16 November 2014

BIG HERO 6

salam sejahtera buat semua yang membaca...

aktiviti hujung minggu dengan keluarga semalam @ kemarin...(sabtu).
 dengan penuh debaran dan pengharapan agar semua berjalan lancar,kami bawa budak kecik ni tengok wayang malam tadi...dengan abang & kakaknya sekalilah.
tengok cerita kartun...Big Hero 6.




last bawa nabila tengok wayang masa cerita Pengembaraan Upin dan Ipin....dia takut sebab bunyi kuat.sepanjang show berpeluk dengan abahnya.lepas tu kami waswas nak bawa dia tengok wayang...takut dia buat hal lagi.tapi bila dah banyak tahun berselang kenalah juga cuba balik..kalau tak sampai bila pun tak tau...kannn...

mulanya nak tengok show 8.45pm...tapi full house (kartun pun laris).maka terpaksa tunggu yang 9.30pm.sejam lebih jugalah nak tunggu.tapi budak ni lagi cekap.cepat saja mata dia nampak tempat main di seberang koridor.ummie dia pun tak perasan.
maka bersidailah kat dalam tu dengan dia.kakak tunggu kat luar.abah & along main game kat lot sebelah tu.dalam dok main tu sempat jugalah dia mencederakan diri sendiri.hayun buai lepas tu tunggu kat belakang buai tu.tak sempat tangkap buai tu hentam hidung kecik dia...berdarah sikit...(melalak banyak...hihi).tapi tak serik pun...sambung main lagi.

dah boring situ dia terjah abah dengan along kat tempat game....segala game dia tekan tapi tak masuk tokenlah.ketagih satgi jenuh.

9.30 baru masuk show room...ingatkan tak ramai...rupanya penuh juga.
elok ja lampu tutup dia buat bunyi terkejut...mujur tak meragam.bila show mula dia gelak-gelak dan relax ja...lapang dada ummie dgn abah dia.
tapi kena control juga..dah tak takut dia buat hal lain pula....bising...hehehe
dah lama sikit dia bangunlah...duduk bawahlah...macam-macam.cuma taklah sampai mengganggu orang lain.umpan dengan popcorn juga.


best juga cerita ni...kartun yang kelakar dan ada pengajaran dalam ceritanya.
yang ada anak-anak boleh jengah kat panggung.tapi malam tadi yang couple2 pun ramai juga.

hujung bulan cerita penguin madagascar pulak....mungkin bawa dia lagi.

habis wayang ingatkan nak balik terus tapi budak kecik ni ajak makan pula...maka heavy supperlah malam tadi.
burger super kat kedai kawan

balik rumah masa nak tidur nabila cakap..
"ummie....cioqq...".....(syok)..

baby cioq ummie dgn abah pun happy.....along & kakak memang gelak sakanlah masa movie tu...depa dua orang memang jenis pulun gelak.




###### CARA ORANG LAMA ATASI BATUK


No comments: