26 September 2012

SEJUK.....

salam...

hari yang best....
masuk hari ke 3 hujan berterusan...berhenti sekejap2 ja supaya org boleh mai klinik..hehe
alhamdulillah...bukan kawasan rendah.kalau sini kawasan rendah confirm dah banjir.

teringat zaman sekolah menengah dulu...pantang hujan lebat mesti nak main hujan.masa kecik tak boleh buat sebab bapa marah...
la ni giliran kita plk larang anak2 main hujan.
boleh demam ka kalau main hujan?...ikut orang juga kot.kalau badan tak fit mmg boleh kena demam.tapi kalau tengok budak2 yg jenis lasak,berhujan berpanas macam tak jadi hal pun kat depa.
saya?...kalau kena hujan lebat insyaAllah ok..tapi kalau kena yg gerimis tu mmg boleh sakit kepala kalau tak basuh cepat2.

enjoying their childhood life

16 September 2012

HARI BERSEJARAH

salam 
buat semua rakyat Malaysia...
SELAMAT HARI MALAYSIA..

hari ini juga adalah hari ulangtahun kelahiran my dear SU..
....happy birthday ayg....moga sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa mendapat rahmat dariNya....
(juga hari ulangtahun kembalinya arwah ibu budak2 ni ke rahmatullah...alfatihah)

juga hari ini sepatutnya public holiday tapi saya tetap bekerja...
sebab?
nak ganti cuti hujung bulan nanti..
hujung bulan nak pi ke mana?
inilah aktiviti orang suka berjalan2...
dah lama tak bergerak mulalah mencari idea.
insyaAllah akan ke seberang sempadan..sekadar untuk mengisi perut & mencuci poket....
kali ni cadangnya nak ke sini..
pak bara thailand
saya tak pernah sampai lg ke sini...begitu juga dgn beberapa family kawan2 yg lain.
sebab tu depa kalut sangat nak ke tempat ni.
tak lama...makan kat sini kemudian overnight stay di Hadyai....esoknya balik.
sesiapa yg nak join boleh saja...tak dak yuran apa pun.just bayar duit bilik.
lain2 expenses ikut bajet masing2.


13 September 2012

KERANA KASIH

salam..

kenapa manusia yang diberi akal yang sempurna sanggup membuang anak di merata2 tempat?
lihat saja kepada haiwan di sekeliling kita...
dengan daya & khudrat yang terhad...nyawa anak2 tetap diutamakan.



11 September 2012

SAJA SUKA-SUKA

salam...

aktiviti hari Sabtu baru ni.
saja menerai (@mencuba) buat jeli kelapa.
boring tengok warna jernih tu, maka letaklah pewarna kuning kat dasar.
nampak dah keras masukkan yg tak dak pewarna..
rupanya dia keras tipu2 ja...kena campuran yg panas dia cair balik.
sebab tu ada dua warna.
rasa...ok la.
resepi jangan tanya sebab saya jenis masak apa pun tak guna resepi.
basically sebiji kelapa muda (siap proses kat sini rm3 shj),gula,agar2 timbang,sedikit garam & air....plus pewarna.

notes: antara jeli kelapa dengan peknga...saya lagi suka peknga....