28 May 2013

GAJI 8 JAM

salam...

terdengar secara ringkas berita radio pagi tadi...
undang2 baru mungkin dibuat untuk orang gaji @ pembantu rumah di Malaysia (atas permintaan Indonesia kalau tak silap dengarlah)....

**semua orang gaji dikehendaki tinggal di kediaman/rumah berasingan dengan majikan.
**tempat kediaman mereka akan disediakan oleh agensi.
**mereka hanya datang bekerja di rumah majikan selama 8 jam sehari.

macam kerja office plk kan...
bila akan dilaksanakan?
belum tahu lagi sebab semua masih dalam perbincangan.

PRO & KONS??



26 May 2013

ANTARA AIR TERJUN DAN KENCING TIKUS

salam...
selamat makan kenduri...
lunch break tadi dah selamat ke 2 buah rumah kenduri....alhamdulillah...kenyang.
infact masih kenyang sampai sekarang ni...

cuaca masih panas membahang setiap hari..cuma malam tadi hujan sekejap maka awal pagi tadi agak sejuk...
panas2 macam ni sesekali tu terasa macam nak pergi bercuti mandi manda kat air terjun.berendam lama2 sambil gosip2...hmmm...best.area2 sini yang saya suka ialah Air Terjun Lata Bayu,Baling....memang best sebab ada kolam berperingkat & betul2 redup.kawasan sekitar pun bersih.
gambar yg digoogle..
kepunyaan En Syed Alfandi (senior sekolah saya dulu)
"pinjam...jangan marah nooo"
ini blognya
yang tak bestnya....baca dalam paper tadi ada satu kes kematian terbaru selepas berkunjung ke sini yang dipercayai akibat jangkitan LEPTOSPIROSIS.
dulu kawasan air terjun ni dah ditutup sebab dikesan mengandungi kuman kencing tikus ni.kemudian dibuka semula....sekarang dah ada kes baru....sekali lagi ditutup...lepas ni nak pi berendam pun tak berapa nak yakin dah.ikut berita dalam paper tu,airnya memang tercemar walaupun kawasan sekitar bersih.nampaknya tikus2 yang berada di kawasan itu masih lagi membawa kuman leptospira.

so...nak ke mana kita???.....Tupah?tak best...air tak banyak.kalau hujan lebat air terlebih banyak plk.gerun tengok.ada lintah plk tu....
lepak rumah sajalah kannn....

sedikit tentang Leptospirosis:
* disebabkan oleh jangkitan bakteria spirochaete bernama 'leptospira spp'
* berjangkit kepada manusia melalui air kencing haiwan yang mengandungi kuman ini.
* ia berjangkit bila terdapat sentuhan air tercemar secara terus kepada manusia seperti  
   terminum,terkena kepada mata atau kawasan kulit yang luka.
* pembawa ialah tikus,anjing dan juga haiwan mamalia yg lain.
* tanda2 jangkitan bermula di antara beberapa hari hingga 3 minggu selepas jangkitan 
   kuman.
* antara tanda jangkitan:
                * demam panas
                * menggigil
                * sakit kepala yang kuat & sakit badan
* fasa jangkitan di atas boleh sembuh sepenuhnya atau diikuti dengan fasa jangkitan 
   ke dua di mana pesakit mengalami tanda2 kerosakan hati & buah pinggang.
* jangkitan ini juga boleh menyebabkan keradangan otot & selaput jantung (myocarditis &
   pericarditis) serta keradangan selaput otak (meningitis).
* juga boleh menyebabkan pendarahan paru2.

* ujian makmal ke atas darah & air kencing dapat mengesahkan jangkitan bakteria ini.
* rawatan adalah dengan mengambil antibiotik, steroid utk kes2 pendarahan & dialisis jika 
   terdapat kegagalan buah pinggang.

