22 October 2009

SERBA TAK KENA

salam.. entah kenapa kadang2 dalam satu hari tu semua benda yang kita buat tak menjadi.hbby selalu cakap jgn start satu2 kerja pada hari selasa sb nanti kerja tu tak menjadi.tapi hari ni hari khamis..pun ada problem jg.. alkisahnya..pagi2 td before pegi kerja terperasan duit yg hbby letak dlm bekas ubat dia dah takde.hbby pun tak ingat samada dia dah ambik ke belum duit tu.since bekas tu duduk kt luar..possibility budak2 dua org tu ambik pun ada jg.cuma budak2 ni tak pernah lg buat kerja macam ni.biasanya duit letak sepah2 pun depa tak ambik.musykil?? then pegi keja macam biasalah.. lunch break..patutnya budak2 ni balik sekolah 12.45 tapi hari ni jadi 1.15 plk..so lambat la plk g lunch..dahler ada keja lain nk buat. after lunch terus jer kluar ( semua sekali) pegi bayar road tax kelisa(dah mati hujung september last nite baru tau..tu pun org yg pinjam bgtau...sib baik tak kena saman)..kena tambah duit sb insuran cover sampai march 2010 jer..road tax baru sampai april..so keluar duit extra plk. then hbby p renew insuran motor..takde problem..nak bayar roadtax kat post office sangkut plk sb ada saman..penat jer tunggu..dah lewat masuk keja pun.. hbby hantar balik ke tempat keja dulu.hantar budak2 balik umah.then dia kluar semula ke jpj. kat tmpat keja hbby msg..jpj dah tutup..hmm. along pulak bagi pecah pendant dia..dia pusing2 tali pendant tu..melayang ke lantailah..kenalah dgn abahnyer..bukan murah oo..kalau ter takpe..ni sengaja main.. mlm ni plk kakak msg bil air kt umah kampung rm150/..!!!???gila ke...balik kg dua tiga bulan sekali takkan bil jadi banyak tu..kalau paip bawah bocor pun takkan bil naik sb meter selalu tutup..takkan ada orang curi air malam2???pening...pening...tension...tension...banyaknya benda nak kena buat....grrr...

21 October 2009

ONLINE CONTEST-SENYUMAN CERIA SI COMEL

attention please...!!! contest by smileykidz
Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL. Hadiah yang ditawarkan adalah: Pemenang Utama x 1 org: Outdoor fotografi selama 1 jam ~unlimited shots~ ~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~ ****************** Pemenang sampingan x 2 org: Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50 So apa tunggu lagi??? Sertai online contest ini sekarang. :) Online contest ini di buka dari tarikh: 15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm. Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.
untuk syarat penyertaan sila ke sini
* *
jadinya...inilah gambar2 puteri kesayangan kami beraksi
memang suka bergambar budak kecik ni.
nama : nabila norfauziah
umur : 3 tahun 1 bulan
KONON2 SENYUM NAK AMBIK GAMBAR LAH NIE..
DOLL KAKAK DAH JADI HAK MILIK NABILA..YE!YE!
BILA SURUH BUAT MUKA COMEI...INILAH HASILNYA.
SENYUM HAPPY BOLEH NAIK KERETA
takpekan letak banyak gambar..
bukan apa..banyak sgt gambar minah kecik ni..
nak pilih pun pening kepala..so kita bagi juri pilih okay...

18 October 2009

bila anak dewasa....

