SENANG CARI

31 March 2012

BIARLAH SIHAT

salam pagi Sabtu..
menghampiri hujung minggu.


tengah sarapan 'RESERVE' pagi ni.
apa itu reserve?
sejenis minuman kesihatan diperbuat dari buah2an.
bertindak sebagai antioksidan.
dah hampir sebulan saya guna...
alhamdulillah...nampak kebaikannya.


memasuki usia 40an ni dah mula berfikir ttg kesihatan..macam2 penyakit boleh datang tiba2.tambahan pula ada sejarah keluarga untuk darah tinggi & dementia.kena juga berusaha untuk mengelak itu semua.selepas berusaha andai dihadirkan juga oleh Allah maka terima sahaja dengan keredhaan.....tapi harapnya tak adalah.


jom jaga kesihatan masing2.....mencegah lebih baik dari mengubati (esp utk org malas makan ubat macam saya...hihi)


30 March 2012

LOKTOT

salam..


baru baca blog DRSINGA .......entry ni saya suka.
mmg geram bila baca.
kita sebagai manusia mmg tak boleh lari dari buat kesilapan.tapi janganlah kesilapan tu disebabkan malas..kerana ianya menjadi kecuaian.

kita yg dah 'terjebak' dalam bidang ni kena terima hakikat bahawa kerja kita mmg teruk...bebanan fizikal & mental.kena pandai cari jalan untuk tenangkan fikiran...terutamanya yg kerja kat hospital kerajaan.masuk saja ke ward/klinik,kita adalah sedang bekerja.kerja sehingga siap untuk hari itu.kalau duty kat ward kena habiskan round & tugas2 berkaitan.kalau kat klinik kena buat sampai habis semua patient.tak kiralah pukul berapa pun.jangan mengharap untuk lunch break pukul 1 hingga 2 ptg...bukan mustahil utk dapat tapi jangan mengharap kerana kerap kalinya tak akan dapat.jangan berangan untuk balik sama waktu dengan pekerja pejabat yang lain esp yg di wad.
kalau kita boleh berlenggang ke hospital,punch in 7.30 pg....tea break 10 pg,lunch break 1 tgh hari & balik 5 ptg...kalau lah boleh.....pada saya kita sebenarnya tak kerja hari tu.
untuk lepasan SPM yg nak ambil MEDIC....ingatlah..kamu tak boleh dapat 'nice working hours' macam kerja2 lain.

letih kerja?memangla..mana ada kerja tak letih.bersembang pun letih jugak..letih mulut.
malas?...sekali sekala malas normal la kan...kita manusia.tapi jangan terbawa2 sampai berlaku kecuaian.bila berderet patient tunggu giliran untuk dirawat,mesti ada antara mereka yg senang utk dibawa bersembang...ambil kesempatan tu utk kurangkan stress.bersembang sekejap dgn patient tu...gelak2 sikit.tapi jgn la buat macam sembang kat kedai kopi...kesian yg kat luar tu.

sepanjang banyak tahun kerja ni dah macam2 tempat saya kerja...macam2 peel manusia saya jumpa & ada juga kesilapan saya 'here & there'.pernah kerja di hospital yg aman damai...relax.on call pun boleh lena nyenyak.pernah kat hospital yg sibuk tahap boleh hilang akal...naik tingkat 8 pun guna tangga sebab nak cepat.tunggu lif lambat.ramai orang.sib baik masa tu muda lagi.kalau la ni suruh naik tingkat 3 pun kalut dah.pernah duty kat kecemasan yg boleh lepak2 makan kuih raya dengan MA.pernah juga kat kecemasan yg sampai nak ke toilet pun tak sempat.
pernah di klinik yang boleh pi tea break sembang2 dgn geng doktor (musim hujan & banjir..patient tak ramai).pernah juga kat klinik yang mula pukul 8.30 pg habis 3.30 ptg...tanpa break utk tea @ lunch...(ni kat klinik kesihatan...sapa kata KK relax).

bila dah kerja sendiri bebanannya masih ada...kena fikir dua2...servis & bisness.tapi  dah pilih kenalah sabar & sanggup buat.kadang2 ada masalah lain menjenguk,panas juga hati ni.banyak sgt nak kena fikir.

sedikit pesanan utk yg nak jumpa doktor kat emergency unit mana2 hospital...
bagi tau doktor masalah kesihatan yg betul2 emergency yg menyebabkan anda ke situ pada hari itu.
contohnya....
1. batuk selama seminggu...dah ambil ubat kat tempat lain.tiba2 dapat semput pada hari tersebut.
sila bgtau bahawa anda datang kerana semput...mula dgn ayat itu dulu.batuk seminggu tu cerita kemudian sebab yg seminggu tu dah tak masuk kategori emergency walaupun batuk & semput itu bersangkut paut.

