SENANG CARI

29 November 2011

REZEKI NABILA

salam..


hari sabtu baru ni bawa nabila ke Cinta Sayang utk program dgn YB.memang blur..tak tau program apa....bawa ja dia pi.nurul ikut sekali sbg peneman & pembantu di waktu 'kecemasan'.patutnya pukul 1pm kat situ tapi saya sampai lambat sikit sebab jalan sesak (jalan belakang pun boleh sesak eh??)..tiba nak masuk ke dewan cigku dia cakap seorang student dgn sorg waris ja boleh masuk sebab depa sedia tempat ngam2 ikut bilangan student...maknanya nurul tak boleh masuk.semestinya saya tak suka...nurul pun macam tak happy dah.apa hal dia nak duduk luar dewan sorang2 kan...kata cikgu tu depa dah bgtau satu student satu waris..tapi bila bgtau in general mcm tu manalah kita nak terfikir yg org lain tak boleh join sekali.patutnya cakap terang2..."event buat dalam dewan.pihak pengurusan siapkan tempat cukup2 ja utk pelajar dgn sorang waris"....tapi saya takla nak marah sebab cikgu2 nabila ni semua lemah lembut belaka...tak sampai hati nak marah pun.so saya suruh nurul tunggu depan dewan dulu...saya masuk dgn nabila tgk2 kawasan.ada kot 10 minit tunggu tengok ada meja kosong lagi...terus mesej nurul suruh masuk.ada lunch sekali...boleh ka nak makan bila sorang lg anak dok melangut sorang2 kat luar??tak sampai hati laaa...maka enjoylah nurul dengan ayam masak merah yg sedap tu.

rupanya majlis tu adalah majlis penutup kejohanan golf siri jelajah 1Malaysia anjuran ahli parlimen Merbok.there was the Datok & Datin dan golfers2 yang semestinya org2 elit belaka.sempena majlis tu,mereka ni dan juga dermawan2 lain memberi sumbangan untuk anak2 dari PDK Merbok...rezeki bebudak nilah.

majlis ringkas saja...speech...penyampaian sumbangan oleh Datok Tajul,selingan nyanyian & lepas tu penyampaian hadiah untuk acara golf.ending semestinya bergambar beramai2....
yang sedihnya makcik tak bawa kamera sebab en SU bawa pi treasure hunt.kamera lagi satu tak dak bateri.dah nak bertolak baru perasan...malas dah nak pi beli kat kedai.

tentang sumbangan tu...okaylah....jumlah yang agak banyak untuk budak kecik macam nabila ni...rezeki dia.umie ambik sikit nak bg kakak nurul sebab tiap2 hari jaga nabila.tapi umie simpan kat umie dulu sebab kalau bagi kat dia satg entah apa2 yg dia beli.nanti umie bagi masa pi Phuket.
nabila ok ja kannn????


25 November 2011

POT PET

salam Jumaat....
moga mendapat berkat penghulu hari.

pantai timur dah mula dilanda banjir..dah ada yang terkorban juga...takziah buat ahli keluarga mereka.kat sebelah utara ni dah jadi musim panas pulak.pagi2 panas terik.sebelah petang mendung sikit tapi dah kurang hujan.yang bestnya angin bertiup kuat.rasa macam kat tepi pantai pulak.pagi2 rasa best sangat lepak2 depan rumah sebab depan tu padang mainan.angin bergerak tanpa halangan.tapi kena pi kerja...takleh lepak lama2.esok Sabtu bolehla makan angin depan rumah.

plannya nak duduk seharian kat rumah esok sebab pagi SU nak ke Penang...ada treasure hunt anjuran BSN.tak taulah pukul berapa dia balik ( kalau dah jumpa kawan jgn harap la nak balik awai kannnn...).tapi tengah hari esok kena bawa nabila pi kat Cinta Sayang...ada program apa ntah.khabarnya ada YB nak bagi sumbangan utk anak2 istimewa ni.satg baru nak confirm dgn cikgu dia.makanya plan nak melepak sehari terpaksalah dibatalkan.harap2 program tu sat ja...
petang boleh tanam pokok lagi....tapi tak stim sgt tanam pokok time ni...panas.kena rajin siram.

