SENANG CARI

28 February 2012

AKU YANG COMEL

salam semua..
ada yg rindu baby dak?
umie tgh serabut milo..
jadi kita layan ja muka comel baby ni..hii
tengah tengok cerekarama 'PELARIAN'
hari Sabtu baru2 ni.

23 February 2012

PEACE

salam buat semua..

mood agak mendung beberapa hari ni.
rasa macam nak pi bersantai kat sini...


lepak2 kat pondok @ dangau
sedut angin laut....
bestnya.....


19 February 2012

1 CARE....DO YOU?

salam kepada semua..


rasa macam baru ja tulis kat blog ni...rupa2nya dah seminggu lebih..
apa ceritanya sekarang?
macam biasa2 saja...semua berkisar kisah hidup seharian...
bisnes...sekolah....makan...tidur..


tadi jelajah kat group FB...
jumpa hal2 berkaitan klinik @ program 1Care..
banyak betul kisahnya...pening tengok.


pelik jugak la dgn sistem kita ni.semua nak diubah2 menjadi lebih complicated.saya rasa apa yg ada sekarang ni takla menyusahkan mana2 pihak pun.tak ada yg teraniaya.sesekali ada kes misconduct tu mmg tak dinafikan.benda ni boleh diatasi @ dikurangkan dgn job training & supervision yg lebih baik.
pilih betul2 student yg nak ambil medic tu...jgn ambil hanya sebab keluarga suruh...


kalau nak tengok bab perbelanjaan negara utk perubatan tu mmg la banyak...tapi itulah gunanya duit cukai yg rakyat bayar setiap tahun...kembali kepada rakyat.. (borang cukai 2011 pun dah sampai ni).janganlah hendaknya dicipta satu sistem yg memerlukan rakyat membayar lebih untuk rawatan kesihatan mereka.tak membebankan bg yg berada..tapi yg kurang mampu???...


dah lama bising ttg 1 Care ni tapi masih belum ada yang pasti.sekejap macam tu, sekejap macam ni...(atau saya ja yg confuse???#).


apa pun yg kerajaan nak buat,biarlah tidak membebankan mana2 pihak.moga rakyat negara ini boleh terus hidup aman damai...tanpa tekanan.




10 February 2012

KEBANGGAAN KAMI

salam..
perkembangan terkini my special girl.
pada usia 5 tahun 5 bulan+ (khamis 9.2.2012)....nabila basuh tupperware tanpa disuruh.


kisahnya...
umie tgh baring depan tv (lena sebenarnya..tapi asyik terjaga sb mulut becok kecik tu lah).budak kecik ni ambil tupperware yg ada roti.mmg saya simpan utk dia.bun coklat.kemudian duduk bersila makan sorang2 sambil tengok tv.dah habis makan dia bgtau saya.tengok tepi2 mulut dia comot dgn coklat,saya suruh dia pergi cuci mulut kat sink.mmg dengar pung pang pung pang kat sink tu.biarlah...


kemudian dia mai tunjuk tangan dia yg basah..nak bgtau dia dah cuci kot.saya pun cakap 'good girl'...sengih2 bangga la dia.sekali tgk keliling mulut still comot..tapi tak sebanyak awal tadi.tak kisahla.
notty smart girl




dah lama sikit tu saya bangun ke dapur.tetiba teringat kat tupperware yg nabila guna tadi.dalam hati terdetik..'budak ni dah basuk gamaknya'..tgk dalam sink takde..atas meja makan takde..rupanya2 dah siap simpan kat bekas saya letakkan gelas2 yg dah dibasuh...belek2.basah...sah mmg dia dah basuh...bangga sat mak dia.
ada la sikit2 kesan sabun kat tupperware tu..tapi for 5 years old DS ... mak dia mmg kagum dgn pencapaiannya.
cepat2 panggil abahnya suruh tengok.......
***we smiled together***


09 February 2012

POTONG

salam...

lenguh pinggang...
dah lama tak buat...
alhamdulillah...
came out nicely in shape....

sebaceous cyst.
tugasan petang Rabu..
review wound esok.

07 February 2012

KONVOI PENGANTIN

salam..


cuti umum..blog pun bercuti.
kemarin (isnin) dah masuk kerja tapi seperti biasa bila cuti lebih,bila buka ja..kerja pun lebih.sesetengah negeri masih cuti umum lagi hari ni kan....sempena Thaipusam.Kedah tak cuti.tapi kalau kat SP ni tak payah la nak gatal2 kaki menerjah ke pekan esp area Pekan Lama....cari susah ja.mmg jem kat situ.


berbalik ke weekend yg baru lepas ni.
kami dari NARC dijemput menjadi keluarga @ warga rombongan pengantin lelaki mengambil pengantin perempuan ke rumah kenduri.......ayat pendeknya.."buat konvoi pengantin".
pengantin lelaki adalah adik kepada salah seorang ahli NARC.maka dgn sukacitanya kami menerima jemputan itu..maklum lama tak konvoi dalam negeri.
kenduri di Tanah Merah Pendang.nak sampai rumah penganti perempuan kena lalu ikut batas ban di tengah2 kawasan bendang.
rombongan pengantin lelaki (semua avanza)
nun di belakang adalah dari pihak perempuan.
pengantin yang diraikan


lepas kenduri jalan plk ke Jitra.singgah kat my sis di kampung sekejap.
lepas magrib terus pergi rumah member.keluar makan kat kedai biasa2 tepi jalan.mmg kedai biasa2 ja tapi masakan sedap.
nabila & friends..
dah berapa puluh kali lalu kat sini...baru berkesempatan singgah bergambar.
kalau malam lagi cantik.


lepas makan baru balik rumah.dekat 12.30 malam baru sampai.
si nurul dah demam sebab cuaca terlalu panas.nabila maintain ja lagi.tapi pagi ni tengok bibir mulut dah mengelupas.


03 February 2012

ALFATIHAH

salam...
kejiranan kami baru saja kehilangan seorang lagi saudara yang banyak memberikan khidmat bakti kepada masyarakat setempat.
arwah meninggal dunia awal malam tadi akibat serangan jantung.
jenazah baru saja di bawa ke tanah perkuburan.
melihat bilangan pelawat yg hadir,kita dapat menelah siapakah arwah di hati jiran tetangga,sahabat & saudaranya.


semoga Allah mengampunkan segala dosanya,meletakkan beliau bersama orang2 yang beriman di sisiNya.
semoga ahli keluarganya tabah & sabar menempuhi kehilangan secara tiba2 ini.


ALFATIHAH buat arwah En Baharom.

RAJINNYA DIA

salam pagi JUMAAT....


relax2 sat dgn clip ni...
(rajin sungguh org yg buat ni....)




01 February 2012

JOM CUTI

salam..


selamat bercuti kepada semua warga WILAYAH..


****tak sabar tunggu Ahad....another PH****