2. anak cirit birit beberapa hari.anak nampak aktif.tapi hari tu ada darah dalam najisnya.
sebutkan ttg berak berdarah itu.lepas tu baru cerita ttg cirit birit.

kenapa?
nama pun emergency unit...kes2 emergency saja yg diterima.tak semua yg emergency di mata public itu adalah emergency di mata doktor.kenalah pandai menonjolkan masalah utama kita...kena main psychology doktor jugak ni.

****SEKADAR BERKONGSI DGN YG INGIN BERKONGSI****


KE'LUPA'AN

salam...


hari ni nabila bangun awal....tapi tak boleh mandi awal...hihi
puncanya??
ummie dia laaa....boleh lupa beli pampers malam tadi.
dah la satu brand ja yg dia boleh pakai..
brand ni..




takyah la nak try brand lain...2 hari cukup utk bg private part dia merah2.




ummie plk kan ala2 kedekut sikit...nak beli kat tempat yg boleh jimat.ada pasaraya kat area taman ni jual lebih murah banding dgn kat town.TESCO pun kalah.maka kena tunggu pasaraya ni buka...10.30 pg...




29 March 2012

HAPPY NABILA

salam semua...
ni nabila nak tayang basikal baru...
kaler merah...
nabila baru pandai panjat...belum pandai kayuh lagi.


nabila tak pandai sebut basikal...
nabila sebut..."KAKER"
baru 2 hari 'kaker' kat rumah dah kemek 'mudgat' belakang tu..
see...ganas kan nabila ni...hihi


27 March 2012

NABILA PUNYA

salam..
hari ni pergi beli basikal kat budak kecik bambam.siap beli kat gudang lagi...
sebenarnya tak plan nak beli pun.SU cari lokasi gudang tu untuk projek dia yg akan datang ni.sekali ternampak basikal budak...terus singgah dan terbeli satu bijik 
(@ sebuah).excitednya budak ni tok sah ceritalah...siap nak duduk atas basikal dalam 
kereta lagi.
balik rumah mandi2 terus naik basikal baru tu...nampak macam tinggi la plk.masa kat kedai nampak ok ja.
biarlah kan...lama2 nanti nabila tinggi jugak.

tapi angin tak berapa nak elok la sebab mata mengantuk.malam tadi layan cerita P.Ramlee..tidur pukul 12.30 (tu pun kena paksa).pagi2 dah bangun ke sekolah.

ummie g kerja..tinggal la budak bambam dgn abahnya kat rumah...suruh abahnya tepuk2 bg lena dulu....
(ntah2 dgn abah sekali jalannnn...)

tak sabar nak tengok kisah dia malam satg.....jangan buli ummie suruh tolak basikal udah ler...

***gambar tak sempat snap lg..harap maklum***


26 March 2012

KEMPUNAN

salam..


SU bawa balik kek SAJAI dari Siam.
pagi tadi tapau sikit nak bawa ke tempat kerja.
sekali bila sampai sekolah nabila dia nak pula kek tu...
alahai baby....
kempunan jugak la umie pagi ni...
tak pa la....
demi baby ummie yg bambam...
makan dgn kawan2 tau...
pandai2 la share..ummie letak sikit ja.


25 March 2012

THE ACTRESS

salam hujung minggu...
permulaan minggu buat saya.

kisah sabtu...24.3.2012.
hari cuti saya.takla cuti sgt pun.saya tinggal berdua dgn budak bambam sebab kakaknya sekolah (ko kurikulum).abahnya ke seberang bawa kawan jalan2.
macam biasalah bila hari cuti.saya expect budak kecik ni bangun lewat sebab malamnya tidur pun lewat.rupanya baru 8 lebih sikit dah terpacak kat pintu....masa tu saya kat laman depan tengok2 pokok...(dalam rumah selerak tak pa...hehe).malas nak masuk rumah, saya ajak ja dia main2 kat luar...selesai berkisah di laman (tak boleh lama sebab panas membahang) masuk rumah mandi & bersiap utk keluar ambil kakaknya kat sekolah.masa tgh bersiap2 dalam bilik tu budak kecik ni mulalah menggagau...semua benda nak disentuhnya.lagi dilarang lagilah dia nak buat.last2 buat sampah....makanya...tunggu lagi.kena marah la jawabnya.