esok jugak birthday Nurul....tak tau nak buat apa..tak plan apa pun lagi.maybe bawa makan kat luar sebelah malam sekali dgn abahnya.

ahad ada 4 kenduri (wahhhh!!!)....
kat penang,kat taman,kat kampung sebelah taman ni & kat kampung arwah ibu bebudak ni....
tapi saya kerja...so boleh pi satu ja kot masa lunch break.cuti awal muharram saya tolak ke krismas sebab time tu nak pi jalan2.kebetulan krismas pun ahad jugak.sendiri tokey,sendiri kuli kan...makanya cuti tu kita ubah2 sesuka hatilah kan....

****hari ni pepagi lagi ada orang mai minta MC sebab nak pi makan kenduri....apakah????****



24 November 2011

PILIH SEKOLAH MACAM BUDAK GENIUS GAYANYA...

salam..

dah minggu terakhir November...sebulan lagi,pastu 2012..
tengah dalam dilema ni....tahun depan nak hantar nabila sekolah kat mana.tahun depan dia dah 6 tahun.PDK still boleh tapi macam tak cukup mencabar.ada sekolah baru dekat dgn rumah ni.rasanya tahun depan ambik student kot.baru2 ni sembang dgn cikgu nabila.katanya kena pi kat PPD daftar pastu ada test utk tgk sama ada layak ke tak budak ni masuk sekolah tu (sekolah rendah vokasional pendidikan khas).tapi test tu lambat lagi...bulan Mac @ April. cumanya depa prefer budak yg diapers free & boleh jaga diri sendiri....kalau nak sampai tahap tu mau kena tunggu setahun dua lagi.

kat sekolah rendah sebelah sekolah kakaknya pun ada kelas khas.cuma jauh sikit dari rumah.kata cikgu yang mengajar kat situ,kalau macam nabila dah boleh hantar kat sekolah tu.nak kena pi sembang dgn guru besarnya la nampak gayanya.

nabila ni bukan tak pandai ke toilet sendiri tapi banyak songeh & ikut angin.kadang2 bangun pagi sendiri2 dia ja londeh semua..pampers masuk dalam tong sampah pastu mandi (@ main air).hari dia tak mau,nak bukak baju pun jadi tak pandai.ada jugak sekali sekala saya tak mau bagi dia pakai pampers tapi dia nak pakai juga.siap pi buka almari & ambik sendiri....abis tu cemana????bila la nak diapers free.

bab makan...dah berselera semula.tembam gedebab macam asal dah.susu pun kemain lagi.sekarang saya bagi dia dugro yang baru...rasa buah tu.pulun jugak nampak gayanya.

latest....2 weeks ago.
masa kenduri mak ngah.


23 November 2011

PART TIME

salam Rabu....
me at work 2010....somewhere in Thailand.
ready to do it again next month...insyaAllah.

21 November 2011

DUKA SEORANG IBU

salam..

mood...tak berapa nak happy hari ni.
tapi ada org yg lebih berduka.
baru ja bersembang dgn seorang ibu (infact..ibu ini meluahkan rasa) yang baru sebulan lebih kehilangan bayi istimewanya.sekali sekala airmatanya menitis.saya pun hampir2 juga.
terkilan dgn ketidakprihatinan doktor yang merawat...mungkin boleh ditafsirkan sbg kecuaian.namun sebagai Muslim,mereka redha dengan ketentuanNya.

moga Allah memberi rahmat yang terbaik buat ibu ini dan suaminya kerana menjaga amanah yang diberi sebaik yang termampu.
insyaAllah anak ini menanti ibubapanya di Syurga.


