SENANG CARI

28 November 2012

BERATNYA MATA...

salam...

mengantuk laaaaa.....
minggu ni sunyi sungguh..
orang pi makan angin kot...
ataupun pasai gaji tak masuk lagi...

bila sunyi2 ni mulalah nak mengisi perut..
cemana nak kuruih???

mujoq la jugak kat FB dok riuh rendah pasai gathering GEN2 bulan 12 nanti..macam2 gambaq lama depa bawak keluaq...cerita lama zaman2 budak nakai kat sekolah menengah pun ada...boleh la baca & layan buat mengisi masa.

moga segala urusan untuk gathering dipermudahkan oleh Allah...
tak sabar utk 2 benda...
1...jumpa kawan2 yang mula2 jumpa 30 tahun lepas
2...nak tengok sekolah lama....banyak memori di situ



26 November 2012

UDAH 14...

salam..

26.11..
birthday nurul hari ni...yang ke 14.
sekejap saja...dah besar & tinggi lampai (sampai kawan2 tanya rahsia nak cepat tinggi).badan sajalah tinggi...perangai tak macam 14 tahun lg pun (at least pada sayalah).tak berapa nak mature lagi.
tapi untuk kerja cuci mencuci & jaga adik..alhamdulillah..boleh diharapkan dah.masak memasak ja tak boleh lagi.nak buat cemana kan...umie dia jenis kalau ke dapur tak suka ada orang tolong..rimas.semua nak buat sorang2 ja....macam ada lebih daya tumpuan gitu...hahaha...masak tak la sedap mana pun.

cuti ni baru ajak dia tolong2 prepare barang2 sebelum memasak.jenuh jugakla bersabar.jenis slow & steady anak dara ni.suruh cepat macam mana pun dia tetap dgn speed yg sama.tapi kalau ada drama korea kat tv laju ja nak mengadap.

anyway...utk nurul...
satu hari nanti kalau adik baca...(nama panggilan kat rumah ialah adik)...

happy 14th birthday...
teruskan nilai2 positif dalam diri kamu....
kamu tidak berada dalam golongan intelligent tapi kamu rajin berusaha...keep it up.
cipta kejayaan dalam akademik...
cipta kecemerlangan dalam hidup...
jadilah anak yang membanggakan ibubapa (terutama abah)...
jadilah muslimah yang taat kepada Allah & Rasul...
kamu akan dewasa menjadi seorang yg cantik fizikal...
indahkan lagi dengan kecantikan jiwa...
sentiasa berdoa untuk arwah ibu...
doa utk abah & umie....along & nabila..
setiap kali selesai solat..
berdoa juga utk keselamatan diri kamu dunia & akhirat..
hanya pada Allah tempat kita bergantung..
setinggi manapun kamu pergi...
jangan lupa perintah Allah..
semoga kamu sentiasa dipelihara olehNya..
semoga kamu berjaya dunia & akhirat..


....HAPPY BIRTHDAY....
..WE LOVE YOU..


**notes:...badan suam2 kuku..kepala pening2 lalat...
angkara makan durian dgn pulut lewat malam tadi...

19 November 2012

KEDAH-SELANGOR-KL-MELAKA

salam..
sedikit gambar buat kenangan dari cuti2 hujung minggu yg lepas (10 - 13/11/12).

bergerak dari rumah menghala ke selatan melelui lebuhraya.singgah di Lumut sekejap..ke rumah kawan sebab SU nak hantar barang yg dikirim.dah singgah tu faham2 sajalah..makan & sembang2 sampai tengah hari.

terus bergerak ke Selangor melalui jalan biasa.

 terserempak dengan kumpulan konvoi 1MALAYSIA i di kawasan Lekir.
ahli kumpulan konvoi ni terlibat dgn kemalangan dgn treler menyebabkan kesesakan yg panjang.


sampai di Selangor sekitar jam 5 petang.ronda2 dulu cari rumah kawan & rumah kenduri supaya pagi2 esok tak kelam kabut nak cari.
kemudian hantar MIL ke rumah saudaranya kat Shah Alam untuk bermalam di situ.
kami lepak kat hotel bajet ja....area2 situ juga.

