SENANG CARI

28 May 2013

GAJI 8 JAM

salam...

terdengar secara ringkas berita radio pagi tadi...
undang2 baru mungkin dibuat untuk orang gaji @ pembantu rumah di Malaysia (atas permintaan Indonesia kalau tak silap dengarlah)....

**semua orang gaji dikehendaki tinggal di kediaman/rumah berasingan dengan majikan.
**tempat kediaman mereka akan disediakan oleh agensi.
**mereka hanya datang bekerja di rumah majikan selama 8 jam sehari.

macam kerja office plk kan...
bila akan dilaksanakan?
belum tahu lagi sebab semua masih dalam perbincangan.

PRO & KONS??



26 May 2013

ANTARA AIR TERJUN DAN KENCING TIKUS

salam...
selamat makan kenduri...
lunch break tadi dah selamat ke 2 buah rumah kenduri....alhamdulillah...kenyang.
infact masih kenyang sampai sekarang ni...

cuaca masih panas membahang setiap hari..cuma malam tadi hujan sekejap maka awal pagi tadi agak sejuk...
panas2 macam ni sesekali tu terasa macam nak pergi bercuti mandi manda kat air terjun.berendam lama2 sambil gosip2...hmmm...best.area2 sini yang saya suka ialah Air Terjun Lata Bayu,Baling....memang best sebab ada kolam berperingkat & betul2 redup.kawasan sekitar pun bersih.
gambar yg digoogle..
kepunyaan En Syed Alfandi (senior sekolah saya dulu)
"pinjam...jangan marah nooo"
ini blognya
yang tak bestnya....baca dalam paper tadi ada satu kes kematian terbaru selepas berkunjung ke sini yang dipercayai akibat jangkitan LEPTOSPIROSIS.
dulu kawasan air terjun ni dah ditutup sebab dikesan mengandungi kuman kencing tikus ni.kemudian dibuka semula....sekarang dah ada kes baru....sekali lagi ditutup...lepas ni nak pi berendam pun tak berapa nak yakin dah.ikut berita dalam paper tu,airnya memang tercemar walaupun kawasan sekitar bersih.nampaknya tikus2 yang berada di kawasan itu masih lagi membawa kuman leptospira.

so...nak ke mana kita???.....Tupah?tak best...air tak banyak.kalau hujan lebat air terlebih banyak plk.gerun tengok.ada lintah plk tu....
lepak rumah sajalah kannn....

sedikit tentang Leptospirosis:
* disebabkan oleh jangkitan bakteria spirochaete bernama 'leptospira spp'
* berjangkit kepada manusia melalui air kencing haiwan yang mengandungi kuman ini.
* ia berjangkit bila terdapat sentuhan air tercemar secara terus kepada manusia seperti  
   terminum,terkena kepada mata atau kawasan kulit yang luka.
* pembawa ialah tikus,anjing dan juga haiwan mamalia yg lain.
* tanda2 jangkitan bermula di antara beberapa hari hingga 3 minggu selepas jangkitan 
   kuman.
* antara tanda jangkitan:
                * demam panas
                * menggigil
                * sakit kepala yang kuat & sakit badan
* fasa jangkitan di atas boleh sembuh sepenuhnya atau diikuti dengan fasa jangkitan 
   ke dua di mana pesakit mengalami tanda2 kerosakan hati & buah pinggang.
* jangkitan ini juga boleh menyebabkan keradangan otot & selaput jantung (myocarditis &
   pericarditis) serta keradangan selaput otak (meningitis).
* juga boleh menyebabkan pendarahan paru2.

* ujian makmal ke atas darah & air kencing dapat mengesahkan jangkitan bakteria ini.
* rawatan adalah dengan mengambil antibiotik, steroid utk kes2 pendarahan & dialisis jika 
   terdapat kegagalan buah pinggang.

* pencegahan adalah dengan cara 
           *mengelak kawasan yang diketahui tercemar
           *menjaga kebersihan diri


***ada pesakit saya memberitahu bahawa anaknya didiagnosakan dengan penyakit ini setelah bermain di sawah...alhamdulillah anaknya sembuh setelah dirawat di hospital (dimasukkan ke ICU).


