SENANG CARI

22 September 2013

PMR

salam..
selamat berhari minggu...
orang Kedah kerja....
kita takdak monday blues....kita ada sunday blues...

minggu depan dah bermula PMR...
ada sorang calon di rumah ni.
tak taulah nak jadi macam mana.
moga2 boleh jawab soalan dgn baik dan boleh dapat lepas semua subject.

tahun depan sorang calon SPM..
tahun lagi satu sorang lagi plk SPM..
dah umur beza setahun sorang jadi macam tu lah...
tiap2 tahun ada ja yg sit exam.

dah besar sikit nanti kalut nak kawen plk...
yg tu takdak setahun sorang ok...
dua2 sekali jalan....jimat bajet makpak...hehe


***sakit sebelah lengan tak hilang2....mood menulis yg hilang...

15 September 2013

DAH ELOK

salam...

alhamdulillah...nabila dah sihat...demam 2 hari saja.
selsema pun dah hilang.
sekarang dah bising2...jerit2...satu rumah dengar suara dia ja...

alhamdulillah...
terimakasih ALLAH.

11 September 2013

DOWN

salam buat semua...

musim hujan sekarang....
tapi dalam cuaca sejuk2 ni ramai plk budak2 yg demam termasuk 
budak bambam kat rumah ni.

ini bukan lena...sekadar pejam mata sebab abah nak ambik gambar...
dah namanya actress in the house.....demam2 pun masih boleh berlakon.

moga Allah sembuhkan baby dengan segera....amin..

10 September 2013

MENCARI RAHMAT & REDHA ALLAH

salam buat semua..

sedikit catatan perjalanan en suami & sahabat2 pada hari kebangsaan baru2 ni.
ketika Ramadhan yg lepas SU (en suami) telah memulakan program wakaf Al Quran untuk disampaikan kepada pelajar2 sebuah sekolah pondok di Thailand.pengumpulan dibuat melalui teman2 FB dan ahli kelab NARC serta penyumbang2/kenalan2 lain di luar alam maya.sasaran asal adalah sebanyak 200 naskah (mengikut jumlah pelajar) namun alhamdulillah jumlah yang terkumpul ialah sebanyak 311 naskah.

semua naskah Al Quran diserahkan kepada pelajar Sekolah Muslim Wangthong, Vitthaya, Krabi Thailand.

perjalanan bermula pada 31 Ogos 2013...sekitar jam 8 pagi dari rumah kami....memasuki Thailand melalui Wang Kelian kerana umumnya pada hari2 cuti macam ni pintu sempadan Bukit Kayu Hitam adalah sesak.
Majlis penyerahan dilakukan pada hari Ahad, 1 September 2013 di sekolah berkenaan.
Oleh kerana hari Ahad adalah hari cuti mingguan mereka,tidak ramai pelajar yang ada di kawasan sekolah.pelajar2 ini terdiri dari pelbagai golongan seperti anak yatim & orang susah.kebanyakan di antara mereka juga merupakan 'saudara baru'.

sahabat NARC,pentadbir sekolah dan sebahagian pelajar bersama naskah Al Quran yang diwakafkan.ada banyak kotak bercop "Hasani" di situ kerana kebanyakan Al Quran ini diperolehi dari kedai Hasani.malah mereka juga turut mewakafkan sejumlah Al Quran untuk pelajar2 ini.
bangunan asrama/kediaman pelajar wanita yg agak selesa.
pelajar2 lelaki masih menggunakan pondok2 seperti ini sebagai tempat penginapan.
sumber air adalah dari kolam berhampiran yang dipam dan dihimpunkan ke dalam tangki.
pelajar2 di sini juga diajar pelajaran akademik dengan menekankan bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu bagi memudahkan mereka melanjutkan pelajaran di Malaysia atau Indonesia.
kesederhanaan
bangunan kantin sekolah.


selesai majlis penyerahan ALQuran tersebut,SU & teman2 dibawa melawat ke sekolah rendah dibawah pentadbir yang sama,yang terletak di Ko Lanta...tidak jauh dari kawasan ini.
Anubal Muslim School.
sekolah ini menempatkan pelajar dari usia 4 tahun hingga sepuluh tahun.kekurangan frasarana & kakitangan menyebabkan jumlah pelajar terhad.
berbanding dengan sekolah menengah yang telah beroperasi sekitar 60 tahun,sekolah rendah ini baru dibuka sekitar 4 tahun yg lepas.

bilik perpustakaan yang memiliki jumlah buku yg sangat minima
meja belajar buatan sendiri
kelas kanak-kanak pra sekolah

pondok yang disediakan untuk mengajar ibubapa yang baru memeluk Islam
kantin sekolah rendah
En Mokhtar...pentadbir @ pemilik sekolah yang merupakan generasi ke 2.
sekolah ini diasaskan oleh bapa beliau.
anak En Mokhtar iaitu En Rushdy...generasi ke 3 yang bakal meneruskan kesinambungan sekolah ini.
SU bersama 3 sahabat yang membantu (cip,asst cip & cik lah)
2 lagi sahabat NARC yang sukarela membantu melancarkan program penghantaran/penyerahan naskah Al Quran...
Mache & Bob yang turut membawa ahli keluarga masing2.


semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan tanggungan pihak pentadbiran dalam menjalankan usaha membangunkan Agama Islam di negara jiran kita.
sumbangan AlQuran,wang ringgit dan tenaga dari semua pihak yang terlibat amat dihargai...moga semuanya diberikan ganjaran pahala oleh Allah swt.

program ini tidak berakhir di sini sahaja.untuk masa akan datang pihak NARC bercadang untuk mengumpulkan buku2 bagi kegunaan pelajar sekolah rendah....buku latihan,mewarna,buku cerita dsb dalam bahasa Melayu & Inggeris.
moga ianya dapat dilaksanakan dengan izin Allah...insyaAllah.

01 September 2013

KIMOTERAPI KE 2

salam...
esok my sis akan menjalani kimoterapi sesi ke 2 (semua 4 sesi shj)...moga semuanya berjalan lancar.
sesi pertama adalah pada 12/8/13 yg lalu.
selepas sesi pertama dia ok-ok saja untuk beberapa hari.tapi selepas itu mula rasa panas badan,kering bibir mulut dan rambut mula gugur.di bahagian yang telah dibedah nampak sedikit kehitaman.mungkin kerana kesan ubat tersebut (nabila beria2 nak cek parut makngahnya tiap2 kali makngah datang rumah).
dari segi psikologi...nampak dia ok2 saja.

baru saja submit claim insurance untuk 'hospital benefit' dan juga 'critical illness'.
alhamdulillah tak sia2 menabung dalam insurance ni.dapat juga faedahnya.penyakit datang tanpa dijangka.sekurang2nya ada juga bantuan dari segi kewangan walaupun lambat sikit (menunggu medical report yang agak slow progresnya).


DAH 7

salam buat semua...


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 7 
SESUNGGUHNYA KAMU ADALAH INSAN TERPILIH...
LOVE U FOREVER....
MMMMUAHHHH....