***Ya Allah....berikanlah aku akal dan fikiran yang terang &jelas sepanjang aku menjalankan tugasku di bumi ini...hindarkanlah aku dari melakukan sebarang kesilapan.gerakkanlah hatiku untuk sentiasa bertindak dengan cara yang terbaik demi keselamatan semua yang memohon bantuan dariku......Amin Ya Rabbalalamin****



20 November 2011

WHATEVER IT IS...

salam....
minggu meraikan anak2 yang berjaya dalam UPSR.
kat FB ramai teman2 yg anak mereka meraih 5A....tahniah kepada mereka.
yang tak dapat 5A tu takyah risau...perjalanan masih jauh.ada banyak peluang lagi di depan sana.
ibu bapa yg anak2nya tak mencapai sasaran pun janganlah kecewa.bila ibubapa kecewa,anak2 terluka.berikan kata2 positif untuk kejayaan akan datang.

tahun 2012 nanti ramailah plk ibubapa yg bersedih sebab terpaksa berpisah dgn anak2 yang dapat masuk asrama,esp yang baru naik form 1.banyakla nanti keluh kesah kerinduan kat FB.
as for me......result akhir tahun nurul sedikit frustrating.kebanyakan subjek dapat kepujian & baik.tapi maths menurunkan segalanya.....fail lagi.dia dapat nombor 2 dalam kelas.hanya murid yang dapat nombor 1 yang pass maths.ntahla.....rasa macam ada yg tak kena dgn cara mengajar.kalau kelas belakang sekali tak kisahla sgt.ni dia dalam kelas yang ke 3.memang nak kena tuition lepas ni.tgh dok cari guru.saya tak mau hantar ke kelas yg ramai pelajar sebab nanti dia macam tu jugak la.saya prefer 1 to 1 if possible.nak try usha my x-maths teacher....harap2 dia sudi.
saya nak ajar sendiri?......minta maaf....saya tak punya kesabaran yang cukup utk menghadapi ke'slow'an dia menjawab.sebab tu tak leh jadi cikgu.
next year dia form 2....moga sempatlah catch up tk PMR nanti.

saya dulu pun bukannya terror sgt maths...SPM dapat 5 utk add maths.modern maths ja dapat kepujian tapi tu pun tawakkal tak belajar topik pelayaran-latitud/logitud tu...langsung tak boleh absorb..apasal ntah.

maths sekarang ni rasa macam lagi susah drp zaman dulu, betul tak?..kesian bebudak yg payah dapat ni. bebudak yg smart tu lain ceritalah kan.they are gifted.tapi saya rasa kalau rajin buat soalan insyaAllah boleh lepas jugak.masa nak SPM dulu kawan saya yg super smart dlm maths pesan..."hang buat ja soalan kat belakang buku kecik tu...sure boleh buat periksa nanti".buku kecik tu adalah buku nota tambahan.kat bahagian belakang buku tu ada banyak soalan2 past years.
kami dulu memang pulun buat soalan past years ja.confirm soalan tu naik balik dalam exam.tak kiralah subject apa pun.ada yang tukar2 soalan dgn budak2 MRSM lain.kadang2 cikgu tolong ambik soalan dari sekolah2 biasa utk latihan.duduk asrama katakan...cikgu mmg banyak tolong.
terima kasih kepada guru2 ku semua.

cikgu2 la pun tak susah hati dah kot sebab plan nak bagi cikgu kerja 9 jam sehari dah tak jadi.hari tu tanya cikgu kat sini ttg kerja 9 jam ni.dia cakap..."tak heran la dr setakat 9 jam tu.sekarang ni pun kami kerja lebih drp tu."....memang depa kerja teruk..tak dinafikan.tapi mana ada kerja yg senang..kan?

oklah...stop membebel...


17 November 2011

BUDAK COMEY

salam..

jom layan gambar budak2 comel..
depa2 ni anak cousin saya.
first time jumpa tapi ramah mesra sungguh.suka tengok..dahla muka comel.
4 beradik semuanya.yg sulung boy std 1.
ke 2,3 & 4 girls....umur 3 thn,2 thn & 1 thn....berderet.utk makluman semua tu lahir by czer...canggih betoi my cousin ni.
gambar abangnya tak dak plk....tapi comey gak walau tak segebu adik2nya.

kakak yg malu2 bila kena hala kamera.
susah betoi nak ambik gambar dia ni....macam2 rupa dia buat

this is the best from budak mata bulat...
iman (2yrs)...nama dia ja yg saya ingat sb dia paling lasak.
baru 2 thn lebih tapi mulut pot pet pot pet....lancar ja sembang.
kata abangnya,dia lahir dgn anak patung.sebab tu mata dia bulat.


si kecik yang peramah...
dah setahun tp takmo jalan lagi...seram kot.
elok ja saya zoom muka dia tetiba kakak terkam...ish...
tarikh lahir dia ni best....10.10.10

walau apa pun,hakikatnya tak dak sapa boleh lawan body budak bambam ni.
dah membulat balik.

