tutup mlm tadi..sebab hujan kot.11.30 dah clear.selalu 12 lebih.

sapa2 yg mai SP jgn lupa singgah sini.dekat ja dgn The Carnival sebelah Kelab Cinta Sayang.just gerai tepi jalan tapi luas & bersih.murah & sedap.

sambung meja sampai habis ruang
us...family friends
boboy & idlan..
idlan nak sunat ahad ni..hehe..suspen ja bila kena usik
boboy tak mau lagi...tunggu besaq sikit katanya.
budak comel..
sesi tayang baju untuk program hujung december ni

28 November 2010

HUJAN....LAPAR??

salam..
asal petang ja hujan...asal hujan ja petang....
apa apa pun I like hujan...
cuma masalahnya bila hujan ni
1..customer kurang
2..perut lapar

kena nasi panas2
dengan ikan talang kering goreng bawang ni
mmmmmmmmm.........layannnn...

kenal ikan talang kering?
nilah rupanya

kat sini mmg senang dapat.
harga biasanya RM15 ke atas...ikut saiz.

masak sambal & gulai dgn nenas pun sedap.

BIRTHDAY TANPA KEK

salam..
jumaat 26.11.2010...birthday nurul yg ke 12.
takde special celebration...no cakes sb nabila tak dibenarkan makan makanan yg ada telur utk sementara.so saya goreng mee shj.
utk nabila hanya mee + ayam + sayur....itu pun clear sepinggan.
sesi makan & bg hadiah ni buat waktu malam.nabila pun dah ngantuk.tapi bila tgk abah bawa hadiah terus ja terbeliak.siap ngendeng2 lagi.sib baik beli untuk semua.

kita layan gambar jom...
siap..
ngendeng kakak punya...
waaaa......tiga2 excited
tengok tangan along!!!....
budak tukang sibuk
along kelebek initial D....feveret dia.
nak tengok benda ni boleh tahan berapa bulan.
kenapa kami beli mainan??
sebab tu yg buat budak2 ni happy.

BETOI KA NI????

salam..
mengemas barang2 my sis...(termasuk barang sendiri jg).
terjumpalah satu cincin emas.kecik ja.ingatkan my sis punya.
bila tanya dia katanya bukan dia punya & bukan my eldest sis punya.
maknanya cincin sayalah kan..
mmg ada cincin belah rotan yg saya beli dulu tp dah lama tak pakai.simpan2 punya simpan sampai tak jumpa cari.
tapi apasal nampak kecik????
see...boleh pakai sampai sini ja.
dulu pakai kat jari ni jugak...ok saja.
saya beli ni masa umur 21 thn rasanya.masa study year 2 kat kelantan.
ooohhhooo...
cincin ni mengecik ka????
atau tumbesaran saya masih berterusan???

plannya..
nak simpan cincin ni...tengok umur berapa boleh sarung semula.

27 November 2010

KERJA ANGKUT MENGANGKUT

salam..
angkut barang2 my sis balik kampung hari ni....
fuhhhhhh!!!! letih....
fr google

banyak lagi nak kena kemas tuuuu...

26 November 2010

SEMBANG PETANG

salam..
tgh hari ni hbby lepak kat rumah.
pk 3.24pm hbby msg...
gebuu...babuu...lembuuu..last kali...abuuu...hahaha...toyot panggil gebu
*
*
*
*
inilah gebu

pk 4.05pm hbby msg lagi..
selama ayg dok umah ni..toyot 4x dah tunggang botoi...siap angkat kening lagi
saya tanya tak makan nasi ka?
hbby jawab...
sblm mkn 2 botoi...lpas mkn 2 botoi..
nasi x byk..mkn setgh ja..
*
*
*
inilah toyot
tak dapat botoi buleh sasau....
adehhhh....patutlah susu cepat habis.
sib baik minum susu murah ja.

NAK?TAK NAK?

dalam dilema.......................
bagi...tak bagi...bagi...tak bagi...
untung sikit?..
tak untung?
untung lebih sikit?
nak cepat ke nak tunggu?
adehhhh!!!!!pening...pening...
kena minta petunjuk kat Allah ni.








