SENANG CARI

29 January 2013

LAYANKAN SAJA....

salam sejahtera buat semua....

tot tet tot tet....dah Selasa.......menghampiri penghujung Januari dah pun.

layan gambar budak kecik ni sat...

mood tengah elok...makan sendiri sampai licin.

serabai...
balik sekolah terus ambil yang besar berdua tu...kemudian terus keluar pekan utk urusan rasmi ayahbonda mereka.
sebelum balik layan mi mamak kat Taman Intan dulu.
budak kecik ni mampu habiskan sepinggan mi mamak tu tau...jangan tak percaya.
siap letak telur rebus sebiji.
umie just ratah2 cucur garing dalam mi tu saja.sebab dia tak suka benda2 tu.

lepas makan dia jalan ke kaunter...bertembung dgn radio yg tengah pasang siaran Tamil...lagu2 rancak plk tu.....dia punya pasang telinga kat tepi radio tu.pelik kot dengar bahasa Tamil.lepas tu terus menari2.....alahai budak.rembat plk majalah Tamil...khusyuk nak baca macam la reti sangat.jenuh juga pujuk nak bagi balik majalah tu kat tuan kedai.

masuk kereta abahnya tukar channel radio ke THR....siaran lagu tamil...bukan main lagi dia berjoget...terhangguk2..bila tukar siaran lain serta merta dia terbeliak biji mata kat abahnya....makanya...kami semua melayan siaran Tamil sepanjang perjalanan sehingga ke rumah...

nanti kita cari CD lagu Tamil yg best2....nak?

24 January 2013

JOM BERBASIKAL

assalamualaikum/salam sejahtera...


setelah begitu lama dipenuhi rumput & kemuncup...sejak petang kelmarin (@ semalam) padang depan rumah kelihatan bersih & kemas.pekerja majlis gigih membersihkan kawasan.
puncanya?
hari Sabtu nanti akan diadakan majlis perasmian acara kayuhan basikal kat padang ni.khabarnya MB Kedah akan datang rasmikan....tak pasti plk bab tu.
tapi yg nyata semua persiapan sedang giat diatur.

harapnya selepas majlis itu nanti pihak Majlis Bandaran dapat terus menjaga keindahan padang tu....potong rumput secara berkala.jangan macam sebelum ni.potong juga tapi ala kadar.kawasan lapang ja dibersihkan tapi kat tempat yg ada alat mainan dibiar begitu saja.sampah pun berselerak kat padang.ada tong sampah tapi bila dah penuh tak ada yg pungut.kesian kat budak2 nak main pun tak selesa.

notes:...nasib baik rumput kat laman rumah dah potong Sabtu baru ni....

23 January 2013

SELAMAT....

salam sejahtera...

Selamat menyambut MAULIDUR RASUL esok.
selamat bercuti kepada yg bercuti....
Kedah best lagi sebab sambung dgn Jumaat & Sabtu.
saya tak cuti sebab baru ja ambik utk birthday Sultan.

apa pun...cuti atau tidak...
sama2lah kita memperbaiki diri.
bersama menghayati ajaran & pesanan RASULULLAH.
bersama kita amalkan,
semarakkan agama ISLAM dalam diri kita.
moga kita menjadi hamba kesayangan ALLAH
dan pengikut kesayangan RASULULLAH.

insyaAllah.....

22 January 2013

RM100

salam..
petang yang damai hari ni.....agak sunyi berbanding pagi tadi.

hari ni budak2 berdua tu dapat duit sumbangan pelajar RM100.maka pagi tadi dekat2 pukul 12 kami dua org bergandingan la pergi sekolah.pergi berdua cepat sikit selesai urusan.abahnya ambil utk aiman...saya ambil utk nurul.masa kami sampai ramai yg dah balik.yang ada pun budak sesi petang.saja pergi lambat sikit (mula pukul 11 pagi) sebab malas nak berbaris & tak seronok nak tinggalkan kerja lama2.keseluruhannya tinggalkan kerja setengah jam saja.