****kenduri menemukan adik beradik yg bertahun tak jumpa.

16 November 2011

BILA ADA ISU

salam..
...cerita kenduri tunggu sat dulu.malas nak load gambar...hihi.mood belum mai.
nak cerita @ sembang ttg kerja.
masa student & HO dulu,antara soalan yang paling saya tak suka dengar/dapat dari lecturer/specialist/boss masa ward round ialah.....
"ok....what you want to do with this patient?"

soalan yg biasanya akan dapat selepas present & discuss case.masa HO boleh tahan jugakla tapi kalau masa student mmg suspen nak jawab.tambah2 kalau yang bertanya tu garang semacam.tunggu masa nak sergah kita ja.but that was the most important part in patient managemant...."what should you do".
pernah sekali saya dapat soalan ni masa student utk case yg dah stabil...paediatric case.
dalam hati terus "O..o...nak jawab apa ni?"
basically mmg dah tak dak benda yg perlu dibuat dgn patient tu.nampak dia pun dah ok....so saya beranikan hati jawab.."discharge".....
"nurses will like you becoz you clear the ward...good.discharge this patient."...kata boss.
fuh!!!..selamat...lega.

ok..motif cerita sebenarnya...
tadi saya dapat patient yg datang utk scan sebab baby dalam kandungan tak bergerak.bila scan saya nampak the baby is already dead...(innalillah)..hanya utk hari ni baby tu tak bergerak.malam tadi aktif lagi kata ibunya.
apa yg saya kena buat?
refer saja ke hospital...senang kan?doktor kat hospital akan teruskan rawatan selanjutnya.tapi kena cerita juga kat patient apa yg akan dibuat kat hospital nanti...repeat scan,induction of labour dsb.
dia tanya.."doktor,confirm ke baby ni dah tak dak?"
saya jawab..."pd saya mmg confirm.tapi polisi hospital mmg akan scan sekali lg.kamu jgnlah mengharap sgt."
dia senyum tapi matanya berkaca.
baby dah lima bulan dlm kandungan.....bohonglah kalau tak sedih.

itu kes yg agak mudah utk ambik decision.kadang2 datang kes yg buat kita serba salah & 50-50....balik rumah pun susah hati dok fikir pasal patient.
contohnya yg bacaan gula dalam darah dah sky high....meter pun tak boleh baca, sekadar tulis HI (high).ikutkan mmg kena admit tapi patient tak mau.

bleeding in early pregnancy pun sama.ramai yg enggan admit esp kalau bleeding sikit2.biasanya alasan mereka ialah tak ada org nak jaga anak kat rumah...understood.tapi berisiko la nak duduk rumah.takut tetiba heavy bleeding.
beeing a decision maker mmg susah kan?tapi as long kita hidup ni memang sentiasa kena buat keputusan dalam banyak isu.

isu terkini...
1...cikgu nak kena kerja 9 jam sehari....isu hangat nih.
2...sambutan seksualiti merdeka 2011.....isu utk org tak cerdik.
3...esok.....keputusan UPSR.....isu pilih sekolah menengah pulak dah....hihi.


15 November 2011

ALHAMDULILLAH....SELAMAT

salam....

ALHAMDULILLAH...
semuanya telah selesai & majlis berjalan dengan lancar.


