03 March 2011

ADAKAH IA DARI JAWA?

salam sejahtera.

pernah tengok buah ni?

baru2 ni masa pi makan kat kedai kawan,dia hulur satu plastik buah asam ni.saya tak suka sgt sb masam.tapi katanya.."makanlah...manis".saya pun try..memang manis.susah nak jumpa spesis yang manis.dah namanya pun buah asam...tapi tak tau sebab apa jadi asam jawa....berasal dari jawa kot.

masa kecik2 dulu saya suka makan yg hampir2 masak...istilahnya "mengapor @ mengapoq"..sebab bila buka kulit luar tu,isinya disaluti satu lapisan warna putih.walaupun dari spesis yg masam,buah tahap mengapoq ni rasanya manis2 sikit.
yang peringkat muda lela...bijinya pun lembut lagi. sedap kalau buat menyicah....kena pulak petang2 sambil lepak2 atas pelenggaq tepi bendang...nyamannnn...

sekarang ni kalau kat belah utara pokok asam dapat dilihat dgn banyak di sepanjang jalan menuju ke Perlis kalau kita ikut jalan biasa dari Jerlun.
gambar2 ni saya google ja..

kegunaan asam jawa...
banyak....yg penting sekali buat tambah perisa masakan,air asam etc.
kegunaan lain:
air asam jawa
* elok utk batuk & sakit tekak (utk org yg malas makan ubat mcm saya).
biasanya asam diperah dgn air masak,kemudian campur sedikit garam...sedia utk diminum.tapi minum sekali takkan sembuhnya.kenalah ulang2.dulu2 arwah bapa saya campurkan dengan gula batu & halwa kundur.kemudian embunkan semalaman.lepas tu baru minum...elok utk sejukkan badan.kahak pun cepat sembuh.

* untuk turunkan suhu badan.biasanya dilumurkan air asam ni di kepala (rambut pun jadi kejung).kalau budak kecil,lumur satu badan pun boleh saja.

****apa lagi??? sila tambah

daun pokok asam jawa:
buat ramuan mandian untuk budak kecacingan.
petua org dulu2...campur daun apa ntah lagi tp yg utama daun asam ni lah...kemudian rebus.masa mandi guna air rebusan daun tu untuk bilasan terakhir.
saya pun pernah kena mandi air daun ni masa belum sekolah dulu.best bau air daun asam ni...saya suka...lepas mandi tu bila pi membuang memang ada cacing keluar.......tu zaman dulu tau....la ni tadak cacing dah....kat nabila ada kot.......suka sangat buka seliper bila hangin..

biji asam...
jangan ingat tak boleh dimakan.
biji ni boleh digoreng tanpa minyak..bila agak2 dah masak,angkat & sejukkan.kemudian gigit2 buang kulit yg luar tu.yg bahagian dalam boleh la di makan.tapi nak habiskan sebiji makan masa jugaklah.elok untuk dimakan masa dalam kelas esp kalau cikgu yg ngajar tu jenis ubat tidur....seriously.lg elok drp makan gula2.biji ni tak dak rasa apa pun..tawar.

biji asam juga boleh guna untuk buat bilang @ kira2 dalam kelas maths.tapi jangan bagi budak umur 5 tahun ke bawah..nanti masuk ke hidung plk.

02 March 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

salam sejahtera
first time join segmen BEN ASHAARI



CEITA TENTANG KEMATIAN YANG MENGINSAFKAN.....
banyak...sangat banyak.
maklumlah kerja kat hospital.

dalam banyak2 kes tu,yang paling membuka mata saya ialah kematian seorang jiran yg juga pernah mendapatkan rawatan masa saya bekerja di kinik swasta milik teman.
masa tu saya baru resign dari gomen.
dia adalah ibu tunggal...usia lewat 3 puluhan.ada anak...2 org kot (tak berapa ingat sb saya berjiran dgn dia pun sekejap saja).dia tinggal dgn ibubapanya.pernah dapatkan rawatan untuk penyakit asthma @ lelah yg ringan.

