13 December 2012

HABIS DAH!!!!!

salam...

alhamdulillah syukur kepada Allah..
konvoi rasmi selama 2 hari telah berlangsung dengan meriah & jayanya.
Datuk puas hati...sahabat2 gembira....kami lega.
kenderaan yg ikut serta pun baik hati...jaga tuan masing2.buat hal sebelum konvoi & selepas konvoi tamat.sepanjang konvoi semua bergerak dgn baik saja.

kembali bekerja hari ni dalam mood 'mata berat' sebab pukul 5.00 pg td baru sampai rumah.temankan kawan baiki kereta dulu...sama2 pergi maka balik pun mesti sama2 juga...tunggu lunch break nak sambung zzzzzzzz sikit lagi.

tahniah kepada semua peserta...
terimakasih kepada semua yg terlibat terutamanya pihak PDRM yg menyediakan polis pengiring (motor & kereta) yg telah melakukan tugas mereka dengan baik sekali,
petugas2 Masjid Besi Putrajaya yang mesra,
pihak SPRM KL,Port Dickson & Melaka...ramah tamah semuanya...makanan pun best,
pihak media yang rajin membuat liputan,
pihak hotel yang memberi special rate utk peserta (hotel Maluri Cheras & hotel Mahkota Melaka),
juga kepada semua pengguna jalanraya yang memberikan kerjasama dgn membuka laluan utk konvoi...

dan yang paling penting sesungguhnya...
terimakasih kepada Allah swt kerana memudahkan urusan perjalanan kami & melindungi kami semua sepanjang program berlangsung.



07 December 2012

PREPARATION

salam..

sakit pinggang..
duduk dari pk 2.30pm sampai 4.30pm..lipat baju konvoi & masukkan dlm plastik satu2....baru satu trip.malam ni satu trip lg.berapa helai ntah...tak kira pun.
budak nabila tension sebab umie tak layan dia...tetiba dah pukul 5...umie keluar nak pi kerja semula...melalak marah..hehehe.
esok umie cuti umie layan ok...

malam ni kena listkan ubat2 yg nak dibawa.dah habit saya.kalau keluar jauh dari rumah mesti bawa ubat spare.segala ubat saya angkut.bukan untuk kami ja tapi standby utk anak2 member sekali.mana tau kan.
ubat2 yg biasanya saya bawa ialah 
pain killer,demam,batuk/lelah,selsema,senak,muntah,cirit & injection utk tahan sakit.
kali ni kena tambah satu lagi...minyak angin & minyak tok awang loceng (minyak feveret saya sejak azali).
rasa macam tak selamat kalau takdak ubat standby.

alhamdulillah..dah banyak kali jalan jauh ni ubat2 tu semua jarang2 digunakan pun.setakat ubat tahan sakit utk SU ja yg kerap pakai.

moga utk perjalanan kali ni pun semuanya akan mudah dan selamat..insyaAllah.

MY GIRL

salam...

perkembangan terkini nabila..
makin besar makin garang...ikut sapa tak tau.
makin ligat menari & menyanyi..berlakon apatah lagi.
suka kalau dengar kita mengaji/baca Quran..dia boleh duduk diam ja kat sebelah...tak mengganggu.alhamdulillah.

perkataan yang paling kerap diucapkan ialah   "paaam?" (faham?).
bila dia cakap ja apa2 kat kita mesti dia sambung dgn perkataan tu.selagi kita tak jawab faham selagi itulah dia tanya faham ke tidak.siap tunjuk2 tangan lagi kat kita macam cikgu2 kat sekolah plk.
kadang2 geram sangat kita plk bagi kat dia.."faham?"...dia tak angguk pun...buat muka toya ja.

alhamdulillah sekarang dah tak bangun awal sambung tidur kat bilik umie dah..lega sangat...cuma sepanjang cuti sekolah ni dia pun malas nak ke sekolah.PDK tak cuti macam sekolah biasa.agaknya dia tengok kakak,abang ada kat rumah dia pun nak duduk rumah juga.
cuma sehari dua ni dia kalut nak pi sekolah tapi minggu ni cuti plk.minggu depan cuti lagi sebab konvoi..minggu lagi satu la nampaknya baru sekolah balik.dah teringat kat kawan2 dgn cikgu2 kot.

***tahun depan dah 7 tahun.....cepatnya masa berlalu***

my beautiful girl

06 December 2012

JOM KONVOI

salam..
makin menghampiri hari konvoi...SU makin ligat.tak lekat kat rumah.macam biasa,di hujung2 ni tumpuan adalah kepada t-shirt konvoi,sticker,banner & souvenier.petang esok insyaAllah semua t-shirt siap.maka malamnya tugas kami la nak melipat2 masuk dalam plastik.last minute hantar printing memang org printing tak pack dah..kena buat sendiri.tapi takpa...dah biasa.budak2 pun dah besar....boleh tolong.

mujur kali ni bergerak pagi ahad.sabtu saya cuti maka sempatlah nak mengemas lebih awal....boleh tidur awal hendaknya.acara rasmi pun bermula hari Isnin..takla rushing sangat.

moga perjalanan konvoi kali ini dilindungi oleh Allah....
moga hajat individu yang ingin berkonvoi tercapai...moga dia gembira dengan acara2 yang telah disusun oleh SU & the team.

andai ada yang terserempak dengan kami diperjalanan,jangan malu2 untuk memberi laluan....sekadar mengutamakan keselamatan semua.
kami dari NARC & SPRM Kuala Lumpur akan berada dijalanraya sekitar Selangor (Shah Alam),Putrajaya,Negeri Sembilan & Melaka pada 10 & 11hb (minggu depan).
konvoi rasmi akan diiringi oleh pasukan polis trafik.
dari utara ke KL kami bergerak dengan bantuan marsyal sahaja....lalu highway in a free drive mood...maka relax2 saja di situ.