*****

24 May 2013

JOM CUTI

salam...
cuti sekolah pertengahan tahun dah bermula....

yang bestnya..
pagi2 tak kalut dah bab2 nak hantar ke sekolah..

yang tak bestnya...
pagi2 kena kalut fikir nak sedia makanan kat rumah..
memang ramai yg berjualan waktu pagi kat area rumah ni....tapi takkan nak beli tiap2 hari selama 2 minggu ni kan...kena masak la jugak.kadang2 nak senang masak nasi berlauk ja terus...sarapan bawa ke lunch..mujur la bebudak ni tak cerewet.abahnya pun ok ja.

ibubapa yg anak2 duduk kat asrama mesti gembira ria sebab anak2 dah kembali meriuhkan rumah & memenuhi korum bak kata seorang sahabat.saya suka tengok sahabat yg seorang ni...walaupun masa sekolah menengah dulu dia jenis yg kasar,garang & kdg2 gila2 sikit tapi bila dah berkeluarga dia sangat motherly...pandai masak plk tu.untung anak2 dia (suami dia jg)...dua minggu ni jenuhla nak menatap hidangan2 dia kat fb....bukan tak suka tapi tak tahan tengok...membuka selera.

menghampiri June juga ramai ibubapa yg sedang bersiap sedia melakukan persiapan untuk anak2 yg mendapat tawaran melanjutkan peljaran ke IPT.tahniah kepada mereka.

satu yg pasti...musim kenduri kahwin dah bermula.....
selamat menambahkan lemak di badan masing2...

esok cuti...yesss.....!!!!

23 May 2013

MINYAK WAJIB

salam...

apakah di antara benda yang wajib ada dalam rumah?
rumah saya...
minyak ni...
 

MINYAK TOK AWANG LOCENG
orang Kedah mesti ramai yg kenal minyak ni.
dah lama sangat saya guna minyak ni....dari kecik2 lagi....umur berapa tak tau lah tapi seingat2 saya ni lah minyak angin yg selalu guna kalau sakit perut masa kecik2 dulu.

kenapa namanya TOK AWANG LOCENG?
sebab tuan punya minyak ni bernama AWANG & capnya ialah cap LOCENG.
sekarang anaknya plk yg buat tapi jenama tetap sama.

saya beli minyak ni kat gerai dalam BANGUNAN PEKAN RABU ALOR SETAR.tempat2 lain tak tau la plk kat mana yg ada.
dulu botol besar ni boleh dapat dalam 3 ringgit lebih tapi sekarang ni dah RM6.50...tu pun beberapa bulan yg lepas (sekali beli 3 botol sebab bukan senang nak parking kat 
Pekan Rabu tu).

saya guna pada kebiasaannya utk sakit perut (angin,salah makan etc).boleh juga sapu kat gatal2 akibat ruam yg ringan,sakit/lenguh otot betis.tengok kat label tu ada banyak lagi kegunaannya.
tak berangin & tak panas...bau biasa2 saja.kalau terminum tidak merbahaya.malah dulu mak saya pernah campurkan (titis) dalam air masak utk diminum supaya dapat kesan yg lebih cepat.
walaupun kat klinik ada banyak krim panas/berangin, saya masih suka guna minyak ni.
utk nabila mmg prefer minyak ni sebab dia suka calit & rasa apa2 benda pun yg kita sapu kat badan dia...penat nak kawal tangan dia kalau guna krim lain.nabila pun kalau susah nak membuang saya sapu sambil urut2 perut...insyaAllah beberapa jam lepas tu akan membuang dgn elok.

jangan tanya ramuan sebab saya tak pasti...tak pernah melawat kilang.

22 May 2013

POTONG....SAPU

salam....
lagi cerita budak bambam (umie tak dak modal nak bercerita maka tulis la kisah budak ni)..

lepas sekolah tadi terus ke kedai gunting sebab abah & along nak potong rambut...
budak kecik ni pun sibuk nak potong juga.
maka trim yg depan sajalah.belakang tak panjang sgt....biar dulu.


macam selalu...mesti cukup syarat.
lepas gunting kena cuci rambut (basah2 ja pun)....blow & sikat lawa2.

tapi hari ni dia buat kerja extra...
tolong sapu lantai...siap buang dalam tong lagi.lepas tu ambil feather duster sapu semua kerusi meja kat dalam kedai tu...amboi!!!rajin terlebih la plk.
jenuh nak pujuk ajak keluar.mujur tak ada pelanggan lain (tengah hari org tak ramai).

tunggu besar sikit boleh buat part time kat sini kan baby?


15 May 2013

PENYEJUK MALAM

salam...

alhamdulillah...hujan turun malam ni.tak begitu lebat tapi boleh sejukkan suasana.pagi tadi hujan sekejap diikuti panas yg sgt membahang.
moga hujan malam ni berterusan hingga pagi esok.....selesa rasanya nak beradu.

kebelakangan ni cuaca sgt panas...ramai yg demam & berjangkit2 plk dalam ahli keluarga.syukur alhamdulillah dalam rumah saya setakat ni ok lagi...belum ada pembawa.moga2 tak adalah yg kena.dalam rumah ni semua amalkan minum air banyak & mandi dengan kerap terutama sekali si kecik tu.kadang2 4 kali sehari.kalau pergi jalan2 saya mandikan ja kat public toilet...mesti cukupkan minima 3 kali sehari.mujurlah dia pun suka mandi.
salah satu cara nak elakkan selsema (dewasa & kanak2) ialah amalkan mandi air paip yg sejuk tu awal pagi setiap hari (tapi kalau musim panas air paip pagi2 dah rasa suam...hihi)...insyaAllah susah nak kena jangkitan.