tengah hari bawa depa keluar.nurul beli baju sekolah.aiman cari sandel tapi tak jumpa...dia memang susah nak cari segala benda...makin cerewet pilih barang.saja ja gunakan duit rm100 tu utk beli barang depa sendiri.maka depa akan rasa sumbangan tu lebih bererti.kalau ambik & terus simpan gitu saja macam tak nampak sgt value & keperluan duit tu utk depa (pandangan saya la).bila pakai duit tu tau plk nurul ni nak jimat...beli baju ja.kain tak mau beli....(that's what I want to see....budget).
duit lebih tu kita simpan.tapi bunyi2 jugak tadi...nak beli buku latihan sebab tahun ni dia nak PMR.batch terakhir utk PMR kat negara kita ni.mula tahun depan dah tak dak PMR...kira penilaian berterusan ja kot.ada juga kengkawan yg kerja cikgu bunyi2 sikit sebab bukan senang kan nak nilai prestasi secara berterusan macam tu.ada periksa besar ni senang nak nampak prestasi pelajar.
saya bukan expert bab2 macam ni...tak mau komen panjang.biarlah pengkaji2 pendidikan buat kerja depa.janji anak2 semua boleh belajar dan hidup dalam keadaan aman damai.

berbalik kepada sumbangan rm100 ni...
andai dapat tiap2 tahun pun ok jugak kan?yang ada anak ramai tu,dapat juga kurangkan beban perbelanjaan sekolah mereka. mana yg rasa tak nak tu sedekahkan saja kepada pihak PIBG sekolah anak2 tu...dapat pahala.
saya ambil ja duit ni sebab pada saya duit ni untuk budak2 ni....bukan untuk ibubapa.kita tolong ambilkan saja.


****notes:
budak nurul ni dok bunyi2 nak tukar sekolah plk tahun depan..sekolah ni katanya tak best...nak pi sekolah manalah plk ni???


21 January 2013

CERITERA....

assalamualaikum/salam sejahtera..

back to work..tadak mood sungguh laaa....
cuti 2 hari jadi lembam..
apa yg berlaku weekend baru ni?
tak dak apa yg istimewa pun sebenarnya..
Sabtu pagi mengemas laman yg dah semak samun.upah pakcik kat area sini potong rumput.sambil2 tu saya trim pokok bunga kertas yg dah meninggi.bukannya trim lawa2 pun...cantas ja.lapang mata rasanya bila tengok laman dah clear.sambil tu semaikan beberapa pasu bunga melor.kebetulan ada ranting yg dicantas & dah berakar,semaikan saja.tengok la nanti tumbuh ke tidak.cuaca panas sgt sekarang ni.mek kecik tu pun sibuk nak menyemai pokok jugak.maka umie pun bagila satu pasu kecik kat dia.hopefully tumbuh nanti.

lunch..simple ja sebab abahnya tak dak..budak2 ni masak simple pun tak pa.makan ja depa.petang baru abahnya balik.bawa balik rayban siam sorang satu kat bebudak ni...kemain suka.bukan takat bebudak...abahnya pun beli jugak.umie tak boleh la sebab umienya dah rabun.kalau nak rayban kena tempah kat kedai.

Sabtu malam dinner kat nasi kandar beratur @ nasi kandar pokok ketapang kat Bagan..sebelum tu lepak2 dulu kat rumah sedara member sementara menunggu jam 11 malam sebab nasi kandar tu buka pukul 11 malam...tengah2 malam makan nasi kandar...hentam sajalah kannn.macam biasalah kalau makan kat situ mesti ramai2.malam tu kami pergi 3 kereta.balik lebih kurang 1.30 pagi.

Ahad....ke Taman Jubli ronda2 tengok pokok.ada jualan orkid & bunga2 lain juga selama seminggu (hingga 23hb nanti).tak beli pun.order kat member suruh tolong belikan dgn harga lebih murah sebab dia pun niaga kat situ jugak.bolehlah dia dapatkan harga borong walaupun beli sikit ja.
semangat nak tanam pokok bunga musim2 panas ni...orang tanam musim hujan..hihi.

petang & malamnya pi ronda2 kat rumah member kat Kulim plk.sempat lagi minta pokok lidah buaya kat rumah dia....malamnya kami sama2 pi jalan2 kat Pantai Bersih..(banyaknya couple celah batu...ish!!!...).taklah meronda lama sangat..hari ni bebudak nak sekolah.maka jam 10 lebih dah bergerak balik.

dah sampai rumah rasa macam membazir masa la plk pi meronda merata2.lepak kat rumah pun best..bukan senang nak dapat cuti berkembar ni.
pastu fikir2 balik...tak pa lah..megeratkan silaturahim...hahaha.benda tak plan pun...main gerak ja.dari zohor sampai magrib semua kat rumah member.
kita bersaudara kannn...

malam satg baru nak tanam pokok yg ambil kat rumah member tu.tadi nak buat dah jiran sebelah dok pasang bumbung porch...segan la plk nak berkebun tengah2 rembang.kalau tak dak orang ok ja.

tadaaaa.......!!!
sampai herot2 mulut punya nak posing.