SUDAH 12....

salam...
HAPPY BIRTHDAY TO MY GIRL NURUL AINUL HAYAT..
you are 12 today....pk berapa adik lahir ek???umie lupa..heheh...sorry dik.
moga menjadi anak,adik & kakak yang solehah.
moga berjaya dunia & akhirat
kami sayang kamu...

25 November 2010

KIDS & BABY PHOTO CONTEST

dapat tag contest drp LISA....thanx dear.
contest bertajuk
"kids & baby photo contest"
anjuran SAFIYYAH dari blog "sweetlike kissess"

saya takde gambar sendiri masa baby.al maklum orang semekin...mana ada kamera.
makanya saya letakkan gambar dua orang budak kecoh ni.
anak2ku yg kecoh....merempit motor orang.
along tengah melayan nabila merempit....tapi enjin motor tak dihidupkan pun.nabila nangis kalau dengar bunyi enjin yg kuat tu...penakut betoi..

syarat utama kena tag 8 org lagi...
maka inilah org yg kena tag oleh saya..
1. pnut
2. fiza (umisofie)
3. kakyong
4. aizahkaman
5. rizziela
6. jiey
7. nanie
8. icaziesyira

yg lain pun boleh join juga.
sila jengok blog SAFIYYAH utk maklumat lanjut.

HADIAHNYA..
earing dari lazo diamond jewellery.white gold.

tarikh tutup 30.11.2010

HARI LEPAK

salam.

mentol en google
hari kerja tapi meronda.puncanya???tengah ngadap PC pg tadi tetiba...plop!!letrik takdak...mmm..barulah teringat.hari ni 25/11.dah dapat notis awal bulan hari tu yg mengatakan hari ni ada gangguan elektrik dari pk 9 pg sampai 7 ptg.tapi letrik takdak pk 10 lebih.alang2 dah kat ofis terus juga buat kerja.tapi mostly lepak kat luar sb panas.
tgh ari hantar nabila kat pengasuh kat kampung sebelah ni sb rumah dia tak terlibat.kesian plk bg nabila duduk rumah.dahla campak tak lega lagi.nanti berpeluh jenuh plk menggaru.sebelum keluar siap2 inform staf bila ada letrik baru masuk kerja semula.kita break panjang hari ni.

so lunch break kami keluar berdua.esok birthday nurul.makanya hari ni sibuk mencari hadiah.tapi kena beli utk tiga2 org...hmmmm..mujur 3.kalau 5???parah...since takdak karan,kami lepak ja kat Subaidah SP sambil sembang dgn member.pk 5 staf msg baru ada letrik.so 5.30 masuk kerja semula.hujan la pulak...relax lg la nampaknya...relax = no money comes in....sabar jelah.esok masih ada..hihi.

24 November 2010

ADAKAH ANDA BERPANTANG?

salam...
masih berkaitan demam campak.ada banyak pantang larang & petua berkaitan demam ni.ada yg saya ikut.ada jugak yg saya abaikan saja.
kalau bab pantang larang ni dulu masa arwah bapa saya ada saya mmg selalu bertelagah dgn dia...bertelagah pendapat sajalah.takla sampai bertengkar.
bg org Kedah segala jenis demam berbiji ni disebut demam campak.ada yg sampai tak berani nak sebut takut terjadi kat anak.bila anak demam ja depa cakap gini..."demam panas sgt..bukan apa dr..takut naik yg tu saja"...faham la saya.

chicken pox sebenarnya cuma jangkitan virus iaitu varicella zooster.sebab tu kalau dah kena sekali takkan berulang kecuali orang tu berada dalam kelompok yg tiada daya tahan penyakit (tak membentuk antibodi dgn sempurna eg pengidap AIDS,pesakit kanser yg teruk dll).golongan ini juga terdedah kepada komplikasi2 lain.
measle atau campak kecik/sekam (kata org kedah) disebabkan oleh paramyxovirus.
rubella @ german measle disebabkan oleh rubella virus.
rashes bg measle dgn rubella hampir sama.cuma rubella cepat reda.biasanya hilang dalam masa 2,3 hari ja.measle akan reda dalam masa seminggu.

