SENANG CARI

31 October 2013

JUST NICE

salam...

hari ni (pagi tadi) nabila kena pi sekolah untuk pemeriksaan doktor
(patutnya Khamis cuti).
abah dgn kakak yg bawa sebab umie kerja.

abah kata nabila sopan sungguh masa doktor ada....duduk diam ja kat kerusi.

berat    .... 25kg
tinggi    .....112 cm

kalau ikut 'growth chart' UK,saiz nabila kiranya tahap ok ja....walau dari segi ketinggian dia di tahap bawah...as expected for DS child.


merah atas tu tinggi nabila........
dok line bawah (5% percentile) yg bermakna 5% dari populasi berusia 7 tahun berada pada ketinggian tersebut.

merah bawah tu adalah berat nabila....sama dengan berat kebanyakan anak2 lain
(75% percentile)


ini adalah growth chart utk anak lelaki.

SUMBER CARTA.

don't worry...
saya comel jerrr....

30 October 2013

3 TAHUN BERLALU..

salam buat semua.

hari ni 30.10.2013

menjelang zohor pada tarikh ini,pada tahun 2010 kami kehilangan bapa tercinta yang kembali kepada penciptanya setelah beberapa bulan terlantar sakit.

sehingga ke hari ini, rasa rindu tidak pernah hilang.
moga bapa damai & bahagia di sana.


AL FATIHAH untuk bapa tercinta.


28 October 2013

DAPAT DAH!!!!

salam...

dah beberapa tahun bersekolah...kemarin baru dapat uniform.

tapi sepasang ja...jenuh nak ulang basuh...


27 October 2013

THE ROSES

salam 

hasil perubahan cuaca.....
hujan panas bersilih ganti.

pokok2 ros yang galak berbunga.

 yang ni wangi


orked ni pun sama..
biasanya sekali keluar sekuntum dua saja..
kali ni berbelas kuntum...
tuan dia suka sangat.

cabai melaka mekar berbuah.
saya bukannya penggemar cabai ni (tak tahan pedas)
tapi suka tengok buah dia yang lebat....
sebab tu saya tanam.


21 October 2013

HUJAN & MAKAN

salam sejahtera...

pagi yang agak panas...seronok sidai2 kain.
masuk kerja....tengok beberapa patient...
tetiba dengar menderu hujan turun....
hohoho.....masih lebat sampai saat ini.....
alhamdulillah sejuk...jimat aircond.
harap2nya kejap lagi hujan seriat (berhenti)..
nak keluar pekan...ada hal yg perlu diuruskan.

lunch siap2....
nasi putih...lauk beli kat sebelah..
bawa ulam pucuk belalai gajah dari rumah.
since kakak kena breast cancer saya rajin sikit cari ulam2an yg pelik2 ni.
siap tanam lagi.

pucuk belalai gajah lebih sedap berbanding pucuk duri tujuh.
ada bau wangi bila dikunyah.
blend dengan apple hijau buat jus pun boleh.
tapi utk org yg 'rajin' macam saya lebih senang ambil & terus makan dgn nasi.


gambar dari google
senang saja nak tanam pokok ni....
ambil keratan batang...cucuk kat tanah (tempat yg redup)..
seminggu dah nampak pucuk baru.

20 October 2013

BERAYA DI PERANTAUAN....(lah sangaaaatttt)


salam buat semua...
Aidil Adha 2013 dah berlalu...
daging korban masih ada dalam peti ais...
kelmarin dah masak tulang2nya..buat meehoon sup.
dagingnya belum plan nak masak apa.


2013....

