SENANG CARI

27 August 2012

REALITI KEHIDUPAN

salam...
at most of the times,we look at ather people's life & think how wonderful their life is....
how lucky they are to have such a great soulmate & nice kids..
smiles always on their face...
but...
we never know that those smiles actually hiding their rough life..
hiding the tears in their heart..
only when they open their mouth..
we got shocked..
"oh...i never thought your life can be this bad.."
....i thought my life is difficult enough....but i can never imagine if i have to go through what u are having now....

to all my friends...
may Allah always give u strength to walk through the difficulties
may Allah brings u shine of happiness soon..
aminnn...

(hari ini saya temui lagi kisah sahabat yg sekian lama memendam derita.....saban hari melihat gambarnya yg tersenyum menyangkakan hidupnya dilingkari kebahagiaan....tabahlah wahai teman) 


26 August 2012

RAYA...HABIS DAH KOT..

salam...




tengokla perangai budak bambam perempuan & budak bambam lelaki ni (baju oren).
suka sungguh nak mengusik orang...
ni depa tengah syok dok usik budak lasak baju biru belang yg takut kat kucing..
abang2 & pakcik2 tolong gelakkan saja..
(...termasuklah mak bapak budak bambam perempuan tu)..

malam tadi kami beraya buat kali ke dua kat rumah cip..
bawa kawan2 yg tak sampai ke sana lagi..
kami bergerak dari open house sahabat NARC iaitu MAMU..
4 family dari rumah mamu ke rumah cip...
mamu guna rumah sebelah yang kosong...
mamu not in the picture

kemudian lima family dari rumah cip ke rumah zack/shila.
tuan rumah berbaju purple & yg berkopiah putih dihujung sana
makan nasi kat sini..
(tukang masak...makanan semestinya terbaik)
padat perut jadinya...
mata dah berat...
bapa2 dok seronok melayan sembang..
budak bambam perempuan tu pun tak lena...dok mengacau kakak2 anak tuan rumah.
sempat juga pecahkan satu gelas hiasan..adeh!!!....
separuh group (family bob,nazirul & abg bad) balik sekitar jam 11.30 malam..
kami & cip bergerak pukul 1 lebih...
sampai rumah badan dah lesu...

beraya sakan jugak...

hari ni kenduri rumah bapa sedara SU...attend jugak tapi mood kurang sebab kepala sudah sakit & mata sudah berat.melayan pula budak kecik ni yg makan main2.....dahla cuaca panas.....sabar saja lah...
mujur nasi sedap...lauk pun best..

24 August 2012

MODEL RAYA KAMI

salam...
model raya 2012....tanpa baju kurung.
hari raya ke 2..
rumah my makcik.
jalan depan rumah...berlatarkan GUNUNG KERIANG
mula2 posing cantik ja..

tetiba jadi muka macam ni...

lagi teruk....

mengenakan abahnya....
disuruh halakan tangan kat gunung tu..tapi dia suka2 buat ke depan.

nak ambil gambar budak ni memang kena cepat sebab dia tak reti nak diam lama2...

dalam banyak2 rumah yg dilawati,rumah ni paling saya suka..
menghadap sawah.
angin masuk dalam rumah sepanjang masa....nyaman.
rumah makcik (adik arwah bapa)
masa banjir besar dulu tu rumah ni tenggelam lebih kurang separas coklat gelap tu.

RAYA KAMI...

salam...
masih beraya ke???

banyak juga blogger yg dah mula meletakkan gambar2 ray dientry masing2...seronok tengok.meriah.macam2 kaler ada.
bagi keluarga kami,tahun ni tak banyak gambar raya diambil.tak tau apasal...malas nak snap plk.kamera tak tinggal tapi terbiar ja dalam kereta.rasanya nak kena beli kamera compact semula..boleh letak dalam handbag saja.kamera besar tu guna untuk event2 tertentu ja.

perjalanan aidilfitri kami tahun ini....
menjelang aidilfitri...
sibuk shopping last minute..cari baju.awal tu macam takdak mood nak beli.hari jumaat & sabtu baru kelam kabut.
malamnya masak serunding ayam.ketupat tempah ja...tak rajin nak buat (tak pandai sangat pun).kuih raya...beli sikit.nabila pun ada dapat sumbangan masa bulan puasa.dapat kuih raya beberapa jenis.maka guna yg itu sajalah.
SU keluar dgn kawannya kutip duit jual daging (tolong member ja)...sampai pukul 4 pagi baru balik rumah...depa siap pi beraya dulu awal pagi tu...amboi!!!....

