05 September 2010

KECIK NONET

salam...
jenguk ke bilik nabila sebelum pegi kerja pagi tadi.
nampak seketul ni...


geramnyaaa......rasa nak gomol2.

03 September 2010

WADI SAKINAH

salam..
semalam...2/9/2010,majlis berbuka puasa bersama anak2 WADI SAKINAH,sebuah pusat jagaan anak2 yatim & miskin yang baru saja beroperasi di Merbok (WADI SAKINAH juga menjalankan aktiviti pemulihan anak2 remaja bermasalah).
majlis ini adalah seperti juga majlis bersama penghuni DARUL HANAN yg dianjurkan oleh Sinar Harian Utara dgn kerjasama NARC.cuma pada kali ini pihak TESCO SOUTH (Sg Petani) telah bersetuju untuk menaja pakaian raya & majlis berbuka puasa untuk anak2 ini.sangat meriah...seronok tengok budak2 ni shopping dengan bantuan staff SINAR,staff TESCO,ahli keluarga NARC & penjaga mereka.
jom tengok gambar..saya collagekan sebahagian drpnya sb ada banyak sgt.

kak mini from SINAR tolong pakaikan baju
ni staf TESCO yg sweet
ibu2 NARC pun tolong juga
baru sampai
shopping sakan...
scan jer...takyah bayar..
hasil shopping kami...hahaha
legaaa......ada org sukarela nak jaga nabila...(staf SINAR)
persembahan selingan
nasi sedaaapppp....
muka macam org posa..hehehe..
nasi dia kat belakang tu...clear.kuih tu pun licin juga.
sumbangan duit raya drp SINAR & NARC
si kembar yg comel (8 thn)
majlis berakhir sekitar jam 9 malam.
moga semua anak2 ini berpuas hati dgn apa yg diperolehi malam tadi.
terimakasih kepada semua yg terlibat terutama kpd penaja pakaian & makanan...TESCO SOUTH (Sg Petani).

02 September 2010

BERSAMA DARUL HANAN

salam..
apa aktiviti uols masa cuti hari kebangsaan baru2 ni?pastinya ramai yg pergi shopping raya kan?kami sekeluarga lepak kat rumah jer.saya mmg tak mau keluar ke SP yg pastinya padat dgn manusia.duduk rumah mengemas sikit2 . suruh along & nurul kemas bilik masing2 yg dah lebih teruk drp tongkang pecah.budak2 ni kalau tak bersuruh mmg takkan mengemas.boleh duduk dlm serabut2 tu.pelik sungguh.

oklah..nak cerita ttg majlis buka puasa..petang tu pk 3 lebih kami keluar untuk ke majlis berbuka puasa bersama penghuni DARUL HANAN Pongsu Seribu,Kepala Batas PP.penghuni di sini adalah warga emas beragama Islam.sepatutnya majlis bermula dengan acara membuat bubur lambuk bersama2 mereka.tapi masa kami sampai bubur tu dah ada atas api.sempatlah tukang2 kacau ni tolong mengacau sikit2.

pengerusi NARC tolong kacau sikit2.

rumah perlindungan ni sangat selesa.berbeza dgn rumah2 seri kenangan yg pernah saya pergi dulu.satu bilik ada 2 katil ja dgn attached bathroom & toilet.kawasan pun lapang.surau selesa..pendek kata...boleh booking untuk future stay...hehehe.

ruang yang selesa
sementara menunggu waktu berbuka kami sempat melawat kawasan & berbual2 dgn penghuni.tapi malangnya saya tak boleh nak berbual sgt sb masih mengalami batuk yg teruk...almaklum bulan puasa..kurang air.so nampak macam org sombong jelah...nak wat cemana kan..

imam muda
standby nak makan
penyerahan sumbangan
menghampiri waktu berbuka diadakan majlis penyerahan sumbangan duit raya daripada SINAR HARIAN & NARC.makanan berbuka mmg banyak...nasi,bihun,bubur lambuk & kuih muih..nasi di sponsor oleh restoren SUBAIDAH.siap berbungkus.sedap tp banyak sgt.terpaksa share dgn kawan.

lepas solat magrib lepak2 sekejap sambil berbual dgn pengurus kediaman ini (Pn Siti Sarah).kami bergerak balik lebih kurang pukul 9 malam.tiga family termasuk family saya menjelajah pulak ke kedai rojak.sambung makan kat sini pulak...huish....nabila makan bihun sup sampai bertambah2...(waktu berbuka dia laloq lg sb baru bangun tidur).hujan renyai2 jadi pelanggan taklah padat sgt.boleh sembang2 & makan relax2 sikit.

untuk info..
program berbuka puasa ini adalah anjuran Sinar Harian (Utara) dgn mendapat kerjasama Skuad Era Wilayah Utara & NARC (northern avanza recreational club).


01 September 2010

BANTU KAMI

salam..
kita bergembira tetapi bagaimana dgn anak2 ini??
setiap anak kita punya baju raya tetapi mereka tiada.
anak2 meminta kepada kita tetapi pada siapa mereka boleh meminta??
mereka hanya mampu memendam rasa.

jom sama2 membantu.
salurkan sumbangan ke akaun yang diberi.