malam tu hujan renyai2 tapi nekad bawa juga budak2 pi ICity.
basah jugalah tanah & jalan kat ICity tu tapi alhamdulillah sepanjang berada di situ hujan berhenti.
 budak kecik yang sangat2 teruja bila dapat lepas bebas...dengan suasana yg meriah tu memang penatla nak control budak ni.
(mata dia jadi pelik...hihi)

 nak sangat naik benda alah ni...nama...circus apa ntah..
sekali bila dah naik...ambik kau...ketakutan..hahaha
tengok muka gabra tu...sib baik tak jerit nak turun.

 budak lasak kan...dah kena tarik telinga dgn abah sebab laju ja nak turun kat kawasan tanah belakang dia tu...licin kat situ sebab tak dak rumput..simply tanah...& basah.

 gila posing.
kakak nak bergambar sorang2 dia cepat ja mencelah..boleh buat gaya sama plk tu.

jalan punya jalan sedar2 dah dekat pukul 1 pagi...macam cepat ja masa bergerak.
balik la kan...nak tunggu apa lagi.budak kecik pun dah selekeh...kaki kotor kena air becak.saya basuh ja sikit dgn air mineral...marah dia sebab air tu sejuk..masuk ja dalam kereta terus lelap.

 kami bermalam kat hotel ni..rm80 ja satu malam.
bilik ok la juga..standard hotel bajet kan.cumanya saya tak berapa nak lelap sebab boleh dengar pung pang pung pang dari bilik2 bersebelahan...

esoknya bergerak ke rumah sedara MIL kat seksyen sebelah tu.ingatkan awal lagi rupanya dah pk 12 lebih..cuaca redup.sampai rumah sedara tu sembang2 & makan2 dulu....kira sarapan la.

lepas tu baru ke tempat tujuan sebenar.rumah kenduri di Bandar Bukit Raja Klang...rumah kawan lama SU sekeluarga.tapi rupa dah macam sedara..tak nampak mcm kawan pun.ini kenduri last dalam family ni sebab tu kena datang juga.
lauk semua sedap tapi 'maha pedas'....sedih sebab tak dapat nak menikmati...saya jenis tak tahan pedas.
 pengantin yg dirai...
tengok budak kecik tu...berlari nak menyelit dalam gambar...hish!!

lepas kenduri ni kami ke rumah member kat Meru...tokey nasi lemak.
lupa plk nak ambil gambar.nasi lemak dia memang terbaik la...tak dak bajet diet dah...org hidang depan mata tunggu apa lagi...cover balik yg makan tak puas tadi tu.

lepas sembang2 bagai,kami bergerak ke KL sebab esoknya SU ada urusan kerja.terus saja ke hotel Maluri Cheras.
 bilik best betoi...SU ambik dua bilik....connecting sebab mak dia ada sekali.nak bagi selesa.tengok la budak kecik tu...menghayati...
malam tu bagi dia tidur sorang satu katil queen tu..siap tolak tepi dinding & letak bantal2 kat sebelah satu lagi...boleh dia jatuh katil lagi...hish...lasak sungguh.
tak mau bg dia jatuh lagi,terpaksalah umie tdur dgn dia.

esoknya kami lepak2 saja dalam bilik sementara tunggu SU buat kerja.plannya nak suruh budak2 ni mandi kolam tapi depa tak mau la plk..tak ada geng katanya.
pukul 1 tgh hari baru SU siap kerja...terus checked out.
tetiba SU bgtau, kalau diikutkan dia kena tengok bilik kat Melaka utk program bulan 12 nanti.
fikir2...bincang2...jom ke Melakalah kita...kalau balik minggu depan kena datang lagi...jenuhla nak atur duit.saya pun ada cuti satu hari lagi...jalan teruslah.

maka kami pun menjelajahla Melaka...cari bilik.
untuk kami malam tu sekadar bermalam di Chalet Kak Long di Alai.semua sumbat satu bilik tapi ok la jugak..ada 2 queen bed & 2 single bed..ngam2 utk kami.
harga...rm130/nite.