aidilfitri pertama...
kewajipan seperti tahun2 yg lepas...selesai segala urusan di rumah,kami menziarahi pusara arwah abah (bapa SU) & arwah ibu budak berdua ni.kemudian ke rumah mak sedara bebudak ni...dapat makan nasi.elok sangat la sebab dah tengah hari & perut pun dah lapar.
teruskan beraya hingga ke malam...balik juga ke rumah untuk berehat sekejap & menunaikan kewajipan.
malam tu terjah PARKSON sekali lagi....SU nak cari t shirt tambahan.dah sampai situ teringat plk nk beli baju nabila satu lagi....orang dah nak tutup kedai so main capai ja..nasib baik muat...ngam2 ja pun.

aidilfitri ke 2...
balik Jitra jumpa my sis....ziarah kubur my parents...
nak jumpa bapa sedara tapi depa semua dah keluar beraya.maka kami meneroka ke tempat lain...rumah sedara & kawan2.
jelajah sampai Perlis.....dalam perjalanan balik singgah rumah kawan kat Jitra...pukul 11 malam kat situ...lepak2 sampai terlelap (!!??)...
sampai rumah dah lepas pukul 2 pagi....terus zzzzzzzzzz.....

aidilfitri ke 3...
baru nak terima tetamu...
kawan dari KL datang...kemudian dari penang...
lepak sekejap kat rumah,terus ke rumah kawan2 yg lain..hala selatan kedah pula...oleh kerana mula bergerak sebelah petang maka berakhir ziarah pun menjelang malam juga.tapi tak la selewat hari ke 2..

aidilfitri ke 4...
masuk kerja la.....


22 August 2012

RAYA???

salam aidil fitri...
masih cuti lagi ke????

I'm back to work today...
tak la busy sangat...orang dok syok beraya lagi kot.

raya macam mana?
mine....biasa2 saja.semua last minute preparation..letih jgn cakap la....(kan hari tu dah cakap tak suka raya...pasal ni la...).
bab jalan2 macam tahun2 lepas juga...jelajah sampai Perlis.

keseluruhannya...tahun ni lebih simple berbanding tahun sebelum ni....agak caca merba actually.apa2 pun..alhamdulillah...puasa selamat dijalani dgn sempurna.tu yg penting.
nabila pun alhamdulillah..walau cuba2 nak demam dua tiga hari sebelum raya,nampaknya dia ok saja sehingga hari ni.cuma batuk sikit2.

kepada semua...
selamat bergembira..
hati2 di jalanraya..jalan dah mula sibuk ke hala selatan sejak semalam.highway dah mula nak jem..kami guna jalan biasa ja.

17 August 2012

SEDANG KITA BERGEMBIRA.....

salam...


dalam kita membuat persiapan menjelang Syawal,ingatlah ada segelintir saudara seagama kita yang masih bertarung melawan kemiskinan tegar.
andai ada rezeki berlebihan berkongsilah dengan mereka.


lanjutan dari entry Sinar Kasih Ramadhan..

gambar ini saya ambil dari FB Datok Mohd Tajuddin..

sekali imbas pasti anda menyangka ini adalah pondok atau dangau dalam dusun...betul tak?
hakikatnya...inilah istana buat seorang bapa & anak lelakinya yang berusia 12 tahun...tempat mereka berlindung dari panas matahari & sejuk embun malam saban hari.menurut teman yang berkunjung,rumah tersebut bergoyang semasa dia melangkah naik......
lihat saja struktur tiangnya.
anaknya akan menduduki UPSR tidak lama lagi....sekarang hadir ke sekolah dengan hanya berjalan kaki.

pada malam ziarah tersebut saya tidak masuk ke kawasan rumah ini kerana ianya terletak agak jauh ke dalam & kenderaan konvoi tidak dapat masuk.tambahan pula jalannya yg berbatu2 hanya sesuai untuk pacuan 4 roda atau kenderaan ringan seperti motosikal.hanya beberapa teman termasuk jurukamera mengiringi YB melawat penghuni rumah ini.kami yg lain menunggu di tepi jalan utama.memandangkan jurukamera NARC (baby) telah menyertai team tersebut maka saya rasa tidak perlu lagi saya ke situ.

seketika selepas mereka bergerak ke rumah tersebut seorang teman menghubungi SU menyatakan keadaan rumah tersebut sangat berbeza berbanding rumah2 yg kami singgahi sebelumnya.maka baby diarahkan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin untuk tindakan selanjutnya...(gambar dari kamera baby ada dlm laptop SU...tak sempat nak copy).

insyaAllah dalam masa terdekat akan ada kunjungan susulan dari NARC.