18 January 2013

HUJUNG MINGGU

assalamualaikum/salam sejahtera..

weekend yg panjang utk budak2 sekolah minggu ni..
Ahad cuti umum sempena birthday Sultan Kedah.
hujung minggu depan pun tiga hari juga sebab Khamis Maulud Nabi.
maknanya minggu depan sekolah 3 hari saja....bestnya depa.

bila cuti umum banyak macam ni teringat zaman kerja kat klinik kesihatan...best.cuti banyak...boleh adjust bersambung2 plk tu sebab tak ada call.cuma kena pandai susun jadual follow up patient...kalau tak nanti habis cuti jenuhla mengadap....sampai ke petang tak habis tengok kes lagi.
masa kat hospital semua cuti2 ni tak bermakna sangat...kerja berjalan macam biasa.
bila kerja sendiri...cuti2 yg wajib kena ikut la...yg sunat2 tu atur sendiri.macam Maulud Nabi saya tak cuti...nanti raya nak cuti panjang.tu tak masuk hujung2 tahun cuti nak konvoi plk...hehehe..

hari ni kengkawan G-two girls ada yg pi jalan2 ke Hadyai...balik Ahad nanti.depa ajak tapi takleh nak ikut sebab hari ni kerja.teringin jugak la kannn...selalu pi dgn family & geng avanza...ni lepak2 dgn geng sekolah lama.mesti lain suasananya.hope you all enjoy la geng..floating market jgn lupa..

notes:
tadi review luka kaki patient mlm tadi...alhamdulillah nampak elok ja buat masa ni.Khamis depan review sekali lagi utk STO (buka benang).



17 January 2013

BAHANA TELEFON BIMBIT

assalamualaikum/salam sejahtera..

patient ke 2 terakhir malam tadi...
budak perempuan sekolah menengah.kemalangan depan klinik ni (mmg kawasan kemalangan pun sebab simpang 4 dan semua yg lalu kat situ main redah ja).
rabak kat kaki...tersangkut kat motor kot.
ada luka sikit kat kepala...
sambil2 jahit luka kat belakang kaki tu tanya dia cemana boleh jadi eksiden..
(dia naik motor..langgar kereta)
katanya...tak tahu..

dah tutup klinik saya pi tanya kat org2 kat luar...
rupanya budak perempuan tadi naik motor sambil layan handphone.
dia sampai kat simpang...tak perasan ke kereta yg slow down kat situ..
terus dilanggarnya...
patutlah driver kereta tu tak tunggu kat klinik pun...salah budak tu sendiri.

handphone sepatutnya untuk kemudahan tapi selalu disalah guna..
bawa bencana jadinya.

selalu sgt jumpa org naik motor sambil layan h/phone..bangun2 lagi seluk h/phone dalam poket...dah la bawa motor laju....
(kereta tu lagilah banyak...saya pun kdg2 kalau dah ada call jawab la jugak...
SU boleh siap msg,fb,wassap segala sambil drive...tak larat nak tegur dah).

esok review kaki adik tu...harap2 ok...
lukanya bentuk V...biasanya yg sharp end tu susah sikit nak sembuh sebab kulit yg tersiat tu nipis,kurang salur darah.

tak taulah dia serik ke tidak...nampak relax ja budaknya.


16 January 2013

31 TAHUN LALU

assalamualaikum/salam sejahtera..


hari ni 16 Januari...
31 tahun yg lalu (1982)....
saya bersama rakan2 lain serta ahli keluarga masing2 dengan penuh debaran menempuh hari pertama bergelar pelajar sekolah menengah berasrama penuh.
dengan nombor maktab 150/82,saya dengan rasa tidak konfidennya mula menempuhi alam hidup di asrama...

lima tahun di alam menengah & setahun di matrikulasi membuatkan kehidupan di MRSM Kulim menjadi sebati dalam hidup....kenangan terindah yang tiada gantinya.

hari ini di group FB masing2 mengimbau detik pertemuan pertama itu..
31 tahun........
cepatnya masa berlalu...
moga terus diberikan ingatan yang baik oleh ALLAH untuk mengingati detik2 manis dalam hidup.
G-two....we're friends forever.


notes:
ada anak2 yang menangis bila masuk ke asrama buat kali pertama....
katanya,duduk asrama tak seronok seperti yang disangkakan...
well....baru seminggu memang tak seronok...tunggulah lepas sebulan.

