SENANG CARI

30 July 2012

KERJA RAMADHAN

salam...
it's the PC...yes...problemnya pada PC.buka kat laptop elok ja.tak dak segala aneka iklan pelik2 yg menyakitkan mata.nampak gaya kena hantar PC tu pi servis lagi la..


...masuk minggu ke 2 puasa.radio era dah start pasang lagu raya beberapa hari yg lepas..rasa macam awal sgt la plk.tapi seronok juga dengar.masa tu dalam perjalanan dari Jitra ke Sik.misi mencari lokasi utk program kelab akan datang.hmm...bulan puasa pun menjelajah juga.nak buat macam mana kan...dah kerja SU & kawan2nya...kita ikut saja la...seronok juga bila lalu kat jalan2 yg tak pernah sampai (negeri sendiri pun tak habis teroka lagi).


...tugasan Sabtu baru ni ialah mencari lokasi untuk program selepas raya & satu lagi utk program bulan puasa...insyaAllah tahun ini akan buat lagi program singgah sahur bersama Sinar Harian Utara (bhg promosi).masih melibatkan keluarga kurang mampu cuma caranya berbeza sedikit dengan tahun lepas.dah jumpa tempat menginap untuk peserta di Sik nanti....cuma tunggu nak confirmkan saja.


...aktiviti bulan puasa tahun ni taklah sepadat tahun lepas.mengharapkan apa yg dirancang dapat berjalan dengan baik.


24 July 2012

GANGGUAN MENTAL BETUL LA...

salam..
ish benci la..
sejak seminggu ni asyik dok keluar iklan entah apa2 kat tempat iklan nuff tu...
apasal tak tau?
virus ka?
cemana nak hilangkan?


kat page fb pun ada...rimas...

22 July 2012

SUKA ATAU TIDAK..

salam..
puasa baru mula tapi orang dah sibuk sembang raya.
member pun dah sibuk buat kuih raya (jual).
tapi saya tak suka raya..
kenapa?
baaaanyak sebab..
kesimpulannya..
mmg tak suka
dah lama.
walau nampak beraya beria..
saya cuma suka cuti
dan jalan-jalan.


ROTI JOHN RAMADHAN

salam..
bermula Ramadhan maka bermulalah roti john..
nak ikut trend ROJAK SINGKIR gak ni...niaga bulan puasa saja
penat wei...
tapi best bila tgk hasilnya..
moga makin bertambah hingga penghujung ramadhan ini..insyaAllah.
member tukang masak...

20 July 2012

RUMAHTANGGA YANG BERGONCANG

salam..


pagi Jumaat menjelang Ramadhan semasa bersarapan di gerai tepi jalan di Jitra (yep...duduk SP sarapan kat Jitra) terdengar jerit pekik seorang wanita dari sebuah rumah berhampiran...pergaduhan suami isteri rasanya.
pertama kali dalam hidup mendengar situasi seperti itu..biasanya tengok dalam drama2 tv saja.
ia berterusan sehingga kami selesai sarapan (sekitar 1/2 jam)...tak tau la berapa lama lagi mereka akan bertengkar.yang terdengar hanya suara perempuan...yg lelaki mungkin bersuara lebih rendah atau sekadar berdiam diri.

a bad weekend for them....
moga mereka dapat selesaikan masalah dgn cara terbaik.

**dua hari lepas mendapat khabar berita ttg rakan lama yg dalam proses menuntut fasakh setelah sekian lama (perkahwinan melebihi 20 tahun) mengalami penderitaan akibat penderaan mental,fizikal & seksual oleh suami...tanpa pekerjaan tetap & anak2 yg masih bersekolah pastinya himpitan kewangan melanda teman ini..moga urusannya di bulan mulia ini dipermudahkan oleh ALLAH**

*****mood mengantuk sebab tak cukup tidur malam tadi.....zzzzzzzzzzzz...*****

19 July 2012

TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH..PERLU ATAI TIDAK?

salam..
redup saja hari ni...moga berterusan ke Ramadhan..aaamiinnn.


sambungan kisah telefon bimbit ke sekolah..
soalan  saya..
siapa sebenarnya yang bagi idea untuk benarkan pelajar sekolah bawa telefon bimbit ke sekolah ni?..hmmm...

membandingkan antara kebaikan & keburukan idea ni...jelas sangat keburukan lebih banyak.
kebaikannya:
1..anak2 mudah hubungi ibubapa andai ada kelas tambahan/aktiviti yg tidak dirancang oleh pihak sekolah

2..jika anak2 lewat pulang mudah bagi ibubapa untuk mengesan mereka

3..andai berlaku perkara tidak diingini seperti kes culik dsb mudah bg pelajar menghubungi keluarga untuk bantuan

ada lagi?

keburukan/kekurangan:
1..mengganggu tumpuan pembelajaran
-tengah cikgu mengajar tetiba telefon bunyi (mesej/call tak kiralah)..bukan saja tuan punya telefon tetapi satu kelas terganggu.
-masa kat sekolah ibu mesej bagitau keluarga nak keluar makan angin/shopping...haruslah anak yg jenis suka mengikut ibubapa ni hilang tumpuan utk belajar selagi tak habis sesi sekolah hari tu.