untuk ke tiga2 jangkitan ni mmg ada vaksin.budak2 mmg dah dibagi suntikan MMR (measle,mumps,rubella) masa umur setahun.utk chicken pox tak wajib lagi.sapa2 yg nak ambil boleh ambil sendiri kat mana2 klinik berdekatan.bukan semua klinik simpan vaksin ni.

ok...kembali ke pantang larang & petua...
pantang larang..
1. jangan bg kena hujan masa demam campak..nanti berbuah(maknanya parut jadi besar & tebal)......taklah percaya sgt.tp elakkan juga.tak berani nak testing kot2 betoi2 terjadi.kesian kat anak.tapi saya percaya bahawa parut besar/tebal ni @ keloid adalah tindakbalas semulajadi badan org tu.

2. jangan makan kicap nanti parut jadi hitam.ni pun tak mau try.bayangkan nabila yg putih tu ada bintik2 hitam...siannnyaaaa....

3. jangan makan benda gatal....mmg percayalah.

4. jangan makan ubat klinik nanti campak tak keluar habis....mmg tak percaya & tak ikut.saya bg ubat ikut keperluan cthnya bg ubat demam,gatal,vitamin & ubat sapu.kdg2 saya bg antiviral.alhamdulillah takdak masalah.

petua..
1. bg makan sup ayam @ minum air nyior (nyoq) bg cepat keluar..saya tak faham mcm mana mekanismanya tp bila bg minum mmg cepat ja keluar biji2 tu.

2. bg mandi dgn air daun apa ntah bg cepat lega....hehe..cemana nak buat?
nama daun pun tak tau.

3. bg mandi dgn air daun kangkung (rendam kangkung) sb tak mau bg berjangkit kat org lain.yg ni saya tak buat sb semua dah kena kecuali along.nurul tak kena measle lg tp takpa.kalau kena pun measle cepat lega.

4. org dulu2 ambil ubat kat bomoh.kemudian bila dah sembuh semua kena berbedak sebab takmau bg berulang.mmg saya tak ikut petua ni.

ada lagi tak pantang larang @ petua2 lain???jom share.

UPDATE BAMBAM

salam..
just nak update keadaan nabila.
pagi ni masih nyenyak tidur masa saya nak keluar g kerja.
dah mmg confirm campak dia jenis campuran...dua2 jenis sekali...measle & chicken pox.
lesion tak bertambah banyak cuma bertambah besar ja.
demam dah kurang.
makan....siang takmau.malam tadi nasi lemak RM1.50 clear (nasi dgn ayam goreng ja).
aktif seperti biasa.
ni gambar pagi tadi.

sini paling banyak lesion.
measle banyak kat betis.
sedapnya tidooooqqq....

23 November 2010

SUSAHNYA NAK TELAN..

salam auntie2 & uncle2 semua..
tengoklah saya yg tak suka makan ubat ni..
umie sebut ja makan ubat,terus muncung mulut..
"mo...mo..."sambil geleng2 kepala.
tutup semua dgn tangan..mulut,hidung,mata...ishh..

merajuk aka sedih la ni kononnya.berlakon mmg pandai.

tak kiralah nabila oiii...daripada menggaru takleh tido baiklah umie bg jugak ubat ni.abah kan ada.abah boleh tolong pegangkan.tapi dapat masuk 2.5ml ja.pastu kepala dah takleh nak toleh ke depan.buat2 batuk plk.umie takut termuntah so biarlah.2.5ml pun oklah.
sebelum bg tu umie dah rasa ubat ni..manis ja pun.
gambar masa abah pegang lupa lak nk suruh along snap.

yg bestnya lepas dia makan ubat dia plk eksyen konon2 nak bg umie ubat.tgn siap mcm pegang syringe.hulur kat mulut umie.mulut dia pun bunyi macam minum ubat..."mmm...acham" (acham =sedap)..sambil golek2 kepala...pandai dialah.