26 April 2011

TERJAH SAT

salam kepada semua yang singgah..
maaf beberapa hari tak berupdate.
tetiba jadi sgt sibuk dgn urusan harian.
will be back as soon as possible
insyaAllah.
thanx to all who stopped by to read & those who leave comments....I appreciate it so much.

22 April 2011

INGAT...INGAT

salam..

pemandangan biasa
1..ibu @ bapa bawa anak kecil....nak masuk kereta.
    ibu @ bapa masuk dulu start enjin...
    anak still kat luar.....kalau anak berlari ke tengah jalan apa jadi????

2..ibu @ bapa drive.....anak di pangkuan sambil pegang stereng..
    kalau kemalangan @ brake mengejut apa jadi????

3..tunggang motosikal....anak kat belakang.terlentok lena.kaki tak sampai tempat pemijak pun.
    tangan ibu @ bapa sebelah pegang handle,sebelah lg pegang anak kat belakang tu.
    kalau terbabas apa jadi????

4..tunggang motosikal...ibu pegang anak sebelah tangan saja..letak atas peha menghadap ke  
    jalan.sebelah tangan lagi pegang anak yang duduk antara ibu dengan bapa.
    kalau belok mengejut apa jadi????

5..tunggang motosikal letak anak kat depan....anak berdiri dalam raga motosikal.
    kalau kucing tiba2 melintas jalan apa jadi????


sayangi anak2 kita.
beringat sebelum kena.

 budak yang suka naik kereta


21 April 2011

MEREKA YANG ISTIMEWA

salam.

tengok BERSAMAMU last nite?
saya tengok sekejap2 ja.
ia tentang anak2 KIWANIS.
seronok tengok gelagat depa esp yg menari MJ tu.
terus terbayangkan budak bambam menari & menyanyi.
anak2 ni sgt cepat meniru & sgt minat dgn muzik kan?
masa hari jualan PDK baru2 ni ada sorg anak DS lelaki yg suka menari.
pantang dengar muzik rancak mesti dia buka langkah & ikut rentak plk tu.
the best part was.....dia suka jaga my bambam.nampak ja nabila main hujan cepat2 dia pi ambik ajak duduk bawah khemah.nabila pun elok ja ikut cakap 'abang' dia ni.
 abang nabila tgh buat free show
 
our special GIFT FROM ALLAH

berbalik ke cerita malam tadi.
ada seorang ibu yang cerita kesedihan dia masa mula2 dapat tahu anak dia DS.mmg dia tak boleh terima pada peringkat awal tapi berubah menyayangi anaknya bila dah dapat moral support dari org keliling.
saya rasa most parents macam tu.yg penting ialah sokongan suami,ahli keluarga & kawan2 utk hadapi masa2 mencabar menerima & membesarkan anak2 istimewa ni.memang tak mudah.tapi alhamdulillah..anak2 DS adalah anak2 yg happy selalu...ceria & menceriakan org di sekelilingnya.sekali sekala mood hangin tu biasalah..
yg normal pun kdg2 hangin dia lagi teruk...betul tak?

saya suka tengok aktiviti KIWANIS ni tapi tak pernah join.
sini yg paling dekat kat Alor Setar.mmg susah la nak ulang alik ke sana..clash dgn kerja.kalau ada kat SP kan best.
sini pun ramai anak2 DS yg saya yakin tak pernah join apa2 aktiviti KIWANIS ni.
 

20 April 2011

YANG BERTUAH

SALAM

TAHNIAH BUAT FOLLOWER YANG DICARI..
FOLLOWER KE 200
SILA EMEL NAMA & ALAMAT KPD SAYA UTK DAPATKAN HADIAH.

idadr_maya@yahoo.com.my
p/s: ayu punya tak pos lagi sb tak sempat nak keluar cari extra barang utk aisya.tunggu sat nooo....