2..punca pergaduhan
-telefon hilang...mula tuduh menuduh & kekasaran antara pelajar.silap haribulan dengan cikgu sekali kena marah.
-bila cikgu merampas telefon (atas alasan tertentu) pasti ada rasa tidak puas hati dari pelajar @ keluarganya

3..penularan masalah sosial yang lebih teruk
-rakaman & penyebaran gambar & video yg tidak elok utk ditonton menjadi lebih popular..kenapa?bila dah berkumpul ramai2 mesti lebih seronok untuk menunjukkan kelebihan masing2..betul tak?
-mudah bagi pelajar mengatur aktiviti tidak bermoral sesama mereka dari waktu persekolahan lagi seperti keluar selepas sekolah dsb.
-memudahkan pelajar membuat hubungan dengan orang luar seperti menetapkan temujanji selepas sekolah dsb.
-sekadar mesej @ telefon ibubapa memberitahu ada aktiviti tambahan membolehkan mereka meluangkan masa utk aktiviti tidak sihat selepas sekolah.

4..gangguan psychology kepada pelajar dari keluarga kurang mampu.remaja mudah terikut & memang suka berlawan sesama sendiri.pastinya akan menjadi tekanan andai sering diejek olah kawan2 hanya kerana tidak mempunyai telefon bimbit atau yg ada hanya jenis yang murah.

5..memudahkan pelajar mengakses ke laman2 sosial pada sebarang waktu (telefon canggih kan sekarang).ini boleh mengurangkan masa mereka untuk aktiviti pembelajaran.

banyak lagi....sila tambah sendiri.

dan...
dengan bebanan sistem pendidikan & tingkahlaku sosial pelajar sekarang,mampukah guru2 menghadapi cabaran tambahan ini?
andai hati sentiasa tidak tenteram,bagaimana mahu menurunkan ilmu dengan berkesan?

selama ini tanpa telefon bimbit kita tidak menghadapi masalah perhubungan dengan anak2 sewaktu persekolahan mereka.

adalah lebih baik dan lebih berkesan andai pihak kementerian menambahkan bilangan telefon awam di kawasan sekolah untuk kegunaan pelajar.


18 July 2012

TELEFON BIMBIT...KEPERLUAN @ GANGGUAN?

salam..


cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia...
mulai tahun depan pelajar sekolah akan dibenarkan membawa telefon bimbit 
ke sekolah.

setuju?

khabarnya persatuan guru tak setuju.
tapi mesti ramai rakyat yg setuju terutamanya pelajar sendiri.

saya...
TAK setuju.

sebab..
esok sambung cerita...(smile)


WW....TENTANG CINTA




17 July 2012

APA?....INGAT BOLEH PUSING KA?

salam...


sekejap hujan sekejap panas...moga sepanjang Ramadhan cuaca tidak terlalu terik....kesian budak2 yg baru belajar puasa.

budak kecik ni cukup tak suka kalau kena panas dalam kereta...avanza takder masalah sgt sebab tinted tebal.tapi i10 ni tinted biasa ja...cermin depan pun tinted separuh.pagi tadi pergi sekolah dia macam biasa duduk kat sit depan.separuh jalan matahari betul menghala ke arah dia.tapi jalan tu pendek ja sebab lepas tu akan belok ke kanan.bila kena matahari tu sibuk ja mulut dia..
"anaih mi...anaih.." (panas umie).
pagi ni boleh plk tambah ayat baru..
"ucin mie...ucin.."...sambil tangan pusing2...
mula2 umie dia tak faham juga..
dua tiga kali dia cakap baru la terperasan...
jalan one way baby...mana boleh nak pusing2...
adehhh...kalau pusing balik tak sampai sekolah la jawabnya...sampai rumah..

pandai sajala dia...

gambar lama..masa masih bambam..
senyum mengada

16 July 2012

salam...


kenapa ya??
bila kita baru rasa nak lapang2kan kepala otak
tetiba
masalah timbul lagi....


bila nak habis???
habis nyawa pun belum tentu habis masalah...kannn....