ahad..18.10.2009
sehingga ke hari ini entah berapa ribu pesakit yang telah saya jumpa..ada yang berjaya dirawat..ada yang tidak.itu semua ketentuanNya.kita sebagai hamba hanya berusaha semaksima yang termampu.
dalam menjalankan tugas setiap hari,hati sering tersentuh dengan sikap insan2 yang bertemu dengan saya.ada kalanya sangat terkesan di hati.
majoriti pesakit saya adalah kanak2..maklumlah budak2 mudah kena penyakit..tidak ada ibu bapa yang tidak resah bila anak mereka sakit.cuma tahap kebimbangan itu yang berbeza2..tapi yang nyata bila anak2 sakit,ibubapa akan segera membawa ke klinik/hospital.ada yang demam tengahari,petang terus jumpa doktor.ada yang lepas dua tiga hari baru ke klinik tapi anak2 ini tetap diberi ubat terlebih dahulu..yg dibeli di farmasi atau baki ubat lama..bagaimana anak2 yg sakit ini dilayan oleh ibubapa?lumrah..anak2 didukung..dipeluk..dibelai..dipujuk..dan sebagainya..menangis pun tidak dimarah..ini memang yang sewajarnya..sangat normal..(ada ke ibubapa yang tak buat macam tu??kalau ada mmg jenis tak berhati perut..)setiap kali saya melihat perlakuan ini hati saya pasti bertanya..apakah anak ini akan melakukan perkara yang sama bila ibubapanya sudah tua & sakit nanti??sabarkah anak2 ini melayan kerenah ibubapa mereka nanti sepertimana sabarnya ibubapa melayan mereka semasa mereka masih kecil?
satu lagi golongan pesakit yang agak ramai adalah golongan warga emas..mereka inilah yang sering membuat saya sedih & menangis di dalam hati..(iyelah..takkan nak menangis depan patient..)bukan kerana sikap mereka tetapi sikap anak2 yang sangat keterlaluan.(tidak dinafikan..ada anak yg sgt prihatin..alhamdulillah).
antara ayat2 yang sering diluahkan mereka:
i.   tak de orang nak bawa ke klinik..anak2 kerja.
ii.  anak2 semua duduk jauh
iii. tak ada sapa yang peduli...anak2 pun tak ambil tahu (golongan ini sering menangis di hadapan saya)
iv. duit tak ada
ada yang bawa ibubapa yang uzur ini ke klinik membiarkan saja ibu/bapa berjalan sendiri terhoyong-hayang masuk ke bilik doktor..mmg ada pembantu klinik tapi di mana tanggungjawab sebagai anak?malah ada yang marah bila ibu berjalan lambat.ada yang letak kereta jauh dari pintu klinik membiarkan ibu/bapa berjalan keluar ke kereta sendirian sedangkan ada ruang untuk parking lebih hampir..
kadang2 ingin saja saya meng'ayat'kan golongan ini tapi saya sabarkan kerana tidak mahu suasana menjadi keruh..they are my customer in a way..
kalau kita sering ke hospital pasti akan pernah melihat pesakit warga emas terlantar tanpa ada yang datang mengunjung..ke mana anak2 mereka?sibuk sangatkah?
kepada ibubapa yang tidak bertanggungjawab..mengabaikan anak2 semasa anak2 ini masih kecil,mungkin ini balasan untuk mereka.tetapi mereka masih punya hak sebagai ibubapa dan kita punya tanggungjawab sebagai anak2..lakukan yang terbaik..balasan dosa pahala biar Allah yang tentukan.
saya juga sibuk dengan pekerjaan dan urusan keluarga sendiri. walau apa pun saya sentiasa berdoa agar tidak lalai & leka sehingga mengabaikan ibubapa tambahan pada usia emas mereka sekarang..biarlah badan ini letih dan lesu..saya cuba menghadirkan diri untuk mereka.semoga Allah memudahkan segalanya dan saya bersyukur diberikan suami yang tidak pernah merungut biarpun saya perlu ke rumah ibubapa pada jam 3 pagi..terima kasih suamiku dan syukur kepadaMu Ya Allah..
kepada semua yang membaca..remaja atau dewasa..hargailah ibubapa kita..bayangkan apa yang telah mereka lakukan & korbankan untuk kita selama ini..sayangi mereka...jangan sakiti hati mereka.   
semoga anak2 ini menjadi anak2 yang penyayang & bertanggungjawab



 

13 October 2009

DUIT KITA KE MANA?

ada orang kata duit tak penting...tapi bg saya amatlah perlunya duit itu dalam hidup kita zaman sekarang ni.celik mata..pejam mata..semua nak pakai duit.
pejam mata tak pakai duit???sapa kata??tido guna kipas..guna aircond..nak bayar bil tu pakai duit kan..kalau pejam mata terus @ meninggal dunia...lagi la banyak nk pakai duit.sekarang ni semua kena upah..sembahyang jenazah pun kena bayar..betapa minda manusia dikuasai
oleh duit...
jadinya..apasal saya nak cerita pasal duit hari ni?topiknya adalah insuran..jangan fikir pendek ok...ni bukan setakat bayar premium then claim bila sakit.insuran sekarang bukan setakat itu shj.ianya lebih kepada perancangan kewangan.yep..saya ejen insuran..sebab tu nak cerita topik ni.bukan semata2 nak cari customer tp nak bantu org2 kita supaya lebih tenang bila menghadapi masa sukar..iyelah..kita tak tau bila benda2 tak elok nk jadi..mana tau umur 45 thn tiba2 kena kanser..umur 50 thn kena kencing manis dgn komplikasi dia yang berderet tu..
mmg elok kalau kita jaga pemakanan..exercise selalu..tapi kalau kemalangan then lumpuh macam mana?anak2 kita juga...situasinya sama saja.
jadi masa kita sihat & bekerja nilah kita susun atur kewangan kita supaya
dpt diguna masa susah nanti.
apa bezanya simpan di akaun biasa (asb/fd/current acc/saving acc/etc) dgn di dlm insuran?
Bila sakit : * simpanan terhenti * wang simpanan diguna utk belanj perubatan **** cukup / tidak simpanan itu menampung belanja kita???
jika kita simpan dlm skim insuran..
bila sakit :
* bayaran perubatan ditanggung oleh syarikat insuran
tidak kira berapa jumlahnya/tempoh kita menyimpan
* wang yg tersimpan dlm skim insuran tidak terganggu
* bayaran polisi diteruskan oleh syarikat (auto saving) jika hilang upaya
* dapat tuntutan elaun tunai untuk kemasukan ke hospital
* pampasan untuk kemalangan/kematian/hilang upaya kekal
ringkasnya..menyimpan wang dlm insuran:
1. ada pihak lain bayar bil hospital kita
2. masuk hospital dapat duit
3. MC boleh claim duit
4. simpanan tak hilang/lupus
5. pada tempoh matang dapat basic + untung pelaburan
MASA SIHAT SEMUA ORANG SUKA...
MASA SAKIT KITA AKAN MENJADI BEBAN KEPADA ORANG LAIN..
HATTA KEPADA ANAK2 SEKALIPUN..
APATAH LAGI KALAU TAK ADA DUIT..
JADI....PANDAI2LAH GUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA.
JANGAN TERANTUK BARU TENGADAH