tapi tak dinafikan,bukan semua anak serasi tinggal di asrama.yang paling utama....hidup di asrama ada peraturan yang perlu diikuti...belajarlah untuk mentaati peraturan tersebut kerana bila dewasa nanti juga akan ada lebih banyak peraturan hidup yang perlu kita hadapi.....
ia adalah proses pembelajaran untuk hidup.
be strong...dont give up.
tempat pertemuan pertama setiap generasi MRSMK
Dewan Besar
tempat lepak sambil baca buku...sambil usha orang...
pintu masuk ke perpustakaan
juga tempat buat bising dgn miss maz masa matrik
(org takleh marah sebab dia cikgu..hehehe)
tempat tidur @ asrama (dulu2 warna kayu ja)
ini Dang Anum...tempat bermastautin masa form 2.
banyak sangat2 peristiwa notty kat sini...maklumlah form 2...no big exam.
first time plk duduk satu batch dalam satu asrama (sebelum tu campur2 dgn senior)
all of us....
kelas alpha,beta,delta,omega,sigma,theta
latest version of G-two...sebahagian daripadanya.
notes:
semua gambar dari album reunion baru2 ni.

ESOK PENCEN JADI DREBAR

assalamualaikum/salam sejahtera..


alhamdulillah....
hari ni SU balik...dah dekat seminggu ronda Thailand ja..
Sabtu/Ahad...ke Danok utk event motor.
Isnin sampai hari ni bawa orang (pekerja2 seorang sahabat) makan angin kat Krabi...
insyaAllah malam ni sampai rumah.

letih jugak bila SU tak dak ni...kena jadi 'drebar bas sekolah'.mujur semua sekolah pagi.tapi kesian sekali kat nabila la sebab pagi2 dah kena angkat masuk kereta sebab umie nak hantar kakak dgn along.kat rumah tak dak orang...kena angkut sekali la..alhamdulillah budak kecik ni jenis tak bebal...dari dulu lagi kalau kita ganggu tidur pun dia tak nangis...balik hantar yg besar baru siap2kan dia plk...lepas hantar dia sekolah terus umie masuk kerja.

pukul 1 tgh hari ambil nabila kemudian terus ambil yg berdua tu.balik tu kalau rajin masak lauk...kalau 'M'...cari kat kedai sajalah.nasi dah masak siap2 sebelum pergi kerja. bebudak ni tak kisah sgt..masak simple2 pun ok ja.janji ada rasa.cuma nabila ni saja....nasi adalah WAJIB.masak benda lain pun nanti dia minta nasi juga.jadi utk lebih selamat lebih baik masak nasi siap2.

rasanya masa ni SU & the team dah bergerak keluar dari Krabi...malam sampai kot...moga semuanya selamat tiba ke rumah.
esok takyah jadi drebar bas sekolah dah...yes!!!!
(simpang depan sekolah tu takde lampu isyarat...hanya ada lampu utk budak2 melintas.simpang 3 tapi sebab ada perumahan kat situ ia dah jadi simpang empat.....teramatlah sibuknya masa2 orang pergi kerja & bebudak pergi sekolah...susah nak keluar...bila la depa nak buat lampu isyarat betul2 kat situ???)


tetiba lapaq kek Saijai.....
sedap makan masa panas2

04 January 2013

LOOKING BACK

assalamualaikum & salam sejahtera...

sorotan aktiviti keluarga NARC pada tahun 2012...
sekadar berkongsi & sebagai catatan peribadi di blog ini.



moga 2013 membawa lebih keberkatan dalam keluarga kecil NARC.

03 January 2013

BUDAK SEKOLAH ROCK

salam...
this was yesterday morning...
umie cakap..."cepatla baby..umie nak ambik gambaq ni"
macam2 rupa & gaya dia buat...
ni salah satunya..


takyah stoking bagai sebab masuk kelas kena buka kasut.
stoking tu nanti akan melambatkan segala urusan...nak masuk kelas lambat...nak balik pun lambat sebab dia akan melambat2kan segalanya.

hari ni tak sekolah sebab Khamis cikgu pergi home visit & buat urusan lain...so dah kegilaan pakai kasut ni,dia sarong juga kasut putih tu masa ikut abah hantar kakak & abangnya ke sekolah pagi tadi...kemaruk!!!..