13 August 2012

SINAR KASIH RAMADHAN COVERAGE

salam.
ini adalah entry bergambar sempena program singgah sahur "SINAR KASIH RAMADHAN" yang berlangsung pada 11.8.12.

sebelum bermulanya program singgah sahur kali ini pihak NARC telah dijemput untuk sama2 memeriahkan majlis berbuka puasa anjuran TOYOTA SP SELATAN yang meraikan anak2 yatim dari RUMAH GEMILANG SIK serta anak2 kelainan upaya.
ini sebenarnya merupakan acara tahunan mereka.kali ini tempat yang disediakan lebih selesa & makanan pun banyak...sedap pulak tu.
terimakasih TOYOTA.


selesai berbuka & solat Magrib di TOYOTA kami bergerak ke Sik.
dalam perjalanan singgah sebentar di RESTORAN HUSSAIN NASI KANDAR GURUN untuk mengambil bungkusan nasi beriyani yang disediakan oleh pihak restoran untuk diagihkan kepada pekerja2 jabatan kerajaan yang bertugas shift malam sepanjang konvoi nanti.
mereka telah menyumbangkan sebanyak 100 bungkusan nasi yang memang sedap rasanya.
(kesian kat member yang bawa nasi tu...sepanjang jalan menghidu kewangian nasi....
tapi sekadar ambik bau saja).
terima kasih HUSSAIN NASI KANDAR.
semoga Allah melimpahkan rezeki buat anda.

tiba di SIK INN sekitar jam 10.30 mlm & selepas mandi & solat kami bergerak memulakan perjalanan singgah sahur sekitar jam 11.30 mlm. 

untuk program kali ini pihak NARC & Sinar Harian mendapat sokongan daripada UMNO Bahagian Sik di mana YB Datok Mohd Tajuddin bin Abdullah, selaku wakil rakyat telah sudi ikut serta sepanjang program berlangsung.
sebenarnya Datok adalah bekas rakan sekelas salah seorang ahli NARC & apabila mengetahui bahawa kami sering mengadakan program seperti ini beliau telah menawarkan diri untuk membantu...apabila rezeki datang seharusnyalah kita menerima dengan tangan & hati yang terbuka....betul tak?
memulakan program,kami diraikan di Pejabat BN Parlimen Sik di mana kami telah disajikan hidangan 'more' dan diberikan buah tangan untuk setiap peserta.

 team promosi Sinar Harian Utara...mereka sebenarnya keletihan kerana telah memulakan program amal sejak pagi lagi di mana mereka bersama2 pihak MAXIS selaku penaja telah membawa 100 orang anak yatim/miskin yang tinggal bersama keluarga untuk membeli pakaian raya.
apa pun...syabas untuk mereka kerana sehingga ke awal pagi masih mampu ceria menjayakan program.


pihak yang menerima nasi untuk bersahur..
petugas BALAI POLIS SIK

petugas JABATAN KECEMASAN HOSPITAL SIK


petugas BALAI BOMBA SIK
(tak tau lampu apa depa guna kat sini...gambar tukar jadi kaler gini)

satu lagi adalah petugas JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM) SIK.
tiada gambar kerana saya ambil video.

seterusnya adalah antara penerima sumbangan hari raya dari penaja,
NARC,Sinar Harian Utara dan pejabat UMNO Sik.
yang berbaju melayu biru & berkain pelikat adalah YB Datok Mohd Tajuddin..
(dia sorang ja pakai kain pelikat...hehe)



di sini...
saya asyik sajamenghayati suasana malam di kawasan kampung yang lapang sampai tak sedar majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung..
maka...tiada gambar keluarga ini.
akan saya ambil dari kamera kawan kemudian nanti.