siang esoknya lepas checked out menjelajah lagi ke beberapa hotel...at last satisfied with Hotel Mahkota di tengah2 pekan.

bergerak balik mengikut jalan biasa.
singgah lunch kat dalam kebun kelapa sawit ni..hujan2 gitu...so tak boleh bawa turun kamera.ni kat area Masjid Tanah.
nasi arabnya sedap...cendol lempuk pun ok juga.tapi cendol lempuk yg tapau utk MIL masam plk santannya...sian dia..takleh makan.bukannya simpan lama pun...masuk kereta terus makan.mungkin santan yg dia guna tu dah tak elok.masuk air hujan kot..hehe.



walaupun agak penat...perjalanan kali ni telah mencapai matlamat yg ditetapkan..
1...makan kenduri kawan SU
2...makan nasi lemak Siti (katanya sekarang dah jadi nasi lemak Meru)
3...dapat jelajah ICity..puas kot budak2 ni bergambar
4...SU dapat settle beberapa perkara di KL
5...dapat cari hotel kat Melaka
6...dapat ambil koordinate UITM Melaka utk member sebab anaknya nak register hujung minggu ni

satu niat ja tak tercapai....nak melawat nabila & adiknya naufal...
insyaAllah one day.


....alhamdulillah.

15 November 2012

MOTIVASI REMAJA

salam..


bukan senang nak membentuk anak remaja.banyak dugaan & cabaran.sangat menguji kesabaran.
dua anak kami berada di usia peralihan ini.
kami belajar dari pengalaman & kesilapan demi memberi yang terbaik utk masa depan mereka.
hasrat hati mahu menghantar ke kem2 motivasi yg dirasakan baik namun aktiviti kelurga jatuh pada tarikh yang sama.maka kami sedang berusaha & mencari idea dalam kesibukan urusan harian untuk membuat motivasi sendiri di dalam keluarga kecil ini.
moga Allah membantu kami untuk membentuk jiwa anak2 ini menjadi hambaNya yang berjaya dunia & akhirat.
tolong doakan kejayaan kami.
terima kasih.

moga sahabat2 juga berjaya dunia & akhirat.
insyaAllah.
dua dara....satu teruna

14 November 2012

JALAN2 BUAT KERJA

salam..
selamat menyambut tahun baru hijrah..
moga tahun baru ini membawa perubahan positif dalam hidup kita semua.

minggu ni banyak cuti umum nampaknya.
mesti ramai yang ambil cuti bersambung...maka jadilah cuti seminggu.kalau masa kat kerajaan saya suka buat kerja macam ni.awal2 tahun dah belek kalender utk booking cuti.masa kat health site senang jugalah.tapi masa kerja hospital kena pakat2 juga dengan kawan2 seunit...kena gilir2 la nak cuti.takkan nak biar member kerja,kita senang2 hati cuti.yang bestnya kerja kat hospital/wad ni ialah bila cuti kerja kita member akan buatkan.balik dari cuti tak dak kerja menunggu @ terkumpul kecuali kalau ada case report utk court....best kan?

sekarang ni kerja sendiri tak leh la nak cuti panjang2...no work no money laaa...
tapi weekend baru ni cuti panjang juga...
bermula dengan makan kenduri di Klang kemudiannya berlarutan ke KL & Melaka menemankan SU melaksanakan kerja2nya.dah alang2 berada di sana...kalau balik pun SU kena turun semula ke Melaka.lagilah membazir duit & tenaga.
maka,malam tadi baru sampai rumah.hari ni masuk kerja dengan mood mengantuk.
apa pun,alhamdulillah banyak kerja SU yg terlaksana.
budak kecik bambam pun ok saja sepanjang perjalanan.sekali sekala buat perangai tu 
biasalah kan..jauh.
tak makan angin kat mana2 pun...sekadar bawa budak2 tengok lampu kat I City.
selepas tu...abahnya kerja kami lepak kat hotel di Maluri.
di Melaka temankan abahnya mapping & cari hotel untuk event bulan 12 nanti.habis mapping terus balik ke Kedah.

gambar2 menyusul kemudian.

