rasa macam baru ja tulis kat blog ni...rupa2nya dah seminggu lebih.. apa ceritanya sekarang? macam biasa2 saja...semua berkisar kisah hidup seharian... bisnes...sekolah....makan...tidur..
tadi jelajah kat group FB... jumpa hal2 berkaitan klinik @ program 1Care.. banyak betul kisahnya...pening tengok.
pelik jugak la dgn sistem kita ni.semua nak diubah2 menjadi lebih complicated.saya rasa apa yg ada sekarang ni takla menyusahkan mana2 pihak pun.tak ada yg teraniaya.sesekali ada kes misconduct tu mmg tak dinafikan.benda ni boleh diatasi @ dikurangkan dgn job training & supervision yg lebih baik. pilih betul2 student yg nak ambil medic tu...jgn ambil hanya sebab keluarga suruh...
kalau nak tengok bab perbelanjaan negara utk perubatan tu mmg la banyak...tapi itulah gunanya duit cukai yg rakyat bayar setiap tahun...kembali kepada rakyat.. (borang cukai 2011 pun dah sampai ni).janganlah hendaknya dicipta satu sistem yg memerlukan rakyat membayar lebih untuk rawatan kesihatan mereka.tak membebankan bg yg berada..tapi yg kurang mampu???...
dah lama bising ttg 1 Care ni tapi masih belum ada yang pasti.sekejap macam tu, sekejap macam ni...(atau saya ja yg confuse???#).
apa pun yg kerajaan nak buat,biarlah tidak membebankan mana2 pihak.moga rakyat negara ini boleh terus hidup aman damai...tanpa tekanan.
salam.. perkembangan terkini my special girl. pada usia 5 tahun 5 bulan+ (khamis 9.2.2012)....nabila basuh tupperware tanpa disuruh.
kisahnya... umie tgh baring depan tv (lena sebenarnya..tapi asyik terjaga sb mulut becok kecik tu lah).budak kecik ni ambil tupperware yg ada roti.mmg saya simpan utk dia.bun coklat.kemudian duduk bersila makan sorang2 sambil tengok tv.dah habis makan dia bgtau saya.tengok tepi2 mulut dia comot dgn coklat,saya suruh dia pergi cuci mulut kat sink.mmg dengar pung pang pung pang kat sink tu.biarlah...
kemudian dia mai tunjuk tangan dia yg basah..nak bgtau dia dah cuci kot.saya pun cakap 'good girl'...sengih2 bangga la dia.sekali tgk keliling mulut still comot..tapi tak sebanyak awal tadi.tak kisahla.
notty smart girl
dah lama sikit tu saya bangun ke dapur.tetiba teringat kat tupperware yg nabila guna tadi.dalam hati terdetik..'budak ni dah basuk gamaknya'..tgk dalam sink takde..atas meja makan takde..rupanya2 dah siap simpan kat bekas saya letakkan gelas2 yg dah dibasuh...belek2.basah...sah mmg dia dah basuh...bangga sat mak dia. ada la sikit2 kesan sabun kat tupperware tu..tapi for 5 years old DS ... mak dia mmg kagum dgn pencapaiannya. cepat2 panggil abahnya suruh tengok....... ***we smiled together***