aksi si comel saya yg sangat suka beraksi tp jarang dapat capture..
salah satu yg sempat di cekup...
11 November 2009
CONTEST - AKSI SI COMEL
Contest!!!contest!!!
yang ni contest aksi si comel by tintacomellote.
sila ke sini untuk dapatkan syarat2 penyertaan dan hadiah yg ditawarkan.
aksi si comel saya yg sangat suka beraksi tp jarang dapat capture..
salah satu yg sempat di cekup...
nama: nabila norfauziah
tarikh lahir: 1/9/2006
umur: 3 tahun 2 bulan+
aksi:yang ni kat perdana beach resort masa konvoi bulan 6 thn ni.
kat bilik resort kan ada pensil dgn memo pad...apa lagi.
sikecik ni pun dengan penuh perasannya ambil pensil tu & tulis-tulis kat kertas sambil
mata pandang2 kat atas...kononnya tengah fikir nak tulis apa ler tu..
kan kita kalau tgh fikir nak tulis apa kita pandang atas,ha..dia pun tiru jelah.
Idea saya untuk penaja memberi keistimewaan kepada pelanggan..
...dapatkan tarikh lahir pelanggan.setiap kali ulang tahun kelahiran mereka penaja boleh memberikan kad ucapan hari lahir sebagai tanda ingatan..bagi e card pun boleh.
kepada kawan2 semua..jom meriahkan contest ni.
penaja contest
1.http://comellotecollection.blogspot.com
2.http://muslimahonlineshop.blogspot.com
aksi si comel saya yg sangat suka beraksi tp jarang dapat capture..
salah satu yg sempat di cekup...
MomBloggersPlanet Cutest Baby In NATURE Contest
Contest lagi drp MOMBLOGGERS PLANET
Tema bulan November - CUTEST BABY IN NATURE
Untuk terma & syarat serta hadiah yang ditawarkan sila ke sini
pihak yang terlibat dalam contest ini:
1. MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/
2.PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/
3.AliceWonders : http://www.alicewonders.com/
*
*
Ini gambar2 yang diambil semasa membawa anak2 berkelah/riadah
nama: nabila norfauziah mohd azam
tarikh lahir : 1.09.2006
Tema bulan November - CUTEST BABY IN NATURE
Untuk terma & syarat serta hadiah yang ditawarkan sila ke sini
pihak yang terlibat dalam contest ini:
1. MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/
2.PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/
3.AliceWonders : http://www.alicewonders.com/
*
*
Ini gambar2 yang diambil semasa membawa anak2 berkelah/riadah
nama: nabila norfauziah mohd azam
tarikh lahir : 1.09.2006
pusing2 senaman kaki sebelum terjun kolam
kebaikan membawa kanak-kanak keluar beriadah & mengenali alam sekitar?
semestinya untuk menenangkan fikiran mereka setelah seharian terkurung di rumah...
kanak-kanak pun stress juga.
biarkan kanak-kanak meneroka alam sekitar mereka supaya bila dewasa mereka menghargai pentingnya memelihara persekitaran agar sentiasa bersih.
memberi ruang untuk ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak dengan lebih ceria.
bagi anak istimewa seperti nabila ia adalah satu bentuk pembelajaran secara tidak langsung kerana bukan mudah untuk mengajar anak ini melalui buku.
oleh kerana itu kami sekeluarga sering mengadakan outdoor activity bersama anak-anak tak kiralah di mana...dan biasanya akan pergi bersama keluarga teman-teman.
Jutaan terima kasih kepada
Penaja BABY PHOTO CONTEST BULAN INI
10 November 2009
KAMPUNG OH KAMPUNG
hampir setiap hari kalau ada masa terluang fikiran saya pasti terimbau kpd kehidupan semasa kecil di kampung.saya sangat sukakan suasana itu.dan impian saya suatu hari nanti saya dapat kembali tinggal di sana.saya sudah siapkan rumah untuk itu walaupun belum pasti bila boleh menetap.sekali sekala kami pulang menjenguk.walaupun bukan di tapak asal rumah tempat saya membesar ia masih terletak di kg yg sama.di kelilingi pokok manggis yg telah berbuah dan saya menambah pokok rambutan dan mangga pula.rumah tempat saya dilahirkan & dibesarkan telah roboh dimakan usia kerana ditinggalkan tak berjaga (ada cerita pahit di sebaliknya).saya lebih suka kawasan rumah lama kerana terletak di tepi bendang/sawah..saujana mata memandang.kawasan udaranya juga menjadi laluan jet2 TUDM membuat latihan semasa saya kecil dulu.sekarang saya tak pasti mereka masih melalui kawasan itu @ tidak.walaupun tidak selalu tapi bila ada jet2 yg lalu di situ saya sungguh seronok.mereka bukan saja terbang rendah malah kadang2 terbang up & down...kejap tinggi kejap rendah.memang bising tp seronok.kawasan rumah saya memang luas.penuh dgn pokok buah2an.ada yg mmg di situ sejak saya lahir.ada yg ditanam oleh bapa saya.bapa saya mmg suka berkebun.segala macam pokok ditanamnya.semua menjadi.sekarang kalau musim buah dapat juga merasa hasil2 tanaman bapa saya tu.di ntara dua petak bendang yg paling hampir dgn rumah saya itu ada kawasan tanah yg agak luas.di kawasan ini bapa saya menanam pelbagai jenis sayur secara bergilir.jadi walaupun tak ad duit kami masih dapat makanan berkhasiat.sayur free.nak makan ayam sembelih jer ayam kt rumah..tapi nak tangkap ayam ni yg seksa.perlu kemahiran & kesabaran.beras pun free sebab ibu bapa saya tanam padi sendiri.saya pernah tengok ibubapa saya proses sendiri padi ni menjadi beras.sangat memenatkan..semua manual.
