31 May 2012

TERKILAN

salam..


kanser...
antara rawatan hospital dan alternatif..
saya masih yakin dgn rawatan hospital..
sedikit terkilan bila ada pesakit yg agak rapat dgn kita keberatan untuk meneruskan rawatan hospital...bukan bersikap berat sebelah..
tapi...rawatan alternatif adalah sokongan kepada rawatan hospital...jangan tinggalkan yang lebih utama.rawatan awal memberikan prognosis yang lebih baik.

saya juga punya supplement yg dikatakan (dibuktikan) mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser..tapi saya tidak akan memberikan kepada pesakit saya selagi belum menghabiskan rawatan di hospital...namanya pun supplement.

***dan pagi ini saya melihat seseorang yg saya yakin diagnosisnya adalah penyakit itu....dan saya cuba meyakinkannya utk membuat rawatan dgn segera di hospital***



30 May 2012

SHOCKING NEWS

salam...

mood yang agak suram...
malam tadi baca mesej ttg pemergian seseorang ke rahmatullah..

mesej masuk petang tapi oleh kerana telefon tu tertinggal kat rumah maka ia hanya dibaca sekitar jam 9.30pm.
ditakdirkan utk tidak berjumpa sedangkan tengah hari semalam kami ke Penang.balik sekitar 4.30 ptg...waktu itulah mesej masuk ke phone saya.

siapa dia?
dia adalah bekas bos saya semasa di O&G Kulim dulu..walaupun sekejap shj bekerja di bawahnya kerana dia membuka maternity home sendiri selepas itu,persahabatan tetap terjalin.sering juga merujuk kepadanya bila ada perkara berkaitan O&G.
tapi sejak setahun dua  ni agak kurang berhubung..masing2 sibuk.
dia adalah seorang bos yg understanding..tegas tapi ada kalanya kelakar,kdg2 merajuk dgn kami anak2 buahnya.banyak ilmu yg dikongsi bersama.bila on call dgnnya tak pernah rasa bimbang...call saja pada waktu mana pun..biarlah kes yg bagaimana pun...dia tetap layan kita dgn baik.juga punya komunikasi yg sgt baik dengan pesakitnya.suka bila ada morning round dgnnya...gelak2 saja.patient pun kadang2 tergelak dengan kata2nya.
saya melihat dia sbg seorang yg senang didekati,tahu hala tujunya,business minded....grab apa saja peluang yg ada didepannya.
dengan keluarganya...(isterinya juga doktor)..kami dari luar melihat dia sebagai seorang suami & bapa yg penyayang.

basically...he's such a wonderful person..
pemergiannya secara tiba-tiba (collapsed & died....heart attack)...tanpa sebarang penyakit yg diketahui (oleh kami) sebelum ini memang mengejutkan.

alFatihah utk arwah Dr Abdul Hamid..moga arwah ditempatkan bersama hamba2nya yang soleh di sana..
salam takziah dari kami buat Dr Azrina sekeluarga.moga tabah menghadapi kehilangan ini.kami temannya merasa kehilangan yg teramat..apatah lagi kamu sebagai isteri....sabarlah.

antara kenangan bersama arwah.
1..dia seorang yg suka makan...cakap saja kat mana yg best..hatta cendol pulut tepi jalan sekalipun..mencangkung dia di situ menikmati keenakannya (dia ceritakan hal ini kepada kami).

2..kes kematian maternity kami yg pertama....patient datang dalam keadaan yg sudah tenat..ibu & dua2 bayi kembarnya tak dapat diselamatkan...kami bersama (berserta pakar bedah) mengendalikan kes dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 ptg...hanya kes itu sahaja.dia datang ke labour room well dressed kerana hari itu adalah hari perasmian hospital..

3..ada kes yg memerlukan BTL tapi MO tak dapat nak yakinkan suami untuk menandatangani borang walaupun bermacam penjelasan diberikan.bagi saja kes kepada dia...sekejap shj dapat persetujuan suami pesakit.
saya pernah tanya..
"Dr Hamid,you cerita apa kat husband patient ni?boleh setuju plk dia?"
jawabnya sambil tersenyum bangga.."biasalah...org lelaki".