****ringan sikit kepala ni.....
 

10 November 2011

GOOD GIRL

salam..

update budak kecik....kembali bambam sekarang ni.
sejak malam raya hari tu dia kena selsema & batuk berkahak.siap demam lagi tapi mujur satu malam tu ja.dari hari raya sampai sekaranag dah tak demam.cuma selsema & batuk masih ada.
sekarang dah tak susah hati sangat bila dia tak sihat sebab dah senang makan ubat.kadang2 dia yang minta sendiri nak makan.apa yang buat dia berubah,saya pun tak pasti.tiba2 ja dia jadi senang makan ubat.dulu punyalah seksa nak buka mulut.dah telan pun boleh muntahkan balik.
bukti nabila senang makan ubat...
kena sayang abah dulu..ambik berkat.

siap letak tangan kat bawah dagu....
comeiii....

muka orang kena marah sebab tumpahkan air atas meja.


sapa suap pun boleh ja....kalau "lepa" dia nak suap sendiri.



***tau dak 'lepa' tu apa?
.....lepa tu maknanya leka.....
(tambah T jadi lepat...boleh makan..hihi)


09 November 2011

KENDURI...SUKA KE TIDAK?

salam..
musim kenduri kahwin dah tiba....nak diet cemana eh??
bukan nak cerita ttg diet tapi ttg undangan kenduri.
bila dapat undangan,adakah uols pergi semua undangan kenduri tu?
to be honest...saya tak attend semua kerana beberapa sebab & alasan.

antara sebab saya tak dapat hadir ialah:
## kenduri pada hari saya bekerja...biasanya Ahad.memang ada lunch break tapi kadang2 tempat kenduri tu agak jauh...tak sempat nak cover.

## banyak kenduri pada hari yang sama.kalau hari saya cuti bolehla nak susun dua tiga rumah.tapi kalau hari kerja boleh dapat satu rumah ja yg dekat2 dgn tempat kerja ni.

## saya tak dak kawan nak pi kenduri tu.saya takkan pergi rumah kenduri sorang2 walau serapat mana pun saya kenal org tu (kecuali sedara mara terdekat saya)....malu la nak pi sorang2.

## saya tak kenal pun tuan rumah.ada client yang beberapa kali mai klinik tapi jarang2 pastu jemput saya pi kenduri.confirm saya tak cam muka dia kat rumah kenduri tu nanti (saya memang fail bab2 ingat muka org ni).agak2 kalau saya pi saya nak behave macam mana?....nanti jadi jakun plk.ada client clinic yg saya mmg kenal seisi rumahnya dgn sedara mara dia sekali.kalau yg macam ni mmg saya attend sb kalau tak jumpa tuan rumah at least boleh hai hai dgn sedara mara dia.

## tarikh bertindih dgn program lain...kes macam ni mmg saya bgtau org yang panggil kenduri tu awal2 yg saya mmg tak leh hadir.sekurang2nya dia tau sb apa saya tak attend.

## saya memang tak suka pi kenduri sebenarnya...hehehe.

*****esok ada kenduri rumah bekas kakak ipar SU (kakak kepada arwah ibu bebudak ni)...insyaAllah hadir sebab SU ada.

*****tadi ada org panggil kenduri pada 10/12/2011...bgtau siap2 tak leh hadir sebab ada event kat tempat lain...event yg di set lebih awal.

*****ada kenduri kat area perumahan saya ni...rumah cikgu yg mengajar kat sekolah saya dulu (dia tak ajar saya tp relationship was there)...masalahnya saya tak ingat bila tarikh kenduri tu...waduhhh!!!....no rumah pun tak tau sebab dia baru pindah.rasanya dalam bulan ni jugak.kad dia tak bagi.harap2 boleh terjumpa salah sorang ahli keluarga depa ni very soon.

*****ada kenduri kat kampung Sabtu ni.....I'm very busy & pening now.....

so....cerita kenduri kamu?


08 November 2011

JOM KURUS

salam..

last week I managed to stop taking rice for one whole week...fuh!!!...record tu.
tapi menjelang raya,dek kerana duduk rumah maka hancurlah diet tu.tambah plk dgn kenduri korban sekarang ni...

beberapa orang kat keliling ni selalu cakap...kenapa nak diet,tak gemuk pun?
hah!!....ayat2 macam ni yg buat saya perasan kurus...walhal kain makin ketat kat pinggang.tengok kat cermin pun boleh nampak makin debab.tak boleh dah....kena sedar diri lepas ni.


berat yang selesa bg saya ialah sekitar 45kg....pernah turun ke 42kg masa houseman.tapi sekarang....???....minimum of 9kg to get rid off.
possible???....yakin boleh!!!!


next week start balik diet.
tapi saya tak boleh la nak buat perfect Atkin's diet tu...mau pitam.


jom sesapa nak menguruskan badan...lets do it.