kehidupan saya semasa kecil sangat susah tapi alhamdulillah kami adik beradik jarang jatuh sakit.cuma yg saya ingat masa umur saya sekitar 5 thn saya mendapat jangkitan telinga yg teruk.bernanah tapi tak sakit.kerana miskin kami tak ke klinik.akhirnya jangkitan tu sembuh sendiri.semasa darjah satu saya dapat kudis2 pada tangan.orang kg panggil kudis buta.mujur tangan kiri.masih boleh ke sekolah dan boleh menulis.tp saya malu bila kawan2 tengok.jadi saya tutup dgn sapu tangan.waktu rehat kakak saya tolong belikan makanan di kantin.masa tu dia darjah 3.puas letak ubat biru tak mau hilang juga (ubat ni diambil dari van kementerian kesihatan yg masuk ke kampung2 untuk memberi ubat secara percuma..tp botol kena bawa sendiri..recycle).gatal sangat.ada nanah lagi.pagi2 sebelum ke sekolah saya rendam dgn teh kelat yg suam.kemudian letak tangan kat tepi api dapur bagi rasa bahang panas..(dapur kayu jer).akhirnya bapa saya bawa saya ke klinik yg paling dekat dgn rumah..naik basikal.nak tahu klinik apa?bukan klinik biasa tapi klinik haiwan..itu jer yg paling dekat..takdirNya saya sembuh.tak taulah doktor tu bg ubat apa.sejak tu saya tak pernah dapat kudis sampailah sekarang walaupun sering menyentuh pesakit kulit..mujarab kan ubat tu..hihi.selepas tu saya cuma kena demam biasa masa darjah 4.sepanjang sekolah rendah saya ponteng sekali saja pada hari sekolah & sekali masa tuisyen..masa tuisyen tu pun ponteng sebab teringin sangat nk ponteng bila tengok kawan2 lain tak datang sekolah.bukan sakit apa pun.masa menengah tak ponteng langsung sebab dok asrama.masa matrikulasi pun tak ponteng.tapi bila masuk medic bermulalah episod ponteng kelas tapi pilih2 subjek jg.
berbalik ke kisah zaman kanak2...banyak kenangan yg tak dapat saya lupa selagi ingatan masih baik..(ibu saya mengidap dementia/nyanyuk..mana tau satu hari saya mewarisi penyakit ini).salah satunya..masa umur sekitar 6 tahun saya telah mencederakan kawan sepermainan (budak lelaki yg lebih tua dr saya) dengan kapak.saya suka meniru perbuatan orang dewasa.jadi bila dapat kapak tu saya jadikan budak tu macam batang kayu..pernah tengok orang membelah kayu dgn kapak?budak tu baring terlentang.saya berdiri dgn mengadap bahagian kepala dia...angkat kapak & hayunkan ke kepala budak tu.nasib baik tak kuat.tapi berdarah jugalah kat dahi dia.kalau kuat mungkin dah arwah budak tu.saya dah tak ingat nama dia.tapi masa tu ibubapa tak campur sgt hal budak2.jadi takde adegan serang menyerang oleh ibubapa budak tu kpd ibubapa saya.kalau zaman sekarang masuk mahkamah agaknya.
........sambung kemudian...lenguh bahu dah.....
pokok durian jiran kt tepi rumah baru
suasana kampung yg sangat saya suka...
masa ni kenduri kawen sepupu tahun lepas.
03 November 2009
BIZ BARU
selamat malam..
sibuk sungguh minggu ni..dalam proses mengubahsuai kedai.clinic still going on as usual.cuma nk buat new biz.sangat besar harapan & doa moga biz baru ni menjadi dgn baik..what is it?tunggulah..nanti akan diceritakan.
lunch break pergi pilih tiles dgn kontraktor.then petang kemas2 barang yg ada dlm kedai tu..change biz so banyak nk kena bersihkan.kalau kedai kosong senang ler sikit.besok the renovation will begin.
tonite ??..rest jelah...tp tak boleh kot..banyak baju nk kena lipat.asyik basuh jer ..lipatnya tidak..hopefully si kenit nabila tak kacau.btw yesterday p beli tricycle kt dia.bukan main excited lg.dlm supermarket tu pun dah nak naik.siap2 jerit dlm trolley sb tak bg dia naik.balik rumah berkayuh sakan..actually tak pandai berkayuh lg..tolak dgn kaki kt lantai jer.takpun abg dgn kakak kena tolakkan..kehkehkeh.gambar dia..tak sempat snap lg..nantilah..will come soon.
Subscribe to:
Posts (Atom)