4..dia cuba menganjurkan jurnal club walaupun saat itu kami hanya ada 3 MO di unit O&G..tujuannya utk melatih & menggalakkan kami membaca jurnal.dapatlah beberapa kali meeting.

5..nak bercuti memang mudah asalkan ada MO cover ward.cuti dulu,isi borang kemudian pun ok saja bg dia.

6..juga baik dengan maidnya...pernah dia berkata..
"you tau...maid I dulu masa I mula ambik dia...kurus kering ja.sekarang ni tengoklah...sihat.mana taknya...apa yg kami makan semua dia makan.."...sambil gelak2.masa tu tgh berjalan balik ke kuarters lepas habis kerja.

dan....banyak lagi kenangan...



28 May 2012

LATIHAN PENGERINGAN

salam...


rasanya macam dah lama nak train nabila tak pakai pampers...tapi tak buat betul2 lagi pun.sejak awal bulan ni rasanya,cikgu nabila pesan nabila tak boleh pakai pampers masa pi sekolah.tapi dalam beg adala bekalnya.
masa hantar memang tak pakai tapi masa balik...kembung ja seluar dia..hhihi..
cikgu cakap dalam pukul 10 pg gitu dia basahkan lantai (sejam lepas masuk kelas).banyak kali juga macam tu.

sampailah semalam (@ kemarin/ahad)..
saya ambil dia kat sekolah.tengok punggung tak bambam pun.pakai baju sama dengan yg masa hantar (biasanya kalau dia basah cikgu tukar seluar baju semua sekali).
"nabila kencing kat toilet ka?"...umie dia excited.
"dak...dia tak mau kencing"....kata cikgu dia.
(hilang sat excited umie dia)..
"dari pagi sampai la (pukul 1 tgh hari) tak kencing lagi?..boleh plk"...umie macam pelik.
"dah tanya banyak kali..dia kata tak mau"...kata cikgu lagi.
"jangan kencing dalam kereta dah satgi..."...umie dah risau.

balik sampai rumah (singgah kedai sat) dia relax ja.saya masukkan kain dalam mesin basuh..dia kalut nak masuk bilik mandi.sempat buka2 semua...kencing kat toilet...mandi sendiri...siap sabun semua...pandai la dia...anak sapa tak tau nie???...
tapi lepas tu bagi pampers balik la...kat rumah tak daya nak mengelap kalau dia melepas merata...

hari ni pun sama...balik sekolah masih kering.
abah mandikan kat ofis....balik rumah tanpa pampers..
makan minum...makan minum...
last2...
"mie....cin..."...sambil pegang2 kat situ..
hmmm...berderai kat tepi meja makan...
mandi la seround lagi...

tak pa la baby....slow & steady...ni pun dah cukup bagus buat masa ni...
jimat separuh budget pampers tu....boleh tolak ke susu sebab susunya makin laju.

kanak-kanak riang sokmo...

DUIT PI MANA???

salam..


adoiyai!!!
pening pala aih!!
dah bank-in duit elok2 untuk cover cek semua...lega dah rasanya.
tetiba petang ni ada rep. call cek dia tak lepas...
apa kes la plk ni?
sapa plk yg sedut duit ni?
memang ada loan dgn bank ni tapi selalunya depa tak ambil duit dalam akaun sebab depa tau ada cek nak keluar.....takkan kali ni depa nak pekena saya plk kot.tadi org pi bayar loan tak cakap apa pun.
satu hal plk la nak kena pi ngadap org2 bank ni..malas betoi!!!
tadi dah pi...esok kena pi lagi...
rep ni plk inform dah lewat.org dah balik dari bank baru bgtau.
cek dated 5 hari lepas..(bukan dia yg lambat..budak ofis dia la tu)..

tadi masa tgh bayar kereta ada sorang customer tu terkejut bila cek duit dia kat ATM...hilang RM3000....tak tau cemana boleh lesap.kad ada kat dia.tapi dia bank lain..saya bank lain.

