SENANG CARI

29 December 2013

ALONG DAH KENDURI

salam sejahtera...

sekejap saja masa berlalu..
mula2 kenal dia umur 16 tahun...
tetiba ja dia dah kahwin...

@ kenduri along @ Husna semalam...28.12.12
Husna adalah anak rakan NARC.....x-NARC actually..
jadi "x" sebab AVANZA depa dah tak boleh guna...
first Avanza accident masa maknya bawa....dah baiki tapi tak best bawa...so jual..
then beli satu lagi....
accident masa anak dara ni plk pandu....total lost kali ni....mujur anak dara ni ok ja.
tak taulah depa nak beli avanza lagi ke tidak....
kalau beli yg ke 3 rasanya abahnya tak bagi org lain bawa dah...abah sorang ja...

 pengantin ceria
dgn uncle2 & auntie avanza

congratulations to both of you....Husna & Fadhil..
moga kehidupan kamu berdua sentiasa bahagia & dilindungi Allah.

26 December 2013

KELAHIRAN DI RUMAH...SUSULAN.

salam buat semua...

susulan entry sebelum ini ttg kelahiran di rumah...
saya bawakan ulasan dari blog seorang ustaz....pandangan beliau dari sudut agama.

antara tulisannya:


......Namun pada zaman hari ini risiko tersebut sudah tidak wujud lagi atas faktor teknologi, perkembangan ilmu perubatan dan sebagainya. Maka menolak kebaikan teknologi dan menjerumuskan diri kepada bahaya dan risiko kematian akibat bersalin dirumah tanpa ilmu yang mencukupi dan kemudahan perubatan adalah Haram serta termasuk perbuatan derhaka kepada Allah dan kufur kepada nikmat-Nya..... 

 .....Perbuatan beranak dirumah pada hari ini adalah harus dengan syarat memiliki pengetahuan asas yang penting bagi mengelakkan risiko bahaya, mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Tetapi sebaik-baiknya ialah menghantar isteri atau ibu mengandung ke hospital kerana hal ini bertepatan dengan Firman Allah SWT; 

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Bertanyalah kepada ahli ilmu jika engkau tidak tahu." [An-Nahl: 43].....]



sila ke blog beliau di LINK INI untuk bacaan sepenuhnya.

24 December 2013

PROSES KELAHIRAN SEMULAJADI

salam sejahtera buat semua...


buka FB sekarang banyak yang berbicara tentang 'gentle birth' yang telah berakhir dengan episod duka iaitu kematian ibu pertengahan bulan ini.pelbagai penulisan dikeluarkan..pelbagai komen ditulis & seperti biasa...ada perkataan enak dibaca & tak kurang juga perkataan menaikkan darah yg membaca.

saya baru tahu/sedar adanya AMANI & 'doula'.....istilah2 baru dalam hidup saya yang sebenarnya telah lama wujud dan mula mendapat perhatian ibu2 hamil.


gentle birth/natural birth ini mempromosikan kelahiran secara semulajadi...tanpa sebarang prosedur bidang perubatan moden...ibu akan ditemani oleh doula/pembantu sepanjang proses kelahiran...ada yang bersalin di hospital & ada juga di rumah.

"boleh google untuk maklumat lebih lengkap tentang amalan ini."


memang proses kelahiran adalah proses semulajadi...macam manapun bayi akan lahir juga.namun kita mesti sedar bahawa setiap proses kelahiran tidak sama.komplikasi boleh berlaku di mana-mana peringkat kelahiran hatta selepas uri dikeluarkan sekalipun.mengenalpasti komplikasi dengan cepat dan tepat memerlukan ilmu & latihan yang mencukupi.proses kelahiran bukanlah seperti situasi "wait & see".



biarpun sepanjang kehamilan ibu berada di tag putih (risiko rendah),proses kelahiran boleh membawa ibu ke zon merah dengan sekelip mata.malah pada setiap kehamilan & kelahiran kita berhadapan dengan dua nyawa (@ lebih untuk kandungan kembar) yang perlu diberi perhatian teliti.bukan nyawa ibu sahaja yang diambil kira tetapi juga nyawa bayi yang dinantikan kehadirannya oleh seisi keluarga.



kelas2 persediaan untuk ibu-ibu hamil menghadapi proses kelahiran memang wajar diperkembangkan kerana ramai yang tidak begitu faham & resah saat kesakitan datang.namun apabila ibu2 memilih untuk bersalin di rumah TANPA kehadiran golongan yang profesional/terlatih dari segi perubatan tentang proses kelahiran itu sendiri,ia meletakkan situasi ibu & bayi dalam bahaya.apatah lagi jika akses ke hospital terdekat mengambil masa yang panjang akibat jarak atau kesesakan jalanraya.


