23 September 2010

BILA HATI TELAH RETAK..

salam..
kes penceraian Badrul Muhayat mendapat liputan agak meluas di akhbar tempatan.baru2 ni ada cerita ttg lelaki ini yang menendang isterinya keluar dari kereta setelah bertengkar kerana si isteri menuntut cerai.hari ini dalam Harian Metro melaporkan bahawa pasangan ini telah bercerai talak 1.semestinya isteri berasa lega setelah begitu lama menanggung derita dalam rumah tangga.semoga dia bahagia bersama anak2nya.

itu kisah keganasan rumahtangga.bagaimana dgn kisah poligami tanpa izin isteri terdahulu?saya sering bertemu wanita yang bermasalah rumahtangga seperti ini.mungkin sb saya juga perempuan maka mereka mudah untuk bercerita meluahkan perasaan.saya hanya mendengar & kemudian memberi sedikit pandangan.bukan kerana saya expert tetapi sekadar berkongsi pendapat.bila dapat meluahkan perasaan mereka akan berasa lebih tenang.

saya yakin ramai yang di luar sana bahagia dgn kehidupan berpoligami mereka.namun ada juga yang menderita dengan perubahan sikap suami.saya semestinya kerap berjumpa golongan ke dua ini.kebiasaannya masalah mereka adalah suami berubah menjadi tidak adil,melepaskan tanggungjawab teruitamanya terhadap anak2 dan berubah sikap menjadi lebih garang.
satu aspek lagi ialah apabila suami berkahwin baru tanpa memberitahu isteri pertama.bila rahsia terbongkar,keluarga menjadi porak peranda.maklum saja...siapa dalam dunia ini tidak marah @ sakit hati bila dibohongi terutama sekali oleh orang yang disayangi.sedangkan bila anak2 berbohong pun kita kecewa apatah lagi bila suami berbuat perkara serupa.hilang semua rasa kepercayaan yang diberi selama ini kepada si suami.suasana rumahtangga menjadi tegang.nak tengok muka pun tak seronok.dan yang pasti anak2 turut terasa bahangnya.
persoalan saya...kenapa lelaki perlu berahsia bila ingin beristeri baru (bukan muda sb ada isteri ke 2 lebih berusia drp yg pertama)...?
* takut tak dapat kebenaran isteri pertama?
* tak mahu hati isteri pertama terluka?....kononnya.....
* takut tentangan keluarga?
* hakikatnya diri sendiri tidak mampu utk berpoligami?
atau ada sebab2 lain yg saya sendiri tak terfikirkan...
hakikatnya....lebih baik berterus terang sebelum berpoligami.penolakan/tidak mendapat kebenaran adalah sesuatu yang normal tetapi ia jauh lebih baik drp membohongi isteri & keluarga.andai benar2 ikhlas pasti Allah memberi jalan.

kenapa saya bangkitkan isu ini?...sebab pagi2 lagi saya didatangi seorang wanita dengan masalah ini & saya simpati dgn apa yang dialami.bukan menyalahkan suami kerana berkahwin lain tetapi dia melakukan tindakan yang tidak betul bila tidak memberitahu hasrat berpoligami terlebih dahulu.bila rahsia terbongkar,hilanglah kepercayaan isteri selama ini.saya yakin sepanjang merahsiakan perkahwinan ke 2 itu suami tersebut tidak tenteram kehidupannya.dan sekarang hidup menjadi lebih tidak keruan.

maka kepada semua lelaki yang berhajat...lakukan dengan cara yang betul...jadilah lelaki yang berani & bertanggungjawab...untuk yang beragama Islam ingatlah bahawa apa yang dilakukan di dunia ini akan dipersoalkan semula di akhirat nanti.


22 September 2010

MALAYSIA DAY GIVEAWAY

salam..
jom join giveaway oleh CUTE MUM sempena Hari Malaysia pada 16 September.

"BINGGO!!"
16 September mmg special utk saya sb ia adalah juga tarikh lahir suami tersayang.
senang nak celebrate sb dah jadi cuti umum.

lawat ke SINI utk syarat2 penyertaan.
tarikh tutup pada 30/9/2010.

MAKANAN DI MUSIM HUJAN

salam...
sib baik petang ok.pagi td internet tersangkut2.langsung tak boleh nak update.nak buka blog pun slow yg amat.

sekarang kat area sini hujan petang.best.sejuk ja.tapi bila hujan ni perut pun mula la memanggil2.cemana nak diet ni???huhuhu
hujan2 ni kalau dapat cucoq goreng yg tgh panas2 best kan.kalau kat rumah confirm dah buat.dapat goreng keledek pun ok jugak...(org kedah panggil cucoq ubi).dua hari lepas saya buat cucoq ni lepas balik kerja.kebetulan hbby lapar & mak saya pun nak makan.singgah kat kedai runcit nampak ubi elok2 lagi terus ja beli.kat sini susah juga nak dapat ubi yg cun2.selalu ada yang lesu & layu ja.nak goreng pun tak stim...
cucoq ubi ni kalau buat utk hbby lain sikit caranya.potong2 macam jual kat kedai tu dia tak layan.kena potong kecik2 & memanjang macam kentang goreng tu.pastu kalau celup tepung gitu ja pun kena reject....see....my en hbby punya cerewet.tepungnya wajib rangup.kena campur bawang besar sekali.