Aidil Adha kami berbeza sikit.
sebabnya kami beraya kat sini.
selesai kisah2 korban (MIL buat korban tahun ni) kami bertolak ke sempadan.saja jalan2 bawa MIL sebab dia tak pernah ke sana & teringin nak tahu suasana di sana.oleh kerana ini adalah cuti berkembar saya yg terakhir utk tahun ni maka kami gunakan peluang yg ada.
bergerak sekeluarga sahaja...jalan agak lengang.pintu sempadan pun lengang.sampai di Hatyai pukul 6 lebih.pusing2 cari kedai makan.banyak yg tak buka...raya kannn...akhirnya sampai kedai yg biasa kami tuju....restoran Rahman.
kat sini macam biasa...kegemaran umie adalah mee lakna....abahnya dgn ayam pedas.maktok udang pedas..along nasi goreng bak kaprau (daun selasih),kakak ayam kunyit & nabila telur dadar dgn nasi putih...tapi nabila rembat mee lakna umie & ayam kunyit kakak jugak...makan/minum utk 6 org ialah rm62.
lepas makan baru check in...stay kat hotel murah ja tengah2 pekan Hadyai...hotel Sakol.jadilah kannn...utk satu malam ja pun.
budak kecik ni macam biasalah...kalau masuk hotel mesti super excited...
tu terus mandi & masuk bawah selimut.nampak macam lena tapi tak pun....berlakon ja.
satu lagi benda yg dia suka dalam bilik hotel ialah telefon..saya mmg disconnect..biar dia main ja.kalau tak, dia suka2 hati dail entah mana2 nombor.
malam bawa maktok jalan2 kat tengah pekan...tak beli apa pun...saja ronda2....
dan lepak minum....budak kecik makan pulut durian habis sebekas....abah tumpang semulut dua ja...dulu rm5....malam tu dah jadi rm6...tapi ni gerai lain.bukan yg selalu saya beli.duriannya pun banyak.yang nabila makan tu semua isi....biji dah dikeluarkan....kenyang tahap maksima budak tu.
maktok tak larat jalan lama2....balik bilik...sempat lagi posing depan hotel.
pagi esoknya pi market (raya ke 2)...gerai makan atas market lengang ja...ramai juga yg berniaga tapi pelanggan tak ramai.sarapan cum lunch rm26 utk 6 org.
dari atas....tak ramai pelanggan.kami pun tak lama kat situ sebab budak kecik dah terlebih makan & terpaksa mengeluarkan isi kontenanya...jadi dia tak senang duduk.nak berjalan pun tak mau dah....terpaksa balik bilik & clearkan apa yg patut.pukul 12 keluar & terus cari daging bakar terbaik...kedai buka tapi tak sempat settle lagi....katanya lagi satu jam baru start jual...malas nak tunggu.gerak balik dululah...lain kali mai lagi.

singgah kat pekan Danok beli barang budak2 ni & maktok beli makanan....punyalah banyak treler berbaris nak masuk Malaysia.....sesak border.

sampai rumah terus ke kenduri korban rumah kawan...selamat utk malam tu..takyah masak.balik tidur ja..

13 October 2013

THE TONGGEK

salam sejahtera..

pernah makan mee tonggek?
hihi....
selama ni ingatkan orang Kedah ja panggil mee tonggek.rupanya kat Perak pun ada.
jumpa kedai/gerai ni kat medan selera Bagan Serai kemarin.
takleh nak rasa sebab gerai tak buka....dapat baca menu sajalah.



11 October 2013

MUKA GANGSTER

salam..

alhamdulillah....banyak urusan selesai dalam bulan 10 ni....
moga hidup lebih lancar hendaknya.

kelmarin bawa budak kecik pi buat border.
risau jugak cemanalah nak ambik gambar budak ni.bukannya boleh duduk diam.org yg ambik gambar tu plk mcm garang sikit.
lepas ambik gambar kakak & along baru ambik gambar budak kecik.
puas jugakla tukang ambik gambar dok adjust kedudukan budak ni.kejap bongkok...kejap senget...tapi dah tahu nabila ni istimewa,org yg ambik gambar tu pun ok ja....lepas ambik gambar siap sembang dgn nabila walau yg dok tunggu giliran berderet lg.

muka nabila sepanjang ambik gambar tu...mak oiii.....serius tahap maksima.
nilah hasilnya..
buat sekali dgn kakak & abah.kakak belum sampai 15 tahun maka jimatlah sikit.along dah kena buat asing.
tujuan buat border ni sebabnya senang nak ke negara sebelah.urusan kaunter lebih cepat berbanding menggunakan pasport. boleh sampai Hadyai sajalah...nak ke atas lg kena guna pasport jg.tapi tak kisahlah...bukannya selalu ke atas2 sana..kalau menyeberang pun setakat pi makan kat Danok & Hatyai saja pun.


08 October 2013

LULUS!!!

salam..

jom tengok muka budak yang terlebih syok first time naik feri pi Langkawi.
temankan abah buat kerja.
taklah merayau ke mana sangat pun sebab hujan on off sepanjang hari.pi pagi balik petang.

lulus ujian naik feri untuk budak kecik ni.
waktu balik alun agak kuat..
pandai plk mengadu..
"ummie!!...menin" (pening).



