SENANG CARI

13 April 2016

UJIAN DARINYA...

salam sejahtera....

cuaca masih panas membara......
2 hari lepas hujan turun agak lebat sekitar jam 12 malam....paginya berawan mendung.ingatkan musim kemarau makin berakhir.rupanya telahanku salah belaka.
bagaimanapun alhamdulillah, bekalan air di rumah semakin baik. cuma bila sembang dengan patient yang datang klinik ni rasa simpati pula dgn mereka.masih banyak kawasan kampung yang mengalami gangguan bekalan air.bukan setakat air perlahan sekarang ni, malah banyak rumah yang langsung tak ada air.

seorang makcik bagitau di rumahnya langsung tak ada air sejak hujung bulan februari....maknanya dah sebulan lebih.mengharapkan air dari SADA yg masuk setiap 3 hari sehari..org SADA pun penat juga, ke hulu ke hilir hantar air, siang malam kerja demi membantu rakyat yg memerlukan.yang ada perigi @ telaga pun dah makin kering.


kadang saya terfikir, apakah ini secebis balasan yg Allah berikan kepada kita atas kelalaian kita akan perintah2Nya.walau bukan semua yg alpa tapi Allah pasti menurunkan balasan kepada seluruh alam agar menjadi pengajaran dan panduan.

moga kita semua kembali insaf akan kesilapan masing2...cuba berusaha memperbaiki amalan dan kehidupan agar berada di landasan Islam yg benar.sebagai individu yg bukan siap-siapa, kita mulakan sahaja dari dalam rumah sendiri, untuk ahli keluarga kita.

moga Allah menyayangi kita semua.










03 April 2016

HUJUNG MINGGU BER'SKSJ DI SIK KEDAH

salam sejahtera....

hari ni kita review aktiviti Jumaat dan Sabtu....
aktiviti yang tak dirancang sebenarnya.Suami ada program di Sik untuk 2 hari tu tapi kaki kanan tak berapa nak ok....almaklum ada penyakit gout. kebelakangan ni banyak bergerak, so senanglah nak kena attack.tak teruk (banyak tahun dah tak kena attack teruk...alhamdulillah), tapi mengganggu aktiviti harian.kaki kanan plk tu,jadi susah nak drive. So isteri yg baik hati ni volunter nak jadi driver (better jadi driver drp melayan org sakit kaki).alang2 cuti boleh la bawa nabila meronda sekali.

program sempena SKSJ (satu komuniti satu JPJ) negeri Kedah bagi daerah SIK.Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan lesen menunggang motosikal kepada penunggang warga emas (berusia 45 tahun ke atas) dengan lebih mudah tanpa perlu ke sekolah memandu.bayaran yang dikenakan juga lebih rendah berbanding kadar biasa.program dijalankan mengikut daerah di mana peserta dikumpulkan dan perlu menghadiri kelas setiap minggu mengikut jangka masa yang ditetapkan oleh JPJ.kelas dibuat di lokasi yg memudahkan peserta untuk hadir.

salah satu aktiviti di penghujung SKSJ ni adalah pemberian sumbangan dari pihak JPJ kepada golongan kurang mampu di daerah berkenaan.hari Jumaat pagi tu kami bergerak ke 5 lokasi penduduk setempat yg telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan.my encik suami bukanlah anggota JPJ tapi ahli Skuad Muda 1JPJ yg sentiasa turut sama menyokong apa2 aktiviti kemasyarakatan pihak JPJ.

aktiviti berakhir menjelang waktu zohor (solat Jumaat).







pada Sabtunya pula diadakan majlis perasmian dan penutup bertempat di IKM Sik....(first time sampai sini).
seperti biasa ada ucapan, booth jualan, pameran dan pemeriksaan kesihatan dan gigi.
yang bagusnya ada kaunter JPJ untuk orang ramai settlekan apa2 urusan berkaitan dengan JPJ di situ.nak diskaun saman pun boleh.



juga diserahkan lesen memandu kepada semua peserta yg terlibat.majlis selesai selepas jamuan makan tengah hari.

(budak nabila bahagia sungguh dapat lepas bebas kat dalam dewan...siap menyanyi2...sikit lagi nak terjah ke atas stage)

settle kat IKM Sik kami bergerak ke Jitra plk...melawat anak teruna nan seorang....baru minggu lepas balik rumah, minggu ni dah habis bajet. so alang2 kat luar terus ja la ke sana...tengah lepak kat kedai makan hujan turun selebat-lebatnya kat Jitra (serentak kat kawasan2 lain pun kebanyakan dapat hujan yg lebat)....sejuk sekejap...alhamdulillah.

balik rumah awal petang sebab....dah penat kaki...hihi.
lagipun hari ni sekolah (dah cuti 4 hari budak nabila ni).kena rest @ tidur awal.

alhamdulillah pagi tadi mood elok ja masa nak pi sekolah.kalut cari best friend dia tapi tak ada kat foyer, mungkin dah masuk dewan untuk perhimpunan.tak dapat best friend terkam ja kat cikgu feveret dia.