08 March 2012

MMMM...SEDAPNYA

salam..


sedikit ttg nabila..
sekarang ni dah pandai main-mainkan orang.dia suka ambil barang kita,letak kat belakang dia pastu cakap.."adaaaakk".....sambil sengih2.


lagi satu kalau nak susu....paling sakit jiwa.
elok ja kita landing sebelah dia nak lepak2 tgk tv mulalah bunyi..
nabila : "umie.....cucu (susu)"...dengan suara manja mengada.
umie :    "betoi nak susu?"
nabila :.....angguk2
elok kita bangun ja..
nabila : "amau" (tak mau)......muka sengih2 bangga boleh kenakan orang.
umie :   "nak dak ni?"
nabila : "amau"
elok umie nak duduk ja...
nabila : "cucu"...suara kuat sikit....sengih2 lagi.


bukan satu round...dua tiga round dia buat...sakit jiwa betoi.
nabila ni plk kalau dia tak minta jangan pandai2 buat susu...memang tak minum punya.membazir ja.


dua tiga hari lepas beria2 minta susu masa nak tidur..tapi bila dibagi...sikit ja yang dinyot-nyot...(masih membotol lagi budak ni)...ada kot dua teguk.
sayangkan susu tu saya suruh kakanya simpan dalam peti ais..bila dia dah tidur saya ke dapur.terfikir plk takkan nak bagi susu tu kat nabila esok.buatnya cirit budak tu kan ke naya.
makanya....maknya pun tuang dalam cawan & teguk sampai habis...(takkan nak nyot2 jugak kot...hahaha).


sedap rupanya susu budak ni...tak manis sangat & rasa buah...


inilah susu budak nabila......setia dengan DUMEX dari baby lagi.
perisa buah2an ni mahal sikit berbanding perisa lain tapi saya suka bagi yg ni sebab dia senang membuang.






LAYANG-LAYANG RUMAHTANGGA

assalamualaikum..
salam pagi Khamis.

saya suka pagi ni...redup @ mendung....selesa gitu.
pagi2 tadi dengar kat RADIO SINAR dalam kereta.suka dengar riuh rendah 3 sekawan ni,hilang stress....(pepagi bangun tidur boleh stress...ish!!).
nak sebut ttg kisah seorang pemanggil perempuan ni yg tak suka suaminya keluar melepak malam2.memula macam confuse jugak dengar sebab katanya suaminya keluar sekali sekala ja.dia tak kisah kalau suaminya keluar sekali sekala (once in a while)...jadi apa masalahnya?

rupanya dia tak suka suaminya balik lewat.walaupun keluar sekali sekala suaminya akan balik sekitar jam 2, 3 pagi.baginya kalau keluar pukul 9 malam balik 11 malam tak mengapalah.

berapa ramai antara kita ada masalah yang serupa?
boleh ke kawal suami supaya balik rumah pada waktu2 yg ditetapkan?

selepas berumahtangga perempuan lazimnya (tak semua) lebih banyak melepak di rumah..banyak urusan rumahtangga yg nak dibereskan tambah2 lagi kalau dah ada anak.kadang2 boleh stress...(ke selalu???)...mungkin sebab itu sesetengah isteri mengharapkan suami lebih banyak meluangkan masa di rumah selepas bekerja.
berbeza dengan sesetengah lelaki yang masih mahu mengamalkan cara hidup orang bujang walaupun telah beranak pinak.
adakah ia menjadi kesalahan?

pendapat saya....
sekali sekala suami keluar & balik lewat taklah menjadi masalah asalkan kita tahu ke mana dia pergi.suami juga mestilah boleh dihubungi andai ada kecemasan di rumah.jangan pula bila dah duduk dgn kawan2 dia offkan handphone...tak patutlah.
isteri pun kalau dah tahu suami sembang dgn kawan2 janganlah asyik mesej atau call ja..takut nanti dia balik cepat tapi bila sampai rumah muka mencuka...nak tidur pun stress jadinya. 
suami juga kalau nak keluar tengok2 dulu keadaan dalam rumah tu...andai masa tu ada anak tak sihat atau isteri yang sakit,tak payah la keluar.tunggulah hari lain.
sekali sekala kalau jumpa dengan kawan2 yg jenis family man,bawalah anak isteri bersama2.

teringat kata isteri seorang selebriti yang pernah alami masalah rumahtangga tapi sekarang alhamdulillah hidup aman damai semula..
katanya "mengawal suami biarlah seperti kita mengawal layang-layang.lepaskan tali sedikit demi sedikit tetapi jangan lupa sekali sekala kita perlu menarik tali itu semula supaya ia tidak terus terbang tanpa arah."

****adalah lebih baik andai kita mengenali teman2 pasangan kita...jauh lebih baik andai kita bersahabat dengan keluarga mereka****



04 March 2012

DAH BESAR LA TU...

salam..
budak dah besar sekarang.semua nak buat sendiri.kalau bab buka tutup pagar mmg excited lebih.
ni pagi tadi masa nak ke sekolah.
bukan kenal pun mana satu kunci mangga tu tapi eksyen tahap maksima.orang nak tolong tak bagi.
budak eksen!!!!
padan muka takleh buka...hehehe
panjat la cik oiii!!!!
lama2 give up jugak...bagi ummie buka mangga.dia sibuk buka pagar.tunggu sampai kereta keluar baru dia nak masuk kereta...hish....
(abahnya drive..ummie teman dia kat pagar tu.tak berani la nak biar sorang2)


01 March 2012

PATAH TUMBUH......

SILA SAMBUNG AYAT DI ATAS....


assalamualaikum...selamat pagi.


di sini musim hujan sekarang esp waktu petang.saya suka sebab sejuk & tak payah siram pokok.pokok2 pun tumbuh segar ja termasuklah pokok rumput.
ingat tak cerita pokok melur saya yg kena cantas dek kawan yg potong rumput dulu tu?ni rupa pokok tu lepas kena cantas...tinggal batang ja.


ini pula rupa dia lepas berulang kali kena panas & hujan..


alhamdulillah.
seronok tengok pokok membesar.
tapi ikut pengalaman lepas,lambat lagila nak berbunga.
takpa...biar lambat asal lawa.


***hajat hati nak buat garden tapi tak juga kesampaian lagi...***