####kalau duit juta-juta takpa la...####
SU cepat2la dapat projek besaq yang oiii!!!....

27 May 2012

CUTI....BANGUN PUKUL BERAPA?

salam...


musim cuti sekolah...musim kenduri kahwin...
saya belum start ke kenduri lagi..hujung minggu ni baru ada.

cuti2 sekolah ni biasanya pukul berapa budak2 kat rumah tu bangun tidur?
bangun awal,pintu rezeki terbuka luas kan?
saya sendiri biasa2 saja...takla awal sangat.kadang2 tidur balik lepas solat subuh kalau mata berat sangat (tidur memang tak tetap masa..boleh lajak sampai 3 pagi kalau bersembang dgn SU).

nurul memang minah lena..jadi dia mesti tidur balik lepas subuh..dah sekolah petang plk tu...cuti tak cuti sama ja.
nabila?...hari sekolah liat....hari tak sekolah kdg-kdg 7.30 dah bangun...paling lewat 9 lebih...tak payah kejut pun.

saya ni sebenarnya takla kisah sgt pukul berapa depa nak bangun asalkan dah solat.tapi janganla sampai pukul 11 dok terbenam kat katil lagi...sakit jiwa menengoknya.
nabila tu saya lebih suka dia bangun lewat sikit kalau hari2 cuti ni sebab senang saya nak buat kerja rumah...tak dak gangguan.kalau mengganggu mulut ja takpa...ni tangan tak reti nak diam..semua nak disentuhnya.marah sikit merajuk....tapi merajuk sat sangat...tak sampai 5 minit mai kacau plk.
saya jenis ke dapur sorang2...rimas kalau ada orang lain nak membantu...jadi memang tak kisah kalau anak dara besar tu temankan anak dara kecil tidur sampai saya siap kerja.jangan anak dara kecil mengacau tapi yg besar sedap lena..time tu mmg volume naik la...

saya rasa ramai budak sekolah sekarang suka bangun lewat masa cuti2 macam ni.maklumlah malam2 mengadap tv,internet,video dsb.yg besar sikit lepak kat luar.maka tidur pun lambat.dah tidur lambat nak bangun awal memang payah la kan..

masa kecil dulu saya biasanya bangun awal...ibubapa tak kejutkan pun tapi dah terbiasa macam hari sekolah.bangun,mandi....sarapan ala kadar (orang kampung kan...)...kemudian hilang lesap dari rumah.merantau sekitar kampung main dengan sepupu2.biasanya bagitau bapa nak ke satu rumah ja...tapi lepas tu bergerak ke rumah2 lain pulak.tapi dalam kampung tu juga..tak melepasi sempadan.makan tengah hari kat mana yg sempat (dalam kampung tu semua sedara...tak susah nak menumpang makan).sebelum magrib balik rumah.

zaman sekarang ni budak2 terutamanya yg remaja dah tak kenal waktu...memanjang nak duduk kat luar rumah.saya respect kepada ibubapa yang mempunyai anak2 yg mengamalkan nilai hidup & budaya Melayu Islam sejati dalam zaman sekarang ni...sungguh kagum & berbangga dgn mereka.



25 May 2012

LAIN KALI ADA AKAL TU GUNALAH...

salam..


berita pukul 8 tadi...sempat terdengar sedikit..
khabarnya:
kuota jemaah haji Malaysia utk tahun ini belum ditentukan lagi oleh pihak Arab Saudi gara2 perhimpunan bersih hari tu..

tahniah kepada semua peserta terutamanya orang Melayu/Islam yg berjaya menyusahkan saudara seagama semata2 termakan kata2 orang berbangsa /agama lain...malah orang tu plk sekarang hidup aman damai.

banyak cara lain yg lebih bijaksana untuk menyampaikan pendapat...malangnya akal fikiran yg Allah anugerahkan dicampak entah ke mana.

tunggu & lihat perkembangan selanjutnya.