saya guna tepung gandum biasa + tepung rangup SUJI.
jumpa yg comey ni ja kat google.

takdak sukatan.main bubuh ja tapi anggaran 3 bhg tpg gandum dgn 1 bhg tpg SUJI.letak garam sikit.kunyit sikit bg ada kaler.potong bawang besar masuk dalam tu.bancuh guna air sejuk dalam peti ais.dah larut semua tu masukkan saja ubi yg kecik2 tadi then goreng api sederhana.makan panas2 dgn sos cili....licin...

dalam mangkuk...
dalam kuali....
dalam pinggan....
*
dalam mulut takdan nak snap...terus masuk perut..

sambil saya goreng tu nabila dok mengangkut sikit2...
adehh...kalau bab makan mmg tak boleh tunggu langsung budak ni.laju ja.

boleh try kalau rajin...guna keledek yg kaler oren lebih sedap sebab lembut & manis.

21 September 2010

CERITA RAYA LAGI??????

salam..
raya kan sebulan...jom sambung balik cerita raya 2010 ni.
saya start kerja hari selasa 14/9...rabu kerja.khamis cuti hari 1 Malaysia (hari penubuhan Malaysia).bawa parents balik kampung.maksu & paksu takdak la plk.depa pun pi beraya.so kami lepak ja kat rumah saya yg mmg dah tersedia kat kg tu.jumaat kerja...sabtu sambung meronda.

makanya hari sabtu 18/9/2010 kami 4 family bergerak ke Perak.rumah pertama di Ipoh.kali ke dua saya ke sini.kali pertama masa raya tahun lepas.

meriah dgn benda makan.kebetulan birthday anak tuan rumah maka adalah juga acara potong kek.tapi si kecik ni elok2 ja lepas tiup lilin terus cabut...malu gamaknya.
lepak kat sini lama juga sb tunggu sorg lg kawan dari Ipoh datang beraya.
peserta terakhir sedang menjamu selera
suka sungguh nabila dgn uncle faizal dia ni
nabila tengah bergusti dgn idlan sb kacau dia makan
ni lah idlan..mmg suka usik nabila

sambil2 lepak tu geng2 pilot ni buat sudden arrangement nak pi rumah member sorang lagi masa otw balik.terus ja call member tu ( kat Kulim)...suspen kawan tu...tetiba 4 family nak mai.berapa kali dia tanya nak confirm...ingat main2....nasibla ngko dapat kawan suka meronda ni Bob.

selesai sesi lepak & makan kami bergerak ke Lumut..main house utk lunch.tuan rumah Ipoh ni pun ikut sekali.kawan yg sorg lg tak ikut sb ada org nk datang rumah katanya...no hal...5 family pun ok ja.
sedap tau ayam ni...

sampai Lumut around 3 pm...makanan semua dah ready...main dish ialah nasi ayam....best ooo...better then before.berulang2 depa makan.saya pun double juga.nabila ja jual mahal.takmo makan.sibuk nak main.org dah siap makan semua baru dia nak makan.masa mula2 sampai kat rumah ni tuan rumah (cik mad) buat video call kat kawan avanza sorg lagi..actually dia ni close dgn kami tp duduk jauh...kat Johor...nasibla wak din...dapat tgk kami raya jer...awak dah kerja...siap meleleh airmata lagi wakdin tu...
hbby tgh layan adik bongsunya...wakdin
 
sian wakdin..
org makan nasi ayam dgn kuih raya dia makan jajan saja..
tu laaa...suruh pindah utara takmau.
16/9 birthday hbby...
tak sempat celebrate so buat kat sini jelah.
muka ceria org yg dah kenyang

actually tuan rumah nilah tokey cheese tart yg saya jual tu..mmg rajin memasak.kami kawan2 ni tukang makan ja.bila dah kenyang mmg semua jadi berat.tapi kena bergerak juga sb dah janji nak singgah kat Kulim tu.lgpun Ahad hari kerja kat Kedah.kalau cuti mmg tdo Lumut dah.
OTW balik hujan lebat sekitar Taiping.ada accident...kereta terbabas langgar devider tp tak la teruk sgt.kata hbby kereta camry...sian tuan dia.
bob yg t shirt putih ada budak kecik tu

sampai Kulim pk 9 lebih...malam2 beraya lg...nabila dah hanyut.sepanjang kat rumah Bob nabila lena jer..org bising2 pun dia tak jaga.senang umie nak makan..hehehe
ina...tuan rumah berbaju merah..
nabila & sya (anak faizal/ton) dibuai mimpi
sedap mi emergency ni..thanx to Ina & Bob

hampir pukul 12 tgh malam baru bergerak balik.itupun ada hajat nak singgah rumah lagi satu...nasib baik tuan rumah bgtau depa dah masuk alam mimpi..

letih tapi seronok & kenyang.


habis dah berjalan raya.....
tinggal satu lg open house pada hari ahad 26/9/10 yg tak boleh tak pi...