03 February 2015

ERA BARU NABILA

salam sejahtera...

berabad lama tak update kat sini...
banyak betul kisah nabila yang tak tertulis....banyak perkembangan yang berlaku...alhamdulillah dia sihat2 saja dan mengembang dengan sewajarnya...hihi

nabila dah tukar sekolah.
minggu ni adalah minggu ke 2 di sekolah baru.sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa.moga lebih banyak yang mampu dipelajari di sini.ummie nak nabila boleh menulis dan membaca.skil atau kemahiran pengurusan diri alhamdulillah nabila dah lulus cuma antara nak buat dengan tak mau buat ja....mood baik semua boleh buat.bila mood tak elok semua benda jadi tak reti....ehhh...budak banyak akai.


sebelum start sekolah bawa jumpa penolong pengetua dulu...sesi perkenalan sebab nak tengok kesesuaian kelas dan pembelajaran.

paling best adalah hari beli baju sekolah.di sekolah ni kena pakai baju sekolah biasa tapi kasut hitam...lega ummie...hahaha...kot kasut putih kena beli 5 pasang gamaknya.

area sini macam biasalah...tempat beli segala benda berkaitan pakaian sekolah adalah di Osman Store...sebut ja nak baju apa...semua ada.sangat excited budak kecik ni beli baju sekolah dia....kelam kabut jadinya.masuk kedai ja terus...
"baju...baju"....
sekali ja pekerja bagi terus ngam saiz dia.
siap pakai baju kalu lari2...
"tudung baby...tudung..."
dapat tudung cari kasut plk....last sekali cari beg.tapi beg tak ada saiz.tinggal saiz besar ja....buat perangai jugak la sat kat situ.
ambil stokin....
angkut bayar sendiri...
2 pasang baju, dua tudung, sepasang kasut & dua stokin....RM100...ngam2.

setengah jam ja kot beli barang dia...kalut.


budak ni sebelumnya tak pernah mau pakai tudung.belilah yang secomel manapun dia tetap tak mau pakai.jadi bila dia kalut nak cari tudung sekolah ummie dengan abah macam pelik.nak ka dia ni pakai?




first day sekolah....
she's happy....

alhamdulillah nabila dapat sesuaikan diri...boleh makan sendiri kat kantin sekolah (dengan pemantauan pembantu murid).



#moga jadi insan mulia

02 December 2014

SIAPA LELAKI HARAPAN DUNIA?

salam sejahtera...
selamat berbahagia buat semua yang hadir di sini...

kisah Jumaat malam Sabtu baru-baru ini....
sempena kebolehan Nabila berada dalam panggung wayang maka ummie dengan abah meraikan bersungguh-sungguh...hahaha...

sanggup ke midnight show...
tambahan pula cuti sekolah dan Sabtu ummie tak kerja.abah pun balik kerja agak lewat malam tu jadi tak sempat nak catch show pukul 10 lebih.

beria sungguh...cerita ni ja pun...



tengok iklan macam best...


secara keseluruhannya...
bolehla setakat nak meringankan minda.
pelakon memang yang mantap-mantap belaka cuma jalan cerita agak ringan.kisah tentang orang kampung yang masih mempercayai kisah penunggu dan orang minyak serta percaya dengan ramalan dan amalan bomoh.


kisah pak awang yang cuba memindahkan rumah lama ala amerika dari dalam hutan ke kawasan kampung sempena perkahwinan anaknya.kebetulan seorang lelaki warga Afrika melarikan diri dari pihak berkuasa dan menumpang di rumah tersebut yang baru saja dipindahkan separuh jalan.
seorang penduduk kampung yang juga penagih dadah ternampak kelibat lelaki tersebut di rumah berkenaan.maka bermulalah episod membawa cerita gangguan makhluk halus dan orang minyak yang dikatakan berpunca daripada tindakan pak Awang mengubah rumah tersebut.
niat Pak Awang tergendala kerana penduduk mula tertumpu ke arah menyelesaikan masalah gangguan tersebut sehingga Pak Awang mula tertekan.dia tidak mempercayai kisah gangguan makhluk tersebut.akhirnya kerana marah Pak Awang sendiri bertindak menjadi orang minyak dan mengganggu orang kampung.


straight forward sahaja kisahnya....tak payah nak fikir-fikir...tengok dan gelak sekali-sekala.lakonan tiada masalah cuma jalan cerita hanya biasa-biasa.

pengakhiran cerita macam tergesa-gesa....tamat begitu sahaja bila orang kampung menemui orang minyak dan mula mengejarnya...

ulang tengok cerita ni?...taklah...tak termasuk dalam kategori cerita yang boleh diulang tonton (pada sayalah).




ADA OFFER YANG BEST UNTUK KULIT CANTIK


nabila?
happy saja dia bila boleh meronda...tak kira siang malam.

esok petangnya (sabtu) bawa pula tengok 3D Penguin of Madagascar.....bahagia dia..
tapi setakat itu sajalah...
stop wayang untuk beberapa bulan akan datang (perancangannya)

bujang taruna dok aim cerita ni...


mungkin bagi dia keluar dengan kawan sajalah...



25 November 2014

HARI TERAKHIR

salam sejahtera...

sekolah dah bercuti...
bujang taruna kami masih berSPM.last paper hari ni.

pagi ni macam biasa bila abah outstation, ummie akan jadi driver hantar ke sekolah...dalam kereta ummie terperasan...
"hari ni adalah hari terakhir persekolahan bujang taruna...."
sat saja masa berlalu....ulang alik hantar dan ambil dari sekolah...hari ni dah yang terakhir untuk along.tahun depan adik sorang saja...(kecik bambam cerita lain...hihi).
lepas exam sat lagi mesti depa ada agenda kat sekolah ni..malam tadi dia dah bagitau..
"ummie...esok ambik along pukui satu kat tempat biasa....tapi siap sedia la...
mesti penuh tepung ka apa..."

selamat bergembira di hari terakhir persekolahan...
la ni kamu memang tak rasa apa-apa sangat....tunggulah bila dah lama2 nanti...
detik perpisahan tingkatan 5 ni ada memori untuk semua orang...

lepas salam tadi...
ummie kata..."last day dah ni.."
dia senyum2..."ha"..
budak ni memang kadang berat mulut.
"jangan lupa ambik gambaq banyak2"....kata ummie..
dia sengih ja...
lupa nak pesan.....'gambaq awek jangan lupa'...hehehe

(time SPM memang dia bawa handphone..senang nak bagitau dia balik pukul berapa)






21 November 2014

ORKID DI LAMAN

salam sejahtera...

sejak beberapa hari yang lepas dok perhati tunas bunga orkid ni...
dah lama tunggu dia berbunga...
lambat sungguh....
dua tahun dah rasanya...




yang merah ni beli serentak tapi dah beberapa kali berbunga.



seronok bila jengok kot tingkap bilik boleh nampak bunga2 ni...
tambah lagi kalau ada burung dok menumpang main.
hari ni tak ada la pula burung-burung kecik tu.
##saya tak tau nama orkid....tau tanam & tengok bunga dia saja...hihi