WW

salam...
this was yesterday

budak kecik depan pintu sekolah

14 May 2013

NYAM...NYAM...

salam...

sarapan hari ini..

pulut kukus dengan nyioq & ikan tamban kering....sedap.
sebungkus rm1.50 shj...kenyang.....alhamdulillah.

baru2 ni makan masa sarapan satu family...nurul tanya.."sedap dak umie?"
soalan yg sangat subjektif tambah2 lagi nak jawab kat org yg payah makan macam dia...
kat umie ni mmg sedap la sebab dah mmg suka.kalau tak suka tak sedap  jadinya.

kita orang kampung kannn....kecik2 dulu dah terbiasa sarapan benda2 macam ni.sekali sekala teringin nak makan lagi.nak buat tak berapa nak rajin sebab selera kita ja pun...baik beli.alhamdulillah masih ada orang yg menjualnya.

sarapan tak sihat sebenarnya tapi layankan saja....bukan selalu pun.


13 May 2013

KASIH BUAT IBU


salam....
Ahad minggu ke 2 setiap Mei (kemarin) merupakan 'hari ibu'..
ramai ibu yang dapat special gift atau special treat dari anak2 semestinya.
di rumah ni tak ada apa2 pun...sama seperti hari2 yang lain.
bila dengar ceramah UAI ni mula rasa lain macam utk celebrate...sama macam 'valentine's day'.....

paling utama....
hormati & sanjungi ibu sepanjang masa & sepanjang hayat kita.
jangan lupa utk mencintai bapa kita juga.

beruntunglah bagi yang masih punya ibu...
masih berkesempatan mendengar suara ibu...mendengar leteran,nasihat,gelak tawa ibu...
masih berkesempatan menerima keberkatan doa ibu....
sentiasa luangkan masa untuk ibu...
ketahuilah bila dia telah tiada...
kerinduan kepadanya tidak bertepi...
makin menebal & makin mencengkam pada setiap perjalanan hari..

ALFATIHAH buat arwah mak & bapa...
moga bahagia di sana...
moga tenang bersama arwah abang & adik....
amin...



****telah hampir 3 tahun mak & bapa tiada....saya belum boleh menulis ttg mereka tanpa menitiskan airmata...
missed them so much****

12 May 2013

ASSALAMUALAIKUM...

CAK!!!!!


menjejaki usia 7 tahun nabila dah banyak berdikari terutama sekali kalau hanya berdua dgn abahnya....ada umie dia jadi terlebih manja sikit sampai abang & kakak meluat tengok...hihi.

tengah hari tadi masa umie nak masak utk lunch dia nak makan roti canai yg dibeli masa sarapan..roti kosong.masih berbungkus.dengan sendiri nabila ke rak ambil pinggan & buka beg plastik.umie tolong keluarkan sebab takut jatuh ke lantai nanti tak boleh makan plk...kesian dia.dah siap dalam pinggan,minta air masak (boleh ambil sendiri tapi dah umie ada kat sebelah dia order ja),terus makan sendiri kat meja makan.biasanya nak makan depan tv tapi hari ni tak mau...
makan roti cicah gula ja.hampir nak habis roti tu dia bangun sendiri ambil sudu sebab nak meratah gula....umie biar ja asalkan tak kacau nk masak.

dah selesai makan ambil sendiri tual lap meja...sapu makanan yg tumpah masuk ke dalam pinggan & hantar pinggan ke sinki.ambil penyapu & sapu pula sisa2 yg jatuh ke lantai.kadang2 dia akan basuh sendiri pinggan atau piring yg digunakannya.siap bersabun,bilas...sama macam kita buat.
taklah perfect tapi daya usahanya membanggakan.
siap makan minta plk susu & terus landing depan tv.hari ini umie masak tanpa gangguan.

moga besar nanti menjadi anak yang ringan tulang....insyaAllah.

10 May 2013

BILA ELEKTRIK TAK ADA

salam...
esok 11.5.13....kawasan ni tak ada elektrik.TNB nak buat apa ntah.dah bagi notis tapi terlupa letak kat mana.cuma ingat tarikh ja.dalam senarai tu banyak juga kawasan yg terlibat.
mujur juga esok Sabtu...cuti.bolehlah melarikan diri.
kebetulan pula ada program ni.

