16 July 2010

POKOK DURI TUJUH

salam..
pernah tak tengok pokok ni?
pokok duri tujuh.ada juga yang panggil pokok jarum tujuh bilah.

saya diperkenalkan kpd pokok ini oleh seorang pesakit saya berbangsa India..dah terlupa macam mana bermula cerita tapi katanya pokok ini elok untuk rawatan kanser.jadi saya mula menanam pokok ni di rumah.sekarang ada dua pasu.sgt mudah membiak.
saya suka bunganya yg warna oren tu.
pokok ni ada banyak duri dibatangnya tapi duri ni tumbuh berkelompok.mmg risau bila ada pokok ni sb takut terkena nabila.so saya letak di luar pagar belakang rumah.
senang saja nak tanam..hanya melalui keratan batang.

khasiat utama pokok ini adalah anti kanser terutama kanser buah dada (boleh google).ada yg kata elok juga untuk kanser kolon.selain itu ia juga baik untuk kencing manis & darah tinggi.
penggunaannya adalah dengan memakan daunnya sebagai ulam.boleh juga rebus atau kisar daun & minum airnya.
saya pernah makan...rasa berlendir.
mmg tak sedap....harusla kan..mana ada ubat yang sedap.

boleh google untuk lebih maklumat..
nama saintifiknya Pereskio Bleo
(dari kumpulan cactaceae...sejenis kaktus...patutla tahan lasak)

p/s: ingatkan nak snap bunga hari ni tapi tak kembang lagi pun.

6 comments:

mazni said...

salam kak ieda..x pernah dgr la pulak sblm ni.

ieda said...

mazni..
wkslm...akak google...rupanya famous jg pokok ni.cantik kalau buat hiasan laman.

Rizziela said...

x pernah tengok & dengar pun...kuno nya saya

Suziey Ahmad said...

waaa bagus nya khasiat pokok ni..1st time dgr pasal pokok ni..

Unknown said...

dapat kat mana benih nya..
menraik lah..

ieda said...

rizziela..
saya pun patient yg bgtau.

suziey..
banyak khasiat tp tak sedap..jadi hiasan jer..hehe

kakyong..
saya dpt dr org kg kat sini.
nak ke?kalau nak nanti saya semaikan.