BILA BUNGA BERKEMBANG

salam...


dua tiga hari lepas nampak kudup pokok ni...
excited..
maklumla..dah dekat setahun tanam tak juga berbunga.
mungkin sebab kurang cahaya matahari.


hari ni dapat capture bunga yang dah kembang...pokok biasa ja.
tapi memang saya dah macam ni...syok lebih bila tengok pokok berbunga.
pokok ni saya ambil kat MRSM depan ni..minta dari staf depa..
bukan ambik gitu ja noooo...pokok apa ntah namanya..

dan ini bunga apa?
tak tau memang saja laaa....



SEJARAH PANDU MALAM

salam...


mencipta sejarah malam tadi (actually awal pagi tadi)...
drive dari jam 3.15 pagi sampai 3.45 pagi...dari R&R Gurun sampai rumah...(kalau siang dalam 15 minit ja pun).

puncanya?
SU dah mengantuk tahap maksima....tak boleh nak drive dah.
malam tadi lepas kerja kami terus ambil adik SU kat Changlun...pastu singgah minum kat Jitra.menyembang dengan member sampai 2.30 pagi.walaupun dah kena radix,dia masik nak terpejam jugak...seriau saya...dahla bawa budak2.

berhenti utk tidur sekejap kat R&R Gurun..tapi mata saya tak mau terlelap....makanya saya take overlah.best juga drive awal2 pagi ni.dengan hujan renyai2...sambil dengar radio....tapi biasalah bawa slow & steady sebab jalan licin....kot2 apa2 hal dan juga nak break.SU takla hanyut terus..sekali sekala dia tanya jugak.."boleh ka?"..

kenapa tak rasa mengantuk?
sebabnya saya minum ni lebih kurang jam 9 malam...
SU lupa nak minum.
gambar google 








memang berkesan kalau nak berjaga...segar ja.
tapi pagi ni kurangla kesegaran tu..
dah tidur pun kurang kannnn...
cuaca redup plk tu.





sesiapa yg nak berjaga malam..boleh try minum ni...
bukan intention nak mempromote..
tapi kalau nak beli dengan saya pun boleh sebab mmg kami dok supply kat kedai2 area sini...

24 May 2012

PRE HOLIDAY

salam..


hari ni hari terakhir persekolahan utk Kedah...
cuti sekolah 2 minggu,lapang rasanya.tak yah fikir2 bab hantar & ambil sekolah bila SU ada urusan luar.cuma kena ready mentally sebab rumah pastinya berselerak.bil elektrik akan naik sebab tv akan memanjang on.kipas pun sama juga.
tapi nabila akan sekolah macam biasa.PDK tak cuti macam sekolah biasa.cutinya mengikut hari cuti kerja kerajaan.tapi hujung tahun ada cuti seminggu.

aktiviti cuti sekolah?
*ada beberapa kenduri kahwin (as usual).
*SU dengan aktiviti autoshow (pi menyibuk ja) & escort orang ke Thailand.
*hari tu katanya nak buat family day @ camping utk NARC & Friends..tapi tak dengar bunyi pun lagi..wallahualam....hujan2 ni tak taulah nak camping cemana.
*geng medic USM (my batch) buat reunion kat Sepang hujung minggu depan...teringin nak join tapi jauh la plk...kalau join kena cuti banyak hari...cuti = no money comes in...
*geng GEN 2 MRSM nak buat reunion juga tapi terpaksa tunda sebab tuan pengerusi sibuk dgn urusan sekolah anaknya....yg ni insyaAllah boleh ettend sebab buat kat sekolah lama....nostalgia tu..

kesimpulannya...cuti sekolah ni saya kerja macam biasa...

adik ipar (maksu kpd Nurul...yg sebaya dgn dia) akan berada di sini masa cuti sekolah kali ni....budak Nurul tu tgh excited..tak sabar tunggu cuti.


23 May 2012

MOGA DAMAI DI SANA

salam..
jumpa posting kat FB...


ALFATIHAH buat arwah Norma..
salam takziah buat suaminya yang setia..Talib..
serta seluruh isi keluarganya.
republish gambar dari blog moon


pasti ramai yang mengikuti kisah arwah Norma..
kisah yang menyentuh hati..
kesetiaan suami yang tidak berbelah bagi...


yang belum pernah membacanya boleh jengah ke blog MOON..
jadikan kisah mereka sebagai inspirasi untuk mengukuhkan ikatan 
suami isteri dan kekeluargaan.


moga arwah Norma tenang dan damai disisiNya..

WW.....



DARI KERANA MATA......... 

22 May 2012

PANASSS.....

salam...


kepala dah nenong2 balik ni.minggu lepas ok dah.sehari dua ni mula balik..
puncanya?
cuaca panas...
minggu lepas hujan memanjang....selesa (esp kalau .....zzzz).


dulu2 ok ja dgn panas2 terik ni.pukul 3 ptg boleh berkawad tgh padang..
la ni tak tahan betoi la..


panas makin kuat ka? (....@ dosa makin banyak..???)


nabila?
dia macam biasa ja...hujan ka panas ka macam tu lah jugak...
badan asyik berpeluh.
cuma dua tiga hari ni selsema sikit.
umie dia tak bagi ubat lagi...cuma mandikan lama-lama.
rasanya dah berjangkit ke kakaknya...
sok sek2 dengar pagi tadi.sib baik exam dah nak habis.

20 May 2012

MANA BEST?..HOTEL KE RUMAH?

salam..


mood weekend kat rumah tiba2 bertukar jadi mood holiday kat hotel.
malam tadi bermalam di VISTANA Hotel Pulau Pinang tanpa perancangan.
semalam ada perasmian motor baru dari SYM.kebetulan SU pemilik SYM makadia & ahli kelab yg lain dijemput utk memeriahkan majlis...asalnya dia malas nak join tapi pihak pengurusan dah tempah bilik (sebab ada dinner) maka tak sampai hati plk nak tolak.
asalnya dia nak bermalam dgn kawannya saja tapi kawan tu plk kena balik awal sebab pagi2 ni ada urusan keluarga.
fikir punya fikir....SU ajak la anak isteri dia guna pakai bilik free tu.
oleh kerana Penang tak jauh mana,maka isterinya pun bersetujulah.
thank you Vistana...
thank you event management yg bagi bilik ni..

biliknya selesa...dapat twin bed.best sangat sebab ada banyak bantal...4 bantal besar,2 bantal kecil macam nabila pegang tu.pemandangan dari bilik pun best.nampak kolam renang & jalanraya yg sentiasa sibuk.
lawaknya masa nak naik ke bilik (tingkat 7), kami tersadai sat kat lif.ada dua customer lain pun sama macam kami..terpinga2 ingatkan lif rosak.rupanya kat sini kalau nak naik kena masukkan kad kunci tu dalam lubang yg disediakan sebelum tekan button level floor...tak masukkan kad tu maka tak naikla lif tu....dok buka tutup kat tingkat tu ja...mujur terserempak staf hotel kat depan lif tu.
kalau nak turun takyah insert kad..tekan button ja.
patutla depa bagi 2 kad...untuk safety ni.maknanya hanya penghuni hotel yg boleh naik guna lif...yg lain2 kalau nak naik juga boleh menumpang org menyelit dalam lif atau panjat tangga.


paling teruja bila masuk bilik ialah budak kecik bambam tu...dah lama tak bawa tidur hotel.masa pi dulu dia kecik lagi.
macam org sasau ja dalam bilik tu...tak diam langsung.paling teruk kena attack ialah telefon.pandai plk dia tekan2....at last saya disconnect (balik tadi lupa nak connect balik..hehe).mana taknya...staf kat bawah dah call bilik tanya ada masalah ke sebab depa dapat banyak call dari bilik kami...haiyaaa nabila...
minah tepon sungguh la budak ni.

kami sampai dah pukul 7 lebih sb SU ke Thailand dulu paginya...kalau sampai awal boleh lepak kat pool ni ....
boleh tgk dari bilik ja lah...sib baik nabila tak melalak ajak turun ke kolam.
simple tapi nampak best...
malam lepak ja dlm bilik..layan tv sampai terlena.SU pi event dgn kawan2 dia....pk 2 pg baru balik.pagi ni awal2 checked out..pukul 9 dah nak masuk kerja kan....mujur Ahad..penang cuti.jalan pun lengang ja....
nak balik tadi baru perasan..hotel ni terletak bersebelahan Kompleks Perniagaan Bukit Jambul...hanya dipisahkan oleh kawasan perumahan.
di sebelah hotel ni ada restoran KAYU NASI KANDAR....pernah makan sekali kat sini dulu...boleh la..tapi customer kat kedai ni sentiasa ramai.
kami bergerak dari hotel sekitar 8 pagi...8.45 pg sampai rumah.
jambatan masih kelabu.....yg penting tak sesak.

sian gak kat nabila...ketaq2 mandi pagi ni...tapi mood elok takpa..



17 May 2012

JOM POTONG

salam..
lunch break tadi bawa budak kecik pi potong rambut.
macam biasa kat kedai auntie winnie.


sebenarnya suka tgk dia rambut panjang...takla nampak bulat sangat muka tu.


tapi bila makan rambut asyik masuk mulut.hujung rambut jadi keras & lekat macam2 bau lauk...rimas tengok.nak ikat punyalah seksa.
dia pun  dah dapat habit masukkan hujung rambut dalam mulut. tabiat yang tak elok.
makanya...cakap dgn abahnya..."kita potong saja"..
muka sedih...
tapi time ni ja lah...
sepanjang potong rambut tu gelak2 ja sebenarnya.

RAJA BUAH

salam...


sapa tak reti belah durian?
sila belajar dari sini..




tapi cara dia lain sikit la...biasanya saya buat gitu utk durian mangkaq ja..(tau apa tu mangkaq?...yg tak berapa nak masak).
durian ni pun nampak mcm mangkaq jugak...siap boleh hiris isinya lagi.


biasanya kita buka dgn pisau @ parang @ golok (atau apa2 saja) kat hujung atas tu ja...pastu guna tangan utk koyak..terus terbuka sampai ke bawah.tak yah potong kulit tu dgn pisau sampai bawah.


masa kat universiti dulu kalau beli durian siap suruh orang yg jual tu buka sikit kat atas..balik hostel boleh koyak dgn tangan ja.tapi tak boleh beli banyak la sebab kalau dah terbelah sikit tu tak boleh simpan lama...isi cepat masam.


sekarang dah banyak durian kat area sini....harga bolehla tahan.
malas nak koyak..beli ja yg dah siap dibungkus...dengan pulut pun ada.


***musim buah dah tiba...***

16 May 2012

KURNIAANNYA

sikembar sayang....
imej kepala ke dua-dua bayi kembar yang tidak berkongsi kantung.

kepunyaan salah seorang patient saya
setelah menanti 4 tahun...
alhamdulillah.

"happy for them"
(this scan was done in march)

JASAMU DIKENANG

salam..


16 MEI....
SELAMAT HARI GURU buat semua yang bergelar guru..
moga jasa kalian mendapat balasan yang terbaik dari ALLAH..


buat cikgu NURUL..
maaf hari ni Nurul ponteng sekolah...(tak ada kelas)..
katanya nak study sebab minggu ni tengah exam pertengahan tahun..
dia minta handphone baru dari abahnya...so kena pulun...
moga2 dia dapat result yang baik..


buat cikgu NABILA...
maaf sebab hari ni Nabila pun ponteng...
malam tadi tidur lambat..
sibuk menyanyi macam peserta2 pertandingan Nescafe tu..
pagi ni plk hujan lebat...mmm..liat la..


buat cikgu2 saya dulu..
tadika kat kampung...SKAAT...MRSM...USM..
terimakasih cikgu...
anda adalah guru2 saya..
anda adalah ibubapa saya juga..



15 May 2012

DURIAN DURI LEMBUT

salam..


kenal buah ni?
gambar ikhsan GOOGLE


DURIAN BELANDA...
sebab apa dipanggil Belanda? tak pasti plk saya.
juga dikenali dgn nama 'soursop' atau 'graviola'.
nama saintifiknya ialah 'annona muricata'.

saya suka makan buah ni..sedap.rasanya masam2 manis.tapi tak boleh makan kalau dekat2 nak menses (untuk sayalah...dah 2 kali kena)..boleh dapat menstrual cramp yg teruk. 

ada kajian mengatakan bahawa tumbuhan ini berkhasiat dalam melawan sel-sel kanser.tetapi kebanyakan kajian adalah menggunakan ekstrak daun,bukannya buah.ia mengandungi bahan aktif 'acetogenin' yang mampu membunuh sel kanser tanpa memberi kesan kepada sel-sel sihat yang lain (tanpa kesan sampingan seperti kemoterapi).

jika dilihat di internet terdapat bebeapa produk dikeluarkan berasaskan daun  durian belanda.
secara peribadi saya tidaklah mahu mengesyorkan kepada sesiapa untuk menggunakannya kerana saya sendiri belum pernah melihat keberkesanannya secara sahih.
pada saya,adalah lebih baik jika kita mengambil buah segar (tanpa melalui sebarang proses kimia).sekurang-kurangnya kita mendapat khasiat vitamin semulajadi (tinggi kandungan vitamin C,B1 & B2).tapi kalau nak makan daunnya....ehemmm...tak sanggup plk kot..pastinya kelat.

nak tanam pokok ni semula...dulu dah pernah tanam...tumbuh subur.tapi bila bawa pindah ke rumah baru terus mati kering..sayang sangat..






14 May 2012

DHUHA

"for my own collection"
terjumpa klip ni...
love listening to it..




konvoi ke rumah anak yatim Mak Teh di Perlis berjalan dengan lancar walaupun tanpa escort dari pihak police traffic...alhamdulillah.
ceritanya akan diterbitkan di sini kemudian2 sikit...
biasalah..nak pilih gambar ambil masa..
takla banyak mana pun sebenarnya..


11 May 2012

JOM KONVOI

salam..
mmm..dah lama tak berkonvoi avanza shj.
tak sabar tunggu esok.
satu lg konvoi amal bersama Sinar Harian Utara.
kali ni menuju ke rumah anak-anak yatim di Perlis...Rumah Mak Teh.


acara sampingan ialah ronda WANG KELIAN & makan pulut pelam di ladang MEMPELAM HARUM MANIS.


baju konvoi dah siap...tgh jemur sb baru siap ptg tadi.saya wajib basuh baju sebelum dipakai...nanti kulit jadi gatal2.
SU tengah jelajah ke Penang..ambil souvenier kemudian deliver baju2 kat peserta.sambil tu ambil hamper dari TOYOTA SP SELATAN.


asyik konvoi santai ke Thailand ja...rasa rindu plk nak konvoi dalam Malaysia guna police escort.malangnya esok polis2 semua sibuk sebab ada event kebangsaan.AGUNG pun ada urusan rasmi...maka kami tak dijanjikan dgn escort...
bak kata abg polis tu kpd SU..
"tak berani janji zam...kalau ada adalah..tapi buat masa ni boleh kata tak ada lah.."
moga2 esok ada surprise dari polis trafik.


apa pun..moga semuanya selamat esok....
nabila pun ikut juga....lamaaaa dia tak ikut konvoi besar.
jangan lasak sgt nabila noooo...penat umie nak hambat nanti.


***harap2 boleh tidur awal mlm ni***

10 May 2012

MMMM....ATHAMMMM...

salam..

dulu dia suka buat 'peace'
sekarang kalau makanan sedap dia suka buat macam ni..


bg nabila semua makanan adalah sedap.
dlm mangkuk tu hanyalah sup kosong yg dapat dgn nasi ayam..
siap hirup terus dari mangkuk lagi.


09 May 2012

PRE HOLIDAY MOOD

salam buat semua..


bersiap sedia untuk aktiviti cuti sekolah..
sejuk ketaq baby malam2 main ayaq kat luaq...
last guna khemah ni bulan 4 tahun lepas...dah setahun rupanya..
baru nak cuci......


yg kecik..yg besaq...sama jaa...

siap slide lagi tu....pandai ja dia.ntah sapa yg ajaq pun tak tau.

08 May 2012

REFLEKSI KEHIDUPAN

salam...


sekarang ni mesti ramai student yg excited bila dapat tahu dah dapat masuk mana2 IPT kan...tahniah kpd yg berjaya...
yg tak dapat tu jgn risau...there's always something for you..asalkan berusaha.
(yang malas tu lain ceritalah).

malam tadi layan tonton.com tengok BERSAMAMU episod 18.
sebelum ni tengok kat TV tapi gitu2 ja sebab ada hal lain nak dibuat.saya tertarik utk tengok semula kisah keluarga kat Terenggganu ni sebab ia mengingatkan kepada kisah silam saya sendiri masa sekolah menengah dulu.hampir sama situasinya.

kesempitan keluarga tidak menghalang untuk berjaya dengan sokongan pelbagai agensi yg ada dalam negara ni...bagi kami anak MRSM semestinya bantuan MARA.cuma di zaman saya dulu taklah terasa sangat jurang dgn kawan2 sebab masa tu taraf hidup kita taklah terlalu advance macam sekarang ni.semua sekadar ada saja.mana ada pelajar guna handphone,laptop dsb.anak pesawah atau anak menteri nampak sama ja masa kat asrama.
makan kat luar pun ala kadar ja.MRSM bukannya dibina dalam bandar besar.nak dapat restoran KFC sebijik pun payah...PIZZA HUT...berangan sajalah.kalau keluar pekan pun semuanya setakat beli apom balik...makan kat gerai tepi jalan....(hu ha hu ha buat kecoh kat kedai org...mmm...bestnyer) atau kalau ada duit lebih sikit dudukla makan kat restoran.masa kat Kulim dulu ada restoran Nasi Padang...sedap sangat masakan dia..puas hati.sekarang ni tak taulah ada lgi tak..dah lama tak ke sana.

sekarang ni MRSM dah banyak..dekat dengan bandar2 besar.pelajar pun dah tak susah nak bershopping.kenapa cerita pasal MRSM?...sebabnya anak perempuan dalam family BERSAMAMU tu dapat belajar kat MRSM..form 2 (sebaya nurul).katanya kadang2 ada kawan bawa makanan2 segera ni.walaupun tak semahal mana tapi dia tak mampu..jadi pendamkan saja hasrat utk makan walau keinginan itu ada....simpati saya mendengarnya.
dia anak sulung, maka kenalah berjimat cermat.ada 3 lagi adik yg juga perlukan perhatiandari ibubapanya.
bapanya sekadar bekerja kampung (bantu org buat rumah)....pada usia 52 tahun dia nampak jauh lebih berusia.mungkin sebab kerja kuat sejak dari muda.....tengok wajahnya teringat kepada arwah bapa saya.....pengharapan dia kpd anak sulungnya...sama seperti arwah bapa saya.berbeza loghat bahasa tapi intinya sama.
YaAllah...mereka seperti refleksi kehidupan saya dahulu..

moga Allah memberi perlindungan kepada keluarga ini..
moga kejayaan mengiringi anak remaja ini serta adik2nya..



07 May 2012

KALAU DAH MABUK.....

salam sejahtera & selamat petang.



agak-agak la kalau nak salah rumah pun kannn...
yang pi masuk rumah polis tu wat per?

polis tu pun satu hal jugak..lupa kunci pintu gamaknya.
sib baik yg masuk tu mabuk.

dari myMETRO



UNDERCOVER

salam..

sorry.....I'm busy
undercover

i'm on duty.......sending info to my agent

06 May 2012

" Saya Mahu Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com"






Saya Mahu  Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com"

 " Saya Mahu  Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com"

 " Saya Mahu  Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30 dari Eyriqazz.Com"
*
*
*
walaupun saya dah melepasi 30...
usaha tak mengenal usia kannnn.....


nak join

klik SINI