* pencegahan adalah dengan cara 
           *mengelak kawasan yang diketahui tercemar
           *menjaga kebersihan diri


***ada pesakit saya memberitahu bahawa anaknya didiagnosakan dengan penyakit ini setelah bermain di sawah...alhamdulillah anaknya sembuh setelah dirawat di hospital (dimasukkan ke ICU).


*****

24 May 2013

JOM CUTI

salam...
cuti sekolah pertengahan tahun dah bermula....

yang bestnya..
pagi2 tak kalut dah bab2 nak hantar ke sekolah..

yang tak bestnya...
pagi2 kena kalut fikir nak sedia makanan kat rumah..
memang ramai yg berjualan waktu pagi kat area rumah ni....tapi takkan nak beli tiap2 hari selama 2 minggu ni kan...kena masak la jugak.kadang2 nak senang masak nasi berlauk ja terus...sarapan bawa ke lunch..mujur la bebudak ni tak cerewet.abahnya pun ok ja.

ibubapa yg anak2 duduk kat asrama mesti gembira ria sebab anak2 dah kembali meriuhkan rumah & memenuhi korum bak kata seorang sahabat.saya suka tengok sahabat yg seorang ni...walaupun masa sekolah menengah dulu dia jenis yg kasar,garang & kdg2 gila2 sikit tapi bila dah berkeluarga dia sangat motherly...pandai masak plk tu.untung anak2 dia (suami dia jg)...dua minggu ni jenuhla nak menatap hidangan2 dia kat fb....bukan tak suka tapi tak tahan tengok...membuka selera.

menghampiri June juga ramai ibubapa yg sedang bersiap sedia melakukan persiapan untuk anak2 yg mendapat tawaran melanjutkan peljaran ke IPT.tahniah kepada mereka.

satu yg pasti...musim kenduri kahwin dah bermula.....
selamat menambahkan lemak di badan masing2...

esok cuti...yesss.....!!!!

23 May 2013

MINYAK WAJIB

salam...

apakah di antara benda yang wajib ada dalam rumah?
rumah saya...
minyak ni...
 

MINYAK TOK AWANG LOCENG
orang Kedah mesti ramai yg kenal minyak ni.
dah lama sangat saya guna minyak ni....dari kecik2 lagi....umur berapa tak tau lah tapi seingat2 saya ni lah minyak angin yg selalu guna kalau sakit perut masa kecik2 dulu.

kenapa namanya TOK AWANG LOCENG?
sebab tuan punya minyak ni bernama AWANG & capnya ialah cap LOCENG.
sekarang anaknya plk yg buat tapi jenama tetap sama.

saya beli minyak ni kat gerai dalam BANGUNAN PEKAN RABU ALOR SETAR.tempat2 lain tak tau la plk kat mana yg ada.
dulu botol besar ni boleh dapat dalam 3 ringgit lebih tapi sekarang ni dah RM6.50...tu pun beberapa bulan yg lepas (sekali beli 3 botol sebab bukan senang nak parking kat 
Pekan Rabu tu).

saya guna pada kebiasaannya utk sakit perut (angin,salah makan etc).boleh juga sapu kat gatal2 akibat ruam yg ringan,sakit/lenguh otot betis.tengok kat label tu ada banyak lagi kegunaannya.
tak berangin & tak panas...bau biasa2 saja.kalau terminum tidak merbahaya.malah dulu mak saya pernah campurkan (titis) dalam air masak utk diminum supaya dapat kesan yg lebih cepat.
walaupun kat klinik ada banyak krim panas/berangin, saya masih suka guna minyak ni.
utk nabila mmg prefer minyak ni sebab dia suka calit & rasa apa2 benda pun yg kita sapu kat badan dia...penat nak kawal tangan dia kalau guna krim lain.nabila pun kalau susah nak membuang saya sapu sambil urut2 perut...insyaAllah beberapa jam lepas tu akan membuang dgn elok.

jangan tanya ramuan sebab saya tak pasti...tak pernah melawat kilang.