04 October 2013

KERACUNAN MAKANAN DI RUMAH KENDURI

salam....
selamat meraikan penghulu hari...Jumaat.

lama tak berupdate....hilang momentum secara tiba2.

hari ni kita review sikit kisah yang masih panas di kawasan saya ni..
cerita yang bermula seawal jam 1 pagi (lebih kurang), Ahad 29.9.2013.
kisah yang disangkakan biasa2 saja rupanya meledak heboh satu negara menjelang hari Isnin 30.9.13.
majlis perkahwinan yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan berakhir dengan trajedi.....trajedi buat tuan rumah serta pengunjung.

bukan sesuatu yang menghairankan apabila seseorang itu mengalami cirit birit selepas menghadiri kenduri terutama sekali dalam keadaan cuaca yang tak menentu macam sekarang ni.cuma kali ini pesakit mengalami cirit yang teruk. tanda-tanda yang dialami ialah:

* sakit perut yang kuat (memulas @ mencengkam)
* muntah
* cirit birit 
* demam

tahap keterukan adalah berbeza antara setiap pesakit namun hampir semua mengalami 4 keadaan ini.tanda-tanda ini timbul lebih kurang 12 jam selepas mereka makan di kenduri tersebut.ada yang mendapatkan rawatan awal tetapi tidak mampu bertahan dan terus ke hospital namun ada juga yang cuba bertahan di rumah tanpa rawatan.mereka yang lewat mendapatkan rawatan inilah yang mengalami komplikasi kehilangan air yang teruk sehingga membawa kepada kematian.
empat mangsa meninggal dunia di mana salah seorangnya adalah sepupu pengantin perempuan.

punca dikenal pasti daripada bahan mentah iaitu ayam yang telah dijangkiti kuman SALMONELLA.ayam ini merupakan stok yang ke 2.stok pertama yang dimasak lebih awal tidak mengandungi kuman maka semua tetamu yang berkunjung di sebelah pagi tidak mendapat masalah cirit birit ini.
stok ke 2 mempunyai sekitar 80 ekor ayam  disumbangkan oleh saudara kepada tuan rumah.ayam ini khabarnya dibeli lebih awal iaitu pada hari Khamis.bila tiba di rumah kenduri terdapat ayam yg berbau namun bau itu hilang selepas dicuci dan direndam dengan menggunakan cuka.menjangkakan tidak akan berlaku apa2 masalah (orang kampung tidak begitu arif dengan kuman2 ni semua) maka ayam itu dimasak untuk tetamu.

keseluruhannya lebih 200 orang menerima rawatan di hospital-hospital berhampiran termasuk tuan rumah sendiri (pasangan pengantin tidak mengalami jangkitan).ada juga yang mendapatkan rawatan di klinik swasta shj (kes yang agak ringan).

sehingga ke hari ini juga pihak tuan rumah masih dikunjungi pelbagai pihak media untuk membuat liputan.

ironinya:
anak saudara kepada tuan rumah adalah sahabat suami saya (tinggal sebelah rumah kenduri).kami turut menerima jemputan namun suami tidak ada di rumah sepanjang hari Sabtu itu (hari kenduri) kerana terlibat dengan acara treasure hunt.maka kami tidak hadir.
percaturan Allah....melindungi kami dari kejadian tersebut....Allah maha mengetahui.

kesimpulannya:
*berhati-hati semasa menyediakan makanan terutama untuk majlis2 yang besar
*kalau nak ke kenduri sila berusaha untuk pergi awal (makanan baru dimasak)
*kalau makan kat luar pun sila gunakan deria dengan baik...andai dapat ayam @ daging yang   berbau sila kembalikan kepada tuan kedai dan tukar kepada menu lain.
*ayam perlu disimpan dlm keadaan beku sepenuhnya (frozen) untuk mengelak pertumbuhan bakteria        
*elakkan memasak ayam @ daging yang telah berbau.
*dapatkan rawatan awal sekiranya mengalami gejala keracunan makanan

 keratan akhbar kenyataan maaf dari keluarga pengantin

 ADUN Tg Dawai YB Datok Tajul mewakili MB Kedah melawat & menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa di Hospital Yan.
(lawatan juga dibuat ke HSAH)

Datok Tajul sedang berbual dengan ibu salah seorang mangsa yang meninggal dunia.


notes:
**tidak ada unsur sabotaj atau khianat dalam kejadian tersebut.
**keluarga pengantin turut bersedih atas apa yg berlaku kerana mangsa yg terlibat adalah         sahabat handai dan saudara mereka juga.