saya tidak menentang program AMANI ini secara total cuma untuk pengendali @ peneman proses kelahiran tersebut silalah dapatkan ilmu yang sepatutnya.ilmu yang mencukupi & diiktiraf...bukan sekadar teori & pengalaman.pastikan juga ibu2 bersalin di pusat2 bersalin diiktiraf atau di hospital....sekalipun ingin bersalin di rumah dapatkan nasihat dan pandangan doktor terlebih dahulu.pastikan ada golongan profesional perubatan di sisi di saat kelahiran.

ibu2 juga perlu bersikap terbuka & rasional.selidik dahulu perkhidmatan yang dihamparkan di hadapan mata.

sememangnya ajal maut di tentukan ALLAH namun kita diberikan akal fikiran untuk berfikir dan membuat pilihan bijak...tidak sekadar berserah kepada takdir.


ALFATIHAH kepada arwah....

biarlah kejadian ini menjadi iktibar kepada semua pihak.
semoga ada penambahbaikan dalam setiap apa yang kita lakukan.





18 December 2013

PENGASINGAN FUNGSI KLINIK DAN FARMASI

salam sejahtera untuk semua..

so...
what do you think?







15 December 2013

NIKMAT ALAM

salam buat semua..

alhamdulillah banjir di pantai timur dah berakhir...namun kesan daripada banjir besar itu pasti perit buat yang merasainya..moga mereka semua tabah mengharungi kehidupan mendatang.moga yg perlu dibantu mendapat perhatian dgn segera terutamanya yang kehilangan tempat tinggal.

di sini cuaca agak panas.sekali sekala hujan turun membasahi bumi..alhamdulillah tak payah siram pokok (tanam rajin..nak siram malas...).

khamis petang hujan agak lebat.sedang bersiap2 utk masuk kerja semula tetiba hujan turun.maka budak kecik bambam pun memulakan bicara...
"ummie...ujan"
"ha'a...ujan"
"ummie...ujaaaannn...bb"
"nak tengok tv tengoklah tv abah" (tv sedang terpasang...tv kat luar tak ada siaran sb siaran astro terputus.
"ukaaaannnn!!.....ujaaannn...bb!!"

tiba2 ummie baru dapat tangkap maksud budak ni..

"bb nak main hujan?"
"haaaa!!!"
"pi lah main"

dah ummie bagi kebenaran dia plk macam 50-50....tak sangka ummie bagi main kot.
suruh 2,3 kali baru dia keluar...dengan kakaknya sekali.
hujan lebat tak ada guruh & kilat...sebab tu ummie bagi kebenaran....biar budak enjoy the nature.
mmg depa dua beradik enjoy sakan...




***tak mau posing dah...nak main ja...


03 December 2013

WAJAH-WAJAH ISTIMEWA

salam sejahtera...

antara sahabat Nabila..


Adam....
yang paling rajin bercakap.
abangnya juga mengalami masalah yg sama tapi lebih serius berbanding Adam.
Farah...
kamcing Nabila dulu2...sekarang biasa2 ja.
sangat takut dengan bunyi yang kuat
(muka tak puas hati sebab tengah kena usik dgn cikgu)
Alif...
paling lasak....
Nabila selalu kena dgn Alif tapi kadang2 boleh ja main sama2.
cikgu tolong pegang sebab mak Alif kena pegang adik baby.
Atiqah..
comel & cool.
Aisyah...
pendiam...senyum memanjang...pandai menjahit...
tapi Aisyah menjahit menggunakan kaki.
tangannya agak stiff & sukar dikawal (tapi boleh suap makan sendiri dengan agak perlahan).
mak Aisyah baru saja meninggal dunia bulan lepas.
Syuhada...
sama lasak dengan Nabila..
sebaya juga.....ngam dgn Nabila...
dah pandai bercakap.

01 December 2013

DIA BUAT APA TU?

salam sejahtera...

apa budak kecik ni buat????

 sedia......
*
*
*
oooo....tak jadi....pusing ambik posisi lain....
 sedia.......

 lariiiii!!!!!!.....
langkah kon kuning....
pusing balik...

 langkah kon merah....
"yeayyyy!!!!gollll!!!"....kata dia...
bila kakak2 dgn abang2 tu bersorak dia lagi syok...berapa round ntah dia pusing..

dah penat baru ajak geng main sekali.
"buat giniiii..."
ikut ja syuhada...nanti cikgu marah.

ni masa aktiviti hari Sabtu dengan student UITM...tengah boring tunggu next event.budak2 ni manalah reti nak diam.nampak ja ruang kosong,dia pun layan syok sendiri.kakak2 dgn abang2 sorak plk tu...lagilah dia suka.