07 November 2012

TABIAT BARU

salam..

kebelakangan ni budak kecik bambam ni ada habit baru.
bangun awal pagi..terjah bilik umie then sambung tidur kat bilik umie..menyempit!!!
paling awal ialah pukul 3.45 pagi...hujung bulan 10 hari tu.

pagi tadi tak masuk tapi kata kakaknya pukul 4 pagi dia bangun nak keluar bilik utk ke bilik umie.sempat dicekup oleh kakaknya (dalam banyak2 kali dia bangun nilah sekali kakak dia dapat cekup...kakak jenis lena tak ingat dah).

tak tau la apasal dia buat habit ni...kadang2 geram juga sebab saya jenis yg kalau dah terjaga susah nak lelap balik.abahnya ok ja...kdg2 tak sedar pun anak masuk bilik walau dia dah ketuk2 pintu & panggil umie suruh buka (tak pernah plk panggil nama abah).

moga habit ni cepat2 la berhenti.....umie tak suka tapi tak sampai hati plk nak buat tak layan.

sedapnya tidoqqqq.....

06 November 2012

REHATKAN SUARA SEKETIKA

salam...

waktu maghrib....
saya sangat2 tak berkenan bila waktu2 maghrib ni terutama sekali masa azan tengah berkumandang,mak2 dok terjerit2 dalam rumah marahkan anak2.memang waktu macam ni anak2 baru masuk rumah lepas berpenat lelah main dengan kawan2.

tapi sekurang2nya hormatlah dengan azan tu...didik anak2 dengan tingkah laku kita yg elok.
bila mak bapak dok terjerit2 (selalunya maklah) wajiblah anak pun terpekik2.kalau anak ramai semestinya berdentum dentam plk bunyi pintu bilik air sebab masing2 berebut nak mandi dulu.
kalau kita buat tak kisah @ tak hormat dgn suara azan,anak2 pun akan buat perkara yg sama.anak2 saya pun bukan sempurna...alpa juga.bunyi tv kadang2 mengalahkan suara azan di surau...tiap kali kena diingatkan.
seronok sebenarnya menghayati azan ni...saya paling suka dengar azan subuh....syahdu.

notes:
teringat anak seorang teman semasa kami konvoi ke Melaka beberapa tahun lepas.anak itu rasanya sekitar 5 tahun.kami berhenti di kawasan masjid.waktu tu menghampiri asar dan kedengaran zikir2 dibacakan melalui pembesar suara.teman ini berbual2 sesama teman yg lain di tepi keretanya.
tiba2 anak kecilnya berkata..."abah nak masuk neraka ke?shhh...diamlah..tu"...sambil tunjuk arah masjid.
saya gelak saja....mesti abah dia pernah cakap..."sapa bising2 masa azan nanti masuk neraka".
abahnya?.....terdiam sekejap..hehe

ada yang menyatakan bahawa terdapat hadis yang menyebut:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya..”
baca DI SINI

tetapi dalam satu ceramah Ustaz Azhar Idrus,beliau menyatakan bahawa tiada hadis yang mengatakan haram hukumnya bercakap sewaktu azan.namun digalakkan kita untuk mendiamkan diri sebagai satu adab orang Islam.dibolehkan bercakap tetapi dengan suara yang perlahan....(boleh lihat di YOUTUBE)

seelok2nya...diamkanlah mulut kita seketika sewaktu azan berkumandang....bukannya lama sangat pun.jawablah laungan azan itu demi menghayati seruan untuk kita bersolat.

rujukan lanjut untuk 
serta 


05 November 2012

AYAM BAKAR PRESIDEN

salam...
lama tak letak gambar makanan kat sini kan?
jom tengok ayam panggang @ ayam bakar ni.
nampak simple saja kan?
tapi rasanya....
mmmmmm.....terbaikkk...
sekali cuba pasti nak lagi.


tak taulah apa ramuan yang digunakan.
tak boleh nak tanya sebab masing2 tak faham bahasa.