NARC dijemput utk turut serta.
maka tengah hari esok beramai2lah kita kat sana.
pagi pergi lepak rumah member dulu.

SARAPAN HARI INI

salam...
melayan nafsu di hari Jumaat.


home made nasi lemak.
sarapan membawa ke makan tengah hari.


09 May 2013

MAKAN-MAKAN DI HARI BURUH

salam...
boleh terlupa nak update..hehehe

sibuk dok ikut cerita ttg PRU13 kat fb sampai pening kepala & berbinau bijik mata.
mula hari ni malas nak baca dah kisah2 tu semua....
moga Malaysia terus aman...
sapa2 yg nak mengkucar kacirkan Malaysia tu...moga diberikan hidayah & petunjuk...(tak kiralah bangsa apa pun).

ni gambar makan2 kat Hadyai hari buruh baru2 ni.
saja2 berziarah ke situ sebab en SU dah kempunan daging/ayam bakar ni..
kami ke sana 3 family.....family cip,timbalan cip & SU.
pukul 4.30pm kat border,sampai Hadyai pukul 5.30pm.
singgah solat Asar kat sini.

sampai kat gerai ni pukul 6.15pm.
selalu mai makan kat sini waktu malam...ni kali pertama waktu petang...best lagi waktu petang macam ni.orang tak ramai sangat.kebetulan hari redup...selesa untuk menjamu selera.
budak kecik dilayan oleh anak2 abg bad @ timbalan cip.
dengan abg cik (baju hitam) mmg ngam
 tapi kalau dgn abg baby (baju hijau) asyik bergaduh ja.
walau berniaga tepi kaki lima,meja sentiasa penuh.bawah ni adik2 yg jual ayam & daging bakar.kali ni maknya (atau makcik entahla kan..) tak ada maka sup power pun tak ada.beli sup dari gerai lain kat hujung sana tu.tak pedas pun maka bolehlah mek kecik tumpang makan sama.
ayam ni garing kat luar tapi isinya lembut.kulit tu rasa manis2 sikit.meratah mmg best.daging pun sama...lembut ja.bakar guna arang saja.
waktu dihidangkan ayam tu dipotong kecik2...satu pinggan tak pasti pulak ada berapa wing...2 kot.harga satu pinggan adalah 30 Baht.. (lebih kurang rm3).

gerai ni terletak di tepi Hotel President Hadyai...
gambar bawah ni...kanan adalah pagar hotel,kiri jalan utama...memang jalan yg sibuk.kalau lepak kat sini mesti boleh nampak ambulance lalu.
tapi tak boleh lepak lama2...ada orang tunggu giliran nak duduk.lepas makan kena bangun cepat2...kesian kat orang lain yg nak makan juga.
menu makanan adalah ayam/daging bakar,sup,somtam,nasi & pulut.
air mineral & air botol dah siap atas meja....kalau minum kena bayar la.
basuh tangan dengan air mineral tu jugak....

3 family sambungkan 3 meja......

utk family saya...
8 pinggan nasi
3 piring ayam
dua piring daging
air mineral 
315 Baht (rm31.50..lebih kurang).
sup kosong 20 baht.
cip & abg bad ambil sup tulang 70 Baht semangkuk.


hasil tinggalan kami.
polistrin tu bekas ayam & daging.dulu guna piring biasa...tak sempat nak basuh kot.lagi senang pakai polistrin.

kami parking kat depan hotel....makanya lepas makan budak ni ajak umie dia...
"umie...jom"...
"pi mana?"
"tu....."
sambil buat sign tidoq...

pandai la kamu budak kecik...ajak check in...
dah kenyang masuk hotel tidoq....anak sapa la ni????
(dia pun makan nasi bertambah).
tak mau masuk kereta...terpaksalah abah buat macam ni.

sebelum balik singgah pekan Hadyai sebab abg bad nak beli minyak angin (minyak angin pun guna siam punya)....berhenti kereta dekat dengan gerai pulut durian/mempelam...dalam hati teringin nak beli tapi perut dah padat....lain kali lah!!!

balik tu singgah minum2 (lagi????) kat Jitra.kemudian terus bergerak ke rumah.sampai rumah sekitar jam 12 malam...kira awal la jugak...(dalam hujan renyai2).

notes..
***kami panggil tempat makan ni daging bakar president
***kalau tengah ramai kena tunggu giliran utk dapat tempat duduk dgn sabar....boleh sampai 1 jam tempoh menunggu.


03 May 2013

HARI TU..

cuti hari buruh
(1.5.2013)
berpetang di Hatyai Thailand