15 July 2012

BACK TO SCHOOL

salam...


alhamdulillah...setelah 2 minggu tak dapat ke sekolah,hari ni nabila dah boleh masuk kelas semula.siap bawa senapang lagi (anak umie dah jadi jantan plk dah)..


malam tadi bawa jalan2 kat pasar malam...singgah kedai mainan.lama juga dia test benda2 yg dia suka..last2 beli senapang.balik rumah pulun tembak bolen (kucing)...kesian bolen...terkejut gamaknya dgn keganasan budak baru baik demam ni...terus lari keluar rumah...sib baik pas tu dia balik...


***harap2nya senapang tu tak jadi bahan rebutan kat sekolah.umie nak ambik tak boleh sebab dia silangkan tali senapang tu ke badan...***




13 July 2012

ANAK DARA LAWA

salam...

pagi2 Jumaat ni tengok abahnya post gambar ni kat FB..
gambar ambil petang kemarin kot ni...
lawa ja anak umie pakai gini...
dah jadi anak dara....



12 July 2012

HASIL LEPAS DEMAM

salam..
kiri gambar lama...
kanan gambar semalam..
hasil lepas 10 hari demam dgn 3 hari tak makan.


ni pun gambar semalam...dan lagi buat muka lawak dia tu.


LEBAM PUNYA HAL

salam pagi Khamis....


awal2 ada kes ni...


nampak cara lebam macam kena pukul..
kat lengan..lebam bhg depan & belakang..
macam kena cengkam kuat pun ada jugak..


tapi dia kata jatuh kat toilet..(jawab teragak-agak)..
jatuh semalam...lebam pun semalam..
tiada sakit kat tempat lain...


kalau jatuh mesti sakit kat punggung atau belakang atau sisi badan..
lebam kat lengan mesti kat bhg depan atau belakang saja...


hmmm...masalah keluarga kot..
tak mau cerita tak pa lah...
semua orang ada hak masing2..


***lebam saja...tak patah...



11 July 2012

MADU KELULUT

salam...
ni kisah masa bersama program Sinar Harian di Kuala Muda bulan lepas.
antara tempat yg dilawati ialah LADANG KELULUT.
ladang ni sebenarnya tak jauh pun dari sekolah nabila (patutla kat sekolah nabila ada kelulut) tapi kami tak pernah tau pun...punyala tak ambik tau...

kelulut (TRIGONA BEE) adalah dari kumpulan lebah yg mengeluarkan madu tetapi ia jenis yg tidak mempunyai sengat berbisa.hidup secara berkumpulan & membuat sarang di dalam batang pokok.


nampak tak kotak2 kat belakang tu?
kotak tu ialah tempat kelulut membuat sarang dan mengeluarkan madu.
koloni kelulut berada di dalam batang kayu di bawah kotak itu.
corong yang dibentuk oleh kelulut ini menjadi laluan keluar masuk mereka kedalam batang kayu @ sarang mereka.
cantik kan sarang kelulut ni?
madu terdapat di dalam sarang yang berbentuk hampir bulat tu.ia boleh dipungut dengan cara mengambil keseluruhan sarang ataupun dengan cara seperti di bawah..

sedut dengan picagari.cara ini lebih digemari oleh pemilik ladang kerana tidak memusnahkan sarang.kelulut boleh terus mengisi semula madunya tanpa perlu membina semula sarang yang pastinya mengambil masa yang lebih panjang.
menurut pemilik ladang ini,selepas disedut ia terus dibotolkan..tiada sebarang penambahan bahan2 lain.

kami diberi peluang untuk merasa secara percuma.
rasanya sedap...kurang manis berbanding madu lebah biasa.

harganya agak mahal berbanding madu lebah.untuk botol di bawah harganya ialah RM120 dengan berat bersih 500gm.mungkin kerana pengeluarannya yang belum lagi meluas menyebabkan harganya sebegitu.
tapi boleh saja mencuba untuk merasai kesannya dalam diri masing2.

antara khasiatnya ialah bertindak sebagai antioksidan & boleh membunuh bakteria (broadspectrum antibacterial property).juga dikatakan baik untuk pesakit strok,kanser dan gout serta mampu menambahkan kesegaran badan.

boleh juga rujuk di SINI & SINI untuk maklumat tambahan.

untuk yg tinggal di kawasan utara boleh saja terus ke ladang ini untuk mendapatkan produk madu kelulut.ia terletak di belakang Balai Polis Merbok...jalan menghala ke kawasan bersejarah..Muzium Arkeologi Lembah Bujang atau lebih dikenali penduduk setempat sebagai muzium Bukit Batu Pahat.


note....alhamdulillah nabila makin sihat.dah minum dalam jumlah yg lebih banyak hari ni.walaupun batuk masih ada tapi demam dah hampir hilang sepenuhnya.