gerai simple saja...kat kaki lima jalan.
harapkan cahaya lampu jalan....bertepuk tampar dgn nyamuk sambil makan.
tapi sentiasa padat.
kadang2 kena tunggu giliran untuk duduk.
dah duduk nak dapat makanan pun kena sabar menunggu juga.
order kat sini biasanya ialah...nasi putih,ayam bakar,daging bakar & sup.
tu ja pun yg ada.
sekali makan untuk keluarga kami (5 org) sekitar RM20 lebih shj....
murah & sedap..(tak termasuk minum sb kedai minuman org lain punya).

saya baru 2 kali jengah kat sini.
lokasi gerai adalah di tengah pekan Hadyai Thailand..
bersebelahan Hotel President.kalau naik tut tut cakap ja nak ke hotel tu.tepi pagar hotel saja letaknya.

p/s:...sup tu nampak ja macam tu tapi pedas teramat...

SALAH TAPI BETUL

salam pagi Isnin..

kisah malam tadi.
dalam kereta..sekitar jam 10 mlm menghala ke SP.
suasana hujan renyai2.
budak kecik duduk atas riba umie (walaupun ada banyak sit kosong lagi).

budak kecik: "mie..akim" (sambil langut pandang muka umie).
umie:              "apa?"
budak kecik: "akim!"
umie:              "akim?" (umie suka tanya banyak kali bagi dia sakit hati)
budak kecik: "aaa"
umie:              "ish...hujan la baby...sejuk"
budak kecik: "opi.." (sambil tangan tunjuk hala ke kepala)

hahaha......salah faham tapi reasonable thinking utk baby umie.

umie maksudkan hujan2 sejuk..takkan nak makan aiskrim plk..
baby jawab...dah hujan pakai la topi...


04 November 2012

salam..
hujan sedang melebatkan dirinya...best.
alhamdulillah SU dah selamat sampai ke rumah (kuyup) selepas 2 hari bermotor ke Hadyai...ride dgn member saja.

esok...5.11.2012..
bermula peperiksaan SPM...ada anak sedara (sepupu) & anak kawan2 yg terlibat.minggu ini juga keputusan UPSR akan keluar...best of luck to all esp the parents...bebudak bukannya risau sgt pun.musim exam ni yg penting adalah utk menjaga kesihatan...sedih la andainya jatuh sakit selepas bersusah payah study.memang takdir tapi kita diberi akal & peluang tk memilih...maka pilihlah utk berada dalam zon selamat.

***selamat menghadapi kehidupan..semoga yg terbaik utk kita semua***


01 November 2012

ADA NOMBOR

salam..
1. lama sungguh tidak mencoret di sini...kehilangan mood sebenarnya.banyak perkara yang berlaku dalam hidup ni.suka duka....sabar sajalah.
alhamdulillah ada nabila yang mampu menceriakan suasana walaupun kadang2 hilang sabar dgn kelakuan dia.makin pandai menunjukkan degil....makin pandai juga menunjukkan lawaknya.

2. pagi tadi masa meninjau FB terbaca status seorang sahabat sekampus yang kehilangan anak sulungnya yg berusia 14 tahun.terkejut kerana selama ini tidak pernah dinyatakan sebarang masalah kesihatan arwah...arwah juga seorang anak pintar & aktif dalam sukan.
punca kematian belum dinyatakan.tidak sampai hati juga utk bertanya...biarlah sehingga mereka lebih tenang.
moga kamu & isteri tabah menghadapi dugaan besar ini...bak kata kamu..."Allah mengetahui yang terbaik buat kita".moga jua arwah ditempatkan besama hamba2Nya yang soleh.

3. kenapa orang kita selalu tidak mahu berfikir sebelum bertindak terutama apabila perkara yg nak dibuat itu jelas sekali salah?seorang wanita berkahwin di sempadan dan tidak didaftarkan perkahwinan itu..kemudian hamil tanpa dirancang.kehamilan telahpun masuk ke trimester ke 2 dan suami pula kini punya rumah ke 3....masalah bukan?moga2 dia tidak bertindak sehingga memudaratkan anak yang dikandungnya.bayi yang tidak bersalah.

4. kenapa entry ini bernombor?
sebab ceritanya tiada kesinambungan..

nanti kita sambung elok2...insyaAllah.