penghujung acara adalah persinggahan di RUMAH ORANG TUA ISLAM GULAU,SIK.
di sini juga diadakan penyerahan sumbangan kepada penghuni dan seterusnya majlis bersahur beramai2...makanan diuruskan oleh WANITA UMNO SIK.
licin...sedap la tu...

perkarangan rumah
 antara penerima sumbangan

bersopan santun mengambil makanan.
sebahagian dari kami makan nasi yang dibekalkan oleh HUSSAIN NASI KANDAR..
walaupun dibungkus sekitar 9 malam,keadaan nasi & lauk masih elok pada waktu sahur ini iaitu sekitar jam 5 pagi.

 sesi bergambar kenangan...
cantikkan rumah ni?
ada dua blok...satu blok memuatkan 5 kediaman.tidak terlalu luas tetapi selesa untuk dihuni.


ini adalah gambar tambahan..
hari Sabtu petang...dah nak gerak ke tempat berbuka puasa (tak dak sponsor dah yg ni)..
orang nak cepat dia sibuk masuk kereta orang lain...dah plk tu kereta yg dia masuk tu nak hala ke lain....last2 abah kena 'cempung'.
budak ni tersangat bahagia sebab bebas merayau sepanjang hari Sabtu tu...tak ingat makan langsung.minum susu saja 3 botol.
hanya makan nasi masa berbuka.

***ada satu lagi penerima sumbangan malam tu yang gambarnya tiada dalam kamera saya.....penerima ini agak istimewa....nantikan kisahnya pada entry akan datang.***


12 August 2012

NAK BERBAKTI JUGA..

salam..
muka budak yang excited dapat ikut konvoi

gambar ni diambil jam 1.11 pagi...
masih segar bugar
seronok dengar bunyi siren polis & tengok lampu kereta berderet2.


11 August 2012

UPDATE SINAR KASIH RAMADHAN

salam..
selesai berkonvoi....alhamdulillah semuanya selamat.walaupun agak rushing kerana mengejar masa,semua lokasi dapat diterjah & disempurnakan segala yg telah dirancang.bermula jam 11 malam & berakhir sekitar 5.30 pagi.
sekarang masih lagi di Sik Inn...diberi kelonggaran utk checked out selepas solat asar nanti.terima kasih kepada pengurusan Sik Inn.

untuk aktiviti Sinar Kasih Ramadhan malam tadi sebanyak 5 lokasi disinggahi dengan penerima sumbangan seramai 10 org.selain daripada memberi sumbangan kepada penduduk miskin,pihak kami juga mengunjungi 4 jabatan kerajaan untuk diberikan makanan sahur.jabatan tersebut ialah Balai Polis Sik,Jabatan Pertahanan Awam Sik (JPAM),bahagian kecemasan Hospital Sik dan Balai Bomba Sik.makanan adalah sumbangan Hussain Nasi Kandar (nasi beriyani lauk ayam...terbaik).

sebanyak 24 buah kenderaan turut serta (Avanza & friends, team promosi Sinar Harian Utara & UMNO bahagian Sik) dengan diiringi kenderaan polis peronda Daerah Sik.

terimakasih kepada semua yg terlibat.semoga semua penerima sumbangan berpuas hati......

gambar akan datang lewat sikit...as usual.



10 August 2012

SATU AKTIVITI SEPANJANG MALAM

salam...
tu dia!!!...gila lama tak update...hehehe
awat tak tau...posa tahun ni mcm slow sikit segala kerja...

anyway...petang satgi akan bermula program bersama Sinar...SINAR KASIH RAMADHAN...dgn Sinar pun ada satu program ja..tahun lepas sampai 3 kot...
tak pa...janji ada...banyak2 pun meletihkan badan plk.

program akan bermula dari berbuka puasa (sponsored by TOYOTA SP SELATAN) dan diteruskan dgn jelajah sahur ke beberapa lokasi terpilih sekitar Daerah Sik..(tak tidurla malam ni).ia akan tamat sekitar jam 5 pagi...
esok?tak taulah kat SU...ada program apa lgi ntah.alang2 dah berjumpa tu mmg biasalah,akan diteruskan dgn aktiviti2 lain plk...

apa pun...moga perjalanan program dipermudahkan & diberkati oleh Allah swt.