10 July 2012

EPISOD YANG PANJANG

salam...


masuk hari ni dah hari ke 10 nabila demam...dah kurus jadinya.tak bambam langsung dah pun.memula tu demam biasa ja.aktif semacam.tapi lepas beberapa hari dah tambah dengan batuk berkahak...terus hilang selera makan.kemarin langsungtak mau makan apap2.susu dah 4 hari reject.air masak sikit2 ja.
bila dah tak sihat ubat pun tetiba jadi susah nak telan.kalau umie sorang mmg tak daya nak bagi makan ubat.dia pusing muka ke bawah la..tutup muka la..tutup mulut la...segala macam cara dia buat.makanya kalau nak bagi ubat abah kena ada sekali.abah tak dak kenalah panggil pengasuh dulu tu mai rumah....sib baik kakak pengasuh tak kisah...

malam2 paling kesian tengok.nafas laju ja...dah la perut kempis...nak lelap pun susah sebab batuk2....meleleh gak airmata tengok dia...rasa macam nak angkat ke hospital ja pun...tapi bila tengok tangan dia yang langsung tak nampak urat (vein) tu lagi la tak sampai hati...confirm payah nak cari line.

malam tadi abah balik kerja bangunkan dia paksa minum ubat..perang jugak la....tapi nak bagi sihat kan...

pagi tadi tak demam dah..sekali sekala batuk juga.
alhamdulillah....
tengah hari balik kerja tengok dia aktif sikit.mau juga main gelak2...dah tak demam.since abah tak dak kat rumah terpaksalah panggil kakak nana dia utk bg ubat...tu pun kena paksa juga...malam nanti lagi satu round..

jarang2 demam...kali ni paling lama dia kena...moga cepatla sihat macam biasa.dah banyak hari tak lari pusing2 dalam rumah...


07 July 2012

MENGIDAM..

salam...

lapaq benda ni la pulak..

home made chicken chop....SU dah pandai buat...sedap.
tapi sekarang sibuk la pulak dia ni...
hmmm....

06 July 2012

TEMPAT SUKA DUKA

salam...


saja2 main google maps....
terjumpa tempat ni...
tempat kerja lama..
penuh memori suka duka..
(banyak yg suka)...

mula2 masuk kerja duduk kat quarters nurse (tanda biru)
sebab rasa macam quarters doktor tu jauh & besar sangat....

tiap2 kali pergi kerja lalu kat depan bilik mayat (tanda hijau)...siang ok la.tapi kalau malam gerun jugak esp kalau sorang2 time on call (kadang2 timing bagi balik sama dgn nurses...hihi)..mana tak gerun,staf suka cerita benda pelik2.staf lama2 lagilah....macam2 cerita ada kat depa.

kemudian bila ada geng terus pindah masuk kuarters doktor (tanda merah)...duduk bertiga.rumah 2 tingkat...3 bilik kat atas,satu bilik di bawah.3 bilik mandi.dua ruang tamu..satu kat atas,satu kat bawah...dapur luas...ada ruang belakang utk laundry....luxury la...
rumah2 ni semua tak berpagar....berpisah laman dengan longkang kecil saja.hujung sebelah kiri dari rumah yg saya duduk tu adalah rumah pakar O&G (bos saya)...
pergi kerja kadang2 drive...kadang2 jalan kaki saja.

yang bertanda kuning di hujung kanan adalah flat utk staf...selalu lepak kat sini..kat rumah midwife di tingkat 4...best ja rumah dia.berangin memanjang.husbandnya pun kerja sini juga..kat lab.di rumah ni la tempat kami menjamu selera kalau rasa nak makan sedap2....kat sini juga mengisi perut waktu siang di bulan puasa...hehehe..
terima kasih kak embun & pak tam...lama dah tak jumpa.sekarang depa dah tak duduk sini  sebab dah beli rumah baru...lawa rumah depa....nanti senang2 kami pi..


