bangun pg ni nenong2 sikit.tetiba pening kepala.mujur lepas mandi dah ok.tp by tengahari mata pun layu balik.kisahnya...malam tadi tidur lambat.satu rumah tidur lambat gara2 nabila.
balik kerja mlm td saya gorengkan popia segera sb hbby nak makan.tetiba mek kecik ni yg pulun.dah start makan sampai takmau berhenti.habis 4 biji sekali jalan.tu pun saya paksa berhenti.ada lagi 3 biji saya simpan bawah tudung saji.kalau letak depan mata gerenti dia nak lagi.melayan dia sambil tengok tv cerita The Entrapment sampailah tamat cerita pk 12.30 mlm.satu family melayan cerita ni.dah pernah tengok dulu tp best jugak melayan sekali lagi.dah habis cerita pun dia nak main lagi.ishhh...the easiest way...off TV.kakak & along masuk bilik barulah dia nak berhenti main.baik plk mood dia.simpan semua mainan.then salam & cium abah.pastu salam & cium umie plk.siap babai2..kenyit2 mata...adehh...!!budak ni mmg nak kena picit.geram betoi tgk perangai dia.
ingatkan dah masuk bilik semua dah settle.tetiba dengar suara dia macam kuat ja dok terjerit2 dgn kakak dia.kalau kuat maknanya pintu bilik terbuka.cakap dgn hbby..'tak tidur lg budak ni'.bila saya jenguk keluar nampak nurul kalut2 ja ambik kain la...spray air la...pastu dia minta cadar.tanya kenapa...katanya nabila muntah..hmmm...tu lah...makan terlebih had.pastu susu lagi.mujur juga dia jenis selamba.muntah pun tak nangis2.boleh seronok gelak2 kacau kakak tukar cadar.
pukul 2 pagi terjerit2 dlm rumah.mesti jiran belakang pun boleh dengar.punya kuat suara dia.bila abah keluar bilik marah sb bising baru dia kalut masuk bilik dia semula nak tidur.abah masuk bilik dia keluar semula.last2 kami mainkan dia.
abah letak dia semula atas katil pastu tunggu kat tepi dinding.dia ingat abahnya dah masuk tidur.along pun bangun jugak join aktiviti mengacau nabila.saya still kat dapur.kami tak bagi nurul masuk bilik.konon2 saya dok bebel kat nurul sb lambat sgt buat kerja.nabila apa lagi...menyampuk la.marah2 kat kakak dia.terjerit2 dari atas katil.tapi mana dia boleh tahan duduk lama2 sorg2.at last melangkah keluar bilik juga sb ingat abah dah takdak.sekali lepas ja dari pintu terus abah jerkah.."hah!!! pi tidoq!!"...terkejut terus terdiam...hahaha...tapi abah tak leh tahan.jerkah sambil gelak...hilanglah suspen budak kecik ni..hbby angkat pas kat saya then letak balik dalam bilik..tutup lampu.tutup pintu.
tu pun tak tau pukul berapa dia lena.
ni...budak kecik banyak songeh...
cermin kabinet dipecahkan oleh along...
dah besar tapi still nak main bola dalam rumah...hmmmm..
1 comment:
adehhh...dapat bayangkan kerenah nabila! geram je bile baca... kalau ade depan mata ni, mau kene usik habis! hehehee....
dah banyak akal nabila ni...
Post a Comment