KETABAHAN MEREKA

salam..

Allah Maha Besar.....
pagi ini saya bertemu dengan seorang ibu yang cantik & sopan bersama anak kecil yang comel....ibu ini mempunyai 8 anak yang telah menjadi ahli Syurga..
kepedihan duniawi untuk dirinya & suami
tetapi insyaAllah keindahan akhirat menanti mereka.

semoga kebahagiaan bersama-sama mereka dalam meniti kehidupan bersama 2 permata hati yang berada di sisi.




07 November 2011

BICARA ORANG KERJA

salam aidil adha...
Semestinya masih ramai yang bercuti....dan semestinya juga ramai yang menjalani ibadah korban.semoga semuanya mendapat pahala dari Allah.
saya dah mula kerja hari ni sebab nak gantikan cuti kepada Jumaat nanti.sunyi ja hari ni.pagi2 tadi hujan renyai2...hujan yang berlarutan sebenarnya dari malam tadi.
dengan sejuk & mood cuti,memang dah 50-50 utk melangkah ke tempat kerja.kalau makan gaji mmg dah EL.tapi tak palah....'berkorban'.

harap2 petang nanti cuaca makin ceria & klinik lebih meriah.
ramai orang buat kenduri minggu ni...berderet.tiap2 hari ada majlis.bina badan la nampaknya.

update budak kecik.....start selsema & batuk dari hari Sabtu.moga janganla melarat hendaknya.weekend ni nak membizi dgn kenduri plk lagi.kesian dia kalau tak sihat.


04 November 2011

SEMOGA SELAMAT SEMUANYA

salam...
menjelang Aidil Adha.
mesti jalanraya makin sibuk sekarang terutamanya yg menghala keluar dari KL.
kami di sini...biasa2 saja.tak terasa sangat suasana raya tu.cuma looking forward utk cuti.saya hanya bercuti pada hari Ahad.campur dgn weekend Sabtu maka jadilah 2 hari.cuti hari Isnin tu carry forward ke Jumaat sebab ada kenduri yg wajib dikendalikan.so dua2 weekend ni saya cuti 2 hari.oklah jugak kan.mulanya plan nak cuti direct ja seminggu tapi mengenangkan banyak duit nak guna bulan 12 nanti maka terpaksalah berkorban sikit.

tadi dapat mesej dari pihak pengurusan Badal Haji bahawa urusan Badal Haji untuk arwah ibubapa saya sedang berjalan......alhamdulillah.moga Allah memudahkan segala urusan mereka & dapat menyempurnakan urusan Badal Haji itu dengan selamat.Moga semua pahala dari urusan itu sampai kepada ibubapa saya di SANA....amin.


02 November 2011

KETAGIHAN MELAMPAU

salam.

saya sudah ketagihan...ooopppssss...
bukan kepada bahan terlarang ok..
sekali sekala saya menjelajah u-tube.kelmarin saya terjumpa satu siri yang menepati kriteria siri2 kegemaran saya.banyak plk episod ceritanya.maka seharian saya mengadap...habis kerja terbengkalai.
hari ni sambung lagi....

nak join ketagihan saya???
sila cari siri ini..

"I SHOULDN'T BE ALIVE"

caption dari salah satu episod yg best
****addicted weiii....

01 November 2011

DAMAILAH KAMU DI SANA

salam.

hari ni 1.11.11....
semalam @ kemarin 30.10.11......genap setahun pemergian arwah bapa kesayangan kami.cepatnya masa bergerak.rasa macam baru ja dia pergi....rindu????...semestinya.
setiap masa teringat.setiap benda yang dilihat pasti ada kaitan dengannya.setiap perkara yang berlaku pasti ada imbasan tentang dirinya.moga arwah tenang di sana.moga amalannya mendapat rahmat dari Allah....dan semoga amalan kami juga memberi pahala untuknya...juga untuk arwah emak.

ALFATIHAH.