satu hari tu masa balik kerja (lalu rumah dia dulu baru tiba rumah sewa saya) nampak orang ramai2 kat rumah dia.bila ditanya2 barulah dapat tahu bahawa dia yang meninggal dunia.sebelum tu dia sihat walafiat.lepas basuh baju tiba2 dia sesak nafas.dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
bukannya tidak pernah menghadapi kes2 kematian,tetapi saya sendiri tak tahu entah sebab apa kematian arwah begitu meninggalkan kesan kpd saya.

masa tu hanya saya yg bekerja menyara keluarga.kakak saya hanya berniaga kecil2an.kami selesa dgn kehidupan tersebut.tapi sebaik kematian arwah,saya mula terfikir apa yg akan berlaku kepada keluarga saya sekiranya saya yang dijemput Allah.

bermula dari itu saya cuba mengatur kehidupan dgn lebih baik untuk persediaan andai sesuatu berlaku.saya mahu keluarga saya mampu berdikari.maka saya membeli bangunan kedai untuk kakak berniaga.saya kumpul wang belikan tanah di kampung halaman lama kami dan buatkan rumah untuk kakak saya sebagai persediaan (kini kakak saya tinggal di rumah tersebut).juga tidak lupa insurans untuk dia.sekurang2nya andai apa2 berlaku dia tidak kehilangan arah.

kini setelah berkeluarga sendiri,saya masih beringat dgn cara yg sama.memastikan kehidupan anak2 tidak melarat andai kita tiada.

apa pun,saya sentiasa berdoa moga diberikan kesihatan yang baik & dipanjangkan umur agar dapat terus melindungi orang2 yg saya sayangi.

**sediakan payung sebelum hujan
**beringat sebelum kena
**sesal dahulu pendapatan

DRIVE ANGRY

salam sejahtera...
tentang cerita ini

di TGV 1st Avenue Penang pada hari Sabtu baru2 ni.
very comfortable place
tak dengar pun suara budak kecik tu...he must be enjoying the show too

cerita yg penuh aksi.
dialog tak banyak...hanya bercakap yg penting2 saja...
you missed the dialogue....you lost the story line...pastu terpinga2...eh!!! apasal dia macam ni???....saya lah yg jadi mcm tu sb sibuk nak ambik gambaq dlm gelap.

the hero (Milton)

it is a story about love,determination,obedient,anger.
a little bit on religious but not for us as Muslim to look into it..
take it as "cerita rekaan semata-mata".
I think we should watch it in 3D..it would be a lot more entertaining.
the bad guy (Jonah)
the car

it is about a father,Milton looking for his grand daughter.this baby was taken away by a man named Jonah (this name reminds me on something) for a religious reason.working together with a pretty girl named Piper (owner of a car 'DRV AGRY') they faced lots of obstacles to get to their objectives.accompanied by a mysterious man known as "accountant" making the story more interesting...lots of cold blooded killing and explosions...suitable for people who loves action movies.
the actions
"ada lebih lagi seterusnya"

so...
what happened to the baby?
who is the accountant?
how can Milton survive all those attacks?

get your ticket & enjoy the show now.

I simply love the blast initiated by PIPER at the end of the movie....it was cool....

01 March 2011

BIAR SEINDAH RUPANYA

salam sejahtera semua..
sungguh ketinggalan zaman saya ni.baca FB pg tadi baru tau rupa2nya pertengahan bulan ini keretapi Bukit Bendera Pulau Pinang akan berwajah baru.
sesungguhnya walaupun Kedah & penang tak jauh mana & saya pernah stay kat Penang selama 2 tahun...belum pernah jejak lagi Bukit Bendera.dok tgk dari jauh ja.lebih takdak minat nak naik bila keretapi kat situ asyik tergendala sampai ada pelancong tersadai kat atas.

bila dah ada keretapi baru yg lawa ni teringin gak nak naik kat atas tu...
moga2 dgn adanya pengangkutan baru ni akan menceriakan kembali suasana Bukit Bendera (kesian kat peniaga2 kat situ)
jom sama2 manjat.............

cantik kan?
gambar google ja..(petikan dari utusan online)