RINDU NAK SEKOLAH

salam...


pagi ni budak kecik bangun awal...ingatkan pasai apa...rupanya dia uk uk...
elok juga sebab malam tadi umie balik kerja dia dah lena.tak sempat nak bagi ubat (antibiotik)...badan masih suam2.dah start batuk plk.masih ligat main tapi kurang sikit dari biasa.makan pun ikut mood ja...dah slim sikit nampaknya.

alang2 dah uk uk tu umie mandikan terus...siap pakai baju segala.bagi antibiotik pastu biar ja main sorang2...sekali sekala merengek mengada2.lama2 nampak lali macam nak terlena ja.bagi la ubat batuk plk dengan harapan dia lena...rupanya tak la.dia tambah cergas pulak dah.terus bangun pi main dengan kucing & kakaknya...ish....pelik la budak ni.

umie dah ready nak pi kerja terus dia mai pegang tangan..."agu...agu..."kata dia.
umie tanya.."cikgu?"....terus dia cakap yaa  sambil angguk kepala..
ooo....rupanya nak pi sekolah.
teringat kat cikgu dah pun...seminggu tak sekolah sebab tak sihat dah rindu rupanya.
tapi hari ni Jumaat la baby...cuti.Ahad baru sekolah.
tunggu abah kat motor...
kakak kena separuh ja sebab tak tutup aurat.


boleh cakap sajalah...tak pakai punya..
maka penyelesaiannya...
kena la abah bawa keluar juga...naik motor pi sarapan kat kedai


03 July 2012

BERBAKAT RUPANYA BUDAK KECIK NI....

salam...
nabila makin sihat...alhamdulillah.
hari ni nak tunjuk bakat terendam nabila..hihi

masa ke Jitra Sabtu baru ni bebudak ni main kamera...entah macam mana terlepas ke tangan budak kecik nabila nih...memula tu dia eksyen2 ja macam ambil gambar.abahnya kesian kot..terus ajar kat mana nak tekan..
hmmm...apa lagi....bersilau2 ruang tamu rumah tu dengan flash kamera.segala benda nak diambil gambar.....tapi yg paling susah nak dapat ialah kucing sebab kucing tu asyik lari ja dari dia..

jom tengok hasil kerja nabila buat kali pertama...

gambar terbaik....macam tak percaya nabila yg snap...
tok nyang...tapi nabila tak pandai sebut...dia panggil 'wan' saja.
mula2 tengok, takut kat wan...lepas tu melayan sembang plk.
main hentam saja...tapi not bad kan...
dapat separuh badan saja..
tu antara yang ok....yang entah apa2 lagi banyak la.....
macam yg ni....
nampak kaki kecik dia tu...hehehe
yg besar tu kaki umie...
muka umie pun ada..tapi takyah letak sini la kan....
***moga satu hari nanti nabila pandai ambil gambar konvoi...boleh la umie rest....

01 July 2012

DEMAM KE DUA

salam...


khabar dari budak kecik bambam...
balik kampung semalam...nampak macam cuaca redup tapi rasa berbahang.
singgah lunch kat nasi ayam stadium pun rasa panas sangat.tapi budak kecik makan selamber ja....dekat nak habis sepinggan.
dah lama tak makan kat sini...ada perbezaan.ayam lebih besar...tambah papedom.rasa maintain....harga lebih sikit la...RM5 sepinggan.yg bestnya cili & kicap dihidang dalam balang besar...ambik la sebanyak mana kamu nak...(gambar tadak...kamera lupa bawa).

panas... aircond...panas... aircond....last2 malam budak kecik demam.masa tu kat rumah kawan kat Jitra..lepak kat situ sementara menunggu konvoi motor SYM tiba kat Alor Setar sebab SU nak bagi baju kat kawan dia.tapi kali ni budak kecik ni demam lain sikit.masih lalu makan (dinner setengah pinggan nasi ayam....again!!!....kat TAT Nasi Ayam plk).dah tu keceriaan dia macam budak tak demam.terloncat2 main macam biasa.mulut tu tak yah cerita la kan...

masa tunggu SU jumpa kawannya kat Alor Setar tu budak kecik muntah dalam kereta...habis semua yg dimakan keluar balik.tapi suka la budak ni...muntah2 pun tak nangis..siap bgtau kat mana basah...suruh lap.berhenti kat stesen minyak cuci2 mana yg patut kemudian terus balik.budak kecik lena tapi tak nyenyak.sampai ke rumah bulat plk mata dia..then bagi ubat terus tidur.

pagi ni nampak elok tapi tak bagi ke sekolah...biar rehat kat rumah.
tengah hari tetiba demam balik.tapi ok la..tak merengek.makan nasi jugak lagi.lepas bagi ubat ingatkan dia nak lena rupanya makin cergas..

harapnya malam nanti tak demam dah...
esok boleh pi sekolah kot...
latest......muka orang demam
***sekarang ada minggu sains kat UITM....budak kecik nak pi tadi tapi tak boleh bawa sebab panas...tengoklah esok..insyaAllah***