02 January 2013

DUIT BELANJA

salam..
masa dalam perjalanan hantar nabila ke sekolah tadi,dengar kat radio sinar seorang pemanggil bercerita ttg hari2 awal sekolahnya dulu (tahun bila tak pasti plk..tapi lama dahla)..katanya pergi sekolah bawa duit 20 sen utk tambang bas & 10 sen utk makan..yg 20 sen letak saku lain (siap berikat) & 10 sen saku lg satu.
zaman dulu2....10 sen boleh beli macam2 kan.

masa saya sekolah rendah dulu (70's) mula2 bawa 20 sen...cukup utk makan minum waktu rehat.tambang tak payah sebab bapa hantar (dengan basikal).dah besar sikit (tak ingat start darjah berapa) baru bawa 50 sen...tu pun boleh ada baki.balik sekolah pergi kedai runcit beli air kotak Dutch Lady.kadang2 waktu pagi sebelum start kelas saya tolong2 kat kantin (dah boring tak tau nak buat apa)...maka dapatlah makan free.

naik sekolah menengah dah tak bawa duit sangat sebab kat asrama...makan free ja kat dewan makan...6 meal sehari.cukuplah tu.tapi ada jugalah pocket money dari MARA setiap bulan utk buat belanja sikit2.sekali sekala parents hantar duit belanja (biasanya sekali hantar rm20 ja...beberapa kali ja setahun).duit belanja ni utk beli makanan kat kantin,beli barang sekolah & majalah dan tak ketinggalan kaset (hihihi).bila ada trip kelas,guna duit2 ni lah.

budak2 sekarang cemana??
tengok2 juga anak2 orang kat keliling ni...pergi sekolah bawa 2,3 ringgit.ada yg RM5.tuisyen pun ada yg bawa sampai RM5 buat belanja makan @ jajan....mewah depa...budak sekolah rendah ja ni.yg menengah tak tau la plk.

anak2 kami...sekolah rendah dulu seringgit ja sehari...ngam2 utk makan/minum.naik menengah rm2...tahun ni rm3 sehari.biasanya kami tanya dulu kat budak2 ni berapa harga makanan kat kantin.kemudian baru kira jumlah yg depa perlu guna.yg lelaki tu mmg makan besar...rm3 tu ngam2 ja utk lunch.yg perempuan,kemarin guna seringgit lebih ja.yg kenit tu tak payah la kannn...kat sekolah dah siap makan free (tapi balik rumah kelaparan mcm tak makan sepagi).

selain daripada belajar bajet2 duit belanja,saya sebenarnya seriau nk bagi duit lebih2 (kecuali ada cikgu minta utk bayar benda2 lain)....maklumlah bila ada lebih ni macam2 benda depa nampak.yg lelaki ni mcm biasalah.umur2 gini rokoklah yg dia nampak dulu.saya sangat2 tak suka.lagipun pengaruh kawan kat luar tu kuat sangat..org kedah kata.."tak dan nak kepung".
yg perempuan setakat ni suka habiskan utk jajan.takpun dia beli benda2 macam buku2 nota kecik yg comey2 tu..pastu selerak merata dlm bilik.tapi bab jajan tu yg tak berkenan sangat.

bagaimanapun...masing2 ibubapa,masing2 anak..masing2 cara & pendekatan la kan...ikut kawasan tempat tinggal juga.ada yg perlukan belanja yg lebih.kami kat area2 kampung ni taklah tinggi sangat harga makanan tu.

zaman dulu lain cerita lah...semua masih murah.



01 January 2013

JOM SEKOLAH


salam...

1.1.13....
hari pertama persekolahan utk Kedah (& yg seangkatan dengannya).
(habis dah la hari2 senggang umie dgn abah....kena adjust timing balik)
tahun ni semua sekolah pagi...
dan pagi tadi budak kecik bambam bangun awaaaaiiii....
kakak bangun siap2 nak pi sekolah,dia pun bangun sama.
maka pukul 6.30 pg umie bagi dia mandi (ketaq2 sejuk sebab malam tadi hujan),siap2 dan ikut abah hantar along & kakak ke sekolah.
suka la tu...pagi2 boleh meronda.

pukul 8.30 hantar dia plk...dah lama bercuti,mujur tak buat hal.senang ja masuk bilik pdk tu.sekolah yg atas bukit ni bila ntah nak mula beroperasi...dekat sikit dengan rumah.

bangun pk 6 lebih pagi tadi,umie ingat balik sekolah dia akan tidur rupanya idak pun.
umie yg tidoq...hihi..dekat pukul 5 ptg baru dia lena...tak taulah pk berapa bangun sebab umie keluar g kerja.harap2 malam ni dia boleh tidur awal juga.
esok sekolah...khamis off (duduk dgn abah).

bb pun ada kasut sekolah...

***masih mencari yg terbaik buat nabila.