budak ni sekarang kalau kena marah pandai merajuk.duduk jelepuk..tutup muka..nangis pelan2.syok tengok bila dia buat macam tu.
umie dia biasalah..bila dengar sedu sedan tu mesti cakap..
"hah..teriak..teriak...lain kali umie larang tu ikut ja lah...ni suka sgt bg umie marah....diam..jangan teriak..".....suara mesti garangla kan..
tetiba dia buat sesuatu yng tak pernah dia buat selama ni..
dia duduk elok2...angkat tangan (tadah tangan) & terus berdoa....hahahahaha!!!!
tak taulah apa yang dia kata sebab umie tak faham..tapi ada sebut perkataan umie dalam doa tu...siap diaminkan lagi...
saya tanya....."baby doa apa baby?..."
dia buat derrrrkkkk ja...
alahai budak kecik...moga doa tu yg elok2 saja hendaknya...hehehe..

semua ni penangan cerita Indonesia..
Jumaat petang ada cerita Indonesia kisah penjual nasi goreng...bila sedih suami isteri tu terus tadah tangan minta doa dengan Allah...
dia pun ikut macam tu jugak...
nabila ooo nabila...best actress sungguh la kamu.


23 March 2012

TAK KENAL...

salam...
beberapa hari lepas masa pusing2 rumah tengok pokok bunga ternampak kudup pokok ni...wallaaa......boleh tak perasan.

pokok ni saya cucuk ranting masa kat rumah kakak kt kampung.pastu biar ja kat situ.bila tgk dah hidup saya bawa balik rumah.sejak ambik dari rumah kakak kat kampung saya dok ingat pokok bunga kertas.so tanam pun gitu2 ja.kejap siram kejap dak.pokok bunga kertas kan tahan lasak so takla risau sangat.sekali bila dah keluar kudup baru perasan...bunga ros laaa....boleh tak cam pokok ros..apadaaa....


esok kena kelebek2 sikit pokok ni bagi lebih cun...

21 March 2012

HELAH SAHAJA

salam buat semua..


kecoh satu Malaysia ttg kes penculikan budak sekolah ni..
alih2 gini pulak jadi ceritanya..


hmmmm....
apa la nak jadi dgn budak2 sekarang?
tak dak rasa kasih kat ibu bapa langsung..
sampai hati...
tahukah dia bagaimana perasaan seseorang bila ditipu oleh org lain terutama org yg mereka sayangi?


***simpati juga buat adiknya yang trauma dgn kejadian itu. 

CEMERLANG

SALAM BUAT SEMUA...


tahniah kepada semua yang cemerlang dalam SPM.
perjalanan anda masih jauh...


hayati agama anda..
awasi sahsiah anda..
julanglah akademik anda...


jadilah anda insan cemerlang kebanggaan ibubapa.


19 March 2012

SETUJU


I DO AGREE


DEBARAN...

salam buat semua...


hari ni dah 19/3..
lusa result SPM keluar.
mesti ramai ibu bapa yg suspen...termasuk guru2 esp cikgu besaq @ pengetua.nak maintain nama sekolah bukan senang kannn?
pelajar2 target/harapan sekolah pun mesti tak berapa nak lelap tidur...relax..


apa pun keputusannya nanti...itulah yg terbaik setelah kamu semua berusaha.terima seadanya & move forward.


****teringat masa ambil result SPM dulu...risau dgn subject add maths...mujur lepas walaupun tak cemerlang (infact,subject tercorot)......****



18 March 2012

JUMPA LAGI

assalamualaikum..
salam sejahtera...
moga semuanya sejahtera hari ini.
saya??
biasa2 saja (ada yg kurang dari biasa tapi tak pa lah...take it as biasa2 juga).

kemarin, 17.3.2012......alamak!!!!...taip tarikh ni baru teringat...yesterday was my 2nd sis's birthday.....
seperti biasa Sabtu adalah hari cuti saya.tapi nama ja lah cuti.aktiviti padat gak.
pagi2 tolong pakcik potong rumput kat laman saya yg dah separa hutan tu.lega mata tengok bila dah kontot rumput2 tu.

pukul 3 kami bergerak ke Chalet Puteri Ayu Yan sebab ada meeting NARC.sepatutnya pukul 3 start meeting tapi biasalah kalau dgn SU...nak prepare segala dokumen semuanya buat last minute maka meeting tu jadilah pukul 4.sib baiklah member2 semua dah 'mangli' dgn timing dia ni.16 ahli hadir...15 bawa family & seorang lagi membujang.
sepanjang bapk2 meeting,ibu2 melepak kat chalet....bercerita perkembangan terkini & berkenal2an dgn ahli baru.tapi ibu2 lainlah...ibu sorang ni...sayalah tu...kena melayan budak kecik bambam main air.letih tahap maksima.ingatkan makin besar makin ada perasaan takut kat air rupanya tidak.makin berani adalah.orang terjun kolam dia pun nak terjun...dahla maknya tak reti berenang.kolam budak pun dalam jugak (utk maknya yg tak tinggi ni).

bawa main kat sungai pun jenuh juga nak pegang sebab banyak batu.walaupun air tak dalam tapi bahaya kalau biar budak kecil main sendiri.saya rasa lebih baik kalau pihak pengurusan alihkan batu2 besar kat aliran sungai tu...bentukkan kolam dgn dasar yg berpasir @ berbatu kecil...lebih selamat.
takda gambar main air sb umienya kena layan budak bambam & abahnya sibuk meeting.
nabila & kakak feveret dia...alyaa imani


meeting tamat sekitar 5.30 pm...ada jamuan teh ....bihun singapore & mee goreng sedap.kesian budak bambam...lapar nasi.semua benda makan lain dia reject sebab nak nasi....nasi tak dak la baby....huhu..

selesai di situ terus bergerak ke Pantai Murni...cari nasi kat bambam.tapi bila nampak ramai orang hilang plk lapar dia...maaaaaiiinnn ja...last2nya nasi ayam tu makan kat rumah  jugak...mmm....yg kita ni risau takut dia terlena kelaparan.


matahari terbenam yang cantik
budak yang menghayati keindahan alam
(dan teringin sangat nak turun main pasir)


16 March 2012

SWEET

salam...
pagi2 tadi sebelum ke tempat kerja,ronda2 dulu keliling rumah.
tengok pokok bunga (& semak samun).


nampak bunga ni berkembang...first time berbunga.
suka....cantik sangat.macam bunga plastik.


tengah hari tadi tgk dah tukar ke warna pink..
esok layu rasanya....(sad).


tapi ada banyak lagi kudup....kalau berkembang serentak tentu lagi cantik.
saya tak tau apa nama pokok ni...
anyone???


11 March 2012

MAKAN OH MAKAN

salam..


lunch break tadi...kat sinki tgh prepae barang utk masak setelah berabad tak masak kat rumah.
macam biasa budak kecik akan menempek mengacau itu ini.
hari ni mulut dia pot pet bercerita apa ntah.


ummie :  nabila....tadi pi sekolah belajaq apa?
nabila:....dengan muka tak bersalah @ toya...akan (makan).
ummie:   belajaq makan lagi?
nabila:    naaaa (iyaaa)
ummie:   tak pandai2 lagi makan?
nabila:    naaaa


******bestnya jadi nabila******



ALHAMDULILLAH

assalamualaikum...
salam sejahtera...



satu kelegaan minda bila kita melakukan sesuatu yg kita suka.



08 March 2012

MMMM...SEDAPNYA

salam..


sedikit ttg nabila..
sekarang ni dah pandai main-mainkan orang.dia suka ambil barang kita,letak kat belakang dia pastu cakap.."adaaaakk".....sambil sengih2.


lagi satu kalau nak susu....paling sakit jiwa.
elok ja kita landing sebelah dia nak lepak2 tgk tv mulalah bunyi..
nabila : "umie.....cucu (susu)"...dengan suara manja mengada.
umie :    "betoi nak susu?"
nabila :.....angguk2
elok kita bangun ja..
nabila : "amau" (tak mau)......muka sengih2 bangga boleh kenakan orang.
umie :   "nak dak ni?"
nabila : "amau"
elok umie nak duduk ja...
nabila : "cucu"...suara kuat sikit....sengih2 lagi.


bukan satu round...dua tiga round dia buat...sakit jiwa betoi.
nabila ni plk kalau dia tak minta jangan pandai2 buat susu...memang tak minum punya.membazir ja.


dua tiga hari lepas beria2 minta susu masa nak tidur..tapi bila dibagi...sikit ja yang dinyot-nyot...(masih membotol lagi budak ni)...ada kot dua teguk.
sayangkan susu tu saya suruh kakanya simpan dalam peti ais..bila dia dah tidur saya ke dapur.terfikir plk takkan nak bagi susu tu kat nabila esok.buatnya cirit budak tu kan ke naya.
makanya....maknya pun tuang dalam cawan & teguk sampai habis...(takkan nak nyot2 jugak kot...hahaha).


sedap rupanya susu budak ni...tak manis sangat & rasa buah...


inilah susu budak nabila......setia dengan DUMEX dari baby lagi.
perisa buah2an ni mahal sikit berbanding perisa lain tapi saya suka bagi yg ni sebab dia senang membuang.






LAYANG-LAYANG RUMAHTANGGA

assalamualaikum..
salam pagi Khamis.

saya suka pagi ni...redup @ mendung....selesa gitu.
pagi2 tadi dengar kat RADIO SINAR dalam kereta.suka dengar riuh rendah 3 sekawan ni,hilang stress....(pepagi bangun tidur boleh stress...ish!!).
nak sebut ttg kisah seorang pemanggil perempuan ni yg tak suka suaminya keluar melepak malam2.memula macam confuse jugak dengar sebab katanya suaminya keluar sekali sekala ja.dia tak kisah kalau suaminya keluar sekali sekala (once in a while)...jadi apa masalahnya?

rupanya dia tak suka suaminya balik lewat.walaupun keluar sekali sekala suaminya akan balik sekitar jam 2, 3 pagi.baginya kalau keluar pukul 9 malam balik 11 malam tak mengapalah.

berapa ramai antara kita ada masalah yang serupa?
boleh ke kawal suami supaya balik rumah pada waktu2 yg ditetapkan?

selepas berumahtangga perempuan lazimnya (tak semua) lebih banyak melepak di rumah..banyak urusan rumahtangga yg nak dibereskan tambah2 lagi kalau dah ada anak.kadang2 boleh stress...(ke selalu???)...mungkin sebab itu sesetengah isteri mengharapkan suami lebih banyak meluangkan masa di rumah selepas bekerja.
berbeza dengan sesetengah lelaki yang masih mahu mengamalkan cara hidup orang bujang walaupun telah beranak pinak.
adakah ia menjadi kesalahan?

pendapat saya....
sekali sekala suami keluar & balik lewat taklah menjadi masalah asalkan kita tahu ke mana dia pergi.suami juga mestilah boleh dihubungi andai ada kecemasan di rumah.jangan pula bila dah duduk dgn kawan2 dia offkan handphone...tak patutlah.
isteri pun kalau dah tahu suami sembang dgn kawan2 janganlah asyik mesej atau call ja..takut nanti dia balik cepat tapi bila sampai rumah muka mencuka...nak tidur pun stress jadinya. 
suami juga kalau nak keluar tengok2 dulu keadaan dalam rumah tu...andai masa tu ada anak tak sihat atau isteri yang sakit,tak payah la keluar.tunggulah hari lain.
sekali sekala kalau jumpa dengan kawan2 yg jenis family man,bawalah anak isteri bersama2.

teringat kata isteri seorang selebriti yang pernah alami masalah rumahtangga tapi sekarang alhamdulillah hidup aman damai semula..
katanya "mengawal suami biarlah seperti kita mengawal layang-layang.lepaskan tali sedikit demi sedikit tetapi jangan lupa sekali sekala kita perlu menarik tali itu semula supaya ia tidak terus terbang tanpa arah."

****adalah lebih baik andai kita mengenali teman2 pasangan kita...jauh lebih baik andai kita bersahabat dengan keluarga mereka****



04 March 2012

DAH BESAR LA TU...

salam..
budak dah besar sekarang.semua nak buat sendiri.kalau bab buka tutup pagar mmg excited lebih.
ni pagi tadi masa nak ke sekolah.
bukan kenal pun mana satu kunci mangga tu tapi eksyen tahap maksima.orang nak tolong tak bagi.
budak eksen!!!!
padan muka takleh buka...hehehe
panjat la cik oiii!!!!
lama2 give up jugak...bagi ummie buka mangga.dia sibuk buka pagar.tunggu sampai kereta keluar baru dia nak masuk kereta...hish....
(abahnya drive..ummie teman dia kat pagar tu.tak berani la nak biar sorang2)


01 March 2012

PATAH TUMBUH......

SILA SAMBUNG AYAT DI ATAS....


assalamualaikum...selamat pagi.


di sini musim hujan sekarang esp waktu petang.saya suka sebab sejuk & tak payah siram pokok.pokok2 pun tumbuh segar ja termasuklah pokok rumput.
ingat tak cerita pokok melur saya yg kena cantas dek kawan yg potong rumput dulu tu?ni rupa pokok tu lepas kena cantas...tinggal batang ja.


ini pula rupa dia lepas berulang kali kena panas & hujan..


alhamdulillah.
seronok tengok pokok membesar.
tapi ikut pengalaman lepas,lambat lagila nak berbunga.
takpa...biar lambat asal lawa.


***hajat hati nak buat garden tapi tak juga kesampaian lagi...***