05 June 2012

HUJAN PANAS

salam..


hari ni cuaca sejuk...
hujan lebat pagi tadi..kemudian panas sekejap..pukul 9 am lebat semula...berselang seli hujan & panas sampai ke petng.hujannya plk lebat beserta angin...best.selesa.
harap2 malam ni hujan lagi..baru seronok zzzzzz....

orang yg berkenduri haruslah susah hati kan...doa moga2 tidak hujan pada hari kenduri.ada yang letak baju terpakai pengantin kat bumbung utk alihkan hujan ke tempat lain....sejauh mana boleh dipercayai amalan ini?
entah la..ada juga yg guna bomoh hujan.....
jgn percaya sangat..takut jadi khurafat plk.
yg penting doa kepada Allah...hanya DIA yg berkuasa..

7hb,9hb & 16hb...ada kenduri lagi...

04 June 2012

RASUAH KECIL-KECILAN

salam..
rasuah adalah salah..
tapi kadang2 terpaksa rasuah budak kecik ni..
nak buat cemana kan..
dia nak ikut pi kerja..
takkan nak bawa..
setakat sejam dua bolehla..
makanya...
terpaksalah umie cakap..
"baby duk rumah naaa...umie pi kerja..balik satgi umie beli askrim...nak?"
dengan bahagianya dia mengangguk...
dengan leganya juga umie pi kerja...
selalunya benda ni jadi time tengah hari..pagi takpa..dia ke sekolah.
tapi tak la kerap sgt dia buat perangai..ikut angin juga.
umie pun tak la mengikut sgt..kdg2 kering hati ja tinggai...melalak pi la...sat ja pun kalau dia nak nak melalak.budak ni jenis tak bebai...sat ja dia ok balik.
pulun!!!!

sememeh dah pun....

apa pun..memang tak elok ajar anak2 macam ni...umpan dgn makanan @ mainan.hatta bg upah utk anak bila dia tolong kita buat kerja pun tak elok juga (ni saya baca pendapat org bijak pandai dlm hal2 mendidik anak).katanya anak perlu dididik dengan rasa tanggungjawab utk membantu ibubapa.maka tak perlu nak biasakan dengan memberi upah.


03 June 2012

ALAHAN

salam...


apa nak buat kalau dapat alahan (allergic reaction) kepada sesuatu ubat?
tadi dapat satu kes macam tu (actually dah selalu dapat pun)..

kita takkan tahu seseorang alah kepada sesuatu ubat sehingga orang itu sudah mengambil ubat tersebut.memang ada ujian untuk menentukan sensiviti seseorang kepada sesuatu bahan (allergen test) tapi ia bukan prosedure standard sebelum memberi ubat kepada pesakit.

ada banyak tanda seseorang itu mengalami alahan..
1. rasa gatal2 pada muka @ badan 
2. bengkak2 terutamanya sekitar mata & bibir mulut
3. urticaria (gegata/sopak garam)
4. rashes (bintik2 merah pada kulit)
5. gelembung2 air pada kulit (serius)
6. muntah2
7. sakit perut
8. pening

yang paling lazim ditemui ialah gatal2 beserta bengkak & bintik2 merah.
paling teruk...boleh membawa kepada kematian (anaphylactic shock).

apa nak buat?
kalau selepas mengambil ubat,timbul tanda2 seperti di atas,janganlah marah2 kepada doktor yg bagi ubat tu & terus ke klinik lain.sebaiknya..datang semula kepada doktor tersebut.tunjukkan tanda2 yg dialami.doktor akan cuba kenal pasti ubat mana yg boleh menimbulkan alahan tersebut (biasanya doktor bagi beberapa ubat bila kita ke klinik...betul tak?).nama ubat akan direkodkan dan diberitahu kepada pesakit @ waris.nama ubat ini perlu disimpan oleh pesakit sampai bila2 & perlu ditunjukkan kepada mana2 doktor bila mendapatkan rawatan kesihatan.memang dah tak boleh makan sampai ke akhir hayat.
untuk rawatan,doktor akan beri ubat2 untuk melawan alahan tersebut.suntikan diberikan jika perlu.bg kes2 yang teruk, doktor akan rujuk ke hospital.

tetapi kalau alahan yg dialami adalah teruk (susah bernafas,kulit melecur dsb) terus sahaja ke hospital & bawa bersama ubat-ubatan yg telah dimakan.rawatan kecemasan akan diberikan dahulu & proses mengenalpasti ubat tersebut akan dilakukan oleh pihak hospital.


adakalanya seseorang itu alah kepada beberapa jenis ubat dari kumpulan yg berlainan.....sila senaraikan semua nama ubat tersebut pada sekeping kad & simpan di dalam dompet.elok juga untuk seseorang itu memaklumkan tentang alahan ini kepada ahli keluarga sebab kita tidak tahu bila perkara2 kecemasan akan berlaku.kadang2 pesakit sudah tidak sedarkan diri...waktu ini pengetahuan ahli keluarga amat penting.



gambar2 dari google...antara tanda-tanda alahan kepada ubat-ubatan
(alahan makanan juga boleh memberi tanda seperti ini)


***saya sangat susah hati bila ada pesakit yg alah kepada satu senarai panjang ubat-ubatan...***


ALHAMDULILLAH..SAT SAJA

salam...


pertama kali ke kenduri berdua2an dgn SU petang semalam...biasanya heret bebudak sekali.kali ni nak makan kenyang2...takyah bawa bambam..hehehe..

jangan salah sangka...bukan sesaja tak mau bawa.kisahnya budak bambam tu demam bermula tengah hari Jumaat...panas ja badan dia..merengek & tidur ja.balik kerja tgh hari suapkan ubat...sejam lepas tu ok.sejuk...mulut pun bising.terjerit2..terlompat2.siap boleh pi main kat taman mainan lagi.
malam balik kerja tengok panas semula.dah terlena pun.tapi sekejap2 dia bangun.boleh juga bagi ubat (sekarang dah senang minum ubat..takyah bagi supp lagi dah).
sepanjang malam macam tulah juga...sekejap tidur sekejap jaga.tak selesa kot.lepas tgh malam panas balik tapi tak kuat sangat.maka saya tak bagi ubat pun.

Sabtu pagi masa saya mandi terdengar dia main sorang2 kat ruang tamu (abahnya ada kat situ)...terjerit2 macam biasa..
dah terjerit2 tu maknanya oklah tu.

tapi cakap dgn SU takmau bawa dia ke kenduri sebab takut malam panas semula.lagipun kat rumah ada maksunya..bolehla berkawan.
awalnya saya plan kalau dia still panas mmg biar SU ja pi kenduri dgn member2 lain.tapi since dia dah cerdas & cergas,saya ikut la juga..kesian plk SU..member2 lain semua bawa partner.

kenduri tak jauh..kat Gurun ja.lepas kenduri terus balik rumah.

hari ni...alhamduliilah setakat pagi tadi budak kecik tu sihat2 saja.

moga semua anak2